Semalam buat pertama kalinya aku masak korma which actually not my favourite. Semalam PIL aku sembelih 6 ekor ayam kampung, mak mentua aku nak masak korma which not my favourite, tapi aku la yg kena masak kan...so, ku angkat telefon n call my mother. Adik ipaq je yg ada masa tu, then diala yg bagi resepi tu...so basicnya dah tau la macam mana kan...Thanx Ina...saya memang tak reti langsung and dok imagine macam susah sangat....Rupa2nya tak la susah mana...Lepas tu mak pulak call, bagitau resepi utk menyedapkannya lagi..So, this time bolehla kita share2 sesama..Sesapa lepas ni nak masak utk mak pak mentua ka..bakal mak pak mentua ka..untuk yg terchenta pun gerenti boleh punya kan...mesti terimpress punyala..so, bolehla copy paste resepi kat bawah ni kay...sebelum tu cuci mata tgk gambaq...
Bahan2:
1 ekor ayam- saya pakai ayam kampung
*5-8 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*4 inci halia
*1sdb lada putih biji
*5 bj buah keras
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
Semua bahan bertanda* di kisar terlebih dahulu
Minyak untuk menumis
2 peket rempah kurma tapi pakai dalam 11/2 peket saje- di bancuh menjadi pes
Air secukupnya
2 labu bawang besar- di belah 4
2-3 biji kentang di belah 4 atau 2 (ikut citarasa masing2)
2 biji cili merah- di belah 4 tapi jgn sampai putus
Santan dari 1 bj kelapa
Garam
1/4sdb susu pekat manis
1 bj limau kasturi
Cara2:
1. Ayam dibersihkan. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga serta bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan pes rempah korma. Diaduk2..kemudian masukkan ayam. Aduk rata sehingga ayam dah diselaputi dgn rempah..biar seketika dan masukkan air secukupnya dan biar sehingga air agak kering dan ayam empuk.
2. Setelah itu, masukkan santan dan garam secukup rasa, masukkan ubi kentang dan bawang besar bila santan dah mendidih.
3. Masukkan susu pekat dan cili merah. Bila kentang dan empuk, perah sedikit limau kasturi ke dalam masakan, kacau dan tutup api. Sedia untuk di hidang.
2 comments:
huhu..asyik post dlm bog ja bila nak ajak aku makan kat ghumah hang nih..
kekekekekek...aku la ni bz sgt2 mar...bila la nk ajak hg mai no..hmmm this week boleh kot..nnt kalau aku ok nnt aku call la hang
Post a Comment