Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Mocha Ice Blended

Hmmmm sejak terpandang mocha ice blended kat blog Hana hari tu, hati resah gelisah selagi tak buat sebab semua benda ada kat rumah. Walaupun aku sakit tekak nak jugak buat tu....sekali ni je minum lepaih ni tunggu baik tekak baru minum lagi.

Bebahannya ada di modified sket dari apa yg ada kt blog Hana tu, sebab tetiba teringat masa zaman budak2 dulu masa keja part time kat outlet Famous Amos. Mmg sedap arr ice blended mocha n cappucino dia. So, jom semak bebahannya.

Bahan2:
2 peket kopi 3- 1
2sdb susu pekat
sedikit air
Ice cube secukupnya
2sdb chocolate syrup (optional, ni I tambah)
whipping cream (tambah jugak)
Choc chips (tambah jugak)

Cara2:
Masukkan semua dalam blender except whipping cream and choc chips.
Dah halus masukkan dlm gelas memasing dan letak la whipping cream bersama2 choc chips (nak pakai choc rice pun boleh)

Monday, August 23, 2010

Popia Goreng, Tomyam Instant, Strawberry Smoothie

Hari Jumaat nan lalu, sempena 10 hari berpuasa aku dah tak tau nak masak apa. Lagi pulak tak p pasar so nak menghabiskan apa yg ada dlm peti ais tu je lah........tengok2 ada ketam ngan fish ball and fish kek.....sayur pun ada carrot ngan baby corn je pun......emph...pas2 ada beli tomyam paste Mak Nyonya in case kalau kemalasan melanda diri.
First time guna paste peket cap Mak Nyonya ni masa p Melaka 2 thn lepas, masa tu I beli Paste kari kepala ikan and Asam Pedas Nyonya Style...sedap!!! masa tgh shopping kat Giant nampak paste tomyam nih..wah tak yah nak p Melaka lagi la...so gave it a try la..not bad jugak rasa tomyam ni cuma rasanya kalau tambah cili padi lagi, buat sambal belacan and telur dadar pas2 tambah la seafood lagi mesti lagi sedap. Kali ni I mix some cili kisar nak kasi pedas sikit tapi tak banyak sangat la..budak2 tu makan beria.....try la sesapa nak try paste Mak Nyonya ni..sila rujuk gambar.Selain tomyam, aku buat popia goreng tapi pakai mix vege je pun...itu je lah yang ada kt freezer tu. Mix dgn isi ayam, udang kering, lada putih, bwg putih and bawang merah..tumis then isi dlm kulit popia segera.......goreng 15 ketul utk berbuka hari tu by no time dah licin.....alhamdulillah..owh ya sedap sekali bila di cicah dgn sos cili Thai.
Last sekali, buat Strawberry Smoothie......dah lama teringin nak buat. Asyik dok tangguh..tapi berjaya di realisasikan hari ni. Lagipun strawberries tu tunggu masa ja nak expired..dari di buang baik aku buat air. Dgn kuantiti 250gm strawberries tu dapat la sorang segelas...tapi kalau tambah strawberry lagi mesti lagi sedap. Resepi ambik kat blog Hana hmmm..kenyang dapat minum segelas smoothie ni..Resepi kat bawah ni ek...

250gm fresh strawberry
2 cwn susu segar
1 tub yogurt strawberry (Hana pakai 1/2 tub saja; tapi kalau kat rumah I 1/2 lagi sure tak de org nak ngabihkan, so baik habihkan je)
1/4 cwn gula
Ice kiub secukupnya (saya sgt suka kalau ice kiub tu banyak sket...)


****Pst: thx Hana for the recipe*****

Masukkan semua sekali dalam blender blitz off sampai sebati....siap utk di minum...Sedap dan mengenyangkan.