Showing posts with label Bread. Show all posts
Showing posts with label Bread. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Potato Bun

Lately I'm into making breads & buns...its like I want to bake it everyday..however hari ni x dapat nak buat since my husband x sihat. Ajak p klinik x mau...sudahnya dia rela vomit and vomit...and "beri beri yucki" (Offie's term kalau p toilet..well u know what i mean..hehehehe)

Orite back to my recipe. I got a few bread recipes books, pantang jumpa pasal roti..aku beli. Different chefs got slightly different method, but bila dah banyak buku yg kita ada plus I did attend bread making class basically basic method lebih kurang sama. Apa2 pun kalau nak hasil yg betul2 cantik macam kat bakery tu kena berguru, memang tak boleh la nak main dgr org bagitau resepi je kan... Saya suka roti sebab bau bila dah nak masak tu sangat meruntun jiwa. Perut ni mula la berlagu. Paling mahal investment yg saya buat utk roti ni ialah dgn membeli breadmaker...masa tu the price quite pricey..its nearly RM800. Hari2 ku bikin roti, tapi kalau guna bread maker ni x berapa nak challenging la kan...ye lah breadmaker tu yg buat semua...last2 sekarang ni bread maker tu dok diam dalam kotak...malas nak guna, dan lambat dapat makan. hehehehe...

Lepas masuk dlm kotak, ku uli pakai tgn pulak...google recipe dan cari petua2 macam mana nk dapatkan texture yg betul2 cantik dan gebu, hmm mmg tiring. Masa ni bila rajin je la aku uli...sudahnya buku resipi terperap dlm gerobok buruk...tepung roti pun naik bubuk.

Finally kugagahi diri ni p masuk class. Alhamdulillah semangat nak buat roti membara sangat. Tapi biasa la dah p belajar, resipi dan nota terperap jugak. Tah angin tsunami apa melanda kat jiwa ni..aku mula meroti lagi. Seboleh2nya nak try semua resipi dlm buku yg aku ada, dari senipis2 sampai la setebai2 buku resepi ( satu donia punya roti pun aku ada- buat jek belum hehehehe..hopefully lepas ni hari2 ada stock roti kat rumah) 

Sebab x nak semangat merudum, aku ambik initiative to offer my homemade breads & buns untuk sapa2 yg nak order kat FB page saya iaitu: sweetreatsetc

Anywya, utk pengunjung blog ni yg nak cuba kat rumah, ambik la resepi ni...sangat best tau..I had a few recipes yg ni paling best so far.


POTATO BUN- Chef Alan Ooi

Mix together:
 400gm high protein flour
50gm gula caster
6gm garam
35gm susu tpg
6gm yis 
190gm air sejuk (masuk sekali ice kiub)
1bj telur
90gm kentang lenyek

*** Masukkan semua bahan2 di atas ke dlm stand mixer anda (make sure pakai hook) seboleh2nya utk buat roti stand mixer kena yg powerful sikit sbb adunannya liat kang terpelanting pulak stand mixer u olls..(saya yg guna industrial mixer (tp scale tak besar sgt) pun bergegar jugak)
Biarkan dia mix sampai jadi doh. Lepas tu masukkan,

60g margerine/ butter

dan uli lagi sampai doh tu elastik, means bila tarik sikit doh tu dia tak putus dan boleh meregang nipis. Stop bila nampak doh tu "shiny". Kalau suka boleh masukkan 150g black raisin dan uli lagi hingga sebati.

Kemudian, tutup doh dgn kitchen towel/ cling wrap dan biarkan dia naik selama 40min. 
Bahagikan doh sama berat, selalunya 35g/ 40g. biarkan doh yg sudah di timbang itu selama 5 min, then bentukkan ia jadi bulat2 dan letak dlm dulang pembakar. Jarak2 kan...dan biarkan ia naik selama 50min atau hingga its double the size (sampai penuh dulang pembakar).
Sebelum bakar sapu egg wash atau  saya guna fresh milk je. Then letak la instant custard mixture cross atas bun tu. Bakar pada suhu 180C selama 20min.

Instant custard boleh beli kat kedai baking. Mix ikut arahan kat paket.


Tuesday, April 19, 2011

Mini Sosej Roll


Last Saturday, I made this for a good friend of mine who organised a birthday party for her only daughter. She requested for mini sausage roll.. I agreed since I was still in the mood of making bread......Sangat2 suka dgn outcomenya eventhough saya ammend the recipe a bit.

Recipe from Chef Alex Goh; saya cuma guna his basic sweet dough recipe. Saya guna rule 45- 15- 30 utk dapatkan roti yg lembut.

Bahan2:

480gm tpg roti
120g tpg gandum
1/2sdt garam
4sdt yis
50g gula
1sdb water roux
200ml air sejuk
1 bj telur
30g butter (saya guna 2sdb)
Sosej secukupnya (di rebus)

Cara2:

Ratakan semua bahan2 kering kemudian buat lubang di tengah2 then masukkan telur dan air.
Uli hingga jadi doh, then masukkan butter dan uli lagi hingga tak melekat di tangan.
Tutup doh dgn cling wrap selama 45minit atau hingga double the size.
Kemudian punch kan doh utk membuang angin then divide bulat2 (utk mini sosej ni saya timbang 30g setiap satu). Perap lagi selama 15min, then gulungkan dgn sosej dan letak atas dulang pembakar. Biarkan lagi selama 30min dan sapu dgn egg wash dan taburkan bijan.
Bakar pada suhu 190deg Celcius selama 12- 15min.
Dan siap masak sapu bun dgn butter untuk jadikan dia berkilat.

Friday, November 13, 2009

Mix Vege Sausage Bun

After dekat seminggu dok blog hopping tgk roti2 kat rumah2 org...hati ni meluap2 rasanya nak buat roti.. arghhh rasanya lama sangat tak buat roti. Diawal minggu hajatnya nak buat bun pandan kaya which is my favourite..itu la yg ada kaya di paip kat atas roti then tabur dgn kelapa kering...buku resepi bun tu dah dibelek beberapa kali, tapi tak jugak buat..then tgk kat blog cik hana nampak mix vege sosej bun..dalam hati dah terdetik, anak2 aku suka roti ni..baik buat ini dulu..Semua bahan ada kat rumah termasukla buku resepinya sekali...jadi mlm tadi dh bertekad tak nak masak dinner pasal nak buat roti punya pasal.hehehehe..so my mission accomplished last night..phewwww finally......Alhamdulillah.
Well, I'm using Alex Goh's recipe dari one of my collection- World Of Bread. Guna method Doh Manis Asas (Basic Sweet Dough). Just half the recipe so dapat la 5 bijik. Satu dah di makan mlm tadi n 4 lagi utk kami buat bekal. So, let's check out the recipe.
Bahan A:
480g tpg roti
120g tpg gandum
garam
gula
susu tepung
1/2sdt bread softener (ni saya tambah sendiri, dlm resepi tak de)
4sdt yis

Bahan B:
1bj telur
300ml air sejuk (dari peti ais)
60g mentega

Bahan C:
Mix Vege
Sausage
Mayonis
Sos Cili

Cara2nya:
1.Gaulkan bahan A hingga serata tapi masa campur tu yis tu jgn kena dgn garam ye..nanti mati yis tu.
2. Buat lubang kat tgh then masukkan 1 biji telur kacau dgn fork or pakai tangan pun boleh sambil kautkan tepung dari tepi sikit demi sikit, then tambah air sejuk sikit demi sikit sampai la jadi doh.
3. Bila dah jadi doh walaupun melekat kat tgn, tapi ambil mentega sikit demi sikit dan uli lagi hingga la doh tu tak melekat kat bekas dan menjadi elastic.
4. Tutup dgn cling film atau tuala lembab dan biarkan dia naik selama 1 jam atau sampai double the size.
5. Then, tumbuk sampai keluar angin then bahagikan kepada 10 bhgn atau 70g setiap satu. Rest kan 10 minit, then roll dgn rolling pin agak2 buat sosej saja.
Then balutkan sosej tu, guna pisau potong agak2 dlm 5mm jgn sampai putus then twist ke kiri dan ke kanan berselang- seli.
6. Kalau ikut kan resepi tu kena restkan 45minit sebelum bakar tapi saya malas nak tunggu dah lapar lagipun i'm using bread softener jadi okla kot kan...so immediately sapukan roti tadi dgn egg wash then taburkan mix vege dan letakkan la sos dan mayonis sesuai selera.
7. Bakar selama 15- 20minit pada suhu 190deg. Dah masak paipkan lagi sos dan mayonis utk menggiurkan lagi sesiapa yg melihatnya.....Selamat mencuba....

Wednesday, May 27, 2009

Roti Telur Special

Lately, me and my husband dah jarang sangat makan nasi for dinner...agaknya sebab faktor umur kot..dak pun sebab wife dia ni dah kembang semangkuk..kiranya tak lalu makan nasik tu as a hint la suruh aku ghentikan makan tu ye...ahaks..ahaks..ahaks...ape2 pun mmg le I dah kurang selera makan nasik nih..even di waktu siang, beras kat rumah tu pun dah nk keluar bubuk.
Since no nasi, he asked me utk buat Roti Telur, kalau dulu2 main buat sebasic2nya je..pukul telur, celup roti dlm telur then bubuh kat pan biar sampai masak. Tapi sejak masak ikut style my mother, my husband pun dah macam tak lalu nak makan yg basic roti telur tu..cewah2..mengade la tu kanna..Anyway, sebagai isteri solehah kuturutkan jugaklah permintaan yg tak la sebesar mana tu kan...So, my extraordinare Roti Telur yg kenkononnya special tu adalah seperti gambaq kat bawah ni hah...
I'm using 3 biji telur utk 6 keping roti.
Sedikit daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang yg di hiris
*Pukul semua sekali
Margerin utk mengoles pan
Mozarella cheese
Mayonis
Sos Cili
1. Celup roti dalam adunan telur, kendian masukkan margerin dlm kuali or pan, biar cair then letak la roti yg dah dicelup depan belakang..pastikan daun bawang, daun sup and bawang tu melekat kt roti tu ye..kalau suka boleh jugak potong cili merah or capsicum utk menambahkan warna (tapi malam tadi tk de cili so tk bubuh la)..
2. Biarkan masak telurnya tu then terbalikkan. Masak 2 keping sekali harung.
3. Taburkan mozarella cheese kat sebelah atasnya then roti yg sekeping lagi tu letakkan mayonis dan sos cili sambil bhgn bawahnya masak (nak senang pakai bekas sos tu, picit je)
4. Then, topkan bhgn yg bermayonis tu ke atas bhgn roti yg ada mozarella. Balik2kan dan biarkan cheese tu mencair..angkat dan hidang.

Thursday, April 16, 2009

Roti World with creamy mushroom soup

Sesambil blog hopping semalam, in my mind dok ligat pikir apa nak di masak utk dinner. Sekali tu masuk mamafami punya blog, nampak dia buat roti world ni..memang dah lama teringin nak buat dan alhamdulillah semalam dah di materialised kan.
Just Mummy je la yg dok cicah roti ni dgn soup, Si Ifah just makan soup saja, Sophie pulak just have the bread instead of soup. Abah depa ni pulak I made separate dish.
Anyway, resepi utk Roti World ni as below:
2cwn tpg roti
1/2 cwh tpg gandum
2sdt susu tepung
11/2 sdt yis segera
1 sdt garam
2sdb gula
170ml
* Campur semua bahan then uli menjadi doh. (Air tu di nasihatkan masukkan sedikit demi sedikit), kemudian, 2sdb shortening dimasukkan dan uli hingga tak melekat di tangan.
Tutup doh dgn cling film dan biarkan hingga its double its size or about 40min. Then, punch out utk keluarkan angin dan bahagikan doh ke 2 bahagian dan bulat2kan. Biarkan doh tu rest lagi selama lebih kurang 10min, then bakar dlm preheated oven at 170C for 30-40min atau hingga nampak bhgn atasnya dah brownish. Then potong bhgn atas roti dan korek keluar bhgn dalam, masukkan mushroom soup ke dalam roti, sedia utk dihidang.
* Malam tadi i just used Campbell mushroom soup sebab dah lambat for dinner.

Tuesday, April 7, 2009

Hidden sausage roll

Made this last nite utk bekal pagi ni..mana sausage nye???
Kene kopek sikit, sembunyi kat dalam, topped with cheddar cheese..I'm using resepi dari Chef Alex Goh titled 'Hot Dog Bun' tapi tambah bread improver utk lebih lembut sikit tapi rasanya kena tambah bread softener jugak sikit ni coz teksturnya belum sampai tahap bakery walaupun rasanya dah ok!..need more improvement lagi..chaiyok2..

Tuesday, March 31, 2009

English Muffin Set

Malam tadi my husband requested for something lite. Usually kalau we all dah lunch dgn nasi kat ofis memasing, bila malam dah jarang sangat kitorang makan nasik. Bila suruh dia pikir nak makan apa, dia cakap nak canai roll, tapi stok paratha kat rumah dah habis, then p la kat supermarket belakang rumah tu, sekali tu "Kawan" I tak de la pulak. Dah habih..So, pikir punya pikir, ambik satu peket hash brown yg sebenaqnya boleh di buat sendiri je (tapi malas n nak save time) tapi belum ada idea nak masak apa..lepas tu tingat kt rumah ada lagi daging steak frozen beli hari tu..hah..buat burger and english muffin je la..cepat pun cepat, senang pun senang..makanya malam tadi dinner kami sefamily seperti di bawah:

Kenyang sungguh malam tadi walaupun nampak mcm ringan je kan..tapi English Muffin tu betul2 mengenyangkan.
Sesapa nak try English Muffin ni boleh la ambik resepi kat bawah ni. Uli dgn tangan ja..tak lenguh mana pun..yg penting kena try ok..gerenti puas hati..

English Muffin:
A: 11/2 sdt yis + 2sdb air suam- campur sampai dia nampak berbuih2.
B: 300g tpg roti + 1sdt garam + 1/2sdb gula + 15g susu tpg - gaul rata kemudian campurkan A dan campurkan
C: 180ml air - uli hingga menjadi doh, kemudian masukkan
D: 1/2sdb mentega- dan uli lagi hingga tak melekat di tangan.
TUTUP DGN CLING FILM selama 45 MINIT/ hingga dua kali sizenya.
Kemudian, tumbuk utk keluarkan anginnya, dan divide doh ke 6- 8 bahangian dan bulat2kan ia...Taburkan tpg semolina dan golekkan doh tadi dgn tpg semolina dan biarkan selama 20 minit.
Finally, prepare non stick pan over medium heat dan masak la muffin tu lebih kurang 7 minit. Boleh serve dgn butter and jam or potong dua and toast mcm MCD breakfast menu tu.

Monday, March 16, 2009

Roti John Mini

This is our breakfast on Saturday. First time try buat sendiri. Alhamdulillah jadi dan sedap. So, just give your self a try. Saya cuma guna roti hotdog ready made cap Gardenia. Selalu roti john yg di jual tu cuma letak timun n kobis but my version I letak lettuce, tomato n timun. Lebih umpph...
My recipe as below:
50gm daging- saya guna daging steak sekeping
1sd teh lada hitam- ditumbuk hingga hancur- tapi boleh juga guna serbuk lada hitam
- masukkan ke dalam Food Processor on kan sehingga jadi minced meat.
3 bj telur di pukul sedikit kemudian masukkan daging tadi, sedikit garam dan 1sdb rempah kari daging.
Pukul sebati, kalau suka boleh tambahkan daun bawang.
*Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak, tuang 2sdm bancuhan telur tadi, roti hot dog tadi di belah dua kemudian tekupkan ke atas telur tadi. Biar seketika kemudian terbalikkan dan angkat.
*Sapu permukaan telur tadi dgn mayonis dan susun sayuran kemudian picitkan sos.
*Sedia dimakan.

Friday, March 6, 2009

Cream Cheese Bread

Ihihhiiihiii..udah lama aku tak masak...minggu ni malas sangat. Seluruh badan rasa kejang, lenguh2...penatla pendek kata. Mata asyik nak tido saja. So, bila nak masak jadi kurang selera, tu yang mcm tak syok nak tulis blog ni..So, hari ni digagahkan juga utk bake something and tadddddaaaaa..Cream Cheese Bread.
Rasa roti ni...texturenya terlalu lembut, lembut sangat sampai buleh tercekik la bila makan..tapi kalau sesapa berhajat nk modify resepinya boleh ja...manala tau kot2 boleh jadi lebih baik lagi..Resepi ni adapted from Yani MYR. Bahan2 semua dimasukkan ke dalam breadmaker, on kan saja pas2 p hantar budak2 p sekolah, singgah pasar sat tadi, sampai ja kat rumah dah pun siap di bakar tapi figuranya senget sikit, tak menggiurkan langsung..tak sempat nak godek2 sebab i takde kat rumah masa dia tgh rest tadi...So layan ja la gambar..for those yg nak resepi boleh tak tunggu bila tuan rumah rajin..ya ampun ye...malas la hari ni..keja banyak..

Monday, February 23, 2009

Roti Choc Marble

Our dinner time sejak Ifah start sekolah dah bertukar. Kalau dulu kitorang makan after solat Maghrib but now masuk Maghrib je mummy dah habih cuci pinggan. So, malam just concentrate kat Ifah n Sophie. Lagipun kalau buat habit macam dulu tak sempat I nak tgk the homeworks or revise with her.
Malam nya lepas pekena carbonara, dua2 org jd dizzy..mengantuk sakan I tengok.
Ifah request susu, she still minum susu kt botol eventhough dah 6 thn. hai macam mana la nak get rid from the bottle nih..puaih mummy ni berletiaq hampeh la dia nak ikut. Sesapa ada petua??? tgh dok bising mintak susu, tiba2 senyap sunyi rumah..bunyi tv jek..la dah tido rupanya..yg adik dok read magazine, tp cakap ngantuk jugak..since mummy ada projek apa lagi suka la depa tidoq awai. 8.30pm semua settled.
So, 2 days b4 friday terjumpa resepi ni- dari onigiri kat MYR. Sangat teruja nak try pasal masa kecik2 this is my fav. Masa tu I stayed with arwah nenek sebelah mak kat kampung. Siap tunggu mamak roti tu utk beli, bila nak panggil mamak tu kena jerit kuat2 pasal my granny's house ni compound dia besar walaupun rumah tepi jln tapi sebelah kereta lalu lalang jerit kuat2 pun mamak tu maybe tak perasan, masa tu harga dia 25sen. Sedap oo cicah dgn ayaq milo hangat.
Resepi boleh cari kat MYR ye..malas la nak tulis. But testimonials from my kids- sedap..pakat dok ulang p potong.