Thursday, March 3, 2011

Pedas!!!

Hari ni I takdela nak update2 pasal masak- memasak ni kan...sebabnya malam tadi dinner pun makan kari ikan tu je lah cuma nak habaq nih.....ishhh..me & my husband dok pelik memikirkan spesis cili yg aku harvest semlm tu...sebabnya...semlm kan ke I bawak kari p ofis buat cicah ngan oat loaf tu...ya ampuuuuuunnnnn kenyang sungguh la makan OAT LOAF tu, I just makan 11/2 keping masa tgh hari tu kenyang dia sampai la ke malam...sesuai sungguh bagi org2 yg mengamalkan diet mcm Puan LG kita kat Perth tu..dah tu punyala "CIWI" kan..(sapa tau maksud CIWI tu apa??? hah kalau org Kedah bila depa tgk ada org tu yg sat2 dok citer pasai cili yg dia tanam ka...sat2 dok ulang pakai baju hat dia baru beli ka...hah hat tu la dinamakan CIWI...) bukak ja bekas kari tu terus I cari cili and gigit..lepas tu..hah kau.........rasa dia PEDAAAAAAAASSSSSSSSS gilers. Haih ni bukan cabai hidup ni..rasa dah macam cili api..tapi kalau cili api la kan spesis apa la sampai panjang sejengkal tu kan...itulah Kuasa Allah...apa2 pun bersyukur la Cik Zaid...lepas ni kalau buat sambal belacan mmg power la kalau pakai cili tu kan...

ok..sekian...

Wednesday, March 2, 2011

First Harvest- cewahhhh

Bagai di kata, hari ni buat pertama kalinya cili yg kami tanam dpt di petik. Still hijau tapi tak pe sebab nak masukkan dlm kari ikan ja......gambar yg cun x sempat nak ambik kerna aku udah telat mau ke kantor....jadinya udah deh..malam ini aja ya...

Aku cuma petik 2 biji cili je pun...sebab nak masukkan dlm kari...
.tp gambo blurr...x sempat nak ejas2 lagi dah...kari ikan ni actually utk dinner malam ni, tp since ptg nnt nak p beli brg dapur takut terlambat balik, takut nnt cek jadi malas nak masak, so masak le awal2..balik nnt cuma panaskan je..sedap pun sedap kan...boleh jugak la buat bekal p ofis cicah dgn OAT LOAF yg aku buat semlm...sesapa nak try sila la rujuk resepi kat bawah...Roti ni agak kurang manis sebab aku pakai brown sugar, dan mengandungi oat..buat pagi semalam tapi hari ni baru masuk entri...bukan apa nak tgk lepas sehari adakah roti tu still lembut...jawapannya YA eventhough x letak dalam bekas bertutup (letak bawah tudung saji je) tapi masih lembu..jadi ringan2kan tangan..cuba2lah ya...

Bahan2:

400gm tpg roti
100g oat segera- di kisar kasar
2 sdt yis
50g gula- saya pakai brown sugar
1 bj telur
235ml air
50ml susu cair- saya pakai fresh milk
30gm margerin- saya pakai mentega
1/2 sdt garam
***saya tambah 2 sdb water roux (optional)

cara2:
1. Masukkan tpg, gula dan yis dan gaul rata, kemudian masukkan garam, buat lubang kat tgh2 masukkan susu cair, water roux, telur dan air sedikit demi sedikit (air ni saya tak pakai habis pun sebab saya guna water roux; terpulang pada masing2 la kalau dah jadi doh stop guna air tu sebab nnt aduna akan jd lembik kalau terlebih air). Uli sampai jadi doh kemudian masukkan marjerin dan uli sampai elastik dan x melekat di tangan.
2. Tutup doh dgn cling film selama 30min.
3. Kemudian tumbuk2 sampai keluar angin then bulat2kan kepada beberapa bhgn. Saya timbang setiap satu lebih kurang 200gm (dapat 5 ketul). Then tutup doh lagi selama 10 minit.
4. Uli lagi setiap ketul doh tadi kemudian roll kan dan gulung (kena tabur tepung sikit kalau tak doh tu akan melekat kt papan canai), dah siap gulung susun dalam acuan loaf bread. Buat sampai habih. Tutup acuan tu dan biarkan ia mengembang selama 45minit.
5. Bakar roti tu selama 30min (kalau 30 min dia x jadi kerak pun, macam dlm gambar) tapi kalau nak bagi geseng lagi (hitam sket) tambah la dlm 10 min lg ke..pada suhu 190C.

Sedap makan dgn kaya, jem atau pun cicah kari..pilihan yg sihat utk anda kurangkan kolestrol.

Tuesday, March 1, 2011

My Garden- Part III

From my garden again..kali ni kat belakang rumah pulak..
Last weekend I managed to plant water spinach aka Kangkung..
Ini semai pakai akar kangkung yg beli kat pasar. Rendam dia beberapa hari kt dapur then bila dah nampak bertunas aku transfer la ke tanah...tengok2 tunas dia dah banyak..seronokkan...harapnya dapatla aku harvest in few weeks time..x sabar nak makan kangkung goreng belacan pokok sendiri...Over la pulak makcik!!!! org tak penah menanam sebelum
ni mestila excited habis kan...jgn marra ekk!!
Lepas tu kita jenguk pulak kt pokok bendi...wargh ada perkembangan terbaru la...nampak tak tiny tunas tu..cutenya..adakah akan berbunga lepas ni? aku dah pun taburkan baja buah last Sabtu...ok ke hah???takut tersentot lak pokok aku nih..boleh nangih tau..apa2 pun aku hanya mampu berdoa moga ada la rezeki kami nanti.

Pastu jengok pulak kt timun jepun tu..ishh banyaknya daun2 yg berlubang2..sapa punya angkara neh??!!! ***sambil cekak pinggang***
Ohhooo cikenet ni rupanya, tak padan dgn kecik larva2 tu la yg menyedut segala cecair kt daun tu sampai dia kering dn berlubang2...x pa la dah makanan dia, itu rezeki dia kan..oklah kita share2..tp ptg tu jugak aku dah cabut dia dr daun tu..hehehe

Banana Muffin

Malam tadi since tak masak utk dinner, I baked some muffins. Paginya p market, mmg dah niat kalau ada pisang emas nak beli utk buat muffin. Luckily ada pisang yg di cari tu. Kat rumah ada 1 tub sour cream yg dh kt hujung nyawa dah tp masih belum di pakai lagi...cadangnya nak buat cheese cake tp mood belum mari..so saya punya google la utk banana muffin yg pakai sour cream. Jadi ini la dianya...........Banana Muffin from Martha Stewart. Sedap, lembut dan moist(dah pakai sour cream tu mestila moist kan) Lets look at the recipe......yummmyyy!!!


Ingredients:

4 ripe bananas (saya pakai 5 bijik)
1 cup packed brown sugar
1/2 cup canola oil
1 large egg
1 cup all purpose flour
1 cup whole wheat flour- I just used all purpose flour
1tsp baking soda
1tsd baking powder
1/2 tsp salt
1/2 cup sour cream
1tbsp vanilla essence

How to do:
1. Mash bananas, then add all liquid ingredients and mix thoroughly.
2. Dalam satu bowl lain, masukkan semua bahan2 kering. Make well in the center then masukkan all the liquid ingredients. Mix them, then spoon into paper cup.
3. Bake 180C for 20 min.


Burger Kosong

Our dinner last nite, Burger bodo ja..x dak apa2 pun..plus peach jelly as dessert Ifah buat last weekend.