Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Donut

Morning.......dah lama x update perihal makanan kan...setelah 2 hari craved utk buat donut hari ni menjadi jugak akhirnya.....yipeee...menunggu mood sampai jenuh haih...Ifah mmg suka donut. Kalau beli donut kat Kedai Epal Besar tu rasa mcm tak berbaloi jek nak beli sebab dia suka yg snowy tu...hadoi..baik le buat sendiri kan...setakat bubuh gula icing tu je tak yah la nak beli memahal. Anyway hari ni dia bawa 10 biji donut ke sekolah. Lega rasanya sebab ada org suka...barulah Mummy ni semangat nak masak2 kan...cuma yg slacknya hari ni tak de kopi..so kureng la feel makan donut ni...nak2 pulak sejuk2 cenggini kan...anyway, rupa paras donut ku ini tak la selawa mana tapi saya sangat menyukainya. Resipi adapted dari Yani MYR, tapi resepi dia sebijik macam Alex Goh cuma bezanya senang nak menyukat sebab pakai cawan dgn sudu saja, kalau Chef Alex Goh tu kena timbang tu yg membuatkan eden maleh tu...
Neways, sebelum layan resepi layan gambar dulu ek!!Resepi:

31/2sdt yis (instant)
1/4 cwn air suam2 kuku- jgn panas sgt kang bakteria tu jd arwah laks
***rendam yis tu sampai dia berbuih2; masukkan dlm bekas adunan
Bila yis tu dh berbuih2, masukkan
11/2cwn susu yg dipanaskan sikit
1/2 cwn gula halus
1sdt garam
2 bj telur
1/3cwn butter/ shortening
2 cwn tpg gandum
*****Gaul sebati; kemudian masukkan
3 cwn tpg gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan.
Tutup dgn kain lembap/ cling film hingga size dia jadi double.
Then, tabur sedikit tpg atas papan canai dan canaikanlah ia then potong dgn donut cutter.
Goreng la ia atau kalau masa banyak biarkan 30 minit sebelum menggoreng.
Pas2 boleh letak apa2 topping yg disukai.

Tuesday, October 12, 2010

American Breakfast

Dah lama tak update soal makan. Bukan tak makan, mmg hari2 makan. Tapinya bz dgn order dan malas nak berfotoan...lagipun dah jarang masak sebab asyik keletihan manjang. takkanlah takat goreng ayam seketul nak masuk blog kan...anyway, pagi ni budak2 tu nak seperti biasa nak bawak bekal. Ifah semlm dah bagitau nak makan spageti. Jadinya aku buat spageti yg amat senang...cepat dan dia suka. Fofhie pulak after about a week asyik nangis ja bila tgh malam and keadaan kesihatan dia pun tak berapa ok..asyik semput ja( yg sekaligus mengheret mummy utk tak boleh tido, I just have 1-2 hrs of sleep, bdn mmg letih sesangat), pg td dia bangun dgn cerianya...malam tadi pun dia slept tight. Alhamdulillah, berkat Ayatul Kursi agaknya.

So, this morning dia bangun awal and terus mandi dgn cerianya tanpa buat perangai. She demanded for sausages as bekal and air sirap sebotol. Layan je lah kan...seronok tgk dia tak buat perangai pagi2...and since she's became such a good girl, Mummy pun kena la puji kan..baru lah semangat dia.After packing semua benda, dia pun terus nk ke nursery. Seawal kakak ke sekolah. Lega jugak Mummy.

Off they go to school, Mummy buat American Breakfast utk kami berdua, sausages, omellete, coleslaw and roti.
Kat bawah ni breakfast Ifah, Spageti Mudah nama di beri.
Apa tak mudahnya I just used mushroom soup campbell, cuma sauteed onion dgn oregano, masukkan sausages, masukkan mushroom soup, then air 1 tin, pas2 susu dan biar dia memekat. Nak sedap tambah black pepper dan parmesan cheese. Cepat la nak masak pagi2..tapi I lebih suka kalau masak guna whipping cream instead of yg dlm tin nih...tp since Ifah mintak yg ni buat apa la susah2 di pagi2 hari ni kan...selamat Mummy.

Tuesday, January 19, 2010

Lempeng & Dalca


Our breakfast on Sunday...........Lempeng & Dalca Daging. Dalca ni balance hari Sabtu lepas try buat Nasi Briyani.

Reseipi Lempeng ni boleh digunakan utk buat roti jala.
Sukatan main agak2 la no.

Bebahan:
Tepung Gandum
1 bj telur
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Air secukupnya
Sedikit minyak masak

Blend semua sekali agak2 la kepekatannya. Tuang sedikit minyak kat kuali then lenggangkan kuali supaya minyak tu sekata, then tuang 3 senduk kecil kt tengah2 mcm buat pancake tu, then lenggang lagi adunan tu sampai la menipis. Dah kekuningan terbalikkan...then boleh la di hidangkan.

Thursday, April 9, 2009

Our breakfast meals today

Dah 4 hari dah tak masak nasi kt rumah tu...suddenly tgh mlm td jadi ngences pulak bila tingat nasi goreng. Oppss..jgn salah paham..teman ni tak pregnant pun k..tp may be sebab lama dh tak masak nasi so teringin sgt nak makan nasi..so tgh mlm td la jugaknya masak nasik utk buat breakfast pagi..kakakakaka..so b4 tdo dh plan dah mula2 nak buat tu lepas tu buat ni then tu ..then ni....finally berjaya jugak la buat nasik goreng.
Ifah pulak buat seperti biase asyik mintak pasta.Sama je taste mcm Mommy dia suka sungguh makan pasta tapi I dont like cheesy pasta sgt- almaklumla kalau mkn byk kang kembang pulak Mommy ni kan..budak kecik biorkan makan byk cheese ok je..debab sikit pun nampak comel ja..kalau mak org ni debab ishh...cermin pun tk sior nak mandang.....dia order mac & cheese lagi. Adoii la..mommy ni belum lg dpt cari bhn utk improvekan my mac & cheese dia dh order lagi sekali...so, since mac dh tinggai sikit so I made for her Fussili & cheese tapi kali ni lagi la I merapu meraban...the bahans lain dr previous recipe..so just need to wait her comment ptg nnt. Kalau sedap ok..kalau tak sedap alamat berbaki la sat lagi. Neways I put plenty for her coz ptg ni dia ada swimming lesson n 1/4 dr baki tu for bekal adik.