Tuesday, August 16, 2011

Ikan Bakar Portugis


Untuk Iftar semalam, buat yang sehabis sempoi sebab balik pun dah lewat kanna..dlm masa sejam tu nak bersilat, bertaekwondo segala macam la...

Ni la dia menu sempoi saya- Ikan bakar Portugis.
Senang sangat, blend semua benda then tumis finally letak kat ikan dan panggang dalam kuali...settle satu menu.

Bahan2 seperti berikut:

Ikan- saya pakai Siakap, kalau pakai ikan kembung fresh pun sedap...manis je nnt
Cili kering
Bawang merah
Halia
Serai
Belacan
Buah keras
Garam dan gula secukup rasa

**** Blend semua bahan2 di atas kecuali Ikan hingga lumat
*****Saya tak letak sukatan sebab anda kena sesuaikan dgn citarasa anda, nak pedas ke..tambah cili...rasanya wajib masam2 manis.

Kemudian tumis bahan2 kisar tu hingga pecah minyak, dan masukkan air asam jawa..kalau tak cukup rasa, tambah la gula dan garam lagi..

Kemudian, ambik aluminium foil letak kan sebahagian bahan tumisan, on top of it letakkan ikan, then bhn tumisan lagi sampai habis...hiaskan dgn bunga kantan, daun kesom dan cili padi yg di hiris halus, tutup foil kemas2.

Panaskan kuali, saya guna non stick pan, then letak ikan berfoil tadi, bakar dgn api sederhana. Bila foil dah kembung terbalik kan, then tunggu hingga sebelah lagi pun mengembung jugak....kiranya ikan tu dah masak. Hmmm...dah siap!!!cepat..1/2 jam dah siap buat semua benda..kalau suka boleh letak bendi di bakar sekali dgn ikan/ sotong/ udang..terpulang pada selera masing2..


Offie interfrem pulak, pagi tadi ketika sahur dia cakap nak puasa hari ni..siap makan nasik bagai...tapi subuh tadi dh mintak susu dah..hahahaa

No comments: