Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Sambal Tumis Ikan Selar


Told ya earlier that last nite I'm a lil' bit of rajin.....With pajeri terung, then I cooked sambal tumis ikan selar...wow..dah lama tak menyambal. Sedap jugak..hajat hati nak menambah nasik la mlm tadi tp Si Luqman pulak merengek x pek la den..baguih le jugak Luqman nangih kalau tak habis nasik seperiuk mummy dia kerjakan..muahahahaha...

Monday, March 14, 2011

Open Face Seafood Bistik

Wah nama...tak tahan..lantakle resepi rekaan sendiri, sendiri la bubuh nama..sejak dua menjak ni mati akai le nak masak apa..ni menu Jumaat lepas. Ingatkan dah x payah masak untuk dinner sebab bila sampai rumah agak lewat secara automatiknya jadi malas nak masak..dok sibuk shot bunga ros..jam dah pun 7.30mlm. Then hajat di hati nak buat cucoq udang ja sekali Che Abang tu nak makan nasik la pulak...adeh....dlm hati sangat malas okeh..tu yg masak pun sgt2 ala2 kadar...(macam la sebelum2 ni menu kami KEBABOOM sangat kan..ceh)

Bahan2:

3sdb tomyam paste cap Life (kalau suka boleh tambah lagi)
2 inci halia
1 btg serai
5 ulas bawang merah
****boleh di blender semuanya
2 ekor sotong
8 ekor udang buang kulit
1 labu bawang besar
1 cwn frozen mix vege
2 bj telur- di pukul sedikit (untuk buat telur dadar)
Garam, gula secukup rasa
Sos cili Life
Kicap manis
sedikit cili padi untuk tambah pedas, tak suka boleh omit

Cara2:
1. Buat dulu telur dadar, mesti nipis tau, kalau tebal tak sedap. Untuk 2 bj telur tu saya guna non stick pan size 8inci. Kalau pan anda kecik pakai 1 bj telur pun dah cukup. Dah masak ketepikan.
2. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Then masukkan tomyam paste, sos cili dan seafood. Masak sampai seafood tu separuh masak then masukkan kicap, bwg besar dan mix vege. Kalau suka boleh tambah daun limau purut. Masak sampai kuah agak pekat dan sedap la, kalau kuah tak cukup masukkan air sikit je....cukup manis, masin dan masam...then padam api. Tuang ke atas telur dadar.

Thursday, August 13, 2009

Sambal Tumis Udang dgn Petai

Sungguh lama tak masak sambal tumis coz I ni tak pandai sangat masak sambal. Tapi dek kerana teringin nak makan udg petai..hmm buat la jugak. Bila dah teringin tu mmg syok la makan walaupun pedas gila coz pakai cili kering yg straight tu...Ifah pun pulun jugak...Tak mau citer panjang tgk la gambar dan resepnya.

Bebahan:
Udang- buang kulit
Cili kering- kisar
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 labu bawang besar
**semua bwg di hiris
Sedikit gula melaka
Garam
Gula
Asam Jawa
Perencah ikan bilis
Petai secukupnya

Cara2:
Anda semua mesti terer kan...tapi saya buat camni.
1. Panaskan minyak, tuang cili kisar, biar cili masak.
2. Masukkan semua bwg yg di hiris, kalau suka boleh tambah belacan (saya tk pakai belacan kalau masak sambal kecuali sambal utk bapak mertuaku)
3. Masukkan asam jawa, garam, gula, stok ikan bilis, dan gula melaka. Biar rasanya balance, kalau terlalu kering tambah air.
4. Then masukkan udang, biar sebati masukkan petai. Bila udang dah masak tutup api, hidang.

Friday, April 24, 2009

Tomyam Udg Galah

Last Monday terserempak dgn Pasar Malam kt Sek. 18, then ada jual udg galah. The price waaayyyy cheaper as compared to Pasar Sek 6 (so called Pasar Mak Datin) So, terus tangkap masuk bakul but i just bought less than 1kg..Family kecik la kata..beli byk2 jenuh la pulak kan..Memandangkan minggu ni zaman malas melanda..tak tau la pesal..kalau u alls tgk mmg tk de n3 masak dlm minggu ni kan..hmm tu la dia dok pikir la bila nk ngabih kan stok udg ni..lagi 2 hari dh nk masuk minggu lain pulak kan..So, pagi td merajinkan diri masak tomyam utk lunch n dinner malam ni..tp sorry la tk dak resepi best pun coz i suruh cik ADABI siapkan rencah tomyam for me. I just koyak peket tomyam putih then pour half pot with air, biar mendidih then masukkan udg galah, carrot, dan sotong, biar mendidih lagi pas2 bubuh la sayuran yg anda suka, saya letak cauliflower n mushroom plus fish kek yg dipotong nipis memanjang, then masukkan jus limau kasturi utk dptkan kemasaman yg diimpikan, biarkan didih lg n taraaaaaaaaaa..jdla tomyam kuah putih. BTW masukkan jugak daun limau purut, bwg besar yg di hiris, halia, lengkuas dan serai utk menambah aroma.

Wednesday, March 25, 2009

Kari Udang dgn Belimbing Buluh

Gud morning semua. This is my breakfast this morning. Roti putih cicah Kari Udang dgn belimbing buluh. Actually pagi tadi terover rajin, so masak siap2 kari ni utk our dinner petang nnt. Since today I'm quite bz kenkononnya kari ni di tapau utk lunch hari ni lah, tapi rasanya tak sempat makan nasi kot. I brought with me few slices of bread. Therefore pagi tadi dah selamat di makan bersama segelas white coffee.
Baru 3 hari lepas my mom masak, (see my previous n3) tapi my husband dah tersuka pulak. Since my mom ade bekalkan some belimbing buluh for me, then hari Isnin terjumpa udg galah..so jadila kari udang galah ni..sesapa nk try resepi buleh tgk kat bawah ni yea..

Bahan2:
450g udang - i mix udg galah dgn udg biasa (almaklumla rege udg galah ni for me mahal sgt)
5- 7 ulas bwg merah (2 ulas di mayang, selebihnya di tumbuk)
4 ulas bwg putih (2 ulas di mayang, 2 ulas ditumbuk)
1/2 inci halia (di tumbuk)
Daun kari
2sdb rempah kari daging- di campurkan dgn bwg yg di tumbuk dan di jadikan pes
1/2 peket kecil rempah kari ikan/ udang
1 kotak santan/ santan dr 1 bj kelapa
belimbing buluh secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pati ikan bilis

Cara2:
1. Bersihkan udang cuma potong sebhgn kepalanya saja.
2. Tumis bawang yg di mayang dgn daun kari hingga wangi.
3. Masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan.
4. Biarkan santan mendidih kemudian masukkan udang. Tunggu hingga kuah mendidih lagi.
5. Masukkan garam dan stok ikan bilis, kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau seketika bila kuah mendidih lagi tutup api dan sedia utk di hidang.