Monday, August 27, 2012

Tomyam Goreng Udang dgn tomato ceri dan cendawan butang

Minggu ni mmg kena clear freezer sebab nak balik kampung...orang lain dah habis beraya kami baru nak balik kampung...raya hari tu cuma di Meru je selama 5 hari, so sempena cuti Merdeka  ni kami sekeluarga akan balik Kedah..yippieeeeee.... Actually suruh suamiku p market beli lauk pauk tapi dia suruh clearkan apa yg ada..so that nnt next month dapat mkn yg fresh2 pulak...... hmm oklah...memula fikir nak masak western jek..tapi dok pikir balik rasa mcm nak puasa...better mkn nasik kot..kumpul2 udang dlm freezer tu eh lumayan banyak jugak neh...dok pk nak masak mende..ehmmm kita main CIPTARASA ala2 masterchef la ek...so ting jadilah lauk seperti di atas.......

Cara memasak dan bebahan sangat sempoi sampaikan org malas mcm saya dapat membuatnya apatah lagi org rajin mcm korang ek...jom semak bebahan dan cecare:

Bahan2:

lebih kurang 300g udang
sepeket pes tomyam Maggi
1 labu bawang besar- di hiris bulat
8 biji tomato ceri (ikut suka u all la)- belah 2 je
4 ketul button mushroom di hiris nipis
1sdm sos tiram
2 batang serai di hiris bulat
1 inci halia di hiris nipis
5 biji cili padi yg pedas tu (kaler merah baru power)
sedikit stok ayam
2 helai daun limau purut di hiris halus
garam secukup rasa

Cecare:

1.Perapkan udang dgn pes tomyam.
2. Panaskan minyak dan goreng udang hingga separuh masak. Masukkan semua bahan yg di hiris tadi termasuk mushroom. Tomato di ketepikan dulu.
3. Goreng sebati dan masukkan sos tiram. Masak hingga sekata dan masukkan tomato, stok ayam dan garam secukup rasa. Sayur dah agak layu  bolehla angkat dan hidang dgn nasik panas.

***Boleh tambahkan carrot juga..sedap juga kalau ganti udang dgn ayam.

No comments: