Hari raya tahun ini sekali lagi mengulang sejarahnya..3 tahun lepas tok saya sebelah mak....pulang ke rahmatullah selepas 9- 10 hari berhari raya..yakni seminggu selepas pertemuan kami ketika raya ke- 3. Kematian Almarhumah Tok Nah sangat mengejutkan semua pihak termasuk anak2 menantu, cucu- cicit dan jiran tetangga terdekat......ianya berlaku dgn sangat2 cepat...dan pada tahun ini juga...suaminya yakni tok wan kami jugak meninggalkan dunia ini pada hari raya ke- 3 tahun ini... aku, suami, abg dan adik2 tak sempat nak menatap ketika arwah tengah bertarung dgn maut kerana terperangkap dalam traffic jam di Bandaraya Alor Setar.
Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.59pm dan kami tiba di hospital pada 6.05pm.....tatkala keluar dari lif...aku nampak semua sepupu, mak dan pak sedara, abah dan mak keluar dari ICU dgn mengelap air mata..maka keputusan tidak rasmi sudah dapat di jangka.....berakhir sudah penderitaan yg aku sendiri tak sanggup nak tengok. Keuzuran Wan mungkin penyebab kondisi kesihatannya semakin menurun.....apa2 pun kami menerima takdir Ilahi dgn hati yg terbuka...ianya lebih baik bagi Wan kerana Allah mengetahui apa yg terbaik buat hambanya...semoga Mak, Pak Ngah dan Pak Lang redha dgn pemergian tok dan wan.....Innalillahiwainnailaihiroji'un........AL- Fatihah buat arwah Tok Nah, Wan Lah, Nek Jah dan Mak Leha (mak mertuaku)