Ini food malam tadi, actually now pagi2 lagi dah masak lauk since my pembantu dia tak masak sebab nak concentrate jaga baby..jadi utk mengelakkan anak2 ku dari tak makan nasik, every morning I'll cooked for them...tapi sempoi punya lauk lah..nak masak beria malas seh..tunggu cuti je la kot kalau rajin.hehehe
Resipi main taram je pun..rasanya semua orang dah pandai buat kot asam pedas tumis ni..I baru je belajar sejak kawin dgn suami I ni..kalau tak asam pedas style Kedah la yg menjadi pojaan hatiku..nak2 kaalu arwah Tok yg buat..mmg tak jumpa cari lagi la yg macam arwah masak. Beza asam pedas nyonya dgn asam pedas yg tak nyonya rasanya dalam penggunaan buah keras, dan nenas...tapi kali ni saya tak masukkan nenas sebab M.A.L.A.S..dah lambat nak p kerja pun. So jom semak resipi:
Bhn2:
Ikan pari siap basuh bersih- saya guna 6 ketul je..yg dah siap di potong
3sudu makan cili kisar (saya beli yg dah siap mesin kat pasar sbb blender rosak hari tu)
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
seinci halia
1sdm ketumbar
2 ketul buah keras
***kalau suka boleh letak lada hitam juga- tapi saye tak letak
***blend semua bahan2 tu hingga halus
Tumis bahan2 di atas sekali dgn belacan..ikut selera anda saya cuma guna sikit saja nak kasi bau.
Tumis semua hingga pecah minyak, then masukkan air asam jawa secukupnya, garam dan gula secukup rasa. Kalau suka dan ada stok daun limau purut masukkanlah barang sekeping dua. Kena masam2 dan manis melekat kt bibir.
Dah mendidih masukkan ikan pari, dan sayur2an seperti bendi, terung atau nanas.
Bila ikan dan sayur2 tu dah masak, tutup api dan hidangkan......