Thursday, October 24, 2013

Potato Bun

Lately I'm into making breads & buns...its like I want to bake it everyday..however hari ni x dapat nak buat since my husband x sihat. Ajak p klinik x mau...sudahnya dia rela vomit and vomit...and "beri beri yucki" (Offie's term kalau p toilet..well u know what i mean..hehehehe)

Orite back to my recipe. I got a few bread recipes books, pantang jumpa pasal roti..aku beli. Different chefs got slightly different method, but bila dah banyak buku yg kita ada plus I did attend bread making class basically basic method lebih kurang sama. Apa2 pun kalau nak hasil yg betul2 cantik macam kat bakery tu kena berguru, memang tak boleh la nak main dgr org bagitau resepi je kan... Saya suka roti sebab bau bila dah nak masak tu sangat meruntun jiwa. Perut ni mula la berlagu. Paling mahal investment yg saya buat utk roti ni ialah dgn membeli breadmaker...masa tu the price quite pricey..its nearly RM800. Hari2 ku bikin roti, tapi kalau guna bread maker ni x berapa nak challenging la kan...ye lah breadmaker tu yg buat semua...last2 sekarang ni bread maker tu dok diam dalam kotak...malas nak guna, dan lambat dapat makan. hehehehe...

Lepas masuk dlm kotak, ku uli pakai tgn pulak...google recipe dan cari petua2 macam mana nk dapatkan texture yg betul2 cantik dan gebu, hmm mmg tiring. Masa ni bila rajin je la aku uli...sudahnya buku resipi terperap dlm gerobok buruk...tepung roti pun naik bubuk.

Finally kugagahi diri ni p masuk class. Alhamdulillah semangat nak buat roti membara sangat. Tapi biasa la dah p belajar, resipi dan nota terperap jugak. Tah angin tsunami apa melanda kat jiwa ni..aku mula meroti lagi. Seboleh2nya nak try semua resipi dlm buku yg aku ada, dari senipis2 sampai la setebai2 buku resepi ( satu donia punya roti pun aku ada- buat jek belum hehehehe..hopefully lepas ni hari2 ada stock roti kat rumah) 

Sebab x nak semangat merudum, aku ambik initiative to offer my homemade breads & buns untuk sapa2 yg nak order kat FB page saya iaitu: sweetreatsetc

Anywya, utk pengunjung blog ni yg nak cuba kat rumah, ambik la resepi ni...sangat best tau..I had a few recipes yg ni paling best so far.


POTATO BUN- Chef Alan Ooi

Mix together:
 400gm high protein flour
50gm gula caster
6gm garam
35gm susu tpg
6gm yis 
190gm air sejuk (masuk sekali ice kiub)
1bj telur
90gm kentang lenyek

*** Masukkan semua bahan2 di atas ke dlm stand mixer anda (make sure pakai hook) seboleh2nya utk buat roti stand mixer kena yg powerful sikit sbb adunannya liat kang terpelanting pulak stand mixer u olls..(saya yg guna industrial mixer (tp scale tak besar sgt) pun bergegar jugak)
Biarkan dia mix sampai jadi doh. Lepas tu masukkan,

60g margerine/ butter

dan uli lagi sampai doh tu elastik, means bila tarik sikit doh tu dia tak putus dan boleh meregang nipis. Stop bila nampak doh tu "shiny". Kalau suka boleh masukkan 150g black raisin dan uli lagi hingga sebati.

Kemudian, tutup doh dgn kitchen towel/ cling wrap dan biarkan dia naik selama 40min. 
Bahagikan doh sama berat, selalunya 35g/ 40g. biarkan doh yg sudah di timbang itu selama 5 min, then bentukkan ia jadi bulat2 dan letak dlm dulang pembakar. Jarak2 kan...dan biarkan ia naik selama 50min atau hingga its double the size (sampai penuh dulang pembakar).
Sebelum bakar sapu egg wash atau  saya guna fresh milk je. Then letak la instant custard mixture cross atas bun tu. Bakar pada suhu 180C selama 20min.

Instant custard boleh beli kat kedai baking. Mix ikut arahan kat paket.


Tuesday, October 22, 2013

Salted Caramel Pop Corn

JOM buat Pop Corn.

Anak2 dah berapa lama dah dok merengek buat pop corn. Saya belum pernah try buat sendiri walaupun secara theory nya saya tau nak buat. Sebelum ni maid sementara saya buat pop corn ni boleh di katakan seminggu 2-3 kali. So, malam tadi saya buatlah sebab saya free sikit minggu ni so apa2 yg anak2 nak makan saya buat lah..sbb nanti dah busy dgn baking tak boleh nak entertain kehendak diorang.

Santap mata dulu ye.



Bahan2:

Sepeket bertih jagung (saya beli kat Giant sepeket dalam RM3.00++ bergantung pada kuantiti)
Minyak jagung (Nak guna minyak masak pun boleh)
Periuk

Cara2:
1. Masukkan bertih jagung (sikit je tau, agak2 penuh rata kat dasar periuk tu, jgn banyak2 nnt bila dia pop penuh periuk tu)
2. Masukkan corn oil tu sampai cover bertih jagung tu.
3. Panaskan periuk tu dan tunggu sampai u olls dengar corn kernels tu pop...macam bunyi mercun POP dlm periuk. Dah habis popping boleh padam api dah buka penutup...VOILA...dh siap pop corn kita.
4. Tapi masa ni its still xde rasa..tawar je..
So, up to u nak cover dgn apa....melted choc/ melted butter/ caramel/ salted caramel...

Kalau nak cover dgn choc, double boiled the choc sampai cair masukkan salted butter sikit then tuang dlm bekas yg besar and toss popcorn dalam tu..kacau supaya rata.

Nak senang melt butter dalam kuali (api kena slow tau, butter cepat hangit, dah cair padam api) then dah cair masukkan popcorn, gaul sebati.

Lagi haru tapi BEST, buat caramel- saya guna 7sdb gula pasir. Masak atas api sampai dia agak perang...campur air sikit demi sedikit (air tak perlu banyak) dan kacau sampai dia betul2 perang, masukkan thickened cream sikit (dlm 1 sdt, kacau sampai warna berubah dan sebati, kemudian masukkan 1sdb butter, dah larut butter tu padam api dan masukkan popcorn~ emm yg ni mmg rasa macam makan popcorn kat GSC but less sweet ( kalau suka manis lagi tambah lebih gula masa buat gula perang tu) kalau nak buat salted caramel just percikkan sea salt kat caramel tu sebelum masukkan pop corn.

CUBALAH mesti anak2 dan suami semua teruja...




Sunday, October 20, 2013

Asam Pedas Daging

Ni menu utk lunch semalam....Asam Pedas Daging, saya tukil dari buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza. Maklumla daging korban penuh kat peti ais tu kan...hari2 daging je la...


Bahan2:

500g daging- di hiris 
7 helai daun limau purut
sepokok daun ketumbar
2 bj tomato
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
3sd makan minya utk menumis

Bahan2 kisar
10 tangkai cili kering
6bj bwg merah
3 ulas bwg putih
11/2 inci halia
3 btg serai
11/2 inci lengkuas
3 bj buaH keras
1 inci belacan

Cara memasak:

Tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan daging dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, masukkan garam dan gula hingga secukup rasa, then masukkan daun limau purut dan tomato.
Masak himgga kuah pekat dan pecah minyak.
Hiaskan dgn daun ketumbar.


Choc Raisin Bun

Salam semua...dah lama saya tak masukkan resepi2 baru yg kononnya Foodie Blog ni kan...hehhehe..minggu ni saya free sangat..pagi2 Sabtu ni seperti biaso kitorg breakfast kat kedailah..pekena roti canai dgn nasik lemak dgn teh tarik sekali wahh kenyangnya sampai petang..So, masak utk lunch lambat la sikit. Sebelum prepare utk lunch saya berangan nak buat roti. Gian nak meroti pulak..so kali ni nak cuba2 buat sweet bun dari buku resepi Home Bread yg dah bertahun beli. Dulu pernah try buat tapi uli pakai tangan jek..tapi gagal sebab texturenya terlalu lembik..masa tu mula la nak salahkan resepikan..sebenornye teknik x betul dan mmg rasanya resepi dalam buku ni tak sesuai uli dgn tangan kot...So since saya dah ada mixer yg besar (industrial type) apa lagi mmg beriya la nak buat.

Dengan tak membuang masa lagi ku taram 2 adunan sekaligus...hmmm tak hagak2 kan...mai x jadi naya ja...tapi kita kena confident...lagipun sejak duduk rumah dekat2 dgn ipar duai ni..bila nak masak mmg kena double up...solehla bagi diorang rasa sorang sikit dan dptkan feedback..

Jomm toksah nak lengah2 masa lagi..meh tgk apa resepi utk Choc Raisin Bun ni... Roti macam ni mmg favourite kitorg sefamily..Dulu masa malas buat pun everytime masuk bakeri saya suka beli sweet dinner rolls..sebab best buat cicah air milo ke, kopi o ke...sedar2 dah habih sebungkus..

eh jamu mata dulu dgn choc bun saya ni..


Resipi Choc Raisin Bun

Sumber: DIY Home Bread 

Bahan2:
300g High Protein Flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko
50gm gula
1/2 sdt garam
30gm telur 
180gm air sejuk + ais
7.5gm yis
1/2sdt choc emulco (saya guna compound choc Beryls yg telah di cairkan)

****** Campurkan semua..dan guna mixer uli sampai jadi doh...kemudian masukkan

15gm butter
15gm shortening
150gm raisin (saya cuma guna 50g- saya basuh dan perahkan airnya)

Uli sehingga doh menjadi elastik dan tak melekat di mangkuk adunan

Bila dah siap, tutup mangkuk adunan dan restkan selama 30minit.
Kemudian bahagikan dgn berat 40g setiap satu ketul doh. Rehatkan selama 10minit lagi.
Ambil acuan 8x8 inci..dan griskan sehingga rata dgn menggunakan shortening/ butter.

Doh yg seberat 40gm tadi di bulat2kan dan susun dalam acuan pembakar dgn berjarak. 



****Sebelum doh naik 2 kali ganda ****

Tutupkan acuan dan biarkan doh naik hingga penuh acuan tadi dan menjadi 2 kali ganda sizenya. Sila lihat gambar di bawah sebagai rujukan.



****Doh tadi semuanya dah merapat antara satu sama lain ****

Bila dah naik macam ni dah boleh bakar dalam oven yg dah di panaskan pada suhu 180 C selama 20 ~ 25 min, saya ada 4 acuan sebab saya buat 2 adunan, 2 acuan segi empat saya bakar selama 25min, dan acuan bulat saya bakar selama 23min, VERDICT: next time saya akan bakar 20min saja sebab luarnya agak garing..sebelum bakar sapu doh dgn bancuhan susu tepung dgn air