Tuesday, January 26, 2010

Sultanah Asma School- Sekolah Menengah Harian Berprestasi Tinggi

Wah sungguh berbangga sekali........I'm so proud of it...terima kasih cikgu2...Petikan dari akhbar Berita Harian yg menyatakan SEKOLAH MENENGAH SULTANAH ASMA adalah antara sekolah berprestasi tinggi negara. Hanya ada 4 sekolah harian, 10 sekolah berasrama penuh dan 6 buah sekolah rendah yg dipilih dari beribu2 sekolah yg ada di Malaysia..I'm so lucky to be one of the ASMARIANs and all the memories remain still in my heart.
THANK YOU TEACHERS eventhough I'm not the creme but at least I'm not the byproduct. Waahhh..kata2 pujangga yg direka sendiri...keheheheh..anyway, I'm so proud to be ASMARIAN.
Lagu sekolah pun dok ingat lagi...tapi so small kan u all rasanya berpinau mata kot nk menengoknya...

Thursday, January 21, 2010

Makaroni N Cheese..lagi????

Ikut je lah selera budak2..Mummy masak ni hari Jumaat nan lalu..baru nak masuk n3..quite busy though. Budak2 tu la and more specific Ifah dah berzaman dok nak makan Mac N Cheese..tapi kali ni I buat ikut selera sendiri...melayu style...so just tgk the recipe.

3ulas bwg putih
Sedikit daging kisar
Lada sulah
Imitate crab stick
Macaroni- di rebus
Bawang besar- kiubkan
Parmesan cheese
Mozarella cheese
garam
susu segar
whipping cream
(Nak bubuh carrot & saderi pun boleh, nak letak breadcrump pun ok)

Tumis bwg putih, bwg besar dan daging kisar..hingga naik bau. Masukkan susu dan whipcream, biar boil sikit, then masukkan lada sulah/ lada hitam kisar then garam, parmesan kendian macaroni.
Dah gaul sebati masukkan dalam bekas tabur dgn mozarella then bakar dlm oven, 170degC sehingga cheese cair dan kekuningan. Then makaaaaannnn.

Tuesday, January 19, 2010

Northport, Port Klang, Malaysia

Hari Ahad we all sefamily melepak kt Northport, locally known as Tanjong Gila. We all really melepak sambil makan kuaci labu dan menghirup udara segar, tapi sedih sikit sebab mentaliti dan perangai rakyat Malaysia yg tak reti2 nak buang sampah kat dalam tong sampah walaupun tong2 sampah tu berlambak2 dok ada kt sepanjang siar kaki kat tepi laut tu...hiiii nyampah..bila la nak berubah...
Kehadiran kami kat situ memberi peluang utk aku shot beberapa gambaq. Antaranya seperti berikut:

Lempeng & Dalca


Our breakfast on Sunday...........Lempeng & Dalca Daging. Dalca ni balance hari Sabtu lepas try buat Nasi Briyani.

Reseipi Lempeng ni boleh digunakan utk buat roti jala.
Sukatan main agak2 la no.

Bebahan:
Tepung Gandum
1 bj telur
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Air secukupnya
Sedikit minyak masak

Blend semua sekali agak2 la kepekatannya. Tuang sedikit minyak kat kuali then lenggangkan kuali supaya minyak tu sekata, then tuang 3 senduk kecil kt tengah2 mcm buat pancake tu, then lenggang lagi adunan tu sampai la menipis. Dah kekuningan terbalikkan...then boleh la di hidangkan.

Friday, January 15, 2010

Lunch @Rebung

3 of us had lunch@Rebung Bangsar. Lunch date la kenkononnya dgn Kak Yaz (my ex-officemate). Sampai awal kat Rebung dan owner dia pun ada kat situ rupa2nya...Chef Ismail le sapa lagi. I brought my camera along sebab kitorang ni bukan selalu berjumpa so mestila nak ambik gambaq kan..boleh jugak la tgk progress "diri" masing2...hahahaaha...anyway makanan kat sini semua sedap2 belaka...hmmm sedap sungguh la gulai tempoyak and what I like most the ambience......cun sangat...macam rumah dulu2..geram je tgk kt pinggan mangkuk owned by Chef tu......kelless..semua dolu2 punya.Masa baru melabuhkan punggung..Chef datang la mengucapkan selamat datang and siap tunjuk restoran dia featured in a magazine..yelah cantikkan deconya harus la masuk magazine. Anyway I asked from him whether I can take some pics etc, so tanpa melengahkan masa dia suruh aku ambik pics seluruh kedai dia..dah bagi green lite tu aper lagi.......tp x la sampai seluruh kedai aku terjah kan..segan la pulak kt customer lain......some of pics as below: