Wednesday, August 29, 2012

Selamat Pengantin Baru


Owh hai rajin pulak aku update n3 hari ni kan...hikhikhik...tgh rajin better buat sungguh2...anyway ni citer last weelend..belum terlambat kot nak wish Selamat Pengantin Baru buat my cousin Khairy & isterinya Nurul Azwa..gambar kat bawah ni masa kenduri sebelah perempuan kt Bdr Mahkota dekat Nilai baru2 ni...kitorang ni meramaikan majlis je lah sebabnya dah dekat kan...dari Kedah cuma anak beranak Ngah saya, my dad, Tok Yam dan beberapa sedara je.



Dari lensa


Cheese Butter Cake

Dari hari ke hari nak try resepi ni...alhamdulillah pagi ni menjadi kenyataan..bila lah agaknya perangai nak berubah ni kan...hmmmm very bad!!!! Anyway..kek ni memang best...soft, fluffy dan tak terlalu manis macam butter cake biasa...menepati citarasa saya sebenarnya..citarasa anda???hmmm cubalah sendiri nanti bagitau ekk...

Ok resepi mantop ni hasil nukilan Chef Zubaidah melalui bukunya "Jamuan Kek". ada a few recipes dalam buku ni yang saya nak try...semua nampak sedap2 belaka.


Eh jomlah semak bahan2 lepas ni boleh buat ye...

170g mentega
125g Cream cheese
200g gula caster
5 biji telur diasing kuning dan putihnya
210g tpg naik sendiri (***saya guna tepung gandum + 1sdt baking powder)
1 sdt esen vanilla
1/8 sdt serbuk tartar

Cara2:

1. Putar putih telur dgn cream of tartar sehingga stiff peak.
2. Putar mentega, cream cheese dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan kemudian masukkan esen vanilla, putar lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung diselang selikan dgn putih telur. Sebatikan dan masukkan ke dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 150deg Celcius dlm oven yg telah di panaskan selama 1 jam..saya guna suhu 170deg C selama 40~ 45 min.
***Bergantung pada keadaan oven anda****

Selamat mencuba!!!!

Monday, August 27, 2012

Tomyam Goreng Udang dgn tomato ceri dan cendawan butang

Minggu ni mmg kena clear freezer sebab nak balik kampung...orang lain dah habis beraya kami baru nak balik kampung...raya hari tu cuma di Meru je selama 5 hari, so sempena cuti Merdeka  ni kami sekeluarga akan balik Kedah..yippieeeeee.... Actually suruh suamiku p market beli lauk pauk tapi dia suruh clearkan apa yg ada..so that nnt next month dapat mkn yg fresh2 pulak...... hmm oklah...memula fikir nak masak western jek..tapi dok pikir balik rasa mcm nak puasa...better mkn nasik kot..kumpul2 udang dlm freezer tu eh lumayan banyak jugak neh...dok pk nak masak mende..ehmmm kita main CIPTARASA ala2 masterchef la ek...so ting jadilah lauk seperti di atas.......

Cara memasak dan bebahan sangat sempoi sampaikan org malas mcm saya dapat membuatnya apatah lagi org rajin mcm korang ek...jom semak bebahan dan cecare:

Bahan2:

lebih kurang 300g udang
sepeket pes tomyam Maggi
1 labu bawang besar- di hiris bulat
8 biji tomato ceri (ikut suka u all la)- belah 2 je
4 ketul button mushroom di hiris nipis
1sdm sos tiram
2 batang serai di hiris bulat
1 inci halia di hiris nipis
5 biji cili padi yg pedas tu (kaler merah baru power)
sedikit stok ayam
2 helai daun limau purut di hiris halus
garam secukup rasa

Cecare:

1.Perapkan udang dgn pes tomyam.
2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga separuh masak. Masukkan semua bahan yg di hiris tadi termasuk mushroom. Tomato di ketepikan dulu.
3. Goreng sebati dan masukkan sos tiram. Masak hingga sekata dan masukkan tomato, stok ayam dan garam secukup rasa. Sayur dah agak layu  bolehla angkat dan hidang dgn nasik panas.

***Boleh tambahkan carrot juga..sedap juga kalau ganti udang dgn ayam.

Wednesday, August 1, 2012

Coconut Crunch Cookies

Sahur tadi tebangun awal...pukul 3.30pagi dah bangun sebab mungkin otak dah set nak bangun buat biskut ni. Hehehe..alhamdulillah menjadi jugak.....Saya belum rasa lagi cookies ni tapi rasanya macam sedap..crunchy & chocolatey. Selalu kita asyik buat biskut cornflakes je kan..kali ni kita guna Coco Crunch pulak. Untuk satu adunan ni saya guna sekotak regular Coco Crunch.


 Resepi di cedok dari blog Kak Rima. Ifah sempat rasa dia cakap sedap..dia cuma makan 2 ketul je tadi..nanti saya nak try time buka puasa. hmmm tak sabarrrr...

Orait jom semak bebahannya eh...

Bahan2: 
175g butter
100g icing sugar
2 egg yolks
1tbsp santan
50g kelapa kering
180g cake flour
25g corn flour
1/2tsp baking powder
75g coco crunch
75g choc chips

Cara2nya:
1. Cream butter and icing sugar, then masukkan egg yolks dan santan. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan kelapa kering, tpg, coco crunch dan choc chips. Adun sebati then drop kan ke atas dulang pembakar
3. Bakar pada suhu 170deg C selama 20 min. Enjoy!!!

Sumber resepi: Bisouiatoi