Salam alls..hari ni dah masuk hari ke- 3 kami sefamily kat AS. Pagi tadi, me and Ifah kelaur ke pekan. 1st tempat yg kami singgah ialah kedai pinggan mangkuk lama. Mata meliar dok cari barang..kemudian di sapa oleh pembantu kedai tu.."Cari apa Kak?".."Cawan kopitiam ada dak?" "Ada mau berapa dozen?"..wargh dengar saja apek tu kate..hati terus berbunga riang.."Ok bos bagi sedozen." Terus aku tanya teko yg berbunga sama ada dak?..dia kate takde then mata terpandang teko teh yg bunganya design lain sikit..tapi aku tak kesah janji antik..lagipun harganya murah gila cuma RM6 dan itulah satu2nya teko teh bercorak demikian yg ada kat kedai tu. Sorry gambar teko tu tak dapat di masukkan sebab still kat dalam bonet kete..almaklumla esok pagi kami dah nak balik semula ke Shah Alam. Di samping teko dan cawan, aku juga nampak cawan lompang dan cawan teh cina, tapi in my mind aku nak jadikan cwn teh cina tu sebagai remekin sebab "bos" kedai tu cakap boleh pakai utk oven. Wargh bersemangat gila la aku.
Lepas beli cawan we headed to Pekan Rabu satu lagi lokasi wajib kunjung everytime balik..kali ni borong pekasam (ada pekasam puyu, pekasam lampam dan ikan selat- paling laris pekasam sepat tapi dah habis dah- BEST SELLER nih), perencah nasi daging (hanya terdapat di Kedah), jajanan yg gurih lagi enak, dodol dan tudung. Ish bikin kempis wallet ja bila mai sini. Kat Pekan Rabu kalau sesapa dari luar Kedah yg singgah belilah dodol kat sini, memang best! Lemak manis gitu..ada pilihan dodol lemak dan dodol durian, ada juga lempok yg di jual..Some pics yg dapat ambik tadi kat bawah ni, sorry ye..gambar ada sikit gegar sebab Ifah dah tak larat dah nak tunggu mommy dia memborong..SILA MAI SILA...
2 comments:
salam zaida...
wah....saya mmg minat dgn cwn2 antik tu...boleh tau tak lokasi tu kat mana...boleh terjah nnti hehehhe
salam nor, actually kedai pinggan tu kat area Pekan Melayu Alor Setar..betoi2 tepi jln..cari MAHA Klinik then kedai tu cuma selang sebuah dari MAHA Klinik(Kedai ubat lama- actually itu klinik dr Mahathir dulu) anyway, nor asal mana?
Post a Comment