Wednesday, February 22, 2012

Nasi Lemak Hijau


Salam Semua,

Hari ni baru dapat masuk entry yg dah dekat seminggu nih. Last Saturday, saya nak gi outing dgn kawan2. Jadinya saya masak la nasi lemak ni siap2 supaya anak2 dan suami ada lah benda buat isi perut sepanjang mak dan isteri yg sorang nih tak de kat rumah kan...Malamnya dah dok kelebek buku2 resepi dah...alih nak lah try resepi Chef Hanieliza nih dari buku masakan beliau Sedapnya Memasak Nasi.....Actually style memasak nasi lemak ni sama saja dgn nasi lemak yg u all semua tau, cuma tang airnya tu ganti dgn jus daun pandan tapi santan masih juga di pakai ye..kalau tak namanya bukan nasi lemak lah..

Harap maaf saya tak bawak buku tu utk salin bulat2 resepinya tapi kalau u all nak buat macam saya cakap tadi blend je daun pandan dan ambil jusnya then masukkan dlm nasik. Disamping tu masukkanlah halia dan bawang merah, garam secukup rasa dan santan. Saya suka letak Halba dalam nasi lemak sebab bau nasi akan jadi lebih harum tapi malangnya hari tu tak de stok pulak kat rumah.

Memandangkan stok lauk pauk pun nan ado saya buat la telur dadar dan ayam goreng yg instant punya..goreng ikan bilis dan buat sambal tumis.....hmmm bolehla isi perut..eh jangan lupa tau cuba buat nasi ni..semoga colourful la sikitkan hari2 anda!!!!!!


Thursday, February 16, 2012

Vanilla Muffin

Hari ni Vanilla Muffin pulak...tak sempat nak bergambar kat rumah, ambik photo ni kat office je..very basic prop...kira oklah.. sesapa nak muffin boleh order thru sweetreatsetc at 016 217 5456..boleh cater utk any occassions..kalau nak finger food (eg karipap pusing kentang daging/ chicken- kentang blackpepper, sandwich, homemade nugget (coated chicken breast marinate with oregano), kuih keria etc,), cupcakes, muffin, cookies (utk hari raya, tak raya anytime pun boleh), cakes, choc etc boleh la berkunjung ke SINI


Wednesday, February 15, 2012

Choc Banana Cupcake

End of last month my parents, my brother and my SIL serta anak diorang singgah ke rumah lepas pi meminang utk sepupu (anak adik mak) kat Bangi. Singgah tidur semalam dan bawak pisang sekali. Tu dia dah nak dekat sebulan pisang tu dok dalam KULKAS..dah hitam pun. Since dah lama teringin nak rasa cemana banana kalau mix coklat kan..i buat la 2 hari lepas kenkonon nak bagi budak2 buat bekal. Sekali terlewat bangun. Tak sempat la diorang nak bawak. Buat makan balik sekolah je lah.

Al- kisah resepi ni mmg sangat2 mudah cuma guna food processor sajer...Aku pun keluarkanlah segala gajet ni nun di atas kabinet...sekali dah masuk bahan2 cisss hampeh..tak leh pusing la pulak...sah2 la kena masuk ke tong sampah......dah rosak dah la tu...Dulu simpan pun sebab yg sama, cuma dah lama simpan mana tau kan kot2 dia nak pusing balik..tapi hmmmmmm mintak mahap le x simpan lagi dah nnt jadi tukun lak kt dlm rumah.

Then, masukkan dalam blender, argggghhhhh terlalu pekat adunan so tak leh nak pusing jugak..Last pakai mixer la jugak.....jadi texture dia agak dense sikit kot tapi rasa ok..sedap. Luqman yg kecik tu pun makan 2 ketul masa baru keluar oven..kira sedap lah tu kan...

Meh kita tengok resepi yg saya ambik dari buku JOM JIMAT MEMBAKAR hasil karya Yani owner MyResipi tu..Actually resipi ni pun ada dlm website tu tapi kena browse la..tapi tak rugi try resepi2 Kak Yani ni mmg semua sedap2..

Bahan2:
170g tpg gandum
30g serbuk koko
130g gula
1sdt serbuk penaik
secubit garam
100g coklat masakan (di hiris kecil2)

Masukkan bahan2 di atas ke dlm food processor, kisar hingga sekata.
Kemudian masukkan

2bj telur
75ml minyak masak
100ml susu segar
sedikit vanilla esen
2bj pisang yg di hiris

Kisar semua ni hingga sebati dan scoop dlm papercup, Bakar dalam oven yg dah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170- 180C selama 25 min.

***Saya buat mini muffin so dapat dlm 37biji.

Silalah try..tak rugi..senang sangat.

Tuesday, February 14, 2012

New addition to my garden

Jiran dekat rumah bagi sepasu pokok mulberry ni..patutnya dah replace pasu dah..haih malaih bebenor nak salin pasu..rasa2nya kena p beli pasu lain gantilah ni...pokok ni memang lebat berbuah..gambar kat bawah ni dah masak pun dia..kalau ada byk pokok ni dan berbuah lebat boleh la kita bikin mulberry jam kan..hehehheeh..berangan!!!

Kuih Ketayap

Hari ni genaplah 10 tahun saya dan suami bernikah..hmmm sedar tak sedar lama jugak kami bersama.hai macam2 la yg dah dirasa..tapi biasalah kan...semua org akan mengalaminya..itulah rencah kehidupan dimana sepasang manusia yg sangat2 asing pada mulanya ditemukan Allah, diijabkabul dan hidup sebumbung. Akal fikiran yg berbeza yang namun perlu berdiskusi utk merancang,execute dan akhirnya menghadapi results hasil perancangan yang dilakukan. In the middle of execution pasti ada perbalahan namun sikap toleransi,permuafakatan adalah penting untuk kerukunan rumah tangga. Perjalanan hidup kami masih jauh, di harapkan kami masih bersama hingga ke hujung nyawa bersama-sama membesar dan mendidik anak2 menjadi hamba Allah yg berjaya dunia dan akhirat. Amin...
Adeh..melalut la pulaknya..pagi ni saya cuma buat kuih ketayap as our breakfast. Sambil2 tu nak ajar kakak buat kuih...she loves helping me in the kitchen...so tadi adunan kuih ketayap ni kakak la yg blend. I did the dadar and suruh Kakak & Offie masukkan inti..depa suka kalau kena suruh bab2 masak ni..kalau tak bagi sorang lagi buat boleh bawak bergaduh berebut kerja..memang la budak2 ni kan..jom layan gambar dan resepi.



Resepi untuk dadar tu saya ambik dari mama_kastam_tioman kat Myresipi dan untuk inti pun diolah dari satu resepi dari Myresipi jugak tapi tak ingat nama. However untuk inti tu saja cuma ambik guideline saja..saya buat ikut instinct saya sendiri.

Untuk kulit/ dadar:

3cwn tpg gandum
1 bj telur
11/2 sdk garam
4 cwn air
1/2 cwn minyak masak
3 helai daun pandan (saya guna 10 helai daun pandan sbb daun pandan blkg rumah saya daunnya kecik2)
1 sdt perasa dan pewarna pandan cap kupu (ni saya tambah)

Cara2nya (ni style saya):
1. Blend daun pandan (airnya agak2, utk ambil jus pandan) dan tapis.
2.Masukkan semua bahan dlm blender, pastikan yg liquid di dahulukan. then last baru tpg. Untuk sukatan air, saya sukat dari jus pandan, kalau tak cukup 4 cawan barulah tambah air kosong.
3. Blend sehingga tiada ketul22 tpg, then ready untuk di dadar.
4. Untuk dapatkan dadar yg tidak terlalu nipis dan tebal utk non stick pan saya yg bersize 7" saya cuma guna 21/4 senduk kecil adunan saja.
5. Bila dah masak tak perlu terbalikkan...terus transfer ke piring, tambah inti dan gulung.

Untuk inti;
500gm gula melaka (boleh tukar gula merah, tapi saya suka gula melaka, sangat2 authentic)
2 cwn air
3sdb gula pasir
1 bj kelapa parut putih

***Masak gula dan air hingga larut. Boleh masukkan simpulan daun pandan utk keharumannya.
      Dan larut semua gula masukkan kelapa parut dan kacau hingga air kering tapi kelapa masih nampak 
      basah. Siap untuk di gunakan.



Friday, February 10, 2012

Kuih Keria

Salam pagi Jumaat semua....for the first time in 2012 saya nak post recipe. Sekarang ni tengah ada mood nak buat kuih- muih tradisional. Pagi tadi saya dah siapkan Kuih Keria ni..saya teringin sangat nak makan dari last week lagi, tapi asyik dok menangguh saja..Luqman yang buat main dgn ubi2 tu..masa dok kutip balik masuk bakul ada a few yang dah tumbuh tunas..haih x mau la nak bukak FARMVILLE lagi kan..so gagah jugak la chek ni merebus ubi tu.....Alhamdulillah hajat tercapai. Org Kedah pangge "COQ KERIA"..coq keria ni kalau p beli kat kedai kadang2 dapat keras..dek kerana gula sira dia dan jugak sebab content ubi dlm adunan tu lebih rendah dari tepung, so bila makan liat dan overly manisss.. so utk elak kan sakit gigi, poket terbarai. yelah almaklumla sebijik kuih yg cinonet tu pun 4 kupang sebijik..jadi solusinya D-I- Y le... 



Bahan- bahan:

Ubi keledek- saya guna 5 ketul di rebus dan di lecek (saya prefer keledek kuning lebih lembut dan sedap)
Tepung gandum
Sedikit garam

Gula icing

Campurkan ke semuanya tapi ingat ratio tpg tu kurang dari ratio ubi ye..kalau tak liat nanti..dah boleh kepal jadi doh tu kira dah orait le tu...then buat bulat dan buat mcm donut tu..dah siap.

Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Then tabur dgn gula icing. Saya pakai gula icing je sebab kalau sira air gula dia jadi terlalu manis dan nanti saya kopek gula tu buang jugak akhirnya..so tak nak membazir..pakai la gula icing..SEDAP!!!


Friday, February 3, 2012

My hero....

Luqman sekarang ni suka memanjat2 dah...dia pun dah tinggi so apa2 ja benda kena letak jauh2..sebab satu bilik nanti dia punggah......merata2...lagi satu hobi dia suka involve time2 kita nak baking..kalau dengar bunyi mixer..semangat datang dgn lajunya..kalau tak bagi dia pegang mula la buat lembik tak pun gedik2 kaki suruh dukung..kalau Mummy dok dalam "ofis" Mummy..dan tutup pintu dia sure tau Mummy tgh deco kek/ cookies...so dia akan nangis sampai la bukak pintu bagi masuk..dah masuk hmmmmmm ni la kekdah nyer..
Hiiiiiiii anak sapa la ni comot!!! Mata & hidung mesti jadi cenggitu bila nak ambik gambar dia...gigi baru pun dah keluar banyak dah...so total dah 8 gigi..sangat suka menggigit orang esp Mummy & Offie.