Monday, June 22, 2009

where's my aura

Adoi!!!..its been almost a week I dont have any story to write about. Awat hah!!!since balik umrah, I belum masuk dapur utk masak lagi....aura belum mai lagi.......aduuuuuuuhhhhhhhh..tgn macam dah gatal nak pegang periuk belanga tapi nak masak apa??? Gamaknya kalau jadi reporter macam ni gaya mau la my editor hambat balik or dia suruh siap2 cari keghoje lain.
What I've been doing last week was tidurrrrrrr, bangun p keja, order makanan. Cuma last Saturday kitaorang ada buat makeover sikit kat area dapo and my children's room tapi belum siap lagi coz Sunday dah balik rumah MIL. My kamera pulak diberi cuti rehat selama beberapa hari pasai battery dia dah kong..nak kena p cari battery dulu..urghhhhh menambahkan daya kemalasan aku. Hari ni hopefully semangat rajin mai la balik sebab chek dah p shopping barang dapur dah pagi tadi walaupun nafsu makan berkurangan.
Auraaaaaaaaa.......meh lagi datang ke dalam diriku...aku sudah lemas dgn keadaan sebegini.......

Thursday, June 18, 2009

Umrah dan Ziarah- Sekitar Makkah

Perkara pertama bila sampai ke Masjidil Haram mestilah nak tgk Kaabah kan, berdebar2 rasa hati, alhamdulillah syukur sgt2 dan rasa mcm tak percaya nampak Kaabah dpn mata. First time tawaf rasa mcm nak tercabut kepala bahu, terlalu control takut bahu ni terpesong , bila terkalih tpt batal la tawaf tu. So, lepas habis umrah yg pertama, bahu n leher serta betis rasa tegang sangat. Next tawaf dah pandai sikit so tak le stress sgt, tawaf pun dah boleh laju dah. Masa kami sampai tu, majoriti yg ada adalah org2 Malaysia, then Pak dan Mak Arab dah berduyun2 dtg, so jadila keadaan mcm suasana haji- haji kecik. Kawasan tawaf pun dah semakin melebar. Tgk la pic bawah ni- ramai kan??!!!
Part of the ziarah kat Makkah, kami ke Muzdalifah, Padang Arafah, Mina, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Ladang Unta, bermiqat di Masjid Hudaibiyah dan sebagainya..ahhhahaha eden dah malas nak nulis...layan pic je la ye.. Padang Arafah- tgkla pokok2 pun dah menghijau, petanda dunia dah nak kiamat.

Jabal Rahmah- tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa; jgn buat perkara bidaah spt menulis nama di tembok batu kat atas tu. Doa saja di sini.




3 stooges- with my roomate dgn Camel berhias kat Jabal Nur.

With my husband
Di bangunan lama Masjid Hudaibiyah (igt tak perjanjian Hudaibiyah??kat sini la ditandatangani perjanjian tersebut)
Kat ladang unta before minum susu unta fresh.
Hmm..sedap susu unta ni..mmg sedap!!
Makam Saiyaditina Khadijah
Gua Hira', tempat Nabi saw menerima wahyu- punyala tinggi tempat ni
Sebetulnya byk la lagi nak story tp cukup la kot sampai di sini kan..ini je la yg dapat di ceritakan..apa2 pun my journey for this Umrah sebenarnya sungguh bermakna..banyak yg tersirat disebalik yg tersurat, sesungguhnya memanglah nyata yg Allah tu MAHA BERKUASA dan MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENGASIH serta MAHA PENYAYANG,

Wednesday, June 17, 2009

Ziarah to Madinah- Episode 2

Dalam Episode 1 tadi I forgot to tell u all about my perjalanan dr Malaysia. We took Etihad Airways for our journey from KL- Abu Dhabi- Jeddah and return pun same. Transit kat Abu Dhabi. Time below is 12.40am- it was Abu Dhabi's time and we were dalam perjalanan utk naik plane ke Jeddah. Pic below masa dah naik bas kat airport King abd Aziz. Time ni waktu lebih kurang 4.30 pagi, our journey to Madinah which took about 6-7hours.

It was unbelievable journey. Tak sangka boleh sampai ke Saudi Arabia. Tunggu passport yg di collect masa keluar dr airport di cop (pelik sikit I rase pasal passport tu tak di cop masa kita exit dr Immigration, bila dah keluar ke Balai Ketibaan barula Immigration Officer tu collect balik passport tu utk cop), at about 5.30- 6am barula bas gerak ke Madinah. On the way tu, we all stop kat so called R&R la kalau kat Malaysia ni kan, utk collect breakfast. 1st meal of the day, Nasi Putih + ayam masak merah + telur dadar + timun. Sedap jugak.
Makan dalam bas je, then perjalanan di teruskan, susah sungguh nak nampak pokok2 hijau kalau ada pun setompok dua je la, tapi gunung ganang full of rocks. I wonder masa zaman Rasulullah dulu macam mana ye orang2 zaman tu naik unta dr Mekah ke Madinah, Taif dan sebagainya, betulla ustaz yg conduct usrah tu cakap, bila kita menghayati perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya menegakkan Islam barula kita tau betapa susahnya perjuangan mereka dan kita akan sayang agama Islam ni dgn sesungguhnya dan takkan biarkan org lain menghapuskan Islam and I also wondering cemana depa boleh spot tempat ni negeri apa, daerah apa and kampung apa pasal everywhere sama ja unless kalau area tu ada oasis kan.
Since perjalanan di sekeliling cuma ada padang pasir je, so I took my own sweet time utk tidur, sesekali terjaga la jugak then terjumpa la few R&R lagi yg tak la secun kat Malaysia ni. Standardnya kat R&R depa ada stesen minyak, supermarket, kedai makan and coffee station serta mesti ada musolla.

Kami sampai di Madinah around 12noon, so letak beg kat bilik then terus p solat Zuhur kat Masjid Nabawi, just a walking distance, dekat sgt2 just across the road of Perkuburan Baqi'. Madinah for me sungguh tenang, tak kalut tapi very hot and dry. Keluar je dari hotel, angin panas yg kering menyapa pipi, uhhh bulu roma pun rasa panasnya. Tapi masa tu takla nak mention panas3 kan..kita buat as if tak dak mende la...area Masjid Nabawi pun still ada construction works, bina toilet, preparation utk musim haji la ni. They all keja pun sat ja, after asar start sampai malam. Setiap malam lepas Isya' persekitaran masjid jadi meriah, ramai la org dok berjualan. Macam2 patent dok ada, tapi depa ni sepatutnya tak boleh meniaga kt situ, bila depa nampak polis cepat2 bungkuih balik apa hat depa dok juai tu. Lari lintang pukang. Lawak sungguh dok teringat peel peniaga2 ni..yg paling tak tahan tu kalau kita tk mau beli depa kata kita kedekut atau bakhil!!!kureng asam betoi Pak Arab ni kan. One thing, kalau u all tak tau cakap Arab pun ok, coz majoriti peniaga kat sini boleh cakap Melayu. Yang penting kalau tak suka harga yg ditawarkan kata la HARAM, kalau suka kata la HALAL.
The above is Masjid Qiblatain. Masjid dgn 2 kiblat. Selama 16- 17 bulan masa zaman Nabi, kiblat adalah mengarah ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis, tapi Allah telah memerintahkan supaya Kiblat kemudiannya menghala ke Kaabah di MasjidilHaram. Masa sampai kat Masjid ni, memang nampak ramai sangat org. esp perempuan coz tempat solat utk wanita di tingkat atas. Nak naik atas kena pakai eskalator (no tangga). Masa kami nak naik org mmg berpusu2 berebut nak naik sudahnya adala makcik2 dr other continent(bukan dari Malaysia or Asia Tenggara) dgn tudung panjang depa yg meleret2 tu terjatuh...suspen betul la...takut kain depa tu tersepit ja kat celah eskalator tu. Bila nak turun pulak depa pakat buat macam ski. Seriau sungguh. Kesian pun ada jugak coz maybe that was their first time dapat tgk benda alah tu, so, apa yg penting kita kena la bersyukur byk2 coz here, kat Malaysia ni we can see it almost everywhere.

Jemaah wanita kat lobi hotel just before we left Madinah for Mekah utk berumrah. Selama 4 hari berziarah di Madinah, hati rasa berdebar2 bila fikirkan pasal Kaabah and Masjidil Haram, tak tau la apesal. Lepas ni kami akan berniat umrah di Miqat yg terdekat iaitu di Bir Ali sejurus selepas keluar dari Tanah Haram Madinah.
Semasa di Madinah, org berebut2 utk mengerjakan solat dan berdoa di Raudhah. As for women susah sikit pasal time allocated for women tak lama sangat, sekitar 2-3 jam saja per session. Raudhah ni adalah sekeping tanah dari syurga diantara mimbar dan mihraj berdekatan dgn Makam Rasulullah. Tempat yg paling mustajab doanya di dalam Masjid Nabawi. Kalau dapat solat 2 rakaat kt sini pun dah besar sgt rahmatnya.
Selepas berniat umrah, kami continue our journey to Mekah, then we stopped at one of the R&R pasal driver bas tu nak isi minyak. Since dah masuk Zohor, kitorang bersolat then makan kat satu restaurant yg ada kt situ. We ate Grilled Chicken Rice. They served dalam dulang, with half cut chicken utk 2 org makan. Mak aii sedap tak terkata nasi dia tu, ayam tu pun sedap sangat. Sempoi je hidangannya, ayam panggang yg diperah dgn lemon dan makan ayam tu dgn bawang besar mentah. Memang habis..semua org cakap sedap; 4 thumbs up!!!!. Gambar kedai tu n the nasi as below:
Few hours later, kami pun sampai di Mekah dgn perasaan yg berdebar2. Pic bawah ni masa baru sampai kat hotel yg cuma sbrg jalan ja dgn Masjidil Haram. Syukur sangat sebab dekat. Pic bawah ni masa masing2 tgh tunggu kunci bilik. Lepas dpt kunci and simpan beg kami terus ke Masjidil Haram utk melakukan umrah wajib kami yg pertama.To be continued....











Ziarah di sekitar Madinah- Episode 1

The above is Masjid Nabawi- Arrived in Madinah on 4th June 2009. Sebelah kanan adalah Perkuburan Baqi' yang menempatkan sahabat2 Rasulullah, sebelah kiri adalah entrance masjid dan juga boleh nampak makam Rusulullah, Makam Saiyidina Abu Bakar and Makam Saiyidina Umar.
Our hotel, alhamdulillah sungguh dekat- Muhajeren Hotel. Dekat, cantik dan selesa.
Masjid Quba'- masjid pertama di bina oleh Rasulullah saw.
Thats my husband.
Fresh dates- so yummylicious, kelat2 manis- sold outside Masjid Quba'. I bought 2 packs for SAR15. Kalau beli 1 pack= SAR10.

Then, we headed to Ladang Kurma.
Sebelum cuci mata dan merasa kurma kt ladang ni, pekena dulu teh arab ni sambil lepak2 tgk buah kurma yg bergayutan kt pohon2nya.

Di kawasan perkuburan para Syuhada' semasa perang Uhud.

To be continued....

Monday, June 15, 2009

Cik Zaid Returns!!

Salam olls...hey I'm back in action after 2 weeks off from my cyber world. I write this n3 sambil berdiri pasal workstation kt sini tk dak kerusi, kalau ada kerusi lama la org dok melekat kat sini kan. Actually I'm in transit ni, from Jeddah, singgah kat Abu Dhabi sekejap, sat2 pun dalam 6 jam jugak la kena tunggu now, its 11pm ++ Abu Dhabi's time which is about 3am++ M'sia's time. Tak sabaq jugak nak balik nak jumpa my kids after 2 weeks berpisah.
Before I cerita pasal my Umrah experiences, i nak habaq kat u all semua yg Etihad (Abu Dhabi's National Carrier) Guest Transfer space yg kami tgh duduk la ni, mmg stunning gila...cun sesangat2.. Will update the pic nanti bila I masuk keja balik. Macam out of the world saja rasanya, tapi kat area duty free ni nampak tak la murah pun brg2nya as compared to harga yg bukan duty free kat Malaysia. Chek tak beli apa pun just macam baguette sandwich and fruit platter yg harganya pun dah memang da bommm!!tapi standard la rega airport ni kan....
Dah ramai jugak dikalangan ahli jemaah kitorang ni yg dah terbongkang tidoq, tapi chek masih maintain pasai nak tulih n3 ni la. Tunggu la satgi agak2 dalam 2 jam lagi kot nak masuk then buleh la tidoq lama sket dlm flight nnt. This place is so cold..eh hey...i notice something about myself la...hmmm my flow of ideas dah berkurangan..jari jemari pun dah rasa keras nak menaip, pasal cuti lama kot. hehehehe..
Owh ya..'bout my Umrah experiences, what I can summarised from my whole experience are as below:

1. For those yg teringin nak buat Umrah or Haji pls go while u're still young pasal chek ni yg boleh di consider as muda belia ni pun rasa jugak kepenatannya- actually time saie tu. So, I really tabik spring kat makcik2 yg boleh buat saie without assistance, yg bertungkus lumus utk buat sendiri semua rukun umrah tu, pasal I sendiri pun flat bila balik dr perform Umrah, kaki dua2 belah rasa muscle tension, tapi yg magicnya bila esok dah start Tawaf balik sakit tu hilang dah..itu lah ajaibnya kekuasaan Allah.

2. Please try to share the room with 3-4 person, meaning toksahla ambik bilik berdua coz this is the time where we can make new friends. So far, what I can say, my roommates are so lovely. Satu kepala. Sampaikan bila di Mekah, budak2 Indon yg keja dgn caterer yg sediakan makanan utk kami gelarkan kami 3 serangkai..ish2ish..dalam ramai2 tu depa buleh perasan kat kami 3 org. Eventhough I performed my Umrah with my husband tapi we were not in the same room coz I want to have new contacts. Alhamdulillah it went well. For Kak Nani and Kak Siti, thanks for being so nice to me.

3. Drink a lot and a lot of air zamzam, it cures your sore throat, flu etc and it awakes u when u're sleepy. It tastes so good and refreshing.

4. Mesti pasang niat siap2 masa before bertolak lagi so that if God willing apa yg kita niatkan itu akan berjaya di laksanakan.

I think I have a lot more to tell tapi bukan la kt airport ni kan, pasal PC ni kalau type lama sket dia akan automatically close the window, masuk ni dah 3 kali nak kena sign in balik, ponek la makcik kalau lagu ni sokmo, tapak kaki pun dah haus dah ni pasai dok berdiri ja nih.. We'll see in our next n3, for my blogger frens, I miss u all a lot...muahhhhhh

Love,

Zaida