Friday, August 28, 2009

Sweetreats- Gift utk Farah

Made above for Farah anak Ain kakak kepada Syakiera. One bookmark, one is note peg. Hope you like it! Auntie buat ni lepas sahur pg tadi sementara tunggu subuh.

Menu Berbuka cum Sahur

Al- kisah di bawah ni la menu kami ber2 semlm. Ish cekodok tu hanya Mummy sorang je yg makan. Utk Ifah ada udang masak sos. Dia tambah nasik sampai 2 kali dan mulut dia x habih2 cakap Mummy masak sedap la..Ifah suka..Ish..padahal aku just tuang sos ngan kicap peh2 bubuh udang je...hihihihi..perut lapo le tu...apa yg ingin dipaparkan actually style editing baru, saja try pakai Photoscape. Lauk- pauk ngan cekodok tu biasa2 je...

Puasa dan Duit ? Some Points to ponder....

Hari2 masakan ku biasa2 amat...simple sesimplenya...dah 2 hari kami x jengah Bazar Ramadhan dan diharapkan perkara ini berpanjanganlah sampai raya nnt (tapi kalau balik Kedah or MIL's house mesti depa pi jugak kan..) Bukan apa ini adalah salah satu cara utk mentarbiahkan diri aku ni dan juga anak2 bahawasanya setiap kali tiba Ramadhan bukanlah menjadi perkara wajib utk kita ke Bazaar Ramadhan. Lagipun makanan yg dibeli tu gerenti tak habis. Semua tu nafsu. Ingin ku perjelaskan kepada anak2 bahawasanya berbuka puasa atau makan malam tu adalah sama, cuma EXTRA di bulan Ramadhan segala kebaikan kita dilipatgandakan pahalanya. Betapa kasih dan sayangnya Allah kepada sekalian manusia. Inilah yg WAJIB kita jelaskan kepada anak2.

Waduh bahasa aku di pagi Jumaat ni ala2 tazkirah la pulak. But its true, even menjelang puasa I've told my husband that I wont cook any EXTRA SPECIAL during hari bekerja coz I want to treat berbuka puasa sama mcm hari biasa, so taklah membazirkan. Lagi pulak my office terlalu dekat dgn rumah. Kalau nak jem pun kat traffic lite je lah. Jadi toksah membazir. Tapi 4 hari sebelumnya disebabkan barang dapo dah habis maka sebab tulah kami terpaksa berbelanja di Bazaar Ramadhan.

Actually anak2 ku ni tak kesah, nasi goreng pun dia jalan. My husband pun tak cerewet, janji kenyang. Lagi satu, I dont agree that some parents bribe their children semata2 utk support diorang supaya berpuasa. Bukan apa, kita sebenarnya mengajar anak2 kita supaya cintakan material. Maka bila besar esok dan sampai tua esok2 jadilah seorang yg materialistik, Nauzubillah. Ini adalah menurut hasil research saya sendiri la tanpa di sokong oleh mana2 pihak..cubalah kita renung2kan....betul tak??? Lagi satu biasanya dikalangan org2 tua la dan kita pun mungkin, kalau nak suruh budak2 buat keje, mesti nak bagi upah. Saya rasa kita telah menanam satu sifat dalam diri anak2 ni dimana setiap pekerjaan mesti upahnya wang ringgit..sudahnya inilah penyakit sosial yg melanda masyarakat sekarang ni. Jadi bila tak ada duit apa yg orang akan lakukan...mencuri, merompak, menyamun dan sebagainya...some points to ponder...mari kita renung2kan...

So, how I encourage my children to fast? I never mention about money to the kids. Never lagipun takutla nanti dah sampai raya kita tak berduit pulak nak bagikan..hehehehe...overspent ke mana tau kan. Akan tetapi, I told them about Syurga and Neraka, even to my cheeky Sophie but just within their imagination. Citer lebih mendalam mana la budak2 tu tau. I try to terapkan betapa we need to Love Allah very much and one of Sophie's favourite song is as below:
"Satu..satu..saya sayang Allah..
Dua..dua sayang Rasulullah...
Tiga..tiga..sayang Ibu Ayah..
Satu, dua, tiga sayang semuanya..."
So, utk Ifah, I informed her kenapa kita kena puasa pada malam 1 Ramadhan tu, then utk Phophie, dia ni selalu pukul kakak, so bila Phophie pukul kakak, malaikat pangkah kt tgn kiri Phophie....kalau pangkah sebelah kiri byk..hah..nanti masuk api nera...ke...eiii takutla..kena buat ngeri2 sket...tapi kalau Phophie sayang kakak..then kitorg akan nyanyi lagu kat atas...sayang semuanya, Malaikat akan ckp owh..good girl Phophie nih...kita rite kt tgn kanan dia...bila dah banyak Allah kata Phophie boleh masuk Syurga...kat syurga Phophie kate...ishhh adik nak makan duwiyan la...tarrraaaaaaaa...duwiyan dah ada dah....emph sedapnyeeee duwiyan....& so on..so..on...hehehhe..inilah cara saya bercerita dgn budak2 nih....Apa2 pun for me, I really hope they grab the geist of my story bila dah meningkat remaja nanti dan diabadikan di dalam jiwa dan dipraktikkan bila diorang pun ada anak2 sendiri nanti. Ini adalah apa yg saya buat la..dgn ilmu sedikit yg saya ada ni..Maybe you alls lagi better than me lah kan...
Sekian dulu tazkirah pada hari Jumaat yg mulia ini...Eh dah seminggu kita puasakan...

Tuesday, August 25, 2009

Asam Pedas Tomyam


Dah lama dok tenung resepi ni, jumpa dalam Majalah Saji. So, 1st Ramadhan hari tu, I masak ni le. Guna ikan pari. Senang sangat memasaknya tapi rasanya mcm tomyam la pulak, maybe sebab ada daun limau purut tu kot.
Let's see the ingredients first.

Bebahan:
Ikan pari dipotong ke beberapa bahagian
Cili kisar (ikut tahap kepedasan anda)
Bawang merah- di tumbuk bersama
halia
2 btg serai dititik
Daun limau purut
Air asam jawa
Garam
Gula
Bunga Kantan
Lengkuas- di hiris

Cecara:
1. Tumis bawang dan hali yg di tumbuk hingga wangi. Then masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak.
2. Masukkan air asam jawa secukupnya, lengkuas yg di hiris dan serai. Kemudian masukkan ikan pari dan garam serta gula secukupnya.
3. Dah mendidih masukkan daun limau purut & bunga kantan. Dah masak tutup api hidang.

Stir Fry Baby Spianch & Anchovies

After so long tak update my menu, hari ni nak updatelah..ishh dah jarang sangat masak tau, bz bakinglah...ini pun menu masa 1st day sahur...sempoi sgtlah kan, tapi kalau tk mau guna baby spinach ni pun ok..pakai ja bayam biasa tu..
Tapi amatlah senang dan cepat.

bebahan:
Secekak bayam
4 ulas bwg putih
Semangkuk kecik ikan bilis- goreng garing
carrot- di potong memanjang
sos tiram
Garam kalau suka lagi masin

Cecara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Dengan minyak itu juga tumis bwg putih yg dah di cincang, then masukkan sos tiram (AWAS: minyak lebih goreng ikan bilis tu jgn byk sgt tau, buang sikit kalau banyak sgt)
3. Masukkan carrot then masukkan batang bayam, agak layu masukkan daunnya...dah siap!

Monday, August 24, 2009

My first anniversary

Owh sedar tak sedar dah dekat sethn I seriously involved in this bloggin' world. Sat ja rasanya. Masa tgh berkobar2 berblog tu masa bln puasa jugak, tapi during that time I tak update hari2. Lepas raya barula beria2 sangat berblog.
Raya tahun ni jugak 1st time I beraya without my favourite tok (nenek) tapi dah ada replacement dah, tok baru yg dok jaga my tok wan yg agak uzur jugak tapi bila dia sihat tu nampak steady lagi la...So, this raya I intend utk snap as much photos as I can and make a big family tree..itu pun kalau di takdirkan tak sibuk membancuh air, memasak or menghidang kuih la...biasanya keadaan time raya kt rumah my parents sungguh memenatkan sebab lepas solat raya, mmg tak berenti la org datang, nak2 pulak style kat kedah ni rumah memasing lain2 menu...so lepas solat raya lepas bermaaf2an tu pakat dok cerita pulak menu kt rumah memasing...Like our family yg kekurangan anggota wanita ni mmg la agak tak cukup tangan nak menghidang...kalau dulu2 b4 semua adik beradik belum kawin lagi la tension, sebab me and mak je yg pompuan....tu dia...baju tak penah kering you!! Tu belum citer bila balik kpg sebelah mak lagi...geng2 mak2 mestila duduk nak sembang je kan...so yg tukang bancuh ayaq n menghidang kuih hanyalah kami 3 org (me n my cousins) setiap adik beradik my mom cuma ada sorang ja anak perempuan...mmg tak menang tangan sebab rumah my tok n wan sebelah mak ni mmg jadi tumpuan....macam buat kenduri layaknya...fuh2222 tpt kitorang mmg kat dapo je la..tak dan nak tgk citer kt tv.
Eh pehal lak citer bab raya ni kan...posa baru 3 hari...hmmmmm..melalut la pulak..
owh ya ni nak cerita sikit la pasal puasa Ifah kali ni, kalau last year boleh tahan banyak la dia puasa kan..masa tu umo dia 5thn, thn ni 6yrs old la..so, first day puasa pagi lagi dah nangis nak minum susu...then nangis sebab abah dia tak belikan burger king mlm td, then dah elok yg tu nangis pulak sebab nak balik kpg....lepas 10.30pg baru la ok...then main2..ptg tu on d way nak p Meru (berbuka n tido di sana) singgah beli Burger, then dah sampai Meru, bawak jenjalan p Bazar Ramadhan, beli air la, donut la, ptg nya siap suruh Mummy masakkan spagetti, tapi since balik dari Bazar Ramadhan dia tak cakap tak jadi nak makan Spagetti, nak makan nasik sampai 4 kali....fuhhhhhhhhh dasat selera dia..biasala kan bila perut lapar nafsu nak makan mmg bagai nak rak.... datang pukul 6.45ptg dah nangis nak berbuka balik...haiiii..pujuk punya pujuk dapatla jugak dia puasa penuh siap dgn solat n tarawih. Alhamdulillah...so now dah hari ke 3 dah..cepat kan masa berjalan...hopefully dia dapat puasa penuh sebulan.
Si adik pulak, time bulan puasa ni mmg la dia kuat makan betul..kejap2 susu, kejap2 roti, kejap2 honey star..agaknya dia pun baru nak sihat kan...coz last week mmg dia x berselera nak makan pun...perut dia yg bulat tu pun nampak susut sket..hai anak..anaaaakkk

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Ampun maaf buat semua, semoga Ramadhan ditempuhi dgn semangat yg berkobar2 dan penuh keinsafan...Di harap berjumpa lagi di Ramadhan tahun depan..insyaAllah!!!

Selamat berpuasa dari kami sekeluarga;
Zaida
Zamri
Zarrifa Hana
Zarrifa Soffiyya

Thursday, August 20, 2009

AsCi Jr celebrates birthday

Hari ni birthday si ASCI Jr ni aka permanent junior staff..namanya Cik Syakeira Aliea bt Shah- mil Amal @ Alang Rahmat...mummy ngan ayah dia pun keje kat tpt si Syakieya ni keje..garang & rajin mengajar macam guru besar...almaklumla cucu Pengetua Sekolah...Birthday cake tu di sponsor oleh Cik Erlina.
'Syakieya' dah 4 years old...auntie mummy dedicated ruang blog ni hanya utk Syakieya di hari birthday Syakieya ni tau...hopefully lepas ni tak nangis2 lagi kalau Mummy tak de ye...dah big girl kan...and hopefully Syakieya akan lebih loving & caring kat adik2 Syakieya nnt ye..makan nasik bagi banyak dan minum susu banyak2 jugak utk bagi tinggi..Baby Sofea (dah tak baby dah sekarang) pun lagi sikit nak potong kakak Syakieya. Jadi anak solehah dan belajar serta ngaji pepandai.


Okey, auntie mummy kena sign off pasal Mummy Syakieya dah suruh Auntie Mummy buat keje...Happy Birthday 2 U dari AuntieMummy, Kakak Ifah n Baby Sofea...Webfetti.com

Wednesday, August 19, 2009

Starfish Note Peg

Ini creation malam tadi -SmaleyStarfish ni?? (will create more under "SeeCreatures") . Akan di jual kat babypinkcraft & sempena cuti sekolah ni, I think I will sell them at a very good price (RM5 for 2pcs) Cuba tgk cute tak?

Tuesday, August 18, 2009

Cabut Gigi (Di harap jgn geli menatap gambar di bawah, kalau geli jgn tgk ye)

Tengok di atas, tu sebelum jumpa dentist, gigi Ifah dah berlapis. 2 btg gig kekal dia dah tumbuh, tapi baru satu yg goyang yg sebelah kanan tu...yg satu lagi masih teguh berakar (yg sebelah kirinya) Puaih dah Mummy suruh goyang, kejap2 ja dia goyang..sudahnya gigi kekal dia tu makin meninggi...so finally we decided to bring her to dentist utk buang. Lepas balik sekolah petang semalam, to the dentist we go!!!
The above signage klinik gigi tu lah..bila masuk dalam waaa mcm rumah...tk menyeramkan macam klinik gigi dulu2..Igt lagi masa darjah 1, bila kena panggil p klinik gigi kat sekolah, mula la kecut perut sebab nampak bersusun plier la, jarum injection yg besaq gedabak tu...semua besi lak tu..doktor gigi tu..auntie apa tah namanya (she's my friend's mum, nama anak dia: SEMESTA WARNI DARMASUKA DUSUKI..hah sampai la aku igt nama budak nih..;)) Teringat lagi masa dia tarik gigi pergh..mcm serik ja nak jumpa dia...hmmmm nostalgia...
Bila sampai since x de org, cepat je la dia masuk, dah tu dentist tu cakap kena inject ni pasal yg satu tu akar masih kuat. Ishh Mummy dah cuak jap lagi dia nangis mesti dia x mo dtg dh kat dentist ni...tp tgk mcm steady je..sekali tgk dentist tu dah pulled out the teeth, cepat nye..dah siap!!! I asked Ifah, "tak sakit ke kak?" Tak katanya....waaa...very good girl!!! Si Sophie ni pulak masa kakak tgh dok kena inject, siap cakap.."Mummy gambar..gambar.." hahahhaha dia suruh ambik kamera snap gambar kakak tgh cabut gigi...lawak2..kalau la Mummy ambik gambaq Ifah time tu maunya dentist tu cakap mak dia ni mesti kemaruk berblog or facebook...hehehehe
Muka dah sudah cabut....control tak cun la tu..
Lepas balik dr dentist dia bantai tido dr Maghrib sampai la 9.30mlm dgn tak mandinya...dah tu bila bangun siap tanya.."Mummy dah pagi ke??" kekekekeke...malam lagi la cek oii..Nyenyak sungguh dia tidoq. Bila siapkan homework dah 10.30mlm then nak mandi pulak..Ni gambar ni ambik lepas dh mandi sambil melayan citer "Ibu Mertuaku" kat TV (dia ni peminat movie hitam putih)
Tengok la tu, satu gigi akar dia panjang sangat, yg satu lagi tu akar dia dah pendek..yg goyang tu la yg pendek tu. Jejari mungil yg interfrem tu adalah jejari si Sophie...

Monday, August 17, 2009

Pecel Keli

Ini memang pertama kali masak dan pertama kali makan masa 2 ke 3 thn lepas tah..tuddiaaa punya la lama. Tapi since sedap mmg la aku ingat. Masa tu rewang kat rumah mak sedara(belah my husband la) kat blakang rumah my MIL. Sekali tu jumpa resepi kat dalam Majalah Rasa..wah happy gila. So, menu hari Ahad utk org2 dewasa di rumah, Pecel Keli, menu budak2 Sotong Goreng Kunyit. Sangat mudah di masak dan sungguh menyelerakan, di samping tu dapat memanaskan badan, cuma tu lah santan tu hah, kalau yg tgh diet tu, hmm langgar la pantang tu sat...hehehe

Bebahannya:
4 ekor ikan keli salai (saya tak jumpa ikan keli salai kt pasar semlm, abg tu x meniaga la pulak masa kita nak beli ni kan, so I just goreng je ikan tu)
4 ulas bwg merah,
2 ketul ubi cekur
12 biji cili padi
****tumbuk lumat 3 bhn di atas.
Santan peket ( saya guna 1 kotak santan)
1/2 helia daun cekur di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 memasak:
1. Masukkan semua bahan yg di tumbuk halus tu ke dalam periuk, then masukkan santan.
2. Dah tu bubuh la garam dan gula secukup rasa dan biar santan tu memekat. Dah mendidih masukkan ikan salai.
3. Last sekali masukkan daun cekur yg dah di hiris halus.
Dah sedap tu boleh la tutup api dan hidang.

Sotong Goreng Kunyit

Yezza..hari minggu baru ni mmg best. Dah sebulan kami x bersama as a family and last week was the day. Since Sofea demam and its not a good time for all of us utk keluar mcm selalu (due to wabak H1N1 ni) kami dok rumah je la..cuma hari Sabtu we all keluar utk htr kek and beli stok bebahan kek utk coming orders.
Tahap demam Sophie agak membimbangkan...too high 38.2deg Celcius itupun suhu bdn dia masa dah pagi masa p klinik. Blame me for not having body termometer kat rumah..dah penah beli 2 biji tp masa pindah mana tah aku letak...Masa tgh malamnya may be dekat 39 kot...out of sudden dia demam coz masa malamnya tu dia bukan main active lagi. Alhamdulillah dia tk kena asthma malam tu and sepanjang dia demam tu, kalau tak hishhh bertambah risau la coz H1N1 ni kan...so she is considered tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi.
Ok citer bab masak la pulak no..Dah lama tak masak beria kan, tp last weekend pun I tak masak beria cuma ada try resepi baru. Tapi utk budak2 saya masak Sotong Goreng Kunyit, yg memang sempoi habis dan memang bagus di masak time bulan puasa nnt, simple, sedap dan menyihatkan.

Bahan2:
11/2 ekor sotong- size besar di hiris (size for our family- nak banyak kena tambah la)
1 inci kunyit hidup- ditumbuk halus
4 ulas bwg putih- ketuk je dan hancurkan
1/2 labu bwg besar
kacang panjang- di hiris
jagung muda- di hiris
Cili merah- di hiris
Garam
Perasa ikan bilis

Cara2:
1. Panaskan minyak utk menumis, masukkan sotong dan kunyit.
2. Dah nampak sotong macam masak sikit dah, masukkan kacang panjang dan jagung muda, bawang besar dan cili merah. Taburkan garam dan perencah ikan bilis.
3. Kalau kering sangat tambah air sikit je...dah agak sotong tu masak (jgn lama sangat tau, agak sayur tu dah empuk buleh dah padam api, kalau tak nnt sotong tu jd selipar jepun)

Thursday, August 13, 2009

Ayam Goreng Berempah

Ini lagi satu benda yg teringin sangat nak masak. Tapi ni versi diriku sendiri. Janji ada ayam, ada rempah dan goreng jadilah ayam goreng berempah. Betul tak..???!!!Betul..betul..betul...hehehehe

Bebahannya:
Ayam beberapa ketul
bawang merah
bawang putih
halia
ketumbar- agak2 segenggam ( I really like it...aroma dia, rasa dia bila kena gigit, syiok!!)
***Semua di atas ditumbuk lumat
Daun kari
Rempah kari ayam
Garam
Gula

Cecara:
1. Gaulkan semuanya hingga rata keseluruh ayam dan perap la seketika...Saya perap dari malam balik kerja baru goreng.
2. Goreng hingga masak dan garing. Dekat nak masak masukkan daun kari yg telah dibersihkan.

Note:
Tak ada sukatan diberikan sebab saya agak2 je semuanya dan depends kat berapa ketul ayam yg di gunakan.

Sambal Tumis Udang dgn Petai

Sungguh lama tak masak sambal tumis coz I ni tak pandai sangat masak sambal. Tapi dek kerana teringin nak makan udg petai..hmm buat la jugak. Bila dah teringin tu mmg syok la makan walaupun pedas gila coz pakai cili kering yg straight tu...Ifah pun pulun jugak...Tak mau citer panjang tgk la gambar dan resepnya.

Bebahan:
Udang- buang kulit
Cili kering- kisar
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 labu bawang besar
**semua bwg di hiris
Sedikit gula melaka
Garam
Gula
Asam Jawa
Perencah ikan bilis
Petai secukupnya

Cara2:
Anda semua mesti terer kan...tapi saya buat camni.
1. Panaskan minyak, tuang cili kisar, biar cili masak.
2. Masukkan semua bwg yg di hiris, kalau suka boleh tambah belacan (saya tk pakai belacan kalau masak sambal kecuali sambal utk bapak mertuaku)
3. Masukkan asam jawa, garam, gula, stok ikan bilis, dan gula melaka. Biar rasanya balance, kalau terlalu kering tambah air.
4. Then masukkan udang, biar sebati masukkan petai. Bila udang dah masak tutup api, hidang.

Monday, August 10, 2009

Crispy Oat & Almond Cookies

Ni lagi satu. Cookies ni mmg dr last year lagi saya buat jual. Baru habis bakar anak2ku dah pun mencuba berketul2...crispy & tasty.

Kek Lapis Choc Peppermint

Hari Ahad mmg kat rumah saja as my husband not around(balik Meru lagi) aku pun godekla mixer n oven- taraaaaaaaaaa jadilah kek lapis seketul. My new addition utk kek2 lapis. Terbuka utk order.

Mee Kari Xtra


Hari Ahad, teringin sangat nak makan mee kari. Alang2 dah p market, beli kerang 2 bungkus. Nak buat sambal kerang.
Rasanya semua org dah tau nak masak mee kari ni kan, tapi nape nama dia Mee Kari Xtra? Sebab masa masak kuah tu I tambah kerang rebus, nak bagi rasa manis sikit, then air rebusan udang dan kulit udg tu di blend sekali and campurkan dlm kuah tu. Uishhh sedap arr...dok teringat lagi rasa kuah tu..hei puji diri sendiri nampak...tengah teringin so, bila makan tu mmg menikmati sangat la kanna...
Sambal kerang tu pulak utk menambahkan lagi rasa nikmat makan mee kari ni. Kendian serve la dgn sawi rebus, taugeh celur, cili merah hiris, bawang goreng dan udg rebus, nak bubuh telur rebus pun ok..hah kalau dah complete mcm ni semangkuk nak charge bape ni hah???!!!hahahhaha...hantam ja la..

Siakap Masak Taucu

Hari Sabtu, sementelah suamiku pulang ke kampung halamannya yg cuma sekangkang kera tu, kami ber3 makan simple saja la. Mummy malas nak masak beria2 sgt sebab org yg di tunggu pun tak makan sama kan..jadi ini je la lauk yg dimasak- Siakap masak taucu. One of my favourite. I like with loads of cili padi and bawang. Then kuah dia macam masam2 manis sikit. Bukan takat Mummy sorang yg suka, budak2 ni pun laju ja makan, sepinggan share 3 org...tgk2 tinggai 1/4 ikan je lagi.
Tak tau korang buat cemana kan, tapi my style as below:
1 ekor ikan siakap- belah belakang, nak sng suruh je la org kt market tu belah..tangan pun x sakit, dah cuci tu lumur dgn tpg jagung, goreng terendam sampai garing,peh2 baru alihkan.
Cili padi- sebanyak yg anda inginkan, saya guna dlm 10-12 biji- di hiris
1 labu bwg besar- di hiris
3 ulas bwg putih di cincang
1 peket kecik taucu
1/2 sdb asam jawa @ secukup rasa ( I'm using Adabi Asam Jawa Xtra- so tak yah nk bancuh)
garam & gula secukup rasa

Cecara:
Hidangkan ikan siakap yg dah digoreng garing atas pinggan
Tumis bwg putih, bwg besar & cili padi, masukkan air sikit, then taucu, asam jawa n grm serta gula. Biar mendidih dan bawang pun layu. Rasa la secukup rasa, boleh juga tambah sikit perencah ikan bilis. Dah agak pekat and sedap, tuang atas ikan...Senangkan...

New Hair Cut

Last Saturday, due to a reason, I bring the children for a hair cut. At first nak suruh Ifah je yg potong rambut, suddenly Sophie pun ckp nak potong jugak...sudahnya 2-2 la potong rambut....Barulah nampak muka panjang sikit, and Phophie pulak nampak naughty. Mcm nak gigit pipi dia tu...

Friday, August 7, 2009

Dinner Kat Kondo Kristal

Mlm tadi we all ber3 ke rumah owner babypinkcraft. Disebabkan kami ber2 ni adalah weekend wife so sng la sikit nak berjalan kesana kemari kan...Dok kat rumah pun tak wajib nak masak, since tak wajib tu Mummy yg tgh malas sgt nak pegang periuk belanga terus mengiyakan bila my fren ni ajak makan kat rumah dia. Ni sebab dia dpt balik cepat coz kena inspect site yg dibawah pengawasannya. Anyway dia ni Engineer by profession, tugasnya mengawalselia tapak pembuangan sisa tuttttt...ala2 IWK la nih..
Memulanya dia nak goreng mee...tapi I said to her, aku tingin arr nak makan mee rebus...wahahahahaha tgk2 dia masak betoi2..fuh kenyang gak la 3 pinggan tambah. ***Dah habih baru la nak snap gamabq..amende lah Mummy nih.
Balik rumah terus tido dgn sng hati, yelah kan..gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...
Budak2 tu pun happy sgt main dgn Qlea.***Mar & Qlea
Dah tu dari dapo rumah dia dpt tgk pulak view sunset. Cun oo..just imagine kalau time bln penuh matahari pun besar gak kan..mesti lagi cun.

Mini Lolicious- Magnetic Memo Clips


Few collections of my mini lolicious from Lolicious Series. More to come.

Thursday, August 6, 2009

FREEBIE!!!! Adakah anda pengunjung bertuah

Eh sedar tak sedar dah nak dekat 5000 dah kata my statcounter. So, nak ikut jejak LG la. Tiru sikit no...I want to give something kepada visitor yg ke- 5000. Apa hadiahnya- uih SECRETTTT!!! Sabaq...tolong ye kepada visitor yg ke- 5000 ambik la gambo n tlg notify I ye...nnt I will email to u to request all the details.
Kebetulan pulak my birthday jatuh dlm bln August nih, so freebie ni adalah hadiah sempena ultah saya yg ke...tiga puluhan lebih..33 dah thn nih..
Kitorang anak beranak ni birthday berderet..Sophie- April, Kakak- May, Abah- Julai and Mummy- August, cuma still kosong kat bln 6, so kalau boleh my last anak nnt lahir bln 6 la hendaknya, tak kesahla thn bila pun...hehehehe.

Sapa nak claim the hadiah tlg tempek ni kat ur blog ek!!! tengkiu....


Ifah Demam

Semalam Ifah demam, kebetulan pulak sekolah dia tutup sampai la weekend dek kerana H1N1.
Masa p klinik punya la ramai org tunggu, ramai sungguh yg demam skang nih.
Tgh hari mmg dah p klinik tu tp doc tak sampai lg pulak, tukar shift, so ajak la dia p beli brg jap. Lepas membeli dah nak belah tu, bwk dia p lunch. Member tu dh x larat dah nak jln. Last2 tdo lam keta sampai Mummy dok cakap dgn dia pun dia x perasan. Kuat jugak la demam dia semlm (dia antibodi kuat sket, jarang dpt sakit, tapi sekali dah sakit tu teruk jugak- macam abah dia....ni hah wajah2 demam...Lunch kat Nandos.kesian...siap pakai koolfever sebab masa ni bdn dia panas sgt n belum p klinik lagi. Baju tu pun beli terus pakai rite in front of counter lepas byr coz dia sejuk sgt. Dia pulak pagi tu pakai short sleeve je. Mummy pun terpaksa la beli, no choice Rm10 selai....baju utk adult actually
Ni pulak lepas suruh dia senyum sikit. Baru la cun foto ini.

from lovey dovey selection- fridge magnet

Lovey Dover Selection.

Semua ni adalah fridge magnet. More to come. Pasai buat benda alah ni la lama dah tk masuk dapoq. Mlm ni kena stop sat.

Wednesday, August 5, 2009

Handmade Fridge Magnet

I love fridge magnet, and i have few in my collections from places I visit & from friends who visited the foreign countries. Tapi mlm tadi I made my own, since tak dak org nak order kek....suke giler dpt buat. Ikut hati nak buat lagi tapi bdn rasa penat sangat. Tengok jam dah pukul 1.30pg.
Apa2 pun my fridge magnet ni hanya di jual exclusively di http://babypinkcraft.blogspot.com. Sesapa la yg berkenan, boleh la p order kt blog my fren tu ya...
Alaaa..belum byk lagi..nnt kalau ada lagi I update lagi ye...

Lolicious SeriesAda lagi satu from lover series, tapi tak leh nakupload la pulak gambaq nya...nntkan kemunculannya di lain hari la ye..

Tuesday, August 4, 2009

Cucur Jagung

Dah lama tak masak tau...seminggu dah. kalau masak pun besa2 ja..so weekend habih tak dak menda kat dapo, kebetulan ada la beli jagung sket, so buat la cucur jagung. Sempoi tapi amat mengenyangkan. Paling saya suka kalau mak yg buat, lembut didalam rangup di luar. dah tu butir2 jagung tu lembut ja, siap ada cili tumbuk, ikan bilis yg lumat, tapi anak dia ni hmmm mmg dasar pemalas la kan....jagung pun racik gedabak2, bwg hiris pun tak halus, daun kuchai pun tak bubuh & ikan bilis main taram sekor2. Dah tu cili pulak pakai cili kering mesin. Nak cepat punya pasal la ni (kalau u all rajin, u all masukkan la semua di atas itu didalam adunan tpg, bancuh pakai air & garam sesuai rasa ye)
Tapi ni nak share tips sikit la utk readers sekalian; kalau nak bagi cekodok; tak kesahla cekodok tpg ka, cekodok pisang ka, cucur jagung ka kiranya set2 cekodok ni la; bila goreng dia jadi bulat2 kan, cuba sediakan tpg tu lebih awal dr waktu menggoreng, contohnya kalau ptg esok nk goreng cekodok mlm ni dah bancuh tpg n simpan dlm peti ais. Paling berhasil kalau buat cekodok pisang, mesti nnt dia timbul bulat2 je...comel. Mak saya pesan at least bancuh tpg tu 1/2 jam awai dr waktu nak goreng, baru la cekodok tu licin ja...

Monday, August 3, 2009

Missing you...

Eyy tgk title macam jiwang la pulak kan di pagi Senin yg berjerebu nih. Tapi tu lah..hakikat sebenarnya. Hmm..last week my dear friend- Mar had wrote a touching n3 about her, di kala tgh pregnant for the first time after 9 years of marriage. Macam mana dia pregnant sorang2 while her husband away for work kat JB. Kitorang kira berjiran, just in a neighbourhood, rumah pun tak jauh mana, tapi we were separated for years yelah last jumpa 7 thn yg lalu(masa tu aku nak kawin- tah mcm mana boleh terjumpa balik after lost contact lepas SPM dulu), suddenly dek kerana facebook kami jumpa balik & rupa2nya rumah tak jauh mana pun, dari office ni pun dah boleh nampak(masa tu la, now even nearer rumah dia blakang my office).
She also wrote perasaan dia kalau tiba2 dia sakit nak bersalin and she lived on her own, duduk sensorang tanpa ada sesiapa yg meneman, but I said to her, if anything just called me eventhough masa tu I was alone handling with my 2 kids but at least I've experienced the delivery & now she raised her doter alone jugak tp nasib baik dia ada maid.
So, last week I was a bit touched by her story, coz she also dedicated her n3 to me as co- INDI MOM. We are independent mom. Real independent. My husband is a weekend husband- its been almost 2 years now and almost 2 years I raised my 2 kids alone. Sakit demam budak2 tu I handled them. Time abah diorang ni ada kt rumah jarang la pulak Sophie tu nak sakit kan...Sophie ada asthma. So, sometimes I have to bring her for neb twice a day, and you know its so challenging for me as I have to bring both of them to clinic without assistance. Bila kakak dah tido I have to kejutkan dia coz nak bawak adik p klinik, sometimes dah pukul 9 mlm (yelah budak kecik kan tido cepat, time tu kira dah lewat la dah kan) I' don't have the intention to brag or to boast myself or what, tapi cuma nak meluahkan rasa so that for some people u must rasa bersyukur dgn apa yg korang ada dan apa yg korang dapat dan ada org lain tk dpt menikmati or kecapi dan tolonglah fikirkan situasi kitorang ni mcm mana.
Rasa rindu anak2 kat abah dia mmg nampak sangat lately. Tgh malam tu suddenly I cried tapi tak la sampai sedu sedan kan...Sophie dalam tidur dia memanggil2 abah dia. Bila kena marah pun panggil abah dia. Wahhh kalau u all la kan, mesti tension kan???!!!Tension dlm sedih.
Then, the weekends not like everyone else. Ampun ya Allah, I shouldn't brought this issue out, but...I really miss him. The kids miss him too.
The kids always asked when the father will come home, during the weekend if I have to stay at home, and the father has to stay at his mother's house, anak2 tu akan tarik muka, unhappy. I have to make them happy, but at the same time I have to handle their tantrums. They also will asked the same question again and again..'bila abah nak balik??' Owh Ya Allah berilah aku kesabaran...tolonglah aku, sesungguhnya hanya Engkau tempat aku mengadu.
Tak ada benda lagi yang nak aku mintak cuma aku mohon pelbagai pihak tolonglah faham dgn keadaan diri kami yg di tinggalkan ini. Tolonglah faham keadaan kami anak beranak. Kalau anda memahami tolonglah berikan pihak yg satu lagi tu faham akan keadaan kami. Sesungguhnya jasa anda memang tak akan aku lupakan (ditujukan kepada pihak yg memahami) Tengkiu.

Hehehehe..sorryla beb tengah syahdu jap..kakakakka..okeh back to normal.......daaaaaaaa