Wednesday, December 23, 2009

Hati Masak Ungkep

Supposed n3 ni masuk last week tapi tah nape masak nk upload gambaq jadi tersentot la pulak..makanya hari ni baru dapat ditayangkan. Nampak macam lama sungguh aku tak masak apa2 kan...hehhehe...tiba2 hari tu teringin pulak nak makan ungkep hati ni kebetulan anak2 semua kat rumah cousin depa, so tak de la budak2 yg boleh makan kan bukan apa, kalau boleh organ2 dalaman ni tak elok la budak2 makan kanna..esok2 dah tua bangka macam mak dia ni hah nak pulun makan pulun le.. tapi bila tua bangka pun takleh jugak nak pulun nnt kena ghout pulak..acid uric tinggi ni benda2 cenggini...sudahnya memang aku yg pulun..dari tak nak makan nasik bubuh 1/2 senduk je tu pun atas piring kecik sambil nguyah sambil menyembang dgn mak abah, tup2 tambah lagi 1/2 senduk, ceduk lagi lauk ni, peh2 tambah lagi 1/2 senduk...alih2 nah dekat 3 senduk nasik aku tambah..ishh bila tersedar cepat2 p basuh tangan...aduiiii..resipi kalau nak tengok mcm kat bawah ni la tapi x sure la betul ke tak sebab dah lama mak mentua tak masak ungkep ni..almaklumla tak sihat kanna...harap2 betullah ni..utk org2 jawa yg membaca kalau salah la resepi ni harap betulkan ek..x salah kan kita share2 ilmu...tq in advanced.

Bhn2:
Hati Lembu (cuma ada dlm 300grm je so ditambah sikit dgn daging lembu)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1sdt lada hitam
1sdb biji ketumbar
1 sdt jintan putih
1sdb jintah manis
****Tumbuk semua kecuali hati hingga lumat.
Kicap
Air asam jawa
Kunyit
Garam
Bawang besar hiris dan cili merah utk hiasan

Cara2:
1. Goreng hati yg dah di oles dgn kunyit dan garam
2. Kemudian tumis bahan2 tumbuk tadi hingga naik bau, then masukkan hati yg dan di goreng, masukkan kicap, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3. Dan sebati, masukkan bawang besar yg dah di hiris dan cili merah sebagai hiasan.
Senang kan!!!

Bye2 Alor Setar!!!!! We'll be back again next year...

***Before we depart from Stesen Bas Shahab Perdana Alor Setar****

Yesterday was the first time I took the bus with the girls only without my husband. I don't have any idea whether I could manage to handle them by myself dalam public transport and during the long journey to Shah Alam. But Alhamdulillah they able to behave themselves walaupun budak ber2 ni asyik jalan ke belakang ke depan....considered manageable jugak.
Luckily my husband still around and able to pick us up. At first, I thot we have to take a cab from the bus station to our house.

Cup- cake decorating Session

Date: 21 Dec 2009
Venue: Rumah Abg & Kak Nurul

Semua budak2 involved dalm pembikinan menghias cupcake ni kecuali Muhammad Razzin yg baru je umur sethn lebih..agaknya kalau dia besar2 Si Sophie tu mau dia pun nak buat jugak. Tapi nampak gayanya all the kids tu really enjoyed the session. Sesaja je ni nk mengisi masa cuti depa...apa2 pun tgk la aksi2 dan decorations yg depa buat..yg agak cantik tu Mummy yg buat la..hehehehe...ada 3 ketoi je..hat lain2 tu budak2 tu yg buat..dah tak tau la sapa punya..tapi seronok sangat..Masing2 dgn kreasi sendiri..tak tau la nape Sophie tu bermuram durja, b4 Mummy sampai ok ja dia..
****Nuha celebrate birthday dia in advance. Bibik cheered her from the back.

Tuesday, December 22, 2009

My SLR Shots

Semalam barulah rasa best sangat sebab dapat main kamera ni betul2 after 2-3 bulan ianya berada ditanganku yg serba keras..tak reti sungguh nak menjiwai seni photo memoto nih...walaupun shots kat bawah ni masih banyak kekurangannya tapi at least takla seteruk yg dulu. Barulah rasa tak tertekan. kehehehe..hajat hati balik kali ni nak pulangkan terus kamera ni kat tuan dia...since tuan diia masih belum ada kat rumah, so I pun tengah kemaruk nak try lagi so I mintak extend sat...nak try shoot & shoot. Tulis byk2 pun tarak guna cuba tgk..2 keping ni je la dulu ekk!!!Adalagi sekeping tp awat tah blogger hari ni asyik sangkut ja nih...publish dulu la hat dok ada ni no.

Thursday, December 17, 2009

Tiramisu

Love this tiramisu very2 much. I baked the cake malam tadi. hajat di hati terus nak siapkan malam tadi tapi tertidur. Bangun pagi tadi lepas solat subuh terus melepa kek dan sempatla simpan lebih kurang 2 jam before p office pagi tadi.
I used recipe from Chef Anuar utk sponge kek dan tiramisu topping and filling tu dari FP Mamafami but ada alteration sikit. Untuk resipi tinjau kat bawah ni ye.

Sponge Kek:
4 bj telur pakai Gred B la bagus.
100g tpg gandum
20g serbuk koko
10g ovalette
120g gula caster
20ml air
20ml minyak jagung

1. Mix semua sekali except minyak sampai la betul2 kembang, then baru masukkan minyak.
2. Masukkan dalam acuan 7" then bakar pada suhu 175C selama 35minit.
3. Biarkan sejuk dan bahagikan kepada 3 bhgn ( ikut suka sebenarnya tapi saya bhg 3).

Cheese filling (as per Mamafami)
250g cream cheese
150 yogurt asli (Tapi saya substitute dgn whipping cream for topping sebab dah memang ada kt rumah)
1/2 cwn gula
Serbuk nescafe
Serbuk koko

1. Mix cream cheese, yogurt dan gula sehingga kembang.

***Ambil sekeping kek tadi then sapukan dgn cheese filling hingga rata, the ayak serbuk nescafe ke seluruh permukaan, lapis dgn kek lagi, ayak serbuk nescafe lagi then top dgn final lapis kek ayak dgn serbuk koko ( tapi saya campurkan koko dan nescafe coz I love coffee so much).
Sejukkan sebelum menghidang.
Dessert yg tersangatlah enaknya.......hmmmmmmmmm....yummy.....

Meet up with my gud'ol friends

Tahun ni best sangat sebab banyak sesi2 reunion yg berlaku. Thanx to Facebook jugak kerana menemukan dgn my long lost friends masa zaman sekolah menengah dulu. Kalau tak dak la social network cenggini tah bila la boleh jumpa depa ni semua.
Latest, 2 hari lepas, reunion dgn my classmates Form 4- Form5, the quad kat kelas 5A. Our casual meeting (adakah perlu formal meeting utk gathering cenggini???owh semestinya tidak) held at ASIARI, SACC Mall, shah alam.
I had to picked up Yati Kasim kat Anggerik Mall. Even first time jumpa my friend ni Sophie dah mampu beramah mesra dgn dia. So, Yati patutnya hang kena jadi Pakar Paed instead of Pakar Sakit Puan. Senang kami nak hantaq anak2 kami kat hang...Biasalah after berbelas tahun tak jumpa for sure la cerita- ceriti kami berkisar zaman tok nadoq..zaman2 sekolah dolu2 la...puaih bergelak ketawa sampai kedai tu dah nak tutup...ngeeee...then sambung lagi kat kedai mamak kat seksyen 7...hahahha...10.30mlm barula kami balik ke rumah memasing.
Bila pagi nak kejut Ifah, punyala liat dia nak bangun...then dia bising la cakap ni semua Mummy punya pasal la pegi makan sampai 2 kedai..Ifah ngantuk lagi tau!!!..Huh!!!sabaq je la..dia ingat senang gamaknya Mummy nak jumpa kengkawan Mummy. Dari kiri: Lela, Zaida, Sophie, Yati and MarSophie paling banyak interfrem dalam gambar ni, dah tu asyik nak menyendeng kat Dr Yati.I made some goodie pack for all my friends here to munch...Ini je yg sempat aku buat dalam masa 2 jam sebelum perjumpaan kita.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuesday, December 15, 2009

Sophie n baju raya

Pagi tadi tgh bersiap2 nak ke nursery, Sophie nampak pulak baju kurung raya..lantas dia pun berkata
"Mummy Ophie nak pakai baju raye". Memang la budak sorang ni pantang nampak baju raya dia..agaknya baju ni comfy sungguh ni. So, ini pics pagi tadi siap nak pakai tudung tu...so kakak dia cakap adik ni macam Shakiera (anak my ofismate) suka pakai tudung org besar.

Trip to Aquaria- unplanned

Last Sunday lepas buat delivery for my cookies, we headed to Aquaria, KLCC. Tak sangka pulak jadi ke sana. Dari Hospital Serdang kami ke Kajang, actually dah tersalah jalan utk ke KL. So lepas berpusing sikit, kami pun singgah lunch dulu, perut aku ni mcm full lagi sebab banyak makan cempedak goreng (buah cempedak tu my pak mentua yg tanam, manisnyer buahnya isi tebal jugak..sedap sgt) tapi bila sampai kat warung D'Muar kat Pekan Kajang tu nampak berselera pulak. Rugi kalau tak jamah. Ramai jugak pengunjung2 warung tu..agaknya memang sedap la tu kan. They served lauk pauk kampung, ikan bakar yg segar2 ikannya. Ada masak lemak cili api pisang muda, siput sedut masak lemak dgn pucuk paku, dan macam2 lagilah. My husband menambah2 nasik, cuma Sophie tu ja tak bape nak makan..ada la 2 suap..susah sungguh nak makan.
Lepas tu my husband cakap p KL naik train..wargh suka la budak2 ni..so, parked kat Stesen Komuter Kajang, elok sampai ja dalam 5 minit menunggu train sampai and sebab kesiankan si kenit tu, ada lah passenger tu bagi dia tempat duduk..we all ber3 berdiri. Tengok gaya budak yg 1st time naik komuter...
Dari Stesen Kajang, kami turun kat KL Sentral untuk tukar naik Putra LRT ke KLCC. Setibanya kat KLCC, berfoto dulu, then berjalan lagi ke Aquaria..masa ni lah aku rasa menyesal sgt sebab tak naik keta..penat wei...tapi budak 2 org ni laju je jalan dan setibanya dlm Aquaria tu Sophie dah start ngantuk...tapi masa kat tunnel tu dia alive balik, pastu mengamuk...tapi bila jalan nak balik jadi aktif balik...laju sungguhla dia jalan.
Bila naik komuter kat Sentral ke Kajang dia dah tertidur sekali dgn abah dia. Sungguh penat tapi since we all jarang sangat outing cenggini sebab abah dia jarang kat rumah kan..kalau weekend pun kitorang kat Meru or area2 yg berdekatan saja jadinya perjalanan hari Ahad tu sangatlah adventurousnya bagi budak2 berdua tu. So, memang la berkualiti sangatlah masa kami anak beranak pada hari tu.

Monday, December 7, 2009

Homemade Chocolate

Semalam teruja sangat2 coz attend class choc making. Hmm best giler. Best dgn goodie pack yg dibawak balik dan rasa coklat yg sungguh sedap. Me myself is a choc lover. Jadi bila dapat peluang nak buat choc ni mestilah suka gila kanna...penat jugak sebab dari pagi2 kitorang dah keluar, budak berdua tu since takde org nak jaga aku letak kt toy city biar depa main habis2an...pergh 4 jam jugak la depa kat situ, Ifah and Sofea dah dibekalkan dgn jaket sebab sejuk gilers toy city tu. Kedai tu belum bukak betul lagi aku dah letak diorang..Sofea mmg sampai kuyu mata penat main...masuk keta terus zasss tidoq. Nasib baik la Ifah dah besar tak la takut sangat nak tinggai diorang kt situ sendirian abah depa dtg jaga diorang after nearly 1 hour depa kat situ.
Tgkla gambar kat atas tu beberapa ketul choc yg masih cun utk sesi fotografi..chef tu cakap aku and 3 org lagi tu amat memuaskan, cuma masa mencorakkan tu agak x natural sikit...except bunga ros yg white colour tu...tak pe lepas ni praktis membikin choc la pulak sampai terer....dalam kepala otak dah ada idea dah ni...

Small reunion after nearly 15 years tak jumpa





What I great weekend I had last week...Syok giler.......my goodfriend masa kat sekolah, Adel yg tenggelam timbul, sat2 kami bercontact2an sat2 hilang..aku la tu yg hilang nombor dia...yg initiate this idea...tapi x ramai lagi la yg turn up..tu yg kureng best tu..
Apa2 pun tabik springggggggg arr kat kak zamie..ooo dulu masa aku kecik2 geng2 dia ni suruh aku tabik spring kt depa, walaupun kena paksa, terpaksa la tabik spring gak kan...tapi kali ni dgn rela hati tabik springgg kat kak zamie pasal dia la satu2nya senior yg ada pada hari tu.. tak lupa buat zafira yg satu2nya junior kami masa tu...untuk Yanie and Soya...syok giler dapat jumpa hampa...
Anyway, tak lupa partner in crime aku dari zaman sekolah sampai la- Mar tengkiu pasai bagi aku tumpang hang....mmg x sesia la hang drive wei...hg mmg pemandu yg berhemah..hehheeh puji sket arr...utk lela..tq kerna mengagahkan diri utk mai merayakan tamatnya exam hg tu...
All in all mmg happy..bergelak ketawa sakan....nasib bek aku x bawak anak kalau dak mesti aku tak dapat nak bersembang bagai nak rak tu....anyway...layan la gambaq kami yg tak sepertinya ini....apapun memories masa berchatting tu mmg best...rugi sapa tak mai..

Friday, December 4, 2009

Pepperoni Pizza- Homemade Recipe

After so long tak update blog ni, hari ni nak buat n3 sikit la pasal dinner kami ber3 mlm tadi- Pepperoni Pizza- Homemade Recipe. Sejak dua menjak- yakni sejak oven breadmaker tu ala2 buat perangai aku try menguli roti pakai kederat aku yg tak seberapa ni hah. Lah..rupa2nya tak la susah mana. Lagi cepat as compared to breadmaker. Makanya starting from that day sampai la la ni, tulang 4 kerat ni la yg akak guna untuk menguli doh...happy la sangat2. U all should try tau. Best sangat dan bila kita yg sekali sekala makan pizza ni buat pizza secara tak langsung dapat menerujakan seisi rumah tangga. Tak percaya try la!!!! Ok recipe kat bawah ni adalah copy paste dari recipe from breadmaker tu. So simple, doh pun lembut dan seneng banget.....

Pizza Base/ Doh Pizza untuk 4 keping pizza
41/2 cwn tpg roti
2sdt yis
2sdb susu tepung
2sdb gula
1sdt garam
12/3 air
2sdb minyak (saya pakai olive oil)

Cara2:
Masukkan bahan2 kering ikut turutan, elakkan yis terkena garam, bukan setakat pengsan yis tu terus x hidup. Adukkan supaya semua bebahan tu serata then buat lubang kat tengah2 masukkan air dan olive oil.
Lepas tu guna hujung jari kaiskan tepung keliling air sikit demi sikit sampai la tergaul semuanya, then uli hingga la doh tu tak melekat kat tangan dan bekas adunan. Tutup dgn aluminium foil or cling film selama kira2 1 jam atau hingga double the size.
Then tumbuk2 adunan tu utk keluarkan angin dan bahagikan kepada 2 bhgn, then bahagikan lagi setiap satu bahagian tu kepada 2 lagi. Bulat2kan.
Ambil papan canai taburkan tepung gamdum atau tpg roti dan canaikan doh tu hingga agak2 8- 9 inci, ikut acuan andalah. Tapi kalau pakai tray oven tu pun boleh jugak so pizza anda jadi rectangle lah...
Ratakan sos pizza, mozzarella, topping, mozarella lagi dah siap utk di bakar pada suhu 175C selama 20minit.

Resipi Basic Pizza Sauce ala CheZaid:
1 tin kecil tomato puree (concentrated)
1 tin besar tomato puree yg agak cair
***bezanya satu tin kecil tu sgt2 pekat utk bagi kaler sos tu cantik, manakala tin yg agak besar (mcm size tin susu pekat tu) kaler dia agak cair.
1sdt pizza seasoning- boleh di beli di kedai bakery supplies
1 helai bay leaf
1/2 labu bawang besar- didadukan
1/2sdt black pepper- di tumbuk halus
Garam, gula dan parmesan cheese secukup rasa.
Olive oil utk menumis

1. Tumiskan bawang besar dgn pizza seasoning hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree kedua2nya sekali, masukkan garam, gula, black pepper dan bay leaf. Masak hingga mendidih dan sedia utk digunakan dengan pelbagai topping lain mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba!!!!

Wednesday, December 2, 2009

Mana menghilang????????

Ya ampunnnnnn lama sgt tak update blog aku ni kan....boring betullah tak de updates. Anyway sekarang ni kan musim hujan, so tak la byk aktiviti kt luaq yg dapat kami sefamily buat. Hmmm sejuk2 macam ni apa lagi sesi membesarkan badan pun bermula...sejak dua menjak nih kuat betul aku makan..tak jemu2..and baru saja launch new produk kat my other blog; kalau nak tgk klik sini ye....bukan nak kata la..tapi insyaAllah semua cakes and cookies yg saya dispaly dlm blog tu dah di test rasanya oleh pengkritik2 bebas tanpa kompromi...kalau tak sedap diorang akan cakap dan kalau sedap pun diorang akan cakap..jadi insyaAllah semuanya menepati citarasa semua. Harga pun menarik bukan...
Ishh toksah la nak promote banyak2..hmmm this coming Sunday Ifah akan ku hantar balik Aloq Staq...biarlah dia main dgn cousins dia kat sana and hujung minggu berikutnya me and Sofea akan balik jugak without the Abah. Sebab Mummy depa ni nak cuti lama kanna...jadinya Abah tak dapat ikut coz dia kena p site and cuti pun dah tak de....Owh yaaa...sabtu akan datang ni ada gathering kwn2 sekolah menengah..nama ja masing2 dok kat Lembah Klang ni kan...ala2 dekat tapi jauh.....rindu la...miss u all so much. tapi tu lah yg problemnya dgn budak2 ni...masa dok discuss utk reunion pakat gegak gempita tapi bila nak jumpa haghaaaaaaammmmmmm..payah no nak gather2 betul2...bape kerat je lah yg nak mai nnt..hopefully cecah la 10 org......10 orh tau bukan 100 org.......adoi!!!...
Okay esok kita citer lagi la no..tgk esok apa yg menarik hati yg dapat di kongsi bersama.........daaaaaaa