Sungguh lama tak masak sambal tumis coz I ni tak pandai sangat masak sambal. Tapi dek kerana teringin nak makan udg petai..hmm buat la jugak. Bila dah teringin tu mmg syok la makan walaupun pedas gila coz pakai cili kering yg straight tu...Ifah pun pulun jugak...Tak mau citer panjang tgk la gambar dan resepnya.
Bebahan:
Udang- buang kulit
Cili kering- kisar
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 labu bawang besar
**semua bwg di hiris
Sedikit gula melaka
Garam
Gula
Asam Jawa
Perencah ikan bilis
Petai secukupnya
Cara2:
Anda semua mesti terer kan...tapi saya buat camni.
1. Panaskan minyak, tuang cili kisar, biar cili masak.
2. Masukkan semua bwg yg di hiris, kalau suka boleh tambah belacan (saya tk pakai belacan kalau masak sambal kecuali sambal utk bapak mertuaku)
3. Masukkan asam jawa, garam, gula, stok ikan bilis, dan gula melaka. Biar rasanya balance, kalau terlalu kering tambah air.
4. Then masukkan udang, biar sebati masukkan petai. Bila udang dah masak tutup api, hidang.
No comments:
Post a Comment