Wednesday, October 15, 2008

Al- Fatihah to Arwah TOK NAH

At about pukul 5pg hari Isnin 13 Oktober 2008 bersamaan 13 Syawal; aku dikejutkan dgn fon call dari mak-

"Kak, Tok dah tak dak".
Tok mana?
"Tok Nah".
Hah! biaq betoi!!! Pasai apa? sakit apa??
- itula soalan bertalu2, mak aku pun blum tau lagi coz masa tu di apun on the way ke rumah Ngah aku dimana kali terakhir tok aku bermalam. Innalillah....
Aku memang rapat dgn tok sebab arwah cuma ada 3 cucu perempuan eventhough aku ni bukanla cucu faveret arwah tapi kami rapat.Setiap kali balik Kedah tak sah kalau tak ke rumah arwah.
Lagipun aku sefamily baru ja jumpa arwah hari selasa minggu sebelumnya, tak sampai seminggu pun lagi. Memang terkejut, tapi itulah kuasa Allah. Hari itu tetap akan tiba dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Kami bergegas pulang ke Pendang. Bertolak dari Shah Alam pada pukul 6.30pg dan sampai di Pendang dah pukul 11.30pg. Semasa solat Subuh, aku mmg berdoa semoga sempat mencium jenazah buat kali terakhir. Alhamdulillah Allah perkenankan permintaan aku.
Semuanya tinggal kenangan. Petang Selasa 14 October 2008 kami pulang semula ke Shah Alam.
Sudah tersurat, bila sampai suatu masa dan ketika segalanya akan ternoktah, tetapi sebelum itu kita harus menempuh segala persimpangan. Di kala itu, kita harus berhenti seketika dan berfikir. Ikutlah simpang yang betul kelak kita akan sampai ke penghujung yang diredhai.
Dalam terik mentari petang, mata terpaku pada keindahan ciptaan Tuhan, indahnya alam. Sayugia, ku tala lensa kamera, damai sekali rasa di hati. Hayatilah kehijauan hamparan padi yang mendamaikan...sayu rasanya.

Seketika kemudian terpandang kegagahan dan keindahan Gunung Jerai diselaputi awan. Entah bila lagi nak kujejak nak kudaki. Hanya mampu memandang dari kejauhan.


2 comments:

miszshain said...

takziah buat akak n the family... al-fatihah.....

che zaid said...

tq.