Tuesday, February 14, 2012
Kuih Ketayap
Friday, February 10, 2012
Kuih Keria
Campurkan ke semuanya tapi ingat ratio tpg tu kurang dari ratio ubi ye..kalau tak liat nanti..dah boleh kepal jadi doh tu kira dah orait le tu...then buat bulat dan buat mcm donut tu..dah siap.
Friday, February 18, 2011
Apam Snow White
Tuesday, October 27, 2009
Sandwich Burger PLUS Kuih Chara Manis

Mlm tadi my first doter ( I have 2 doters anyway)...requested for burger utk bekal ke sekolah this morning. She wanted to sandwich the patty using the normal bread. Dia suka tapi kawan2 dia pun suka jugak!!! So, this morning I gave her extra so that she can share with her friends or else anakku itu tak dapat nak makan sampai kenyang.
Akan tetapi diriku ini teringin sangat nak makan kuih chara (I just spell it that way..ala2 gitu)...so lepas my husband sent her to school I started with my kuih chara....Lagipun daun pandan yg ambik dari rumah makcik kat Kluang 2 minggu lepas akan menuju ke zaman kegersangannya, so kalau tak di pakai membazir la pulak kan..jauh tu...
Maaf la tak dak sukatan la pulak..cuma main agak2 semuanya.....
at first blend dulu daun pandan ambil jusnya, then masukkan dlm blender semua di bawah:
Jus pandan,
santan pekat
tepung gandum dan
secubit garam
PASTIKAN adunan tak terlalu cair nnt melekat kat acuan. Kalau cair tambah tpg ye...Anyway, memandangkan daun pandan yg ada kat rumah tu dah agak2 nak expired, aku tambah 4 drops pewarna hijau epal....nak bagi meriah sikit kaler dia kalau tak mcm nak hitam dah kan...
Panaskan acuan bahulu yg spesis buah kana tu (betui ke buah kana, hentam je la no) oleskan acuan tu dgn minyak masak, then tuang le agak separuh acuan tu then masukkan gula pasir agak2 dlm 1/2 sdt kemudian tutup balik dgn adunan tu..bila semua set buat kana tu dah di bubuh tpg adunan tu, cover acuan tu dgn tudung periuk. Bila tpg semua nampak dah masak colek kuih tu bubuh kat piring...sedap di makan time panas2 tu...ok selamat mencuba...
Monday, October 26, 2009
What drives me to cook????? plus SERI MUKA DURIAN
Di samping beriadah nak jugak la test skill memoto guna DSLR tu kan...tapi huhhhhhhhh....sedey2 rasa mcm x cun saja.......dah tu nyesal sebab x bawak kamera digital biasa.......however gambaq2 hasil karya ku itu x dapat la disiarkan pada n3 hari ni coz belum upload lagi....
hehehe..sebelum nak tulis further n3 hari ni rasa mcm nak tergelak je...tengok..tengok..hah dah tersengih dah che zaid ni sorang..Bukan apa teringat conversation antara diriku dan adik ku yg boleh di kategorikan photographer tahap pro la..ye lah sebab dah ada bisnis foto memfoto tu kira pro la tu kanna...
Al- kisah beginilah ceriteranya...
Malamnya dia call..
Adikku: Hah cemana gambaq? Ok dak..
Aku: Alaaaaa..ntahla rasa macam tak cun arr...dok ejas tak nampak clear sgt arr..ada yg blur..ISO dah boleh ejas, tp white balancing tu tak boleh pun..tah apa la yg saya ejas sampai white balancing tu tak boleh nak edit
Adikku: Tah la tak tengok tak tau nak habaq...
Aku: Wei saya rasa saya tak mau la pakai SLR ni..leceh siot..saya mau yg compact je la..
Adikku: Hah awak ambik arr NIKON baru tu..cun gak gambaq dia..compact...awat lak tak mau SLR?
Aku: Lecehla..dah la gabak..nak ambik gambaq makanan pun susah, x dapat lg shot yg menggiurkan...tu yg buat kurang semangat nak masak tu..
Adikku: Wei apa kena mengena ambik gambaq dgn masak nih???? Heh konpius.......apa daaa..
Theee..he..heee....apa daa..ada ka sebab gambaq x cantik malas masak..????teruk kan I nih...ape2 pun thats one of the factor.....lagi satu sebab kalau nak masak kena fikir sapa nak consume makanan yg ku masak itu....oklah....layan dulu gambaq my weekend menu...
This weekend, i tried a resipi from Brother Rozzan- Serimuka Durian. Hmm rasanya tak mengecewakan..sedap..mak mentua pun dok ulang makan u...

Resipi:Utk Pulut
400g pulut susu
1 cwn santan cair- agak2 nak tenggelam pulut
Garam secukup rasa
- Basuh bersih pulut tu then masukkan ke dalam loyang then masukkan santan yg dah di tambah garam.
- Air kukusan di panaskan. Kemudian kukuskan pulut tadi.
- Bila pulut dah tanak tekan2kan supaya padat (oleskan pulut tu dgn minyak supaya cantik pulut tu dan bila potong cantik je tak berderai) then masukkan adunan atas utk serimuka.
Untuk kepala serimuka:
2wn santan pekat
1cwn gula pasir
4 bj telur
4-5 ulas durian (isi sahaja)
4 sdm tpg gandum (saya cuma pakai 3sdm sahaja)
secukup garam
- Masukkan kesemuanya dalam blender.
- Kemudian tuangkan ke dalam loyang pulut dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Tuesday, August 4, 2009
Cucur Jagung
Dah lama tak masak tau...seminggu dah. kalau masak pun besa2 ja..so weekend habih tak dak menda kat dapo, kebetulan ada la beli jagung sket, so buat la cucur jagung. Sempoi tapi amat mengenyangkan. Paling saya suka kalau mak yg buat, lembut didalam rangup di luar. dah tu butir2 jagung tu lembut ja, siap ada cili tumbuk, ikan bilis yg lumat, tapi anak dia ni hmmm mmg dasar pemalas la kan....jagung pun racik gedabak2, bwg hiris pun tak halus, daun kuchai pun tak bubuh & ikan bilis main taram sekor2. Dah tu cili pulak pakai cili kering mesin. Nak cepat punya pasal la ni (kalau u all rajin, u all masukkan la semua di atas itu didalam adunan tpg, bancuh pakai air & garam sesuai rasa ye)Tapi ni nak share tips sikit la utk readers sekalian; kalau nak bagi cekodok; tak kesahla cekodok tpg ka, cekodok pisang ka, cucur jagung ka kiranya set2 cekodok ni la; bila goreng dia jadi bulat2 kan, cuba sediakan tpg tu lebih awal dr waktu menggoreng, contohnya kalau ptg esok nk goreng cekodok mlm ni dah bancuh tpg n simpan dlm peti ais. Paling berhasil kalau buat cekodok pisang, mesti nnt dia timbul bulat2 je...comel. Mak saya pesan at least bancuh tpg tu 1/2 jam awai dr waktu nak goreng, baru la cekodok tu licin ja...
Monday, May 25, 2009
Cucur Udang

Thursday, March 26, 2009
Bingka Ubi
Malam tadi buat bingka ubi based on resepi dari one of my nyonya cookbooks. Follow 100% the recipe tapi in terms of rupa macam tak berapa best la coz tak cukup garing. Tapi rasa ok la..but I think I should increase the oven temperature. Next time kena try lagi la nih. Ubi kayu sumbangan mak mentua. Ubi kayu ni jenis ubi putih so bila buat bengkang ni pucat sikit. Resepi later ye.
Friday, March 13, 2009
Karipap Pusing

1. Campurkan tepung gandum dgn margerin- I used Planta. Uli sampai boleh kepal dah cukup. Kepal adunan kepada beberapa bhgn. Lagi besar kepal besarla nanti karipapnya.
2. Buat satu adunan lagi tapi cuma masukkan tpg gandum dan air sejuk (ais) uli sehingga menjadi doh dan balutkan adunan tpg + margerin tadi.
3. Gelekkan bebola tadi hingga agak nipis dan gulungkan spt gambar 4.
5. Gelekkan dgn rolling pin sampai agak nipis.
6. Gulungkan sekali lagi kemudian potong kepada beberapa bahagian agak2 1/2cm setiap satu.
7.Setiap potongan digelekkan tapi AWAS jgn terlalu kuat menggelek nanti bila goreng corak pusaran tu boleh hilang. Masukkan inti yg diingini dan kelim.
8. Dah siap utk digoreng. Ketika menggoreng panaskan minyak, bila dah panas kecilkan api sebelum memasukkan karipap sebab kalau api terlalu besar ketika karipap dimasukkan, nanti kulitnya akan berbintil2 mcm katak puru...dah tak cun dah...lepas tu baru boleh di kuatkan api.
*Bahan utk inti ikut selera anda- ada yg suka keledek, kentang, black pepper tapi my version kentang + daging.
Tuesday, February 17, 2009
Apam Mentega
Anyway, ni layan gambar Apam Mentega ni dulu before tengok resepinya ye..

Bahan2:
1 cwn gula + 1 cwn air = jadikan gula hangus
1 buku mentega- di pukul hingga kembang
3 biji telur + 1 cwn gula= pukul hingga kembang
1 tin susu cair
3 cwn tpg gandum + 1 sdt soda bikarbonat + 2 sdt baking powder = diayak
Cara2:
1. Panaskan kukusan.
2.Masukkan adunan mentega ke dlm adunan telur+ gula yg telah dipukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan susu cair, tpg dan gula hangus. Kacau sebati supaya tak de lagi tpg yg bergentel.
4. Masukkan kedalam acuan yg telah digriskan (tapi kalau pakai acuan plastik tk perlu digriskan.
* I'm using acuan puteri ayu.
Boleh di makan begitu saja atau dengan kelapa parut bergaram.
Friday, February 13, 2009
ROTI JALA

Bagi sesapa nak buat roti jala, bahan2 mudah saje..very basic.Ambik blender- masukkan tpg gandum, garma secukup rasa, serbuk kunyit sikit dan air secukupnya, then blend utk mendapat consistency yg sempurna (tak cair tak pekat) dan supaya tak block acuan tu. Pastu buatla jala kat atas pan yg dan digriskan. Then gulung kan. Siap.



