Friday, June 24, 2011

Asam Pedas Ikan Pari Nyonya Style


Ini food malam tadi, actually now pagi2 lagi dah masak lauk since my pembantu dia tak masak sebab nak concentrate jaga baby..jadi utk mengelakkan anak2 ku dari tak makan nasik, every morning I'll cooked for them...tapi sempoi punya lauk lah..nak masak beria malas seh..tunggu cuti je la kot kalau rajin.hehehe
Resipi main taram je pun..rasanya semua orang dah pandai buat kot asam pedas tumis ni..I baru je belajar sejak kawin dgn suami I ni..kalau tak asam pedas style Kedah la yg menjadi pojaan hatiku..nak2 kaalu arwah Tok yg buat..mmg tak jumpa cari lagi la yg macam arwah masak. Beza asam pedas nyonya dgn asam pedas yg tak nyonya rasanya dalam penggunaan buah keras, dan nenas...tapi kali ni saya tak masukkan nenas sebab M.A.L.A.S..dah lambat nak p kerja pun. So jom semak resipi:

Bhn2:
Ikan pari siap basuh bersih- saya guna 6 ketul je..yg dah siap di potong
3sudu makan cili kisar (saya beli yg dah siap mesin kat pasar sbb blender rosak hari tu)
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
seinci halia
1sdm ketumbar
2 ketul buah keras
***kalau suka boleh letak lada hitam juga- tapi saye tak letak
***blend semua bahan2 tu hingga halus

Tumis bahan2 di atas sekali dgn belacan..ikut selera anda saya cuma guna sikit saja nak kasi bau.
Tumis semua hingga pecah minyak, then masukkan air asam jawa secukupnya, garam dan gula secukup rasa. Kalau suka dan ada stok daun limau purut masukkanlah barang sekeping dua. Kena masam2 dan manis melekat kt bibir.
Dah mendidih masukkan ikan pari, dan sayur2an seperti bendi, terung atau nanas.

Bila ikan dan sayur2 tu dah masak, tutup api dan hidangkan......

Thursday, June 9, 2011

Balik Kampung 1/12- Ceritera Day 1 & 2

Last week kami semua balik kampung sempena cuti sekolah. 1st time travel balik naik kereta dgn Luqman. At first I just couldn't image how restless he will be sebab abah dia nak kami bertolak lepas hantar order ofismatenya.....so, end up pukul 10.30pg lebih baru la bertolak dari Bukit Jelutong. Masa tu dah panas sangat dah kan....hmmm..yg tak bestnya dia x nak duduk kt car seat dia..alamak!!! Mummy awak ni dah 3 hari x cukup tido tau...mcm nak nangis je la Mummy coz I'm so sleepy..tapi nak tak nak kena la pegang kalau x haru biru satu kereta dek jeritannya.
Dapatla jugak Mummy tidur2 ayam, tapi perjalanan wasn't pleasant much coz too much cars on the road. Hiway jam...accident di satu dua tempat...tapi kat tol plaza la yg paling jam....wohhooo..dah la sangat panas..bila sampai R&R Rawang..kereta penuh..sampai R&R Tapah kereta penuh..kami tak stop sebab aku dah siap2 buat Mihun Goreng, anak2 kata sedap pulak tu..thehehehe...

Kami sampai di R&R Sg Perak hala ke Utara..dlm pukul 1.30tghari..pergh hangat lit- lit..isi perut masing2..my choice sempoi saja...Nasi + ikan keli goreng, sayur bayam dan semestinya kuah ikan patin masak tempoyak and sambal belacan...cukup mengenyangkan..wajib ada kuah tempoyak..mandikan Luqman kat sini, salin diaper, baju dan segala..then kami teruskan perjalanan..masuk kereta..aduhh pening kepala mak ni...aku teruskan tidur..elok la perut penuh kan..at one time dgn anak sekali nak tergolek...hisk..hisk..hisk..tu la Luqman awat la x mo duduk kt car seat...hishhh..

Sampai kat Pekan Spg Kuala, keadaan masih lagi jem...tgk plat kereta masing2 dari luar Kedah. Biasakla time2 cuti cenggini....termasuk la aku ni kan..hehehe

Program kat Kedah sangat2 pack...waima terpaksa potong agenda sebab tuan punya badan tersangatlah letihnya..hatta untuk menapak dlm rumah sekali pun..tapak kaki sakit weh...letih sangat.

Hari pertama sampai..my auntie ecewah..Cik I mai rumah mak...lama siot x jumpa dia..first time pun dia tgk Luqman bila dah besar2 ni..first time dia tgk masa Luqman baru seminggu kot. Then yg tak tahan tu..."Weh..putih dah dia..dulu masa kecik saya dok kata la mai kot mana hat ni GELAP pulak sorang". Adeh Tok Cik...kesian Luqman..masa tu Luqman x dak isi lagi..belum tegang lagi...macam mana la tak gelap kanna.. Hmmm ye lah..bezakanlah Luqman masa dalam hari dan masa sekarang ni.Debab dah dia sekarang..and one thing which really touched my heart is whenever I said to him.."Mummy looooooveeeee Luqman...Mummy saaayaaaaangg Luqman..Luqman sayang Mummy tak?" bila dia dengar tu mesti dia peluk leher saya kuat2 then dia kiss pipi dgn cara dia la...penuh air liur kat pipi ni...hadeh...best kan....lagi satu everyday bila balik kerja nak dukung dia pun mesti dia buat mcm tu jugak...hoooo bestnya....

Day 2: Kami semua pakat p makan kenduri kat tepi rumah ni hah..mak aku gantung periuk hari ni. Lepas tu my mission for that day..nak p shopping...aku pun heran la kalau balik mesti p mall ni..dah la dekat dgn rumah..nak p cari kasut..kesian ahkak...anak2 kasut lebih byk dari mak depa..so..mission accomplish tapi terlebih pulak p tapau compact camera pulak satu..hadeh...dlm dok nak bajet le konon..org lain dah sibuk pakai DSLR aku ni terbalik lak..dari DSLR ke compact...bukan apa..malas la nak hangkut kamera besar2..berat..leceh..tunggu la anak2 dah besar panjang, masa pun byk baru la boleh concentrate kot. So, body guard yg paling setia memolo Mummy dia tak lain tak bukan..ni hah Dak Offie ni..muka dia la yg merasmikan kamera baru Mummy dia nih..haih..dah tu pagi2 dah pow KFC..mmg la budak Offie ni kan...

Monday, May 30, 2011

Short Vacay- PD

Date: 28. 05. 11
Depart Time: 3.30pm
Arrival: 5pm
Location: SpringHill, PD

Dah lama tak p vacay nih..short haul ke long haul ke..so last weekend was the first for this year. Bukanlah vacay apa pun just pekena bayu laut..unwinding ourselves..chit- chatting among siblings, ipar duai, sepupu- sepapat..rasa best la..bayu laut rupa2nya dapat mengendurkan emtions...langsung memberi kesegaran pada tubuh badan walaupun letih jugaklah sebab ada anak kecik ni kan....anyway..Luqman memberi sepenuh kerjasama..x terlalu meragam cuma dia mungkin keletihan..suasana kurang selesa untuk dia stretch kan dirinya....hahahhaha..tapi Mummy suka coz ramainya babysitters.yehaaaa!!!

Pukul 5 kami sekeluarga org pertama yg check in kt Homestay Cikgu Lela kt SpringHill. Sempat la merehatkan diri after 2 hrs drived from Shah Alam. Kenderaan agak banyak di jalanan since school holidays just started. Kami lepak2 so hampir Maghrib 2 keluarga lagi mula 'check in' di sini (Family Wak Long & Family Adik)..tak lama lepas tu Family Abg Nang pulak sampai dgn kereta baru yg penuh bergaya..so, lepak2 story- mory pukul 8 kami start menjamu selera; ayam bakar, sosej bakar, roti jala, mihun sup tulang dan buah2an. Hampir jam sepuluh lebih..family Abg Nang beransur pulang ke Shah Alam, while others lepak la kt homestay sebab agenda kami esok p PD.

Pagi: breakfast Mihun Goreng, Mee Goreng, sosej. Isi perut then off we go to the beach.
Cari punya cari pot..last2 we decided nak lepak kat Blue Lagoon...hari masih pagi and luckily cuasa teduh tapi tgh time surut...anyway utk anak2 ok la dpt la depa 'swim' sebab ombak x dak. Kalau time high tide tu risau jugak kan...for my kids, Kakak & Offie..they really enjoyed the day so much..time balik semua terkelepet keletihan.Luqman memberikan pose yg hebat buat peminat2nya sekalian..hahahahaLuqman dgn Cik Lela- tuan empunya Springhill's homestay yg kami inap 2 hari 1 malam ;)Ni my ipar duai...dok gosip apa tu weh...Ifah dgn sepupunya- Afif...lepas mandi manda perut pun kosong..ni dah dekat nak balik dah ni..isi perut dulu..Last but not least, Wak Long..posing maut dgn batal busuk n botol susu Afif...
Pendek kata..my short vacay ni best...kami plan utk long haul vacay pulak hujung thn ni........insyaAllah

Thursday, May 26, 2011

Happy Belated Birthday YAYA

Wargh ini n3 yg dh berkurun zaman sepatutnya...cuba lah kira dah berapa minggu berlalu...cupcakes ni utk YAYA, mama YAYA, abah YAYA (outstation le masa tu), kakak YAYA, adik2 YAYA dan bibik YAYA serta sepupu YAYA yg berada di Kedah...hehehe..YAYA is my anak menakan. 2nd anak saudara from my eldest brother's family. Umur 10 thn dah..YAYA seorang yg kurus kering, sangat kretif, suka duduk rumah, suka baca buku dan tak suka jalan2 hatta ikut mama dia p shopping groceries kat Giant/ TESCO.
YAYA peminat setia STE..cewah..betoi ka YAYA??so che ngah hadiahkan sekotak cuppies....hasil kerja tangan che ngah n offie....(***dia basuh tangan tau, she's my helper utk order sedara mara shj) Delivery dibuat oleh Tok YAYA yg kebetulan berada di rumah saya sempena menjaga Offie masa dia kena operate hari tu. Al- kisah YAYA dan keluarga tidak dapat menikmati design seperti di atas sbb pak cik Imigresen kt SkyPark telah dgn selambe menegakkan kotak ini..apa lagi habih jatuh merundum segala cupcakes yg ada tu....huhuhuhuhu dukacita la sangat2 Che Ngah masa tu. Kesian YAYA dan family YAYA sbb tak dapat tengok design yg kenkonon gorgeous la sangat..Offie yg kata gorgeous not her Mummy. Anak aku ni bantai tuang 100s & 1000s penuh..nasib baik cepat kata stop kalau dak haih x tau la nak kata. Seni sangat la Offie ni kan..

So cupcakes ni adalah untuk kami sekeluarga wish YAYA & NUHA- Happy Belated Birthday...yg lain lambat lagi..cuma MAMA YAYA coming soon in June. Walaupun buruk di terima tetapi YAYA cakap over the phone katanya begini:

"Che Ngah YAYA rasa cupcakes ni sedap sangat"
"Ye ke..dah rasa belum?"
"Belum Lagi tak sampai rumah lagi"

"Laaaaaaa tak rasa pun dah tau sedap...pi rasa dulu nanti habaq lain"
Saja la budak2 ni kan pandai ambik hati....lagipun I knew she's excited over there..terasa la segala pemberian kita di hargai...

BTW, Tok YAYA pun dah kemaruk buat cupcakes dah..siap pesan kalau ada order banyak2 lagi talipon la..boleh la mai tolong...hehehe...ada orang nak jadi assistant.

Tuesday, May 24, 2011

Breaded Sausage Roll

Dah lama tak post masak2 kan....hari ni kebetulan siap cepat so boleh la post an n3. Nama sedap tau...patutnya rasa pun sedap..senang..mudah dan sempoi..tapi rasa2nya pagi tadi otak dok miong lagi sebab malam tadi chek tak berapa sihat..tersilap la letak bahan. nak letak bread crump p letak desiccated coconut..ceh patut la bila goreng bau dia lain...haduiiii..tapi di bawah ni disertakan resepi yg betul punya...resepi main reka2 malam tadi...so utk Mak Bee bolehla mencuba resepi ni tau..sangat sempoi tinggai jaga api kuali jek..

Bahan2:

2 ketul sosej..kalau nak lebih tambah la sendiri
2 keping roti sandwich
1 bj telur di kocok, letak garam dan serbuk pepper sikit.
Serbuk roti.

Cara2:

1. Rebus sausage.
2. Leperkan roti, then letak la sausage rebus tu kalau suka letak la sliced cheese, then gulung..pastu celup dalam telur then golek kan kat bread crump tu.
3. Panaskan minyak then goreng kekuningan.