Dah berminggu aku kepingin nak makan rebung. Tetiba last week terasa sangat nak buat gulai tulang dgn rebung. Di pendekkan cerita pesan kat hubby suruh beli tulang 1/2 kg (yelah buat apa byk2 nanti berhari2 baru nak habih) dan daging sket...daging tu malam tadi cuma ada 1/3 bhgn saja, sebab 2 portions lain tu dh di buat benda lain...Jadi menu pertama kitorang utk sahur pagi tadi dan juga utk berbuka ptg nanti adalah.........Gulai Tulang dgn Rebung...Memula risau jugak takut my hubby tak suka sebab dia mmg tak suka bau rebubg tin tu...selalu aku je sorang yg melantak rebung bagai nak rak!!!, tapi dia ni walaupun tak suka akan makan la jugak kanna sebab dia ni jarang demand bab makan2 ni..Prinsip dia janji kenyang.
Aku masak siap2 before masuk tido mlm tadi tu pun dah pukul 11 mlm baru padam api nak biarkan tulang and daging tu lembut. Pagi tadi surprisingly my hubby tanya ni masak apa ni? dah di citerkan nama resepi alhamdulillah dia cakap sedap...!!!! legaaaaa...janji depa suka makan I dah ok dah...tak kesahla korang suka ka dak ka kanna..
Nak matchkan dgn gulai tulang ni, aku tumbuk sambal belacan dan goreng ikan haruan kering and rebus telur masin. Selalunya Ifah suka telur masin tapi pagi tadi masa sahur dia cuma makan gulai tulang jek...tak selera sangat kot pepagi mcm tu nak makan kan..biasala budak2..But she's so excited to fast, nampak mcm dia dah prepare utk puasa la..Alhamdulillah hopefully thn ni dia dpt puasa penuh lagi....BTW hari ni Ifah balik sekolah awal....hmmm Mummy dok terpikir2 cemana nak adjust transport utk dia nih...hopefully Abah dapat ambik cepat hari ni.
Anyway, sesapa yg nak kan resepi tu, tgk kat bawah ni ek...
Bebahan (sukatan ni boleh adjust ikut keperluan keluarga anda ye):
1/2 kg tulang lembu, beli la yg ada isi sket..jgn la tulang semata2
200g daging lembut- hiris agak2 dlm 1/2 cm tebal
****Sila tumbuk bebahan di bawah*****
6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1sdb lada hitam (kalau suka pedas dan panas sila tambah)
1 inci halia
**************************
1 senduk cili kisar -OPTIONAL- saya tak pakai sebab tak nak pedas sangat coz of my kids
3 sdb rempah kari daging- campurkan dgn sebahagian bhn2 yg di tumbuk dan jadikan pes
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga Lawang
Sedikit asam jawa
Garam
Kiub ikan bilis
Rebung tin secukupnya
Santan; 1/4 bhgn santan pekat tu jadikan santan cair.
1sdb kerisik
Cecara:
1. Tumis sebhgn lagi bhn2 yg di tumbuk bersama rempah 3 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga harum mewangi.
2. Then, masukkan pes rempah kari, kalau u olls pakai cili kisar, masukkan sekali dgn rempah kari tadi. Tumis sekejap then masukkan tulang dan daging. Biarkan sampai pecah minyak..tapi jgn hangit dah la naa...
3. Tuang santan cair dan masukkan rebung. Biar mendidih, perasakan dgn garam, 1/2 kiub ikan bilis dan air asam jawa (kalau pakai ASAM JAWA XTRA Adabi tu just masukkan je lebih kurang 1sdt)
4. Dah cukup rasa, masukkan santan pekat dan kerisik dan kacau sebati hingga mendidih dan sedap rasanya. Bila daging n rebung dah lembut padam la api...Setengah org suka kuah pekat, kalau nak pekat u olls masak bagi kering sikit ye..kalau nak berkuah bila dah mendidih tu agak2 la korang dgn kepekatan kuahnya tu...pandai2 la adjust ye...
****Sedap jugak kalau kuah tu buat cicah dgn roti canai, lempeng, cekodok, roti dsb.

No comments:
Post a Comment