Tuesday, April 14, 2009

Ayam Gulai (Style Padang)

Malam tadi sebeno2nyer malas jugak nak masak. Tapi memandangkan my husband tu tak jadi outstation nak tak nak masak la jugak..kesian pulak. Kang kurus la pulak suamiku itu. Setelah di vote berulang2kali, semua angkat tangan nak makan nasik. So, mummy pun masak la nasik tapi lauk sejenis je..coz malas tahap gaban..gaban pun tak malas cenggini. Adoila..so pikir2 punya pikir maka jamu lauk pauk Padang la..semua bhn dah ada tinggai nak oles sikit sebanyak.

So, berbekalkan semangat kental, jadilah ayam gulai ni. Resepi di adaptasi dr Majalah Rasa. Malangnya tukang masak ni belum lagi merasa Ayam Gulai ni, but one thing for sure, suami dan anak2ku makan bertambah2..I guess its a good sign rite??? Kalau nak tau tryla ye..resepi kat bawah ni:

Bahan2:
1kg ayam- Better guna ayam kampung coz I'm using it..hahhahaha; ayam tu kalau kat kedai biasanya potong 6, tapi utk family kitorang ni nak mudah makan, potong kecik2 la
1 liter santan
400gm cili kisar

* bahan kisar
*500gm bwg merah
*100gm bwg putih
*100gm kunyit hidup
8 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3 btg serai dititik
100gm gula melaka
Garam secukup rasa

Cara2:
1. Tumis bahan yg bertanda * sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, gula melaka dan serai. Masak hingga cili masak.
3. Masukkan ayam dan perasakan dgn garam sehingga secukup rasa.
4. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Masak hingga mendidih dan sedia utk dihidang.

No comments: