Showing posts with label Me N Experiments. Show all posts
Showing posts with label Me N Experiments. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Dah kembali dengan resepi terbaru... Ayam Masak Hijau

Assalamualaikum semua.........lama saya tak update kat sini...sejak semalam dok teringat blog yg dah jarang saya attend. Rasa macam dah bersemangat semula nak masukkan entry2 terbaru. Rasa macam hidup ni kembali meriah. Sudi2 kanlah membaca dan mengomen kat sini ye.

So, setelah sekian lama saya nak masukkan resepi Ayam Masak Hijau. Satu kelainan tapi saya sukaaa...saya sukaa...saya sukaaa!!!

Dapat inspirasi dari blog Kak Azlita Aziz, owner glam yg serba boleh tapi saya buat lain sikit. Ayam Masak Hijau saya ni macam style Ayam Masak Merah tapi kalernya hijau. Cemana tu ekkk....


Bahan- bahan:

Ayam yang dah di potong..saya buat dalam 10 ketul je, mestilah di bersihkan
dilumur garam dan kunyit dan goreng (jangan terlalu garing)

Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang

***
3 labu bawang besar (size sederhana besar)
4 ulas bawang putih
5-7 bj cili besar hijau
5 biji cili api (kalau suka lagi pedas boleh tambah lagi)
2 inci halia
***Blend bahan2 di atas sehingga halus****

1 btg serai - di titik
Santan/ susu cair
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa.

Cara2:

1. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis, kemudian masukkan bahan2 yg di blend tadi....bila cili dah masak masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rata...kalau suka nak tambah kiub ayam boleh di tambah jugak....masukkan serai yg di titik tadi.
2. Bila cili dah garing masukkan santan/ susu cair...masa ni kena agak2 untuk dapatkan tahap kepekatan yg anda suka... dah mendidih masukkan ayam yg dah di goreng tadi...golekkan ke dalam kuah then bila dah cukup rasa dia..tutup api dan hidang...


*****SELAMAT MENCUBA*****

Monday, November 1, 2010

CD

Tengok title...no..no..no..bukan CD lagu dan bukan jugak CD movie..tapi cloth diaper. Penah dengar? Alien to you? I have decided this time I'll go for Cloth Diapering....reasons being:

1. Idea ni tercetus sejak Fofhie hampir keputusan disposable diaper dia lately..me & my husband sangaaaaaaaatttt malas nk p beli utk top up sebab utama its me my self la punya reason ni; dia cuma pakai waktu malam je...sebab dia ni susahnya nk suruh p toilet esp time dia tdo and Mummy pun x dpt nk fully train her due to my conditions la kan..malaih nak bangun pun sama.

2. Plan to start cloth diapering utk my coming soon baby..disamping utk menjimatkan perbelanjaan isi rumah, ye lah baby kecik byk pakai diaper kan...saya mau introduce something yg lebih natural, akan tetapi org mesti tanya kenape tak pakai lampin jek...hmmm lampin ni leceh a bit, you know why...pertamanya kena cek every hour tgk lencun ka tak lencun, kena pakaikan nappy liner, letak safety pin lagi...urgghhh sangat2 leceh and so called outdated la kan...
pas2 spacey bila nak sidai kena guna byk ruang, dan kalau baby poo poo..dia punya stain tu melekat dan sometimes warnanya x tanggal.

3. CD plus points; senang utk di cuci, kalau ada poo poo pun just throw dlm toilet bowl and flush out pas2 just spray ja dgn air, rendam then cuci dgn washing machine with minimal used of detergent. Kalau dia just kencing just basuh cenggitu then masukkan dlm washing machine then sidai. Lagi pulak dia macam disposable diaper biasa jugak cuma prints dia lebih menarik, reusable, ada choice whether snap button ke or velcro (kalau disposable diaper ada velcro type je kan, jd sesetengah tu kalau kita dh terjerut perut anak or terlonggar diaper tu dah tk boleh pakai sebab tak melekat lagi dah, lagi CD menyelamatkan alam sekitar kita...cuba bayangkan penggunaan DD (disposable diaper) yg tak mengambil masa 50thn utk mereput....sehari berapa DD kita dah pakai and berapa banyak dlm setahun anak kita dah pakai...selama in average 3thn usia budak tu....itu kita kira utk seorang budak...kalau 200,000 org budak...huh boleh tenggelam Malaysia kan...lagi satu yg paling penting, tiada kesan chemical kat anak2 kita...as compared to DD...(you actually can search for cloth diaper's info kat internet..just google cloth diaper..nah pelbagai website yg menjualnya akan muncul..cubalah ada yg mahal ada yg murah depends kat material dia)

Last weekend masa hunting for baby clothes terjumpa CD kat satu kedai baby nih, mulanya tak perasan, tp bila nak balik terjerumus la pulaknya, I bought 1 for Fofhie's usage sebab nak tunggu yg saya order online this week baru dapat since dia pun terkencing kat kedai tu apa lagi grab la satu brand Autumnz with free 2 inserts. Sukanya dia tak terperi, and my first experience masa pakaikan dia utk malam hari malam tadi..surprisingnya tak bocor.......kalau dia pakai DD dia soheh akan bocor bila pagi..based on my fren's advice yg dah pakaikan anak dia dgn CD (sapa lagi kalau tak Puan Mar tu kan) dia suruh saya pakaikan 2 helai insert utk Fofhie sebab dia kencing banyak yelah sebelum tdo minum susu, nnt pukul 3.30 pagi nak susu lagi..alhamdulillah kencing dia tak bocor and bangun pagi I asked her to unsnapped the CD and washed. Best!!! dia pun selesa je...so hari ni, I bought 10 helai insert sebab masa order utk CD hari tu lupa nak beli insert sekali...jadinya hari ni search for insert and saya beli yg stay dry microfibre yg dpt menampung loads urine, maybe a bit mahal tapi sebenarnya itu hanyalah initial cost dia...cuba kira kos bulan2 yg dpt kita save..mmg berbaloilah bagi saya. Lagi pulak bila saya beli inserts tu dua2 org anak saya boleh pakai...dan CD tu dpt menampung size dari new born sampaila 15- 18kg berat budak tu...jadi saya sgt2 rekemen sesiapa yg nak membelinya...wah free promotion lagi...sapa nak tgk contoh CD tu boleh tgk gambar kt bwh ni ye
Banyak lagi la design..ni ja yg dapat saya bubuh di sini..barang siapa nak cari design lain yg lebih menarik..silalah search sendiri ye..that's all for today..Thank you

Monday, December 7, 2009

Homemade Chocolate

Semalam teruja sangat2 coz attend class choc making. Hmm best giler. Best dgn goodie pack yg dibawak balik dan rasa coklat yg sungguh sedap. Me myself is a choc lover. Jadi bila dapat peluang nak buat choc ni mestilah suka gila kanna...penat jugak sebab dari pagi2 kitorang dah keluar, budak berdua tu since takde org nak jaga aku letak kt toy city biar depa main habis2an...pergh 4 jam jugak la depa kat situ, Ifah and Sofea dah dibekalkan dgn jaket sebab sejuk gilers toy city tu. Kedai tu belum bukak betul lagi aku dah letak diorang..Sofea mmg sampai kuyu mata penat main...masuk keta terus zasss tidoq. Nasib baik la Ifah dah besar tak la takut sangat nak tinggai diorang kt situ sendirian abah depa dtg jaga diorang after nearly 1 hour depa kat situ.
Tgkla gambar kat atas tu beberapa ketul choc yg masih cun utk sesi fotografi..chef tu cakap aku and 3 org lagi tu amat memuaskan, cuma masa mencorakkan tu agak x natural sikit...except bunga ros yg white colour tu...tak pe lepas ni praktis membikin choc la pulak sampai terer....dalam kepala otak dah ada idea dah ni...