Showing posts with label Kari. Show all posts
Showing posts with label Kari. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Food blogger kembali ke pangkal jalan

Assalamualaikum salam jumaat semua yg menatap blog saya ni,

As the title suggest...I would love to become food blogger again.. seronoknya....eh..eh..ape hal lah yang nak seronok lebih2 ni? mana taknya after so long, rasanya dekat setahun dua dah mcm x de masa nak ambil gambar masak2 ni tau........malas pun ye..hik hik hik.....so kali ni mcm nak buat comeback lah.

So buat permulaannya nak tayang gambar dinner semalam lah...tapi gambornye x la lawa mana pun...alaaa masak GULAI IKAN je pun...bagi org Kedah gulai tu maksudnya KARI.


Gulai ikan saya tak pekat..saya tak suka gulai ikan yg pekat dan seharusnya masam2 sikit..baru kick...owh lagi satu kalau nak masak kari ikan..penggunaan halba campur ni sangat penting utk memberi aroma kari ikan yg sebenar..kalau tak mmg tak ori la kari ikan tu u olls...

Apa? tak tau ghupe halba campur? Jangan runsing dan jangan bimbang..kalau tak tau maka sama2 la kita belajar ye dak...ni hah gambornye seperti di bawah ni: saya shoot direct dari botol..halba campur ni consists of biji sawi, jintan putih, jintan manis dan halba...dah ada jual siap peket kat kedai dan pasaraya2 besar atau di pasar2 basah seluruh malaysia atau di asian market kalau korang kat overseas.

Tapi kawan saya cakap banyak biji sawi buat gulai tak sedap...kena banyak jintan and halba..apa boleh buat saya beli yg siap2 peket dah..so belasah je lah.

Anyway kalau sesiapa yg berminat dgn resepi gulai saya ni sila la copy paste resepi kat bawah ni.. tapi perlu di ingat saya ni bukan jenis teliti sampai garam pun di sukat...saya bukan begitu..masak ni ikut rasa hati kita sebenarnya..kalau kita ikhlas insyaAllah air tangan kita mesti sebab..kalau terlalu berhati2 pun x sedap jugak..so just take note bahan2 nanti korang agak2 la dengan size family dan adjust rasa ikut lidah masing2 ok...yg penting air tangan tu hah..(eh jgn perah tangan pulak ye...:))...nak lagi sedap selawat dan zikir ketika masak...semoga keluarga sering teringat2 masakan kita..pegi jauh mana pun balik cari kita jugak kan..

Eh melalut bonar dah ni hah...

Bahan2:

5 ulas bawang merah (seulas tu di hiris yang lain2 di tumbuk)
3 ulas bwg putih (seulas di hiris, yang lain2 di tumbuk sekali dgn bawang merah)
agak2 sesudu teh halba campur (kalau tak kenal gambarnya kat atas tadi)
setangkai daun kari
3sd besar serbuk kari ikan (saya guna BABA's)- di bancuh dgn air utk jadikan pes dan gaul sekali dgn bawang yg di tumbuk tadi

sedikit minyak untuk menumis

1 ekor ikan nyok2 yg di potong 3 (boleh je guna bawal hitam, ikan kembung, ikan merah, tenggiri atau apa2 yg anda suka tapi selalunya saya guna ikan yg saya tulis ni lah...dapat yg fresh lagi la sedapnya)

air asam jawa (saya guna asam jawa extra ADABI tak payah nak bancuh lagi; cepat)
santan secukupnya
Garam secukup rasa.
Bendi atau tomato

Cara2:
*** Yang paling penting untuk masak gulai/ kari ni rempahnya mesti cukup masak, kena pecah minyak dulu barulah masukkan santan kalau tersilap timing mmg gulai anda tak jadi...boleh nampak kaler kuahnya pucat dan rasa rempah tak masak tu...memang tension lah kalau kena gini.

1. Tumis bawang yg di hiris tadi together dengan halba campur dan daun kari..bagi lah bawang tu wangi dulu kacau ye..takut bawang hangit..nanti dah tak sedap.

2. Masukkan rempah kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak yakni bila nampak minyak tu dah timbul di permukaan, then masukkan santan pekat.

3. Biarkan mendidih, sambil tu masukkan air asam jawa dan garam...dah mendidih tu masukkan ikan... kuah tu pekat tambah secawan air...then kalau pekat lagi tambah dalam setengah cawan air lagi..masa ni dah kena rasa la..mesti ada masam dan masin tu secukup rasa..korang penah experience makan kari kat kedai kan..so agak2 la rasa dia ye...hehehhee 

4. Bila kuah mendidih masukkan bendi dan biarkan seketika. Agak2 bendi tu dah lembut sikit boleh la tutup api dan hidang.

Gulai ikan ni mmg sedap kalau di padankan dengan ikan kembung goreng dan sambal belacan bertomato ni..sambal belacan ni faveret sepupu saya..tiap kali datang rumah mesti dia suruh buat sambal belacan cenggini.

Bahan2

2 batang cili merah
8-10 biji cili padi kampung yg merah
1/2 biji tomato- di hiris
sedikit belacan (dlm seinci)
sedikit garam secukup rasa

Tumbuk cili, belacan dan garam hingga lumat. Then masukkan tomato hiris dan lenyekkan sebati...tak perlu letak asam limau lagi tau..ok..dah boleh serve.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, July 23, 2012

Sambal Kari Daging

1st iftar, saya nak masak Gulai tulang dgn rebung yang abah saya tanam...masa nak menumis tu pulun saya mencari dari kereta ke dapur, dari dapur ke opis baking saya mencari rempah kari..sebab rasanya masa kat TESCO pagi tu saya beli sepeket besar rempah kari dan dah bawak masuk ke dalam rumah dah pun..tapi pelik...rempah tu MIA..sebab musabab wallahua'lam...adoi...masa tengah mencari2 tu tetap jugak aku tumis bawang tapi dgn api perlahan lah..so tak le hangit lagi kan..udah tak jumpa aku masukkan cili kisar (beli ready made punya tapi cili ni dah siap masak dah cap KOKOMO beli kat Giant, eh boleh try la u all sebab dia tak masam macam cili boh tu..sedap la jugak boleh guna utk mcm2 benda..nak goreng mee ke..bihun ke..masak kari ke, ayam masak merah ke..apa2 je lah boleh guna)..so setelah di godek2 jadilah seperti dalam gambar.

Bila suruh si Junior MasterChef  Offie rasa dia cakap "emmm sedap la Mummy". Macam tak percaya..justeru mak dia tanya lagi.."masin ok tak?" Offie cakap ok.. Mak dia tanya lagi..."secukup rasa?" Offie cakap "A'ah sedap..dah sedap dah..offie nak makan lagi.."
Fuhhh macam tak percaya dgn budak kecik ni kan..tapi dah dia suka bagi je la dia makan..siap tambah lagi tu hah..meratah je..x nak nasik. Rasa dia kalau u all nak tau ala2 gulai kawah pun ada..semua yang merasa dah cakap sedap..so korang pun boleh la try masakan yang namanya baru di cipta pagi tadi..hehehehe

Boleh la sapa2 berkenan try resepi ni..

Bahan2:

7 ulas bawang merah **
2 ulas bawang putih **
seinci halia **
seinci lengkuas- di ketuk
2 batang serai - di titik
daun kari
5 sudu besar cili kisar (saya guna sambal ready made cap KOKOMO, yang di beli kat giant)
1kg tulang rusuk + 1/2kg daging cincang
Air asam jawa
garam, gula dan kiub bilis secukup rasa

** di kisar halus

cara2:

1. Tumis bahan2 kisar, lengkuas, serai dan daun kari hingga naik bau, masukkan tulang dan daging yang telah di perap dgn sambal KOKOMO.
2. Tutup periuk hingga daging empuk. 
3. Masukkan bahan2 perasa dan air asam jawa secukup rasa. Dah empuk boleh tutup api dan hidang dgn nasik atau boleh di cicah dgn roti benggali...insyaAllah sedap.



Tuesday, August 24, 2010

Kari Daging Pekat

Semalam chek perabih saki baki apa2 benda yg boleh di masak dlm freezer tu. Daging ada la seketul agak2 dlm 250gm kot...sejemput ja pun. Pkiaq p, pkiaq mai nak masak apa la gamaknya dgn bhn mentah yg sejemput tu ye...last2 toinggggg..masak kari boleh cicah dgn roti Arab dan sapa nak makan nasik boleh wat lauk..tapi sorang sikit je la...cukup la kot utk 3 org. Lepas tu my hubby request for sambal ikan bilis utk di cicah bersama kari dan roti Arab. Before lebih2 tgk la dulu resepi kari pekat caraku.

Bahan2:

250gm Daging (saya pakai batang pinang)
5 ulas bawang merah****
3 ulas bawang putih****
1sdb lada hitam****
1 inci halia****
Yang bertanda**** di tumbuk lumat.
Separuh hasil tumbukan tu mix dgn pes rempah, setengah lagi wat tumis.

yang di bawah ni, buat pes;
3sdb rempah kari daging
2sdb cili kisar

Bahan menumis:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
bunga cengkih
Daun kari
Bhn2 yg bertanda****

Garam
Asam Jawa
1 cawan santan
3 bj kentang di potong 4

Cara:
1. Panaskan minyak utk menumis, tumis bhn menumis. Dah harum masukkan pes rempah.
2. Kemudian masukkan daging dan tumis hingga pecah minyak.
3. Then masukkan garam, kiub ikan bilis sikit dan asam jawa
4. Dah pecah minyak, masukkan santan cair, dlm 1/2 cawan, then biarkan mendidih. Masukkan kentang.
5. Dah agak empuk masukkan lagi 1/2 cawan santan pekat. Dah cukup rasa dan mendidih boleh la di hidang.

Wednesday, August 11, 2010

Gulai Tulang dgn Rebung


Dah berminggu aku kepingin nak makan rebung. Tetiba last week terasa sangat nak buat gulai tulang dgn rebung. Di pendekkan cerita pesan kat hubby suruh beli tulang 1/2 kg (yelah buat apa byk2 nanti berhari2 baru nak habih) dan daging sket...daging tu malam tadi cuma ada 1/3 bhgn saja, sebab 2 portions lain tu dh di buat benda lain...Jadi menu pertama kitorang utk sahur pagi tadi dan juga utk berbuka ptg nanti adalah.........Gulai Tulang dgn Rebung...Memula risau jugak takut my hubby tak suka sebab dia mmg tak suka bau rebubg tin tu...selalu aku je sorang yg melantak rebung bagai nak rak!!!, tapi dia ni walaupun tak suka akan makan la jugak kanna sebab dia ni jarang demand bab makan2 ni..Prinsip dia janji kenyang.

Aku masak siap2 before masuk tido mlm tadi tu pun dah pukul 11 mlm baru padam api nak biarkan tulang and daging tu lembut. Pagi tadi surprisingly my hubby tanya ni masak apa ni? dah di citerkan nama resepi alhamdulillah dia cakap sedap...!!!! legaaaaa...janji depa suka makan I dah ok dah...tak kesahla korang suka ka dak ka kanna..
Nak matchkan dgn gulai tulang ni, aku tumbuk sambal belacan dan goreng ikan haruan kering and rebus telur masin. Selalunya Ifah suka telur masin tapi pagi tadi masa sahur dia cuma makan gulai tulang jek...tak selera sangat kot pepagi mcm tu nak makan kan..biasala budak2..But she's so excited to fast, nampak mcm dia dah prepare utk puasa la..Alhamdulillah hopefully thn ni dia dpt puasa penuh lagi....BTW hari ni Ifah balik sekolah awal....hmmm Mummy dok terpikir2 cemana nak adjust transport utk dia nih...hopefully Abah dapat ambik cepat hari ni.

Anyway, sesapa yg nak kan resepi tu, tgk kat bawah ni ek...

Bebahan (sukatan ni boleh adjust ikut keperluan keluarga anda ye):

1/2 kg tulang lembu, beli la yg ada isi sket..jgn la tulang semata2
200g daging lembut- hiris agak2 dlm 1/2 cm tebal

****Sila tumbuk bebahan di bawah*****

6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1sdb lada hitam (kalau suka pedas dan panas sila tambah)
1 inci halia
**************************

1 senduk cili kisar -OPTIONAL- saya tak pakai sebab tak nak pedas sangat coz of my kids
3 sdb rempah kari daging- campurkan dgn sebahagian bhn2 yg di tumbuk dan jadikan pes
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga Lawang
Sedikit asam jawa
Garam
Kiub ikan bilis
Rebung tin secukupnya
Santan; 1/4 bhgn santan pekat tu jadikan santan cair.
1sdb kerisik

Cecara:

1. Tumis sebhgn lagi bhn2 yg di tumbuk bersama rempah 3 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga harum mewangi.
2. Then, masukkan pes rempah kari, kalau u olls pakai cili kisar, masukkan sekali dgn rempah kari tadi. Tumis sekejap then masukkan tulang dan daging. Biarkan sampai pecah minyak..tapi jgn hangit dah la naa...
3. Tuang santan cair dan masukkan rebung. Biar mendidih, perasakan dgn garam, 1/2 kiub ikan bilis dan air asam jawa (kalau pakai ASAM JAWA XTRA Adabi tu just masukkan je lebih kurang 1sdt)
4. Dah cukup rasa, masukkan santan pekat dan kerisik dan kacau sebati hingga mendidih dan sedap rasanya. Bila daging n rebung dah lembut padam la api...Setengah org suka kuah pekat, kalau nak pekat u olls masak bagi kering sikit ye..kalau nak berkuah bila dah mendidih tu agak2 la korang dgn kepekatan kuahnya tu...pandai2 la adjust ye...

****Sedap jugak kalau kuah tu buat cicah dgn roti canai, lempeng, cekodok, roti dsb.

Monday, July 27, 2009

Gulai Ikan Masin dgn Nanas

Ini menu hari Ahad. Dah lama tak makan. Lama sungguh la..tapi semalam punya agak termasin sikit..rendam ikan tu tk lama sangat. Ingat ye puan2 kalau nak masak ni ikan tu kena rendam lama sikit nak buang garam berlebihan tu. Actually I like yg cair2 type tapi semlm terpekat la pulak...ishh dah seminggu tak masak hilang skill..hehehe.

Bhn2nya,
Ikan masin (tulang campor isi)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit halia
*semua di tumbuk lumat
tumis kemudian masukkan rempah kari lemak hingga naik minyak. Then masukkan santan.
Ikut la nak cair ke nak pekat ke...then masukkan ikan masin, biar mendidih kemudian masukkan nanas. Mendidih lagi sekali rasakan secukup rasa, then padamkan api

Tuesday, May 5, 2009

Kari Ikan- Edisi Lunch kat Office

Pagi ni rajin sikit..masak siap2 cover lunch n dinner..yelah last weekend berbondong2 beli ikan bebanyak kalau tak masak mmg ler...so, ini kes ulang tayang jugak ni..tp kali ni kari ikan ni pakai rempah kari ikan CAP O yg fames kt Kedah sana nun..dan memang pun di import khas dr sana. Buatan Bumiputera Islam lagi..

Monday, March 16, 2009

Kari Ikan Nyok2

Rasanya semua org dah tau masak kari kan. Tapi kali ni yg best sangat sebab ikan fresh sangat. Insang masih berlendir lagi. Cantik. Isi ikan pun masih kejap lagi..Actually, tak plan nak masak kari tapi sebab adik datang so kena tambah lauk, tu sebabnya kari tu kosong tak de sayur..ditambah pulak dgn ikan kembung bakar kosong dan sambal belacan...So, pulun tgk gambar je ye...