Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Thursday, January 21, 2010

Makaroni N Cheese..lagi????

Ikut je lah selera budak2..Mummy masak ni hari Jumaat nan lalu..baru nak masuk n3..quite busy though. Budak2 tu la and more specific Ifah dah berzaman dok nak makan Mac N Cheese..tapi kali ni I buat ikut selera sendiri...melayu style...so just tgk the recipe.

3ulas bwg putih
Sedikit daging kisar
Lada sulah
Imitate crab stick
Macaroni- di rebus
Bawang besar- kiubkan
Parmesan cheese
Mozarella cheese
garam
susu segar
whipping cream
(Nak bubuh carrot & saderi pun boleh, nak letak breadcrump pun ok)

Tumis bwg putih, bwg besar dan daging kisar..hingga naik bau. Masukkan susu dan whipcream, biar boil sikit, then masukkan lada sulah/ lada hitam kisar then garam, parmesan kendian macaroni.
Dah gaul sebati masukkan dalam bekas tabur dgn mozarella then bakar dlm oven, 170degC sehingga cheese cair dan kekuningan. Then makaaaaannnn.

Friday, December 4, 2009

Pepperoni Pizza- Homemade Recipe

After so long tak update blog ni, hari ni nak buat n3 sikit la pasal dinner kami ber3 mlm tadi- Pepperoni Pizza- Homemade Recipe. Sejak dua menjak- yakni sejak oven breadmaker tu ala2 buat perangai aku try menguli roti pakai kederat aku yg tak seberapa ni hah. Lah..rupa2nya tak la susah mana. Lagi cepat as compared to breadmaker. Makanya starting from that day sampai la la ni, tulang 4 kerat ni la yg akak guna untuk menguli doh...happy la sangat2. U all should try tau. Best sangat dan bila kita yg sekali sekala makan pizza ni buat pizza secara tak langsung dapat menerujakan seisi rumah tangga. Tak percaya try la!!!! Ok recipe kat bawah ni adalah copy paste dari recipe from breadmaker tu. So simple, doh pun lembut dan seneng banget.....

Pizza Base/ Doh Pizza untuk 4 keping pizza
41/2 cwn tpg roti
2sdt yis
2sdb susu tepung
2sdb gula
1sdt garam
12/3 air
2sdb minyak (saya pakai olive oil)

Cara2:
Masukkan bahan2 kering ikut turutan, elakkan yis terkena garam, bukan setakat pengsan yis tu terus x hidup. Adukkan supaya semua bebahan tu serata then buat lubang kat tengah2 masukkan air dan olive oil.
Lepas tu guna hujung jari kaiskan tepung keliling air sikit demi sikit sampai la tergaul semuanya, then uli hingga la doh tu tak melekat kat tangan dan bekas adunan. Tutup dgn aluminium foil or cling film selama kira2 1 jam atau hingga double the size.
Then tumbuk2 adunan tu utk keluarkan angin dan bahagikan kepada 2 bhgn, then bahagikan lagi setiap satu bahagian tu kepada 2 lagi. Bulat2kan.
Ambil papan canai taburkan tepung gamdum atau tpg roti dan canaikan doh tu hingga agak2 8- 9 inci, ikut acuan andalah. Tapi kalau pakai tray oven tu pun boleh jugak so pizza anda jadi rectangle lah...
Ratakan sos pizza, mozzarella, topping, mozarella lagi dah siap utk di bakar pada suhu 175C selama 20minit.

Resipi Basic Pizza Sauce ala CheZaid:
1 tin kecil tomato puree (concentrated)
1 tin besar tomato puree yg agak cair
***bezanya satu tin kecil tu sgt2 pekat utk bagi kaler sos tu cantik, manakala tin yg agak besar (mcm size tin susu pekat tu) kaler dia agak cair.
1sdt pizza seasoning- boleh di beli di kedai bakery supplies
1 helai bay leaf
1/2 labu bawang besar- didadukan
1/2sdt black pepper- di tumbuk halus
Garam, gula dan parmesan cheese secukup rasa.
Olive oil utk menumis

1. Tumiskan bawang besar dgn pizza seasoning hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree kedua2nya sekali, masukkan garam, gula, black pepper dan bay leaf. Masak hingga mendidih dan sedia utk digunakan dengan pelbagai topping lain mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba!!!!

Wednesday, May 13, 2009

Fettucine with Baked Meatballs Carbonara

Hmm..its quite sometimes I'm not into cooking & photographing..somemore battery camera pun dah kong..so, yesterday I planned to cook something for dinner, taddaaaaaa..something which my children love to eat..kalau boleh hari2 pun x pa..since the father not around its ok for me to cook ala' western. Kalau abah depa ada kena tanya dulu la nak makan apa kan..pasta is not in his list anyway..kalau my children plus mommy depa ni pasta mmg menjadi pojaan perut kami...hehehehe..At first I just wanted to make Baked Meatballs Carbonara..mcm kat Pizza Hut.
Tapi Mummy make some value added to the dish, I cooked some fettucine and served with the meatballs, so kenyang sikit la perut budak2 tu.
After we having the dinner, the father called. Bila tanya makan apa, I said meatballs and pasta and he said "eh kenapa masa abang ada kat rumah tak penah buat pun?'
'Nanti buat lagi macam kat IKEA tu'
Owh I never know you like it...hmm yg IKEA tu sauce dia lain la pulak kan...kalau macam tu nak kena p IKEA dulu le ni nak kena ambik feel..hahahhahahaha..

Anyway, sorry I don't have specific measurement, semua main taram je...ikut my instinct..kalau termasin ke..tersedap ke..thats my instinct to be blamed or to give the credit. Anyway, the basic ingredients for Baked Meatballs Carbonara as below:

Meatballs:
Tender meat
1/2 onion- cut
1 carrot
Salt
Sugar
Worchestershire sauce
Pepper
1 egg
Breadcrumbs
Oregano- dried
*You also can put 1 tbsp of tomato ketchup if u like- but this time I didn't
Put all ingredients into food processor, blist off then make it as balls.
Fry them and toss.
*I get this recipe from dapur 'Salam 2Benua'. Thx to LG, i've been using your recipe quite sometimes.

Carbonara:
Tumis bawang besar- dipotong kasar dgn dried oregano. Then masukkan whipping cream agak2 dalam 1/4 kotak kecil, then masukkan fresh milk about 11/2 cwn atau sebanyak mana kuah yg anda inginkan, stir until you get the consistency, kalau terlalu cair tambahkan whipping cream, then masukkan salt, pepper, parmesan cheese and chicken stock. Bila rasa dah ok, remove from fire the masukkan ke dalam ovenproof dish. Then masukkan meatballs tadi, taburkan dgn grated mozarella generously, cooked in preheated oven at 170deg or higher for 15min or sampai nampak cheese melts. Then served with fettucine yg dah di rebus terlebih dahulu.
Amacam..mau cuba??? Cubalah...

Tuesday, May 5, 2009

Chicken Chop with Mushroom sauce

Our dinner last nite was as above. I bought the boneless chicken thighs from the nearest wet market. Actually I requested it to be boneless, pakcik yg jual ayam tu tau je cemana nak buat kan..so dia buang tulang tu mcm cantik je isi..if I did it on my own rasanya hancurla isi ayam tu gamaknya. He's the expert anyway. The idea utk buat chicken chop tu mmg dah dari weekend hari tu la..Resipi tak tengok memana main taram je la..so, if u all wish to follow..and kalau sedap ok la tu..if not..u guys must search for other recipe la..

So, how I did was like below:
1. Clean up the boneless chicken thigh, then marinate with a dash of salt, pepper(ground), paprika (ground) and Lea & Perrins( quite generous). Rub thoroughly.
2. Beat 2 eggs in separate bowl, then put the bread crumbs and flour in another separate bowl.
3. Heat up the oil in your wok or any of your pan for deep frying, then get the marinated thigh and coated with the beaten egg, then into the flour then coat with the bread crumbs.
4. Fry till cook and golden brown.

*Ready to serve with fries/ wedges, salad etc.

My mushroom sauce is the simple version but according to my tastebud its tasty..hehehhehe..sapa lagi nak puji kakakaka..
1/2 labu bawang besar- di potong kiub
5-6 biji cendawan butang- di hiris nipis- separuh lagi di hancurkan
sedikit tpg gandum
stok ayam
1 bj kiub ayam
Lea & Perrins
Garam secukup rasa
sedikit mentega
air

Cara2:
Panaskan butter hingga mencair, kemudian tumis bawang besar hingga naik bau.
Kalau suka boleh tambah oregano yg kasar.
Kemudian masukkan tpg gandum kacau hingga kecoklatan, then masukkan stok ayam dan kiub ayam. Masukkan cendawan butang. Sos L&P dan garam secukup rasa.
Dah mendidih tutup api dan hidang.

Tuesday, April 7, 2009

Mac & Cheese

Made this for Ifah utk bekal p sekolah. Dah request dr semalam..so I baked in small2 cup..Resipi from Martha Stewart tapi tak syok sangat la pulak..no I mean rasa ok tapi I like Kenny Rogers style..more creamery or anyone ada resipi yg best lagi boleh la share...I chose this one coz its simple and put some sausages, not bad though. Cuma part topping tu semacam ada crust pulak coz I topped with cheese and breadcrumb.

Tuesday, March 31, 2009

English Muffin Set

Malam tadi my husband requested for something lite. Usually kalau we all dah lunch dgn nasi kat ofis memasing, bila malam dah jarang sangat kitorang makan nasik. Bila suruh dia pikir nak makan apa, dia cakap nak canai roll, tapi stok paratha kat rumah dah habis, then p la kat supermarket belakang rumah tu, sekali tu "Kawan" I tak de la pulak. Dah habih..So, pikir punya pikir, ambik satu peket hash brown yg sebenaqnya boleh di buat sendiri je (tapi malas n nak save time) tapi belum ada idea nak masak apa..lepas tu tingat kt rumah ada lagi daging steak frozen beli hari tu..hah..buat burger and english muffin je la..cepat pun cepat, senang pun senang..makanya malam tadi dinner kami sefamily seperti di bawah:

Kenyang sungguh malam tadi walaupun nampak mcm ringan je kan..tapi English Muffin tu betul2 mengenyangkan.
Sesapa nak try English Muffin ni boleh la ambik resepi kat bawah ni. Uli dgn tangan ja..tak lenguh mana pun..yg penting kena try ok..gerenti puas hati..

English Muffin:
A: 11/2 sdt yis + 2sdb air suam- campur sampai dia nampak berbuih2.
B: 300g tpg roti + 1sdt garam + 1/2sdb gula + 15g susu tpg - gaul rata kemudian campurkan A dan campurkan
C: 180ml air - uli hingga menjadi doh, kemudian masukkan
D: 1/2sdb mentega- dan uli lagi hingga tak melekat di tangan.
TUTUP DGN CLING FILM selama 45 MINIT/ hingga dua kali sizenya.
Kemudian, tumbuk utk keluarkan anginnya, dan divide doh ke 6- 8 bahangian dan bulat2kan ia...Taburkan tpg semolina dan golekkan doh tadi dgn tpg semolina dan biarkan selama 20 minit.
Finally, prepare non stick pan over medium heat dan masak la muffin tu lebih kurang 7 minit. Boleh serve dgn butter and jam or potong dua and toast mcm MCD breakfast menu tu.

Wednesday, March 25, 2009

Seafood Canai Roll

Dinner kitorang malam tadi seafood canai roll. I'm using instant paratha brand Kawan.
'Intinya' made from imitate crab stick and boiled prawn. Mix together with mayonaise and black pepper and squeeze a small wedge of lime and mix thoroughly. Then line the cooked paratha with a slice of lettuce, spoon generously the 'inti', then put some slice tomatoes, slices of cucumber and slices of jalapeno chillies, squeeze some thousand island and chilli ketchup. Then roll the canai and cut into 4 portions. Ready to serve.

Tuesday, March 17, 2009

Lamb Chop with Black Pepper Sauce

Our dinner last nite. Since dapat lamb yg murah wargh apa lagi lamb chop la...mommy masak sorang 2 keping coz the lamb tu nipis sikit, takut tak kenyang since my husband kate dia tak lunch tgh hari semalam. I don't know u all punya taste tapi bila tanya abah dia cakap sedap compared to kedai yg selalu kitorang makan, Ifah pulak cakap sedap n dia suka sangat...siap kira makanan yg dia suka mommy masak...kehehehe..kembang kuncup le mommy..neways bukan pujian yg di harapkan, cuma syok bila tgk depa ni puas hati bila makan, tinggai tulang lagi..pinggan abah lagi la licin....since dah buat lamb chop for drinks I bought A&W root beer, bila campur eskrem vanilla jadile float. Emph....yummy!!

Monday, February 23, 2009

Dinner, Friday Feb 20, 2009

On last Friday my husband cakap dia akan balik lambat coz ada meeting petang, then tk makan kt rumah. So, I asked my kids, of course la si kakak tu kan. Dia cakap nak makan pasta. Yahooo!! senang keja aku. As usual mesti ala2 carbonara la..both of them like it very much. Jarang sgt buat bolognaise ke..baked ke..pasai depa tak berapa suka.

So, ni le dinner kitorang 3 beranak- Fettucine with seafood carbonara. Cara membuatnya mudah dan cepat, dah tu creamy that's why my dotters suka.
Bahan2:
Olive oil utk menumis
1 labu bwg besar kuning di potong dadu
Oregano yg kasar
Lada hitam ditumbuk
Whipping cream
Fresh milk
Seafood- their favorite is clamp
Kiub ayam
Garam
Parmesan cheese- optional
Fresh button mushroom- optional
Cara2:
1. Tumis bawang besar dgn olive oil, then masukkan oregano.
2. Dah wangi, tuang whipping cream and fresh milk. Agak2 sendiri tapi to get creamy sauce whipping cream kena lebih sikit dari fresh milk.
3. Masukkan kiub ayam seketul, then garam, lada hitam and seafood. Bring to boil sekejap. Masukkan button mushroom, sementara tu kacau selalu kalau tak nnt jd mcm kepala cream..kalau nak taste dia kuat sikit, masukkan parmesan cheese. Then bila kuah dah pekat, tutup api dan serve with any pasta you like.

Monday, February 16, 2009

Tea break

Semalam since kitorang tdo kt my MIL's house, kene la rajin masuk dapo kan. Kat sini makan complete sungguh, breakfast, lunch and tea time. Asyik medang dgn mangan je lah. Nasib bek supper tak payah buat. So sebab dah boring makan melayu, aku introduce kat kt mak pak mentua ku makan ala2 western. Tak la Western mana pun cuma buat hotdog je pun tp open style- so I named it "Open Sausages". My husband suka la..coz I made some coleslaw, buat wedges which I made from scratch, so dpt makan kentang fresh la and then the presentation tu lain dr biasa.

So, the hotdog bun cut into 2, then put the coleslaw, half the sausages and put some tomatoes n cucumber.