1st iftar, saya nak masak Gulai tulang dgn rebung yang abah saya tanam...masa nak menumis tu pulun saya mencari dari kereta ke dapur, dari dapur ke opis baking saya mencari rempah kari..sebab rasanya masa kat TESCO pagi tu saya beli sepeket besar rempah kari dan dah bawak masuk ke dalam rumah dah pun..tapi pelik...rempah tu MIA..sebab musabab wallahua'lam...adoi...masa tengah mencari2 tu tetap jugak aku tumis bawang tapi dgn api perlahan lah..so tak le hangit lagi kan..udah tak jumpa aku masukkan cili kisar (beli ready made punya tapi cili ni dah siap masak dah cap KOKOMO beli kat Giant, eh boleh try la u all sebab dia tak masam macam cili boh tu..sedap la jugak boleh guna utk mcm2 benda..nak goreng mee ke..bihun ke..masak kari ke, ayam masak merah ke..apa2 je lah boleh guna)..so setelah di godek2 jadilah seperti dalam gambar.
Bila suruh si Junior MasterChef Offie rasa dia cakap "emmm sedap la Mummy". Macam tak percaya..justeru mak dia tanya lagi.."masin ok tak?" Offie cakap ok.. Mak dia tanya lagi..."secukup rasa?" Offie cakap "A'ah sedap..dah sedap dah..offie nak makan lagi.."
Fuhhh macam tak percaya dgn budak kecik ni kan..tapi dah dia suka bagi je la dia makan..siap tambah lagi tu hah..meratah je..x nak nasik. Rasa dia kalau u all nak tau ala2 gulai kawah pun ada..semua yang merasa dah cakap sedap..so korang pun boleh la try masakan yang namanya baru di cipta pagi tadi..hehehehe
Boleh la sapa2 berkenan try resepi ni..
Bahan2:
7 ulas bawang merah **
2 ulas bawang putih **
seinci halia **
seinci lengkuas- di ketuk
2 batang serai - di titik
daun kari
5 sudu besar cili kisar (saya guna sambal ready made cap KOKOMO, yang di beli kat giant)
1kg tulang rusuk + 1/2kg daging cincang
Air asam jawa
garam, gula dan kiub bilis secukup rasa
** di kisar halus
cara2:
1. Tumis bahan2 kisar, lengkuas, serai dan daun kari hingga naik bau, masukkan tulang dan daging yang telah di perap dgn sambal KOKOMO.
2. Tutup periuk hingga daging empuk.
3. Masukkan bahan2 perasa dan air asam jawa secukup rasa. Dah empuk boleh tutup api dan hidang dgn nasik atau boleh di cicah dgn roti benggali...insyaAllah sedap.
No comments:
Post a Comment