Tuesday, March 22, 2011

Roti Marble


Roti Marble untuk breakfast hari ni. Sambil2 siapkan order, menguli pulak tpg utk buat roti nih..bahan2 pun tak banyak dan marble pun x jadi sangat..hehehe..sebab malas nak gelek nak kejar masa takut tak sempat untuk Ifah buat bekal. So, aku bantai gulung jek...tapi jadi jugak la marble dia tu.....Roti ni adunannya kecik so sangat sesuai utk family kecik mcm we all nih..biar masak sekali terus habis..lega...makcik nih mmg tak suka nak simpan makanan sampai berhari2..Resepi dapat dari MYR..sumbangan onigiri...sesapa nak resepi bagitau la yek..sebab x ingat la bebahannya tapi kalau nak senang p je la kat myrespi.com then search for roti marble..

Pagi tadi kan hujan kat kawasan rumah saya nih, so minum kopi o pekat sedap jugak kan..so tu la dia..roti marble cicah kopi o...hmmm layannnnnnn...

Roses......


Sarapan minda....best bila tengok bunga2 ni berkembang......pagi2 Luqman kena (ke kerna terpaksa) cuci mata dgn pokok2 Mummy...snapped pagi tadi masa Luqman tgh tidur...baru je lepas hujan...how nice dapat tgk butiran air kat bunga tu kan..., rasa macam nak tanam roses lagi dan lagi....

Wednesday, March 16, 2011

Bz Bee...

I'm so bz...kat ofis bz kat rumah bz....arghhh I need a break!!!yo yo orr je kan....my husband outstation for may be the whole week. My 1st daughter pulak lepak kat kampung coz cousins ramai...tinggal la kami ber3 saja di rumah...nampak mcm... wahh relax la Mommy kan..however with 2 kek lapis to bake and a cookie bouquet to deliver rumah mmg macam tongkang pecah...di tambah pulak my baby masih tak sihat kesimpulannya i dont have enough sleep...

Tapi bak kata pepatah " Tangan yg menggoncang buaian boleh menggegarkan dunia" begitulah diriku ini...Alhamdulillah i able to settle everything...walaupun badan dan mata ini terasa amat penat...tapi bila my customers suka hmm...that relieved the pain..penat, letih semua hilang......****ini salah satu benda yg aku siapkan malam tadi, sangat2 suka dan terleka di buatnya bila tgh mengulit fondant ni****who wish to order please go HERE

Tuesday, March 15, 2011

ISSA's sports day

Last Saturday was Issa's Sports Day..kali ni lebih grand sebab buat kat stadium...bukan stadium Shah Alam tapi Stadium Uitm je..ishh buat bebudak kecik ni mini stadium ni dah macam stadium yg besor tu dah...gayat je kan rasa..hahaha..tapi hari tu kami tak lama menonton sebab cuaca panas sangat dan kesian kat Si Luqman tu..habis je first half acara we say bye2..lagipun Ifah dah dpt hadiah dan x de lagi event lepas tu...kalau cikgu dia cari menjawap la nanti..hikhikhik.. ****apala yg di menungkan anak aku sorang tu..****
Tahun ni Ifah rumah merah- Rumah Salman..dah 2 thn kt rumah kuning, pelik sekolah ni boleh main tukar2 pulak rumah sukan...aku dulu stick to one house dari darjah satu sampai la sekolah menengah. Tak kesahla kan apa2 pun..tapi yg paling di nanti2 masa Sports Day ni masa depa buat pertandingan Battle Cry...ishh macam2 tapi yg paling best Rumah Kuning..so creative and enjoyable...agaknya diorang menang kot this year...entahlah sebab we all tak tunggu sampai habis kan..pasrahlah bila tak tau result...*****Geng2 rumah kuning tgh buat battle cry; mmg best lah****

Monday, March 14, 2011

Open Face Seafood Bistik

Wah nama...tak tahan..lantakle resepi rekaan sendiri, sendiri la bubuh nama..sejak dua menjak ni mati akai le nak masak apa..ni menu Jumaat lepas. Ingatkan dah x payah masak untuk dinner sebab bila sampai rumah agak lewat secara automatiknya jadi malas nak masak..dok sibuk shot bunga ros..jam dah pun 7.30mlm. Then hajat di hati nak buat cucoq udang ja sekali Che Abang tu nak makan nasik la pulak...adeh....dlm hati sangat malas okeh..tu yg masak pun sgt2 ala2 kadar...(macam la sebelum2 ni menu kami KEBABOOM sangat kan..ceh)

Bahan2:

3sdb tomyam paste cap Life (kalau suka boleh tambah lagi)
2 inci halia
1 btg serai
5 ulas bawang merah
****boleh di blender semuanya
2 ekor sotong
8 ekor udang buang kulit
1 labu bawang besar
1 cwn frozen mix vege
2 bj telur- di pukul sedikit (untuk buat telur dadar)
Garam, gula secukup rasa
Sos cili Life
Kicap manis
sedikit cili padi untuk tambah pedas, tak suka boleh omit

Cara2:
1. Buat dulu telur dadar, mesti nipis tau, kalau tebal tak sedap. Untuk 2 bj telur tu saya guna non stick pan size 8inci. Kalau pan anda kecik pakai 1 bj telur pun dah cukup. Dah masak ketepikan.
2. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Then masukkan tomyam paste, sos cili dan seafood. Masak sampai seafood tu separuh masak then masukkan kicap, bwg besar dan mix vege. Kalau suka boleh tambah daun limau purut. Masak sampai kuah agak pekat dan sedap la, kalau kuah tak cukup masukkan air sikit je....cukup manis, masin dan masam...then padam api. Tuang ke atas telur dadar.