Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Nasi Lemak Hijau


Salam Semua,

Hari ni baru dapat masuk entry yg dah dekat seminggu nih. Last Saturday, saya nak gi outing dgn kawan2. Jadinya saya masak la nasi lemak ni siap2 supaya anak2 dan suami ada lah benda buat isi perut sepanjang mak dan isteri yg sorang nih tak de kat rumah kan...Malamnya dah dok kelebek buku2 resepi dah...alih nak lah try resepi Chef Hanieliza nih dari buku masakan beliau Sedapnya Memasak Nasi.....Actually style memasak nasi lemak ni sama saja dgn nasi lemak yg u all semua tau, cuma tang airnya tu ganti dgn jus daun pandan tapi santan masih juga di pakai ye..kalau tak namanya bukan nasi lemak lah..

Harap maaf saya tak bawak buku tu utk salin bulat2 resepinya tapi kalau u all nak buat macam saya cakap tadi blend je daun pandan dan ambil jusnya then masukkan dlm nasik. Disamping tu masukkanlah halia dan bawang merah, garam secukup rasa dan santan. Saya suka letak Halba dalam nasi lemak sebab bau nasi akan jadi lebih harum tapi malangnya hari tu tak de stok pulak kat rumah.

Memandangkan stok lauk pauk pun nan ado saya buat la telur dadar dan ayam goreng yg instant punya..goreng ikan bilis dan buat sambal tumis.....hmmm bolehla isi perut..eh jangan lupa tau cuba buat nasi ni..semoga colourful la sikitkan hari2 anda!!!!!!


Monday, February 21, 2011

Set Nasi Minyak

Dulu2 aku rajin buat weekend special. Tapi sejak dua menjak ni rasa malas la sangat. Rasa macam nak rest je during weekend tapi apakan daya hajat tak sampai.

Tapi semalam ada sikit kelapangan, jadi saja ja la buat nasik minyak. Tah betul tah tak la nasik minyak yg aku buat ni kan..resepi sendiri, sindri jugak mau makan..janji sedap gerenti habis punya kan...
Nasi Minyak

6 pot kecik beras (di basuh dan di toskan)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga( saya tak letak pun)
Daun pandan
Butter untuk menumis (kalau suka boleh ganti minyak sapi)
1/2 labu Bawang besar (di mayang)
2 inci halia (di mayang)
2 sdb susu cair (saya guna 1sdb whipping cream sbb x de stok susu cair)
Garam secukup rasa
Air

Tumis semua bahan diatas kecuali beras, susu cair dan garam.
Dah wangi masukkan air ikut sukatan beras masing2 tapi kurangkan dalam secawan gitu. Biar mendidih masukkan garam dan beras.
Bila beras dah hampir kering masukkan susu cair. Dan masak la macam biasa.

Daging Masak Hitam

Ini yg paling senang di masak..Resepi dari mak..

Daging dihiris nipis (saya pakai anggaran dalam 1/2kg)
Bahan tumis:
Kulit kayu manis
Bunga Cengkih
Bunga lawang
1 labu bwg besar (di mayang)
Cili besar

Bahan perapan:
Kicap pekat (dalam 10-20 sdb; actually ikut selera masing2, kalau nak banyak kuah tambah lagi)
3sdb rempah kari daging
2sdb sos tiram
3sdb sos cili
2sdb sos tomato
sedikit garam & gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya

Perap bahan perapan dgn daging. Kalau nak p kerja tu mlm tu marinate balik nnt boleh masak..lagiii sedap.

Tumis bahan tumis kemudia masukkan daging yg diperap.
Bila daging dah empuk masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa. Kalau daging masih liat, tambah air dan masak sampai kuah agak pekat. Then masukkan cili besar yg di belah 4. Siap untuk di hidang.

Acar Rampai Tok Nah

Ini resepi acar rampai arwah tok..dulu saya tak suka tp dah tua2 ni suka pulak boleh meratah mcm tu je..arwah tok selalu buat kaler kuning sebab dia tak pakai cili kisar. kalau u all suka yg versi kaler merah tu tambah je la cili kisar masa menumis. Sedap juga di makan dgn nasi briyani.
1/2 bj timun
1 btg carrot
kacang panjang secukupnya (tapi semlm x de stok so tak pakailah)
***potong seperti dlm gambar
rendam dalam air kapur kemudian jirus dgn air panas utk meranggupkannya

Bahan tumis:
Halba campur
Halia
Kunyit serbuk

Bahan2 lain
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah di belah 4
Cuka
Garam
Gula
Bijan yg disangrai (saya x de stok)
Kacang tanah yg di goreng tanpa minyak (saya malas goreng nak cepat makan)

Cecara:
Tumis halba campur dgn halia. Kemudian masukkan cuka, garam dan gula, Masukkan bawang dan sayur2an. dah cukup rasa masam, manis dan masin, masukkan bijan dan kacang tanah..masak sebentar then tutup api dan hidang.

Thursday, August 26, 2010

Nasi Goreng Cina

Adoila..dah tak tau nak masak apa dah.....petang semalam time berbuka kami 4 beranak p beli jek..sebab Mummy tingin nak makan nasi kerabu. Nak buat belum daya lagi..hopefully long weekend this week boleh la buatkan...kebetulan semlm aku amaaaaaatttt letih...tekak kering betul, dah la turun- naik ofis tak tau bape kali, cuaca semalam pun panas membahang, mlmnya pulak tido pun cuma 11/2jam jek.....Sofea buat perangai lagi....aduhhhhh macam2..so apa pun tak masak la jadinya.

Cuma masak nasik je utk hubby and Ifah sebab diorang beli lauk. So, dah banyak berlebih, sahur aku pun goreng la nasik. Buat yang paling mudah sebab bdn still letih lagi......Nasi Goreng Cina je lah...sgt2 simple....janji dapat makan nasik...aku tak menambah pun sebab Sofea bangun nangis2 nak suruh tido dgn dia, mmg tak senang mak nak sahur.....haih budak ni kan...lagi dekat nak dapat adik lagilah dia rajin dok merengek.......Ya Allah berikan aku lebih kesabaran........Aminnnnn...

Wednesday, August 18, 2010

Menu Berbuka Day 7- everything from leftovers

Aiyark!!! baru seminggu dah pancit blog ni..mana p menu in between?????..Reasons being:

1. Hari ke- 3, tak dapat nak update n3 sebab line internet kat rumah mengong..benci la rasa nak terminate jek "brukben" line tu...
2. Hari ke 4& 5, berbuka kat rumah MIL, lagipun hari ke 4 tu we all cuma ke pasar Ramadhan jek..tak sempat nak masak sebab balik pun dh ptg. Tapi alamek...this time tak lalu la nak makan makanan beli..asyik dok rasa masak sendiri lagi best la walaupun cuma ikan bilis goreng dgn cili padi je pun...Lepas makan aku rasa mual..maybe sebab MSG..pregnancy kali ni mmg alah sangat2 dgn MSG...hari ke 5 aku masak soto tapi tak de pic sebab MIL aku dah standby kt meja makan seawal jam 7..aduhhhhhh takkan aku nk menonggeng2 ambik gambar...kalau mak sendiri ok la kot!!!hehehehe...
3. Sepatutnya semlm pun ada n3 tapi tak jumpa cari card reader nak transfer gambar..

Arghhh banyak la alasan ko.....!!!! oklah..sempena seminggu puasa buat pertama kalinya Mummy mithali ni boleh terbabas bangun sahur...bangun2 jam dah 5.38, kejut Ifah, suruh dia jamah jugak nasik and minum air satu gelas...Sebab kesian kat dia, ye lah baru 7 thn kan...time berbuka ptg semlm dia cuma makan ringan je...1 biji roti john size mini yg aku buat tu and coklat chipsmore 3 peket, and 1/2 bj kiwi...Mummy and Abah cuma teguk air je...Lagipun we all makan nasi time berbuka tu so tahan la lagi kan...lagipun dah tua takkanlah tak tahan...hmmm
So utk berbuka hari ke- 7 ni, aku cuma buat nasik goreng...campur dgn semua leftovers yg ada masa berbuka Day 6 tu...then utk kuih Mummy just goreng cucur jagung, punnnnn leftovers..tpg tu balance masa buka posa hari ke- 3...tapi masih edible...oklah...got to sign off layan la gambar tu yek..

Friday, August 13, 2010

Menu Berbuka Hari Ke- 2


Semalam aku merealisasikan impian Kakak- dah lama mintak nasi tomato..tapi disebabkan Mummy teruk dgn alahan jadi semalam baru dapat penuhkan permintaan dia. So, dah tak de hutang dgn Kakak lagi dah....tapi tak sempat siapkan acar utk lengkapkan hidangan sebab sampai rumah pun dh agak lambat.


Tak larat nak tulih panjang2 la hari ni...meh tengok cemana Mummy Zariffa's ni buat Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

NASI TOMATO

3 cawan beras basmathi- di basuh, di rendam sekejap; di toskan

1/2 labu bawang besar- di mayang
1 inci halia- di hiris
2 helai daun pandan- di simpul
2 sdb mentega
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
kulit kayu manis

**************
1. Cairkan mentega dan tumis bahan2 di atas hinga layu dan mewangi.
2. Kemudian masukkan
- 1/2 tin tomato puree, garam dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan beras Basmathi dan kacau sebati supaya mesra dgn bahan2 tumis tadi.
4. Masukkan air agak2 dah cover beras, then biarkan ia mendidih. Bila air dah hampir kering masukkan lebih kurang 5sdb susu cair atau lebih (ni main agak2 je ni). Kacau sebati (kalau beras masih mentah tambah air lagi).
5. Bila nasik dh kering dan hampir masak taburkan kismis untuk menyedapkan nasi.
6. Dah masak tutup la api dan boleh hidangkan.


Ayam Masak Merah

akunyer resepi ni lebih kurang masak nasi tomato je hah..
cumanya masa menumis tu di tambah dgn cili kisar, tomato puree dan buah tomato yg di potong kiub.
Then masukkan sos cili sikit, garam, gula dan kiub ayam secukup rasa. Jangan lupa ayam tu di goreng dulu...Bila bahan tumisan tu dh pecah minyak dan sedap, masukkan sedikit susu cair (optional) then, masukkan lah ayam goreng tadi...dah boleh di hidang.
Kalau suka taburkanlah kacang peas dlm tin tu sebagai hiasan. Selalunya yg di guna utk hias tu sikit je..tapi lebihnya aku ratah..sedap u...


Untuk di padankan dgn nasi tomato ni selalunya aku buat acar timun dgn nanas, tapi since semalam cuka x de kat rumah dan waktu berbuka dh dekat sangat maka aku just hidangkan Nasi tomato ni dgn Ayam Masak Merah dan Papadom saja.....sahur pun we all habihkan yg ini jugak....

Monday, April 20, 2009

Nasi Makanan Laut (Seafood Rice)

This menu for lunch last Saturday. Sempoi sangat esp utk zaman2 malas gaban melanda diri. Tak yah masak lauk..semua dilambakkan dalam periuk dan terus hidang. Resepi collect dr Majalah Saji. Since tak de sayur puaih le teman memikir apa nak di 'gu' kan dgn nasik ni ye..sebab nasi ni tak pedas dan tak bersayur. selepas beberapa minit datang idea, saya servekan nasi seafood ni dgn acar timun atau setengah tempat panggil jelatah. Nyata padanan ini sungguh kena, jgn lupa letak lebih cili api. Nasik ni pulak tak sempat nak bermekap dah, trus je kena candid camera..kesian nampak pucat je kan..tapi pape pun rasa boleh tahan la...
So, lets see the recipe:
Bhn2:
4cwn beras basmathi- di cuci dan di tos
1 labu bwg besar- di mayang
halia- di hiris- agak dlm 5 hirisan
campuran kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang utk menumis
daun pandan utk mewangikan nasik
2 btg serai- dititik
Tomato- di belah 4
31/2 cwn air
3/4 cwn susu cair
minyak/ butter/ mentega utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Seafood- saya pakai sotong, ketam dan udang (kalau suka boleh masukkan mussel/ lala)
Cara2:
1. Tumis bawang, halia, dan rempah hingga kekuningan dan naik bau.
2. Kemudian, masukkan serai dan daun pandan. Masukkan air, susu cair, garam dan gula secukup rasa dan juga seafood. Biarkan mendidih.
3. Bila mendidih, masukkan beras dan buah tomato. Kacau dan tutup hingga nasi masak.
Dan tu sedia di hidang.

Monday, February 16, 2009

Nasi Daging

Semalam, plan nak buat Nasi Daging. Nasi Daging ni memang fames kat Kedah esp dikalangan orang Patanni. My father's side mmg dari Patanni whilst my mother side's asal dari Hadyai. Kalau sesapa pernah p Pekan Rabu kat Alor Setar tu, you all boleh tgk ada rempah peket ready made. See photo below.
Kat kawasan Kpg Pattani, nasi daging ni biasanya dihidangkan ketika kenduri kahwin atau pun ada majlis2 kenduri lain atau pun ketika raya. Kalau time kenduri kahwin kat kampung diorang akan sembelih lembu, so biasanya 2 ekor lembu pasal sedara mara kan ramai. Nak lagi bila buat nasi daging memangla tak cukup kalau sembelih sekor. Cara masakan yg simple tapi sedap. Kalau nak tau kena la try. Sepeket ni boleh buat utk 8-10 orang makan.

Cara masakan seperti tertera kat peket tapi secara sinopsisnya, mula2 kena rebus daging tu supaya empuk so bila masak dgn nasi takla hangit nasi tu sebab nak menunggu daging tu empuk kan. Siapkan bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih dan halia, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Beras perlu dicuci dan ditoskan terlebih dahulu, then tumis bahan tumisan hinga wangi, masukkan tomato sup (spt yg disertakan) then bancuh serbuk rempah tu tumis lagi kemudian masukkan daging yg dah direbus, kacau sebentar masukkan air yg secukupnya untuk masak nasik. Boleh guna air rebusan daging tadi. Bila air mendidih masukkan beras. Then tanak sampai masak.

Daging tu then di hiris nipis dan ketepikan. Kawan utk nasi daging ni ialah air asam, tapi kalau nak tambah sayur boleh buat acar timun ataupun dalca.