Monday, March 19, 2012

Beris Lake Vineyard

Percutian singkat kami diteruskan dgn lawatan ke Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah. Actually tak plan pun nak ke sini sebab tujuan asal kami ke Sik sebab nak jengok pakcik n makcik saya yg sangat jarang berjumpa sebab sekarang diorang menetap kat Sarawak..rumah yg kami singgah ni ala2 rumah hinggap la ni..sok2 pencen baru la dok sini balik.

Lepas berpiknik kat Lata Mengkuang, kami balik untuk makan tengah hari walaupun sebelum p mandi kami dah makan koeteow goreng yg sangat sedap....hmm mmg tak kan berenti makan kalau duduk kt rumak Cik nih..

Lepas makan tengah hari Cik ajak p ladang anggur ni..mmg pucuk di cita ulam mendatang..dia pun tak pernah pergi lagi ke sana..dan saya hmmm mmg menantikan peluang ni...rupa2nya takla jauh mana pun tak sampai 1/2 jam perjalanan pun..adalah dlm 10km dari rumah Cik.  

Masa kami ke sana, tak banyak buah yg masak..pekerja kat situ cakap dalam hujung bulan Mac/ Awal April insyaAllah buah akan masak..Jeng2 jeng..sesiapa yg nak merasa kutip dan makan buah yg segar dari ladang bolehlah berkunjung pada awal April ni ye...tiket tak mahal cum RM4 utk dewasa dan RM2 untuk kanak2 yang berumur 5thn dan ke atas sahaja..dan untuk buah2 anggur yg di petik pulak RM4/100g...hmm agak mahal bukan..tapi berbaloi dengan keseronokan yg kita dapat..betul tak?

Oklah tak mau berceloteh banyak..silalah jamu mata dgn piccas yg saya sempat snapped..... 







No comments: