Ini masakan kampung faveret saya. Anak2 saya pun suka gulai udang ni. Saya pun suka meratah belimbing buluh tu, bila kuah ni belum habis lagi..esoknya saya akan panaskan dan cicah dgn roti putih. Yummmss..
Bahan2 seperti di bawah:
Udang- boleh agak2 ikut keperluan rumahtangga
11/4 peket rempah kari ikan
1sdb cili kisar (saya beli cili kisar cap Kokomo kat Giant sebab best la..)
5 ulas bawang merah (kalau banyak udang tambah bawang ye)- di tumbuk halus
2 ulas bawang putih- di tumbuk halus
seinci halia- ditumbuk halus
belimbing buluh - belah dua dan bersihkan
santan - saya guna santan kotak
garam secukup rasa
Cara2nya:
1. Tumis bahan2 tumbuk dgn daun kari hingga naik bau, then masukkan rempah kari dan cili kisar.
2. Tumis sehingga kari paste tu masak dan pecah minyak.
3. Masukkan santan cair (santan pekat kotak tu saya tambah air) biarkan mendidih
4. Kemudian masukkan udang, tambah santan pekat...agak2 ye kuah korang nak banyak mana...
5. Udang dah agak nak masak masukkan belimbing..tambah garam secukup rasa...dah siap..
Sedap utk di makan dgn nasik ataupun cicah dgn roti
Selamat mencuba!!!

1 comment:
sip tipsx..
Post a Comment