Showing posts with label Me N Nature/ Environment. Show all posts
Showing posts with label Me N Nature/ Environment. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Gold Coast, Morib, Selangor

First time sampai Morib selepas 11 tahun kawin..kesahnya suami I janji nak bawak ke Morib ni masa mula2 kawin dulu, biasaler janji tinggal janji..tapi nasib baik ada customer suruh deliver kek kat sana...dapat jugak jejak kaki...sebab dah Maghrib tak boleh la nak lelama kat situ. Lagi pulak dah janji nak belanja Ifah sebab dah seminggu birthday dia lepas...eh bukan hari2 pun mummy dgn abah belanja ke?..heh

gambar ni je la yg cun pun...tatap jangan tak tatap okes.

Friday, September 4, 2009

Saja ja letak ni utk layan mata. Masjid Al- Bukhary ni di bina di atas sebuah tanah yg diwakafkan oleh Yayasan Al- Bukhary kepunyaan hartawan & dermawan terkenal yg merupakan salah seorang manusia terkaya di Malaysia iaitu Syed Mokhtar Al- Bukhary. Kompleks Yayasan Al- Bukhary mengandungi masjid, pondok moden utk warga emas, tanah perkuburan, hospital dan menjadi pusat pendidikan yang menyediakan kelas bimbingan percuma utk anak2 yatim dan miskin.

Masjid ni memang cantik, so dlm perjalanan nak hantar Sophie ke rumah abang, singgah la sat kat sini utk tujuan memoto...baru lapuaih hatiku.

Monday, June 29, 2009

Yahoooo Picnic!!!

Yesterday, kami semua p picnic. Dah lama tak picnic, petang Sabtu baru ni, Ifah sound le..dah lama tak picnic, so bila mummy tanya abah dia..he said ok tapi after dia balik dr jaga maknya kat spital.
So, bila dah jadi nak picnic ni kan, as usual mummy pun kena la pikir apa nak bwk as bekalan. Memandangkan kat rumah ni tak dak mende yg 'grand' yg boleh di buat bekal, makna kata tak dak mende la yg boleh di prepare. I just goreng nugget and buat sambal kosong, pas2 beli roti canai.
I also did called Kak Yaz, my ex- officemate merangkap my Sr Mgr, ajak join if she n family free.
Dia tak janji la nak p kan..I pun tak mengharap la sgt dia join sebab benda ni mcm ad- hoc plan je. We headed to area Zoo Negara, masuk ke dlm Kpg Kemensah, terus tuju Isi Rimba..Wahhhhh!!!dah lain la skang..makin cun. Then kebetulan masa we all kat situ org tgh shooting drama ke filem ke..tk perasan la pulak, pelakon utama dia, adik Haziq(Tom, tom bak) utk tayangan di Astro Ceria..title citer tu pun tak perasan la pulak tp something yg ala2 Nujum Pak Belalang tu hah!! alaaa...korang tgk le sendiri ye..ehh nape citer bab2 drama lak ni..owhh we all tk boleh mandi kt tpt we all selalu mandi coz depa shooting kt situ...
Masa kt tpt parking tu, I received a phone call, dari Kak Yaz..lahh rupa2nya dia pun datang skali..wahh bestla...kitorang pun melepak la skali.Kak Yaz & family, siap pekena durian fresh Kpg Kemensah (beli kat Isi Rimba ni jugak)
My husband masa tgh dok jln tu tetengok dah berdengkot2..awatnya pulak..dia kata kaki dia sakit pas bangun tidoq td...lahai....kalau aku tau baik kensel je picnic ni kan..tp dah sampai..maka we all pun teruskan lah agenda...mandi dan makan!!! I'm incharged with budak2 la..biasanya my husband coz bolehla sembang ngan kak Yaz and mak dia kan..tp since my husband tk sihat dia la pulak take over sembang. Ehh citer banyak pun tk gune tau..tgk pic la:Walkway menghala ke tpt picnicIni kat entrace Isi Rimba- kena register dulu kat sini, and nak balik pun kena lau ikut sini jugak..dulu tak de tpt ni.One thing about Isi Rimba ni, they wished to minimalised penebangan pokok. Kat sini facilities lengkap, dgn toilet, surau, tpt makan (kalau tk bawak bekal nak makan kat sini pun boleh), paintball court, sungai yg jernih airnya dan chalets. Nak mancing pun dekat dgn kolam mancing..so no problem la..Sederet helmet utk paintball. Ifah tgh streching b4 balikMasa on the way balik, ternampak pakcik jual sate ikan, terus stop and bought for RM4..ishh tah hape2 tah, yelah ni makanan nostalgia masa kecik. Bila tanya pakcik tu dia pun cakap ayah dia dulu2 memang ada meniaga kt belah Kedah sana..owhh tak syak lagi.

Thursday, April 23, 2009

Save the Turtle- Save the Eggs Campaign

This morning I received this letter from WWF. As I told you I consider myself as green peace society. My future plan (when all my children grown up n I have more time for myself) I want to really get involved in this nature voluteer kinda job seriously. Hope Allah will grant my du'a. But at this momment ini je yg dapat dilakukan. I also received these post cards and a souvenir from WWF. So guys, especially those in Terengganu or anywhere as long as u still footed on earth, please DO NOT consume turtles' eggs or any other exotic animals which faced with extinction. Please save for our next generation. Please love our nature.

Friday, March 27, 2009

Heavy Rain


Kala ini hujan begitu lebat sekali..suami dan anak2ku sudah di bawah..tapi hujan lebat sangat dgn kilat petir berdentum dentam..tapi since dah dekat pukul 6, better chow...monday have to come early...anyway TGIF!!!yehaaa. CHIOW.

SIRIM

Semenjak malam tadi rasa malas sgt nak buat pape..nak masak lagi lah malas..our dinner malam tadi cuma fries, chicken scallop and fried chicken drummets. Itu pun kenyang..perasaan malas tu terbawak2 ke pagi ni dimana breakfast aku cuma roti sapu planta dgn gula jek..
Hari ni hariku dimulakan dgn lawatan ke SIRIM. My husband sent me there, tapi sebab lama sangat I asked him to go to his office la..I went there to check my application for TA on behalf of my customer. Nak keluarkan equipment dgn customer's exemption. Tak kesahla brg tu pun depa punya kan, supposed they must pay for the charges but instead we paid for them. Further, as advised by SIRIM's personnel, they need extra charges as its to be processed under fast track approval (kelulusan segera) plus the customer need to submit a letter with reasons why the fast track is required. I called the person in charge which is the logistic staff of this particular company. Punyala dasar pemalas tahap gaban, dia suruh I; yg tolong dia p SIRIM and paid for his company; write that letter. Dia kate dia nanti akan print atas letterhead and sign. EEEEEEEIIIIIIIII BENCILAH....tension maut la dgn mamat nih. Bengkek hati ku masa dok dgr dia cakap dah la panjang berjela..kalau tak disebabkan dok dlm teksi memang dah aku jerit tadi... When I report to my SM, dia kate buat je la...eeeeeeeeeiiiii....bengang *@#*#@**!
Neways, tgh jln keluar dari Blok 9 tu, sempat lagi aku snap 2 keping gambaq...cantik gak laman sebelah Blok 9 nih..buleh la buat tatapan penyegar minda yg bengang nih...HANGEN.. Dah keluar SIRIM p la ziarah Kompleks PKNS yg hanya 100-200 depa dr SIRIM tu..cuci mata, beli magazines sket and then trus ambik cab balik ofis..Itu lah kesahku di pagi jemaat nih.