Monday, March 19, 2012

Beris Lake Vineyard

Percutian singkat kami diteruskan dgn lawatan ke Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah. Actually tak plan pun nak ke sini sebab tujuan asal kami ke Sik sebab nak jengok pakcik n makcik saya yg sangat jarang berjumpa sebab sekarang diorang menetap kat Sarawak..rumah yg kami singgah ni ala2 rumah hinggap la ni..sok2 pencen baru la dok sini balik.

Lepas berpiknik kat Lata Mengkuang, kami balik untuk makan tengah hari walaupun sebelum p mandi kami dah makan koeteow goreng yg sangat sedap....hmm mmg tak kan berenti makan kalau duduk kt rumak Cik nih..

Lepas makan tengah hari Cik ajak p ladang anggur ni..mmg pucuk di cita ulam mendatang..dia pun tak pernah pergi lagi ke sana..dan saya hmmm mmg menantikan peluang ni...rupa2nya takla jauh mana pun tak sampai 1/2 jam perjalanan pun..adalah dlm 10km dari rumah Cik.  

Masa kami ke sana, tak banyak buah yg masak..pekerja kat situ cakap dalam hujung bulan Mac/ Awal April insyaAllah buah akan masak..Jeng2 jeng..sesiapa yg nak merasa kutip dan makan buah yg segar dari ladang bolehlah berkunjung pada awal April ni ye...tiket tak mahal cum RM4 utk dewasa dan RM2 untuk kanak2 yang berumur 5thn dan ke atas sahaja..dan untuk buah2 anggur yg di petik pulak RM4/100g...hmm agak mahal bukan..tapi berbaloi dengan keseronokan yg kita dapat..betul tak?

Oklah tak mau berceloteh banyak..silalah jamu mata dgn piccas yg saya sempat snapped..... 







Friday, March 16, 2012

Pusat Sains Negara Cawangan Utara, Alor Setar

 Hari Ke- 2 di AOR, kami ke Pusat Sains Negara Caw Kedah...location to be exact belakang Muzium Padi kat Gunung Keriang, Pantai Johor. 

Quite smaller as compared to KL punya tapi oklah banyak jugak experiments...paling best bahagian bencana alam...these are few piccas yg sempat di snap pada hari tu.


Kat sini boleh tgk mcm mana tornado jadi

Yang ni my favourite..boleh experience rasa masa gempa bumi..fuhhh walaupun kecik cenggini ada impact la..mmg pening dan rasa nak terjatuh masa skala Richter makin meningkat. Tak boleh nak imagine kalau gempa bumi yang berskala besar macam kt Acheh & Jepun hari tu... 


Yg ni dinasor ada pameran ICEAGE...hmmm Fatheen anak sedara saya sampai sudah tak mau masuk...hishhh penakut sungguh...sudahnya gambar lain saya tak boleh nak ambik sebab takut pulak dia hilang kat luar.

Wednesday, March 7, 2012

Rencah I


Shaolin Popeye

Ini Luqman..dia tengah nangis..Now you see......


Ini pun Luqman......Now u don't....comel kan????? x de rambut for the second time....hehehhehe..terpaksa cukur rambut dia sebab rambut dia tak dapat di selamatkan lagi..I just want to trim a bit his hair since dia selalu gatal2 kepala sebab rambut dia dah panjang jugak..tapi since budak kecik ni susahnya nak suruh duduk dia..nak trim sikit jadi 3 sessions tau...malam potong sebelah, pagi potong lagi sebelah tapi baby sitter dia komplen cakap rambut tak lawa..so balik dari keje terus la Mommy dia ni ambik pisau cukur nak trim sikit kat belakang dan depan..last2 nahhhhhhh tak pek nak nolong...tobek sana sini..last2 ajak abah dia p barber la jawapnya....terus la kena botak kalau tak sure tak sama punya... Apa2 pun nampak cute jugak budak ni..silap la masa kat barber tu x bawak kamera...kalau tak dapatla mommy tayang kat sini mcm mana ghupenye budak ni masa kena cukur hari tu.

Gambar ni my favourite..cute je kan........mcm nak gigit2 dia ni..tapi dia ni sekali gigit dia..10 kali dia gigit kita.....adoiiiii!

Monday, March 5, 2012

Ayam Goreng Kerabu

Resepi ni saya cipta out of nowhere...sebab jemu la hari2 depa request nak makan ayam..Mak dah buntu...aduhai..Inspirasi masakan ni daripada kesedapan nasi goreng kerabu yang saya makan hampir 12 tahun lalu kat SS15 Subang Jaya. Gerai tu sekarang dah tak dak dah sebab dah roboh utk bagi laluan kepada pembangunan pasar basah kat situ tapi sejak tu dah tak tau apa yg best kt area tu..dulu2 my lunch selalunya Nasi Goreng kt gerai tu ataupun makanan minang yg di masak oleh sorang nenek ni..sedapnya mak oii...tak tahan...lagi satu nasi kandar pulau pinang.....hmmmm sedap..

Anyway, untuk ayam goreng kerabu ni sangat sempoi cara memasaknya..I ALWEZ OPT FOR SEMPOINESS...yelah sekarang ada sorang anak kecik yg sangat lasak. Everytime mak dia kat kitchen, tak sampai 10 minit sampai la dia sambil menjengok2 apa yg mak dia masak...haih...harus la tak boleh berlama kat dapur.

Bahan2:

3-4 keping ayam di potong kecil (letak garam dan kunyit, then goreng separuh masak)
**2 inci halia
**2 batang serai
**1 inci lengkuas
** 5 ulas bawang merah
**5 bj cili padi merah (kalau suka pedas tambah lagi)
**Belacan secukupnya
**1 
Bahan2 bertanda ** di tumbuk kasar
2 helai daun limau purut di hiris halus
2 biji tomato di potong dadu
1 sdb jus limau kasturi
1 sdt sos ikan
5 tangkai kacang panjang di hiris halus
***Kalau suka kacang botol boleh di tambahkan 
Garam 
Gula 

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda** sampai pecah minyak, masukkan tomato, sos ikan, jus limau dan garam serta gula secukup rasa.
2. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan kacang panjang dan daun limau purut dan goreng lagi hingga masak. Sedap dgn nasik panas..