Thursday, November 19, 2009

Camera Rosak......and bla..bla..bla...

Dah lama x update blog ni..sejak anak2ku memunahkan sebijik kamera so, bila tak de pic nak letak tersangatla boringnya sesuatu blog itu kan...
Beginilah takdirnya diriku ini. Padahal ada few recipes need to archive here tapi tak pek lor....sedih2...mmg nak kena jugak blajar guna SLR tu...haih anaaaaakkkk...anaaaaakkk.
Anyway esok I'm gonna take a day leave sebab nak esok adalah REPORT CARD day...so, pagi tu while sending her to school I will meet Ifah's class teacher to see how my lovely dotter's performance...hmmm rasa2 macam boleh agak dah ni..tapi tak pe..tunggu je lah esok kan....style grading dia lain sikit..I do not know how the grading system kat sekolah2 lain but dia punya sekolah ni pakai CGPA...macam dok kat uni la pulaknya. Ke memang budak2 sekarang grading depa memang cenggitu..hai Mummy ni dah lama tinggal sekolah..dah tua dah tak tau la cemana budak2 sekarang ni kan.
Anyway, she's still 6 so this year kira macam honey moon year utk Ifah la..tapi next year kena la buat kerahan otak sikit utk dia kan..tak boleh kasi can dah and sekarang ni pun musim hujan..tahap kesihatan Sofea di paras amaran dah ni coz dia dah dapat flu and batuk2 kecil. Pagi tadi dah di bagi puff and hoping tghari n petang ni stable lah.........yes......next week cuti sekolah dah.....mmg saat yg dinanti2kan...bukan sebab nak p holiday ke apa tapi sebab dpt la lepak sikit time pagi2 tu kan tak la kelam kabut nk buat breakfast, nak htr p sekolah. However lagi best kan kalau dapat p holiday memana......but we dont even have any plan yet. Alamatnya dok rumah or balik kampung je lah........lagipun rata2 tempat tgh banjir sekarang ni.

Friday, November 13, 2009

Mix Vege Sausage Bun

After dekat seminggu dok blog hopping tgk roti2 kat rumah2 org...hati ni meluap2 rasanya nak buat roti.. arghhh rasanya lama sangat tak buat roti. Diawal minggu hajatnya nak buat bun pandan kaya which is my favourite..itu la yg ada kaya di paip kat atas roti then tabur dgn kelapa kering...buku resepi bun tu dah dibelek beberapa kali, tapi tak jugak buat..then tgk kat blog cik hana nampak mix vege sosej bun..dalam hati dah terdetik, anak2 aku suka roti ni..baik buat ini dulu..Semua bahan ada kat rumah termasukla buku resepinya sekali...jadi mlm tadi dh bertekad tak nak masak dinner pasal nak buat roti punya pasal.hehehehe..so my mission accomplished last night..phewwww finally......Alhamdulillah.
Well, I'm using Alex Goh's recipe dari one of my collection- World Of Bread. Guna method Doh Manis Asas (Basic Sweet Dough). Just half the recipe so dapat la 5 bijik. Satu dah di makan mlm tadi n 4 lagi utk kami buat bekal. So, let's check out the recipe.
Bahan A:
480g tpg roti
120g tpg gandum
garam
gula
susu tepung
1/2sdt bread softener (ni saya tambah sendiri, dlm resepi tak de)
4sdt yis

Bahan B:
1bj telur
300ml air sejuk (dari peti ais)
60g mentega

Bahan C:
Mix Vege
Sausage
Mayonis
Sos Cili

Cara2nya:
1.Gaulkan bahan A hingga serata tapi masa campur tu yis tu jgn kena dgn garam ye..nanti mati yis tu.
2. Buat lubang kat tgh then masukkan 1 biji telur kacau dgn fork or pakai tangan pun boleh sambil kautkan tepung dari tepi sikit demi sikit, then tambah air sejuk sikit demi sikit sampai la jadi doh.
3. Bila dah jadi doh walaupun melekat kat tgn, tapi ambil mentega sikit demi sikit dan uli lagi hingga la doh tu tak melekat kat bekas dan menjadi elastic.
4. Tutup dgn cling film atau tuala lembab dan biarkan dia naik selama 1 jam atau sampai double the size.
5. Then, tumbuk sampai keluar angin then bahagikan kepada 10 bhgn atau 70g setiap satu. Rest kan 10 minit, then roll dgn rolling pin agak2 buat sosej saja.
Then balutkan sosej tu, guna pisau potong agak2 dlm 5mm jgn sampai putus then twist ke kiri dan ke kanan berselang- seli.
6. Kalau ikut kan resepi tu kena restkan 45minit sebelum bakar tapi saya malas nak tunggu dah lapar lagipun i'm using bread softener jadi okla kot kan...so immediately sapukan roti tadi dgn egg wash then taburkan mix vege dan letakkan la sos dan mayonis sesuai selera.
7. Bakar selama 15- 20minit pada suhu 190deg. Dah masak paipkan lagi sos dan mayonis utk menggiurkan lagi sesiapa yg melihatnya.....Selamat mencuba....

Wednesday, November 11, 2009

Hope they enjoyed their weekend...

Ahad baru2 ni..sehari tu hanya entertained budak2 ni je lah- Ifah and her cousins. Ifah p canang kat seluruh cousins dia utk masuk Colouring Contest dgn Upin & Ipin. Ingatkan cousins dia yg lain tu tak nak ikut yelah semua set2 pemalu except yg bertudung pink tu (Zinnirah). Since pagi lagi dok suruh Mummy depa ni p hantaq tapi I nak masak u....nanti mak mentua bising lak, nasik tak masak la apa la...so lepas solat Zuhur bertolak la ke Tesco Setia Alam bersama2 4 org lagi anak sedara. Anak abang2 iparku. Sampai kat sana suruh diorang layan dulu DVD yg ditayangkan..then sebab lambat lagi nak start aku bawak la lima bersaudara tu makan mini donut yg kini menjadi top hit dikalangan anak2ku..sungguh sedap..even Ifah and Sofea akan dapat sorang setengah dozen utk di makan kalau kami singgah kat Tesco Setia Alam tu...Lepas tu contest pun bermula..tengokla aksi memasing- mcm2 pattern dok ada....tapi alkisahnya sorang pun tak menang...tapi tak kesahla janji they all happy...lepas colouring contest masuk pulak musical chair...anak sedara aku- Ain menang la pertandingan tu..dan telah pun di interview oleh Si "FIZI"..rupanya suara si Fizi tu seorang pompuan...bila dia buat dialog Fizi siap dgn body language. Kelakar betul!!! Then ada bersama- Si Jagjit merangkap Bapak Muthu- seorang lelaki Melayu...pandai betullah...
Lepas habis Musical Chair depa ni nak bergambar pulak dgn si maskot berdua tu...so..layan je lah...After all the sessions, time utk balik..singgah balik kat Mini Donuts tu budak2 ni nak aiskrim pulak...aku tapau 2 dozen donut plain...So, all in all..bila tanya budak2 ni happy dak??? HAPPPPPPYYYYYYY!!!!!!!!!!!...
*************************************THE END***************************************

More Cuppies

Too lazy to write..layan gambar je kay!!??

Thursday, November 5, 2009

Daging Masak Putih Tok Nah

Seperti di janjikan...ni dia resepi peninggalan arwah tok yg sempoi dan sedap....Daging Masak Putih.. Hmm baru perasan, hari tu masak resepi mak Daging Masak Hitam, kali ni resepi tok Daging Masak Putih pulak....apa2 je la..tapi sebenornya dak la putih sangat (ke aku yg tak reti buat..ehehehe) kaler mcm masak kurma la pasal pakai rempah kurma tapi senang dari masak kurma tu.. masa arwah tok masak dulu tu dia giling sendiri rempah2 tu kan, so kaler dan kesedapannya lebih terserlah..tak macam kita ni kan..hantam keromo nak mudah je kan...Tok dulu kelapa tu pun di kukur sendiri walaupun kaki dan lututnya dah tak larat(dek kerana arthritis)..tu lah betapa ikhlasnya arwah memasak...yang palimg aku kempunan dan ingat sangat masakannya ialah Asam Pedas Ikan Haruan (style rebus tapi tok punya memang lain la...mak aku masak pun tak sama tau..huk..huk..huk...sedih...sedih) Oppss..stop rite now....kita back to recipe:

Bebahan:
Daging- I'm using batang pinang dlm 300gm (ini pun dah cukup banyak dah ni utk family kecik like myself)
***daging di hiris nipis, jgn tebal sgt ye nnt lambat empuk...
Bawang merah- dalam 4 ulas besar2
2 btg serai- just potong bahagian putih saja
halia- agak dalam 1 inci yg gemuk
kelapa parut- agak dalam segenggam yg tak penuh sangat
Lada putih biji- dlm 1 sudu teh
Rempah kurma- 1 peket
Bawang besar- di belah 4
Cili merah- di belah 4

Cara2:
1. Cuci daging tu bersih2.
2. Blend bwg merah, serai, halia, kelapa parut dan lada putih hingga halus mulus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yg di blend tadi dan rempah kurma yg dah di bancuh. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan daging, masak hingga empuk kemudian tambahkan garam dan gula secukup rasa.
5. Dah nak angkat masukkan bawang besar dan cili besar.
Siap dan hidang.

Anak2 I sangat menyukai masakan ni...simple dan sedap sangat. Cubalah.
Garam dan gula secukup rasa

Ole2 dari Jakarta

Waduuhhhh...penantian ini sudah berakhir...udah lama aku ngidam buku2 resep yg asli bahasa Indonesia...walaupun untuk aku translate bahasanya agak payah pokoknya aku seneng deh....hahahahaha...JGN TUKAR CHANNEL ye....kira mcm nonton sinetron la ni ...
Yipiiiiieeeee...I just received a plastic bag with 4 different kind of books semuanya dalam Bahasa Indonesia...semua citer pasal kukis n cakes...hehehe..sememangnya writer buku ni mmg pendeko cake n cookies tersohor di Jakarta....last week majoriti staff kena p Indon, so setelah lama dok riki2 buku2 ni sempat jugaklah mengirim judul2 di atas dgn kebarangkalian utk dpt tu Justify Fullamatlah rendah sekali..x mau mengharap sebetulnya..tp bila pg tadi my collegue bagi..waduh...bahagia sekali...tengkiu ain, tengkiu Che Shah

Wednesday, November 4, 2009

School Holiday Mood

Yipeeee.....alhamdulillah yesterday Ifah's final exam was over...so Mummy dia happy sangat2...rasa lega sikit. Boleh relaks sikit mlm2 kan....result dia..tak tau la lagu mana. The report card session maybe next week kot coz tinggal lagi 2 minggu je nak cuti sekolah kan. Anyway, suka hati sangatlah dah nak cuti ni...hmmm tak payah basuh baju sekolah hari2...tak payah pikir nak masak apa utk bekal dia (walhalnya kat sekolah dh di provide dgn makan sekali), tak payah nk rush bangun awai...and I can do my bakings and crafting. I miss my hobbies dearly....
Tutup citer tu yea puan2....mlm tadi I missed my late grandmom. Rasa nak menitik ayaq mata tapi tak menitik la...then dok tingat sgt salah satu masakan yg bila tok masak ni rasa sedap gilers arr..So, sedari pagi dah p market beli daging and brg dapo sikit la kan..mlmnya terus masak...tapi kena la call pewaris resepi ni dulu coz I tak berapa konfiden nak masak sebab tak penah masak....tapi bila dah siap uihhh Ifah makan berselera sekali....habih nasik seperiuk yg selalunya berbaki.
However, sorry la ye..gambaq tak dpt di siarkan utk siaran hari ni, will update 2morrow. Hari ni just layan my new kegilaan- CUPCAKE. Ini baru permulaan, the whole thing will be revealed soon tapi tak dak due date la. so tunggu je la apa kesudahannya...hahahaha