Monday, April 20, 2015

Posting pertama in 2015

Lama sangat tak berblogging ni..lama sangaattt...masa pun dah kurang untuk ambik gambar, menulis, menaip, memasak....hah tu dia..masak pun tak cukup time dah. Tapi salah satu azam tahun baru 2015 adalah nak siapkan bekal setiap hari utk anak2 saya.

Bunyi macam baru masuk tahun baru je kan..tapi sedar tak sedar dah nak setengah thn dah...apa2 pun belum terlambat nak mulakan sesuatu....alhamdulillah ada celah masa I try my best utk siapkan bekal...dan untuk memangkin semangat maknye ni...i have to record it..so I nak catat kat sini...supaya kualiti penyediaan makanan akan dpt di tingkatkan disamping kepelbagaian makanan tu kita boleh nampak ye.

ok..actually last 2 weeks lagi dah start...i would love to give them complete meal..siap dessert kononnya tapi kita buat apa yg termampu lah di pagi2 hari tu kan...maklumlah pagi2 setiap hari bersekolah ni ...rumah Che Zaid ni kecoh...mana anak nak suruh mandikan..nak bangun liat nak prepare breakfast, beg sekolah, stokin,,aii riuh la...rumah org lain sunyi sepi rumah aku bagai pesta muda mudi dah hah...tangan dgn mulut sama naik. hehehehe...

 ni yg pertama kali buat dulu, Spagetti Olio- lio2 dgn minced beef. Budak2 ni bagi je pasta gerenti ye..ye punyalah...kawan2 diorang pun suka...so untuk si Kakak tu selalunya kena pack lebih sebab kawan2 dia pun join sekaki........siap biskut dan grapes sebagai snack masing2


 Hari ni 20 April 2015, buat nasik goreng kampung, sosej ayam goreng dgn bawang and watermelon.


Sejak buat complete set macam ni Sofea anak kedua chek dah suka makan bekal...kalau tidak hemmm dia bawak je tapi tak makan...dia suka lagi makan nasik lemak kat kantin...sabo je la...bila siap macam ni suka sungguh dia..sebab ada buah and snack.

Jadi, ini membuatkan semangat saya sebagai mak ni berkobar2.......suka sangat2 anak2 suka. so kena gigihla nak memasak ni ye...
InsyaAllah esok ada lagi...




Tuesday, September 30, 2014

Kek Pandan Chiffon with Creamy Coconut Buttercream

Alamak dah ketagih semua nak berblogging. Hari ni nak kongsi resepi dgn kek terbaru saya ni. Kek ni kalau agak2 malas korang boleh je order terus dgn saya. Jengah2 my  FB PAGE ni ye...tq in advance.

Kek Pandan Chiffon.

BahanA:

150gm superfine flour
1tsp baking powder
1tbsp milk powder
100gm gula halus
1/2 tsp salt

Bahan B:

70ml minyak masak
4 bj telur kuning
100ml air (saya guna 70ml santan pekat, 30ml air)
1tsp pewarna dan perasa pandan

Bahan C;

4 putih telur
80gm gula halus
1/4tsp cream of tar tar (saya tak guna)

Cara2:

1. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sikit demi sedikit hingga adunan jadi stiff peak. Kalau terbalikkan bekas pun tak tumpah.

2. Masukkan bahan A 7 B secara berturutan dan mix hingga serata.
3. Ambil 1/3 bahan dari step 1, dan kaup balikkan ke dalam adunan 2. Kemudian masukkan selebihnya sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.
4. Griskan acuan dan masukkan adunan tadi. Kemudian masukkan ke dalam oven yg dah di panaskan pada suhu 180degC selama 30minit.
5. Dah masak...terbalikkan acuan ke atas redai selama beberapa minit utk elakkan kek dari termendap..then terbalikkan dan keluarkan dari acuan. 
6. Biarkan sejuk kemudian divide 3 bahagian dan lepa dgn buttercream tadi. Hias ikut suka hati.


Creamy Coconut Buttercream- guna method Swiss Meringue Buttercream)

6bj putih telur
250gm gula
11/2 ketul Butter
1/3 cwn santan (saya guna santan pekat)

1. Double boil egg whites dan gula hingga gula cair dan bila di sentuh dah xde butiran gula. Kalau nak senang pakai candy termometer dan ukur suhu dlm lingkungan 165deg C. 

2. Kemudian tuang ke dalam mixing bowl dan mix hingga putih telur tadi menjadi kental( stiff) dan sejuk bila di sentuh pada mixing bowl td.

3. Kemudian, masukkan butter sedikit demi sedikit. Masukkan sikit then mix, masukkan lagi butter hingga habis. Then keadaan adunan butter + telur tu akan nampak mcm 'soupy' sikit, tapi teruskan mixing sampai 'bind'. Dah tak cair dah. Then baru masukkan santan sedikit demi sedikit sambil2 mesin mixer tu dok pusing. Keep on mixing sampai adunan butter tadii ready utk di lepa pada cake. Then boleh matikan mesin.



*****SELAMAT MENCUBA****


Monday, September 22, 2014

Dah kembali dengan resepi terbaru... Ayam Masak Hijau

Assalamualaikum semua.........lama saya tak update kat sini...sejak semalam dok teringat blog yg dah jarang saya attend. Rasa macam dah bersemangat semula nak masukkan entry2 terbaru. Rasa macam hidup ni kembali meriah. Sudi2 kanlah membaca dan mengomen kat sini ye.

So, setelah sekian lama saya nak masukkan resepi Ayam Masak Hijau. Satu kelainan tapi saya sukaaa...saya sukaa...saya sukaaa!!!

Dapat inspirasi dari blog Kak Azlita Aziz, owner glam yg serba boleh tapi saya buat lain sikit. Ayam Masak Hijau saya ni macam style Ayam Masak Merah tapi kalernya hijau. Cemana tu ekkk....


Bahan- bahan:

Ayam yang dah di potong..saya buat dalam 10 ketul je, mestilah di bersihkan
dilumur garam dan kunyit dan goreng (jangan terlalu garing)

Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang

***
3 labu bawang besar (size sederhana besar)
4 ulas bawang putih
5-7 bj cili besar hijau
5 biji cili api (kalau suka lagi pedas boleh tambah lagi)
2 inci halia
***Blend bahan2 di atas sehingga halus****

1 btg serai - di titik
Santan/ susu cair
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa.

Cara2:

1. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis, kemudian masukkan bahan2 yg di blend tadi....bila cili dah masak masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rata...kalau suka nak tambah kiub ayam boleh di tambah jugak....masukkan serai yg di titik tadi.
2. Bila cili dah garing masukkan santan/ susu cair...masa ni kena agak2 untuk dapatkan tahap kepekatan yg anda suka... dah mendidih masukkan ayam yg dah di goreng tadi...golekkan ke dalam kuah then bila dah cukup rasa dia..tutup api dan hidang...


*****SELAMAT MENCUBA*****

Thursday, October 24, 2013

Potato Bun

Lately I'm into making breads & buns...its like I want to bake it everyday..however hari ni x dapat nak buat since my husband x sihat. Ajak p klinik x mau...sudahnya dia rela vomit and vomit...and "beri beri yucki" (Offie's term kalau p toilet..well u know what i mean..hehehehe)

Orite back to my recipe. I got a few bread recipes books, pantang jumpa pasal roti..aku beli. Different chefs got slightly different method, but bila dah banyak buku yg kita ada plus I did attend bread making class basically basic method lebih kurang sama. Apa2 pun kalau nak hasil yg betul2 cantik macam kat bakery tu kena berguru, memang tak boleh la nak main dgr org bagitau resepi je kan... Saya suka roti sebab bau bila dah nak masak tu sangat meruntun jiwa. Perut ni mula la berlagu. Paling mahal investment yg saya buat utk roti ni ialah dgn membeli breadmaker...masa tu the price quite pricey..its nearly RM800. Hari2 ku bikin roti, tapi kalau guna bread maker ni x berapa nak challenging la kan...ye lah breadmaker tu yg buat semua...last2 sekarang ni bread maker tu dok diam dalam kotak...malas nak guna, dan lambat dapat makan. hehehehe...

Lepas masuk dlm kotak, ku uli pakai tgn pulak...google recipe dan cari petua2 macam mana nk dapatkan texture yg betul2 cantik dan gebu, hmm mmg tiring. Masa ni bila rajin je la aku uli...sudahnya buku resipi terperap dlm gerobok buruk...tepung roti pun naik bubuk.

Finally kugagahi diri ni p masuk class. Alhamdulillah semangat nak buat roti membara sangat. Tapi biasa la dah p belajar, resipi dan nota terperap jugak. Tah angin tsunami apa melanda kat jiwa ni..aku mula meroti lagi. Seboleh2nya nak try semua resipi dlm buku yg aku ada, dari senipis2 sampai la setebai2 buku resepi ( satu donia punya roti pun aku ada- buat jek belum hehehehe..hopefully lepas ni hari2 ada stock roti kat rumah) 

Sebab x nak semangat merudum, aku ambik initiative to offer my homemade breads & buns untuk sapa2 yg nak order kat FB page saya iaitu: sweetreatsetc

Anywya, utk pengunjung blog ni yg nak cuba kat rumah, ambik la resepi ni...sangat best tau..I had a few recipes yg ni paling best so far.


POTATO BUN- Chef Alan Ooi

Mix together:
 400gm high protein flour
50gm gula caster
6gm garam
35gm susu tpg
6gm yis 
190gm air sejuk (masuk sekali ice kiub)
1bj telur
90gm kentang lenyek

*** Masukkan semua bahan2 di atas ke dlm stand mixer anda (make sure pakai hook) seboleh2nya utk buat roti stand mixer kena yg powerful sikit sbb adunannya liat kang terpelanting pulak stand mixer u olls..(saya yg guna industrial mixer (tp scale tak besar sgt) pun bergegar jugak)
Biarkan dia mix sampai jadi doh. Lepas tu masukkan,

60g margerine/ butter

dan uli lagi sampai doh tu elastik, means bila tarik sikit doh tu dia tak putus dan boleh meregang nipis. Stop bila nampak doh tu "shiny". Kalau suka boleh masukkan 150g black raisin dan uli lagi hingga sebati.

Kemudian, tutup doh dgn kitchen towel/ cling wrap dan biarkan dia naik selama 40min. 
Bahagikan doh sama berat, selalunya 35g/ 40g. biarkan doh yg sudah di timbang itu selama 5 min, then bentukkan ia jadi bulat2 dan letak dlm dulang pembakar. Jarak2 kan...dan biarkan ia naik selama 50min atau hingga its double the size (sampai penuh dulang pembakar).
Sebelum bakar sapu egg wash atau  saya guna fresh milk je. Then letak la instant custard mixture cross atas bun tu. Bakar pada suhu 180C selama 20min.

Instant custard boleh beli kat kedai baking. Mix ikut arahan kat paket.


Tuesday, October 22, 2013

Salted Caramel Pop Corn

JOM buat Pop Corn.

Anak2 dah berapa lama dah dok merengek buat pop corn. Saya belum pernah try buat sendiri walaupun secara theory nya saya tau nak buat. Sebelum ni maid sementara saya buat pop corn ni boleh di katakan seminggu 2-3 kali. So, malam tadi saya buatlah sebab saya free sikit minggu ni so apa2 yg anak2 nak makan saya buat lah..sbb nanti dah busy dgn baking tak boleh nak entertain kehendak diorang.

Santap mata dulu ye.



Bahan2:

Sepeket bertih jagung (saya beli kat Giant sepeket dalam RM3.00++ bergantung pada kuantiti)
Minyak jagung (Nak guna minyak masak pun boleh)
Periuk

Cara2:
1. Masukkan bertih jagung (sikit je tau, agak2 penuh rata kat dasar periuk tu, jgn banyak2 nnt bila dia pop penuh periuk tu)
2. Masukkan corn oil tu sampai cover bertih jagung tu.
3. Panaskan periuk tu dan tunggu sampai u olls dengar corn kernels tu pop...macam bunyi mercun POP dlm periuk. Dah habis popping boleh padam api dah buka penutup...VOILA...dh siap pop corn kita.
4. Tapi masa ni its still xde rasa..tawar je..
So, up to u nak cover dgn apa....melted choc/ melted butter/ caramel/ salted caramel...

Kalau nak cover dgn choc, double boiled the choc sampai cair masukkan salted butter sikit then tuang dlm bekas yg besar and toss popcorn dalam tu..kacau supaya rata.

Nak senang melt butter dalam kuali (api kena slow tau, butter cepat hangit, dah cair padam api) then dah cair masukkan popcorn, gaul sebati.

Lagi haru tapi BEST, buat caramel- saya guna 7sdb gula pasir. Masak atas api sampai dia agak perang...campur air sikit demi sedikit (air tak perlu banyak) dan kacau sampai dia betul2 perang, masukkan thickened cream sikit (dlm 1 sdt, kacau sampai warna berubah dan sebati, kemudian masukkan 1sdb butter, dah larut butter tu padam api dan masukkan popcorn~ emm yg ni mmg rasa macam makan popcorn kat GSC but less sweet ( kalau suka manis lagi tambah lebih gula masa buat gula perang tu) kalau nak buat salted caramel just percikkan sea salt kat caramel tu sebelum masukkan pop corn.

CUBALAH mesti anak2 dan suami semua teruja...