Wednesday, July 28, 2010

Our new family

Zarrifas berdua tu dok kecek mak pak dia ni utk bela rabbit...bermula kisah bila bawak depa dua org ni ke Pasar Seksyen 6, kebetulan ada brader ni jual rabbits..dua2 org ni siap x nak kemana2 dah melekat je kat situ...susahla Mummy cenggini..nak tinggal kat situ takut hilang pulak anak2 aku tu kan..tapi masing2 x nak berganjak...last2 suruh la si Kakak tu jaga si Adik tu...sebab Mummy nak beli brg2 masak. Sejak hari tu asyik dok mintak nak beli rabbit..Baru2 ni, hari Ahad masa we all p pasar( budak2 tak ikut sebab my cousin ada kat rumah), ada lagi brader yg jual rabbit tu, suddenly abah depa ni nak buat surprise...beli la sepasang rabbits. Bila balik rumah masing2 excited nampak rabbits tu, tapi penakut nak pegang..since we all dah decorate sikit2 courtyard tu dah letak rumput semua so rabbits 2 ekor tu kitorang letakkan kat situ.Sehari suntuk budak2 berdua tu dok layan rabbit tu.....tapi nak pegang takut. Petang Isnin aku bawak 2 ekor rabbit ni keluar biar dia sedut udara luar..syok sungguh tgk rabbit2 tu berlompat2an kat luar..kucing jiran sebelah dok buat pee- ka - boo kat rabbits tu...nak terkam la tu...heh jaga2 ada guard 2 org yg dok halang rabbits tu keluar and kucing sebelah dari masuk....tak caya tgk lah...**** yg grey tu betina- namanya Nelly; yg putih tu jantan- namanya Willy (ini Kakak yg letak nama nih setelah beberapa kali dok tukaq)Kucing ni memula ngendap dari bawah ja....
Pas2 bertenggek sikit.......
Sapa la "neighbour' baru aku ni..tak penah nampak pun...comel jugak budak berdua tu kan....hmmm mcm mana nak berkenalan nih...tengok tu diorang pasang bodyguards la...alamak macam mana nak masuk nih...(kata si Kucing Pengendap)PEACE!!!!!!!!

My Weekend

ekUrgh lama sungguh tak update blog ni dan dah berzaman jugak tak masak......tiba2..di suatu pagi yg hening hari Sabtu nan lalu aku memulakan pagi dgn memasak nasik lemak.....yippieeee...terasa macam lemah longlai 4 bln lalu serta merta hilang...before this bukannya tak nak masak tapi deria rasa jadi teruk sangat hilang entah ke mana...so bila masak semua benda jadi tak sedap..dah la nak masak pun siksa batin je rasa..sudahnya my hubby kene take over..walaupun dia hanya boleh masak benda2 sempoi saja tapi ehh I makan bertambah you..lalu pulak tu makan nasik..tapi kalau sendiri yg masak mmg ku tak makan....inilah penangan mak buyung...
Anyway, tak dak la special mana pun nasik lemak ku itu, dgn brg2 yg limited, kejut cik abang suruh p kedai liat bebenor..apa yg ada dlm fridge itu je la yg di pakai..telur terpaksa di buat telur dadar sebab stok telur cuma ada 3 bj..kalau eden nak rebus mmg la tak cukup. Punya la lama tak masak, timun utk santapan ngan nasik lemak ni pun aku dah salah potong...potong ala2 style nak buat ulam la pulaknya...tp my hubby cakap okla tu..nak masuk perut jugak...mmg la..tp presentation tak cun arr...Ikan bilis pun ade sejemput saja..nasib bek gegirls 2 org tu jenis tak makan ikan bilis....depa lagi suka telur goreng..so cukupla utk kami 2 org...sambal pulak cuma sambal kosong jek...
Resepi tak yah letak la kot..x de special nyer pun..tp aku punya nasik lemak mesti letak fenugreek- org melayu panggil Halba..buka pape pun nak menambah aroma nasik tu ja....Anyway, bila masak nasik lemak ni secara tak langsung aku telah mencemar duli memetik sehelai daun pandan yg baru gaya2 nak idup hasil pemberian Zafira sempena pindah rumah hari tu...daun dia pun kecik2 lagi..sayang nak pakai byk2..satgi tersentot pulak pertumbuhan pokok tu kanna..biaq la dia...
***Tengokla pokok pandan ni cinonet lagi...dulu nyaris igt dia x nak hidup dah..al maklumla selama ni bela pokok semuanya mcm hidup segan mati mau...tapi hopefully daun pandan ni membiakla dgn jayanya..aminnnnnnn...
Dah siap breakfast, sibuk pulak aku menyiapkan order kek utk delivery hari tu....then pas2 nak p ambik my cousin kt UM and nak singgah kt nursery kat Sg Buloh nak beli rumput, alat2 gardening dan sedikit pokok2 serta baja....ada projek baekkkkk punya!!!..heheheh..tunggu next updates.On Sunday, since dah ada my cousin tu kitorang memprojek kuih raya...bukan utk makan raya tapi utk makan hari tu jugak...saja nak bagi aktiviti sikit kat the "Zarrifas" berdua tu...kalau tak sibuk nak main ja...they really enjoyed the cookie making time tu.- We all buat biskut cornflakes ja tu pun pakai 1 adunan, mana cukup..tapi since cornflakes tu depa dah makan tinggal separuh mana nak buat byk2 kanna. Aku namakan cookies tu "Chicken Little cornflakes cookies" sebab ada stock CHEERIOS kat rumah yg sapa pun tak makan, bila letak 2 ketul nampak la mcm spec Chicken Little tu then letak pulak ceri merah kat bawah tu dah nampak mcm paruh dia...cute..budak2 ni suka tapi tak sempat nak ambik gambaq cookies tu malamnya dah wasalam dah pun..kena buat lagi la pasni.
Sunday morning before that p pasar...beli ayam utk buat nasik ayam and mee kari..suruh la brader ayam tu potong kecik2 utk buat mee kari and sekor lagi biarkan sekor utk buat roasted chicken utk di makan as nasik ayam...then pesan kat dia jap lagi aku ambik sebab nak beli sayur, sekali sampai rumah tgk2 11/2 ekor ayam tu semua dia potong kecik2...UWAAAAA cemana nak wat nasik ayamm..sudahnya tukar la menu, aku masak AYAM MASAK HALIA......
Resepi main ikut sedap hati sahaja, tiada rujukan di mana2...jadi sapa nak try buleh la ambik resepi spt berikut:

1/4 ekor ayam yg di potong kecil
21/2 inci halia..nak lebih pun boleh5 ulas bawang merah..nak lebihkan pun lagi sedap
3 ulas bawang putih
Worchestershire sauce secukup rasa (jgn pakai byk sangat)
Sedikit belacan
10 biji cili padi..di hiris- kalau suka lagi pedas..lebihkan
1 bj cili merah - di hiris
Garam
Gula melaka- di kikir
Kacang panjang- di hirisLobak Merah- di potong
Sedikit kicap jika suka
Minyak utk menumis

***Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus dan perap dgn ayam selama 1/2 jam atau lebih, tambah garam secukup rasa dan Worchestershire sauce.

1. Panaskan minyak dan masukkan ayam yg di perap. Masak hingga ayam agak masak dan masukkan cili padi dan cili merah...gaul rata, kemudian masukkan gula melaka, kacang panjang dan lobak merah..
2. Perasakan secukup rasa, kalau suka boleh tambah kicap, sebab masakan ni nampak agak kurang berseri tu sebab aku tambah kicap.
3. Dah masak ayamnya, tutup api..hidang..sempoikan??!!! dan juga sesuai utk wanita berkerjaya esp time bulan posa nnt..simple!!!
Sesambil masak nasik, aku masak jugak kuah utk mee kari ni...dah berapa hari dah dok kecur teringat kan mee kari nih....jadi kenyataan la jugak akhirnya...mee kari ni menu minum petang we all. Siap sambal kerang lagi tu...ok..itulah permulaan aktiviti masakku di hujung minggu..ADIOS!!!

Tuesday, July 27, 2010

An article to share

After so long tak de mood nak berfoto2an dan nak bermasak2an , last weekend mcm heaven je..I did so much thing yg dah lama tak buat semenjak berbadan dua ni...seems like my cooking mood and photography mood dah back to normal which is GREAT!!!!
So, before I uploaded things I've done during the weekend, I just found out an article to share, terjumpa masa my blog walking session.

Mintak izin CP from owner of the blog- Kniedaz. TQ..such informative esp for me who is looking forward for a baby boy..agak2 boleh dapat ke????

Berikut ni adalah petua utk dapatkan baby boy...InsyaAllah.
Amalan pemakanan di awal kehamilan

1. Banyakkan makanan laut dan juga daging


2. Banyakkan makanan yang berasid, kat sini maksudnya macam asam kot

3. Mengamalkan minuman kurang manis



Amalkan Surah Yusuf dan Maryam tetapi kali ni perbanyakkan bacaan Surah Yusuf.
Panggil baby dan usap perut dengan nama2 lelaki yang baik, contohnya Muhammad.
Sentiasalah berdoa kepada Allah

Melalui pengalaman sepanjang dah masuk 5mth preggy ni...hmmm tanda2 macam nak dapat baby boy tu ada..coz as compared to the other pregnancies, kali ni I prefer makan daging bau daging goreng tu pun dah boleh naikkan selera makan...ada lauk tu satu pun dah cukup, then mesti ada cili padi..lagi pedas lagi kowww!!!, then benda2 manis mmg menggelikan tekak so I just can't consume any sweet things mcm kek ke, air manis, buah2 yg manis...semua tu buat tekak loya.
Then, yg paling aku pelik pregnant kali ni suka menyicah (mangga ngan kuah rojak Mak Bee, or epal hijau mesti ada stok mangga muda kt rumah..whereby masa pregnant kt 2 girls dulu langsung tak leh nak letak asam kat mulut ni)Hopefully Allah perkenankan doa kami utk dapat baby boy......InsyaAllah....

Monday, July 12, 2010

Sucks!!!!!!

Takdir hidup aku tak seindah pelangi....kalau ada pun pelangi itu hampir pudar tak pernah cerah warnanya...haruskah aku pasrah?????jauh dalam hati ini aku tak semudah itu utk menyerah....tapi sehingga kini hidup aku belum benar2 bersinar. Aku pun tak tau apakah ini masalah dalam diri aku atau aku ditakdirkan lahir sebegini..???Tapi Allah berfirman, manusia itu perlu berusaha utk mengubah takdir hidupnya...aku berusaha..tapi adakah cukup kuat utk merobah jalan hidupku????? Aku tau aku punya kekuatan tapi semakin aku rasa aku nk menjauhi masalah semakin besar masalah yg datang...haduiiiiiiiii..hanya Pada yg Esa tempat aku mengadu.......aku harap di lorongkanNya jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku dalam masa terdekat ini...Tolonglah ya Allah...aku hanya ada Engkau..tiada yg lain yg dapat memberi aku kekuatan ini....bukalah jalan utk aku semoga niat aku utk membahagiakan mereka terlaksana dan semoga hasrat aku utk keluar dari beban ini terlaksana...AMINNNNN