Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

Sayur Fucuk Masak Bening

Tetiba tingin sangat nak makan sayur fuchuk ni...hajat hati nak buat masak lemak...pekena dgn sambal apa2 ke..tp dlm dok pk2 tu asyik makan benda berlemak je aku nih, so buat bening la pulak. Punya la banyak aku masak...haiiiii terlalu ikut nafsu. Masakan sempoi tapi aku suka, pair dgn sambal belacan yg kow punya pedas dan ikan masin goreng........Bagi aku sedap la

Sup Tulang

Sebelum melalut, nak ucapkan Happy Belated Birthday to...diriku sendiri dan jugak negara Malaysia. Birthday aku and birthday Tanah Malaya ni sebelah menyebelah., so bila aku sambut birthday aku setiap thn, secara automatik esoknya semua masyarakat kat Malaysia ni akan diberi cuti percuma... So, last week aku cuti panjang. Kat rumah pulak tak boleh nak online sebab hmmm brukben aku wat hal lagi...lembap tahap gaban......so dari hilang pahala posa baik aku tak yah online terus. So menu dlm n3 hari ni dh tak igt la menu bila punya...janji boleh je la ek..
Dalam bulan posa ni first time Mummy buat sup..sup tulang lak tu. Amboi En Hubby begitu berselera makan....anak2 pun sama. Kena pair pulak ngan sambal kicap...hari tu aku buat sambal kicap yg kow sket dr biasa, so tak payah tanya dah dia terus puji.....mmg ler ini salah satu lauk faveret dia yg x banyak mana tu. So, mmg puaih hati la tgk depa 3 beranak ni makan. Nak pulak aku goreng ikan haruan kering yg sangat sedap tu (alamak dah last kopek..dh habih dah pun..nk kena order lagi la ni) memang masing2 laju jek makan nasik.

Monday, August 23, 2010

Popia Goreng, Tomyam Instant, Strawberry Smoothie

Hari Jumaat nan lalu, sempena 10 hari berpuasa aku dah tak tau nak masak apa. Lagi pulak tak p pasar so nak menghabiskan apa yg ada dlm peti ais tu je lah........tengok2 ada ketam ngan fish ball and fish kek.....sayur pun ada carrot ngan baby corn je pun......emph...pas2 ada beli tomyam paste Mak Nyonya in case kalau kemalasan melanda diri.
First time guna paste peket cap Mak Nyonya ni masa p Melaka 2 thn lepas, masa tu I beli Paste kari kepala ikan and Asam Pedas Nyonya Style...sedap!!! masa tgh shopping kat Giant nampak paste tomyam nih..wah tak yah nak p Melaka lagi la...so gave it a try la..not bad jugak rasa tomyam ni cuma rasanya kalau tambah cili padi lagi, buat sambal belacan and telur dadar pas2 tambah la seafood lagi mesti lagi sedap. Kali ni I mix some cili kisar nak kasi pedas sikit tapi tak banyak sangat la..budak2 tu makan beria.....try la sesapa nak try paste Mak Nyonya ni..sila rujuk gambar.Selain tomyam, aku buat popia goreng tapi pakai mix vege je pun...itu je lah yang ada kt freezer tu. Mix dgn isi ayam, udang kering, lada putih, bwg putih and bawang merah..tumis then isi dlm kulit popia segera.......goreng 15 ketul utk berbuka hari tu by no time dah licin.....alhamdulillah..owh ya sedap sekali bila di cicah dgn sos cili Thai.
Last sekali, buat Strawberry Smoothie......dah lama teringin nak buat. Asyik dok tangguh..tapi berjaya di realisasikan hari ni. Lagipun strawberries tu tunggu masa ja nak expired..dari di buang baik aku buat air. Dgn kuantiti 250gm strawberries tu dapat la sorang segelas...tapi kalau tambah strawberry lagi mesti lagi sedap. Resepi ambik kat blog Hana hmmm..kenyang dapat minum segelas smoothie ni..Resepi kat bawah ni ek...

250gm fresh strawberry
2 cwn susu segar
1 tub yogurt strawberry (Hana pakai 1/2 tub saja; tapi kalau kat rumah I 1/2 lagi sure tak de org nak ngabihkan, so baik habihkan je)
1/4 cwn gula
Ice kiub secukupnya (saya sgt suka kalau ice kiub tu banyak sket...)


****Pst: thx Hana for the recipe*****

Masukkan semua sekali dalam blender blitz off sampai sebati....siap utk di minum...Sedap dan mengenyangkan.

Tuesday, August 25, 2009

Asam Pedas Tomyam


Dah lama dok tenung resepi ni, jumpa dalam Majalah Saji. So, 1st Ramadhan hari tu, I masak ni le. Guna ikan pari. Senang sangat memasaknya tapi rasanya mcm tomyam la pulak, maybe sebab ada daun limau purut tu kot.
Let's see the ingredients first.

Bebahan:
Ikan pari dipotong ke beberapa bahagian
Cili kisar (ikut tahap kepedasan anda)
Bawang merah- di tumbuk bersama
halia
2 btg serai dititik
Daun limau purut
Air asam jawa
Garam
Gula
Bunga Kantan
Lengkuas- di hiris

Cecara:
1. Tumis bawang dan hali yg di tumbuk hingga wangi. Then masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak.
2. Masukkan air asam jawa secukupnya, lengkuas yg di hiris dan serai. Kemudian masukkan ikan pari dan garam serta gula secukupnya.
3. Dah mendidih masukkan daun limau purut & bunga kantan. Dah masak tutup api hidang.

Monday, July 27, 2009

Sup Siam

Hmm dah lama tak masak. Last week macam2 kesah...lepas Sophie tak berapa sihat, sibuk baking. Bila dah bakar membakar, tak sempat la nak masak. So, hari Sabtu baru ni terasa macam nak makan something yg masam la..opppsss no-no-no..bukan I pregnant ok..saja ja..rasa mcm terasa2 nak makan sup panas yg masam. So, pagi tu kebetulan my biras nak mai rumah, p market dulu beli brg utk weekend menu.
Beli la 3 ketul tulang plus daging setengah kilo, bila di potong2 byk la kan jadinya...So, tarrrraaa Sup Siam. Urghhh layan la sup ni cuma kurang pedas je..nak bubuh cili byk2 satgi anak2ku itu x mo makan la pulak kan..tapi syok arr sup ni sebab tak pakai rempah. Simple, Refreshing & Marvellous. Try ye jgn tk try...Bebahannya:
Tulang + isi yg di potong agak tebal jugak, bersihkan.
(Ikut la memasing punya sukatan beratnya ye)
Kat bawah ni adalah sukatan(boleh ka pakai sukatan; ala taram je la ye..janji paham) utk family saya yg kecik ini...
2 btg serai
1/2" halia
Rebuskan daging dan tulang tu dgn 2 bhn diatas tadi sampaila empuk.
Then masukkan,
2 btg serai yg dititik
1 labu bawang besar yg dihiris kasar
1 batang lobak merah yg dah di hiris kasar
1 batang saderi yg dah di hiris kasar
Jus limau dari 1-2 biji limau
Garam secukup rasa
Cili api secukup rasa.

Bila semua dah empuk, tutup api & hidang dgn sambal belacan, ikan talang masam goreng & nasi panas.

Tuesday, June 30, 2009

Sup Tulang

Yesterday my husband tak bape sihat. Kaki bengkak sejak hari Ahad tu, so MC la semlm and myself puasa. So, before p kerja I cooked for him siap2 nasi and sup tulang plus sambal kicap yg menjadi kewajipan suamiku tak kira la ada sup ka tom yam ka harus ada sambal kicap. So, itu la jugak lauk utk berbuka semalam. My resipi macam biasa2 saja, tak dak yg xtraordinary coz I'm using sup bunjut utk sup tulang.