Monday, November 15, 2010

My Lovely Rose Plant

Last weekend sangat2 teruja hati ini...dah lama aku x keluar membelek my garden yg sekangkang anak kera tu...memula tu x perasan, then tgk ehh ada tunas la...memandangkan aku ni x berpengalaman menanam pokok bunga yg menjadi (selalu kalau pokok bunga mak tu aku main bantai siram jek..x kuasa nak membelek kan..pas2 selama ni dok umah bangsa apartment ja pun, tanam pokok orkid yg tahan lasak pun boleh nak mampus- nasib baik mak aku selamatkan dgn bawak balik kampung), aku pun tanya la my suami..."Bah, ini tunas pokok ros ni ka?"
Kata suamiku, pokok ros ada tunas ke? Bukan dia tumbuh kot daun..ini pokok ni lah(sambil menunjuk ke arah pokok Bird Of Paradise)
"Mesti la ada tunas, pokok apa yg x bertunas"...haih dalam hati dok kata..hmm aku tanya silap org la nih...
Tak pa aku tunggu lagi sampai Ahad, finally, daun dia dah terbukak sikit...dan sukanya aku bukan kepalang ternyata mmg confirm tunas pokok ros nih.....yipppiiiiiii..tapi malangnya satu pokok lagi (yg bunganya kaler merah tu x dapat di selamatkan) aku rasa aku tau sebabnya; masa aku memula tanam dia dulu kat tanah, aku belum beli baja yg mmg khas utk pokok dan bunga ros, so bila aku potong bunganya aku tak sembur baja utk btg tu, sudahnya main branch dia mati sebelum aku sempat treated pokok tu, so, menjadi korbanlah whilst yg bertunas ni bunga dia kaler pink and I really follow apa yg aku baca kat internet and mmg beli baja2 khas utk tanah and utk yg di sembur kat branches dia..so kalau lah menjadi lepas ni i really excited, makna kata bolehla nak menambah koleksi kanna....
Lepas ni aku berdoa semoga pokok ros ni berjaya mengeluarkan kuntuman bunga pulaknya..aminnnnnnnn

Monday, November 8, 2010

Something to Share..pls read

::[ Hari KEHANCURAN ]:::

by Islam Itu Agamaku on Friday, November 5, 2010 at 11:31pm

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Tuesday, November 2, 2010

Donut

Morning.......dah lama x update perihal makanan kan...setelah 2 hari craved utk buat donut hari ni menjadi jugak akhirnya.....yipeee...menunggu mood sampai jenuh haih...Ifah mmg suka donut. Kalau beli donut kat Kedai Epal Besar tu rasa mcm tak berbaloi jek nak beli sebab dia suka yg snowy tu...hadoi..baik le buat sendiri kan...setakat bubuh gula icing tu je tak yah la nak beli memahal. Anyway hari ni dia bawa 10 biji donut ke sekolah. Lega rasanya sebab ada org suka...barulah Mummy ni semangat nak masak2 kan...cuma yg slacknya hari ni tak de kopi..so kureng la feel makan donut ni...nak2 pulak sejuk2 cenggini kan...anyway, rupa paras donut ku ini tak la selawa mana tapi saya sangat menyukainya. Resipi adapted dari Yani MYR, tapi resepi dia sebijik macam Alex Goh cuma bezanya senang nak menyukat sebab pakai cawan dgn sudu saja, kalau Chef Alex Goh tu kena timbang tu yg membuatkan eden maleh tu...
Neways, sebelum layan resepi layan gambar dulu ek!!Resepi:

31/2sdt yis (instant)
1/4 cwn air suam2 kuku- jgn panas sgt kang bakteria tu jd arwah laks
***rendam yis tu sampai dia berbuih2; masukkan dlm bekas adunan
Bila yis tu dh berbuih2, masukkan
11/2cwn susu yg dipanaskan sikit
1/2 cwn gula halus
1sdt garam
2 bj telur
1/3cwn butter/ shortening
2 cwn tpg gandum
*****Gaul sebati; kemudian masukkan
3 cwn tpg gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan.
Tutup dgn kain lembap/ cling film hingga size dia jadi double.
Then, tabur sedikit tpg atas papan canai dan canaikanlah ia then potong dgn donut cutter.
Goreng la ia atau kalau masa banyak biarkan 30 minit sebelum menggoreng.
Pas2 boleh letak apa2 topping yg disukai.

Monday, November 1, 2010

CD

Tengok title...no..no..no..bukan CD lagu dan bukan jugak CD movie..tapi cloth diaper. Penah dengar? Alien to you? I have decided this time I'll go for Cloth Diapering....reasons being:

1. Idea ni tercetus sejak Fofhie hampir keputusan disposable diaper dia lately..me & my husband sangaaaaaaaatttt malas nk p beli utk top up sebab utama its me my self la punya reason ni; dia cuma pakai waktu malam je...sebab dia ni susahnya nk suruh p toilet esp time dia tdo and Mummy pun x dpt nk fully train her due to my conditions la kan..malaih nak bangun pun sama.

2. Plan to start cloth diapering utk my coming soon baby..disamping utk menjimatkan perbelanjaan isi rumah, ye lah baby kecik byk pakai diaper kan...saya mau introduce something yg lebih natural, akan tetapi org mesti tanya kenape tak pakai lampin jek...hmmm lampin ni leceh a bit, you know why...pertamanya kena cek every hour tgk lencun ka tak lencun, kena pakaikan nappy liner, letak safety pin lagi...urgghhh sangat2 leceh and so called outdated la kan...
pas2 spacey bila nak sidai kena guna byk ruang, dan kalau baby poo poo..dia punya stain tu melekat dan sometimes warnanya x tanggal.

3. CD plus points; senang utk di cuci, kalau ada poo poo pun just throw dlm toilet bowl and flush out pas2 just spray ja dgn air, rendam then cuci dgn washing machine with minimal used of detergent. Kalau dia just kencing just basuh cenggitu then masukkan dlm washing machine then sidai. Lagi pulak dia macam disposable diaper biasa jugak cuma prints dia lebih menarik, reusable, ada choice whether snap button ke or velcro (kalau disposable diaper ada velcro type je kan, jd sesetengah tu kalau kita dh terjerut perut anak or terlonggar diaper tu dah tk boleh pakai sebab tak melekat lagi dah, lagi CD menyelamatkan alam sekitar kita...cuba bayangkan penggunaan DD (disposable diaper) yg tak mengambil masa 50thn utk mereput....sehari berapa DD kita dah pakai and berapa banyak dlm setahun anak kita dah pakai...selama in average 3thn usia budak tu....itu kita kira utk seorang budak...kalau 200,000 org budak...huh boleh tenggelam Malaysia kan...lagi satu yg paling penting, tiada kesan chemical kat anak2 kita...as compared to DD...(you actually can search for cloth diaper's info kat internet..just google cloth diaper..nah pelbagai website yg menjualnya akan muncul..cubalah ada yg mahal ada yg murah depends kat material dia)

Last weekend masa hunting for baby clothes terjumpa CD kat satu kedai baby nih, mulanya tak perasan, tp bila nak balik terjerumus la pulaknya, I bought 1 for Fofhie's usage sebab nak tunggu yg saya order online this week baru dapat since dia pun terkencing kat kedai tu apa lagi grab la satu brand Autumnz with free 2 inserts. Sukanya dia tak terperi, and my first experience masa pakaikan dia utk malam hari malam tadi..surprisingnya tak bocor.......kalau dia pakai DD dia soheh akan bocor bila pagi..based on my fren's advice yg dah pakaikan anak dia dgn CD (sapa lagi kalau tak Puan Mar tu kan) dia suruh saya pakaikan 2 helai insert utk Fofhie sebab dia kencing banyak yelah sebelum tdo minum susu, nnt pukul 3.30 pagi nak susu lagi..alhamdulillah kencing dia tak bocor and bangun pagi I asked her to unsnapped the CD and washed. Best!!! dia pun selesa je...so hari ni, I bought 10 helai insert sebab masa order utk CD hari tu lupa nak beli insert sekali...jadinya hari ni search for insert and saya beli yg stay dry microfibre yg dpt menampung loads urine, maybe a bit mahal tapi sebenarnya itu hanyalah initial cost dia...cuba kira kos bulan2 yg dpt kita save..mmg berbaloilah bagi saya. Lagi pulak bila saya beli inserts tu dua2 org anak saya boleh pakai...dan CD tu dpt menampung size dari new born sampaila 15- 18kg berat budak tu...jadi saya sgt2 rekemen sesiapa yg nak membelinya...wah free promotion lagi...sapa nak tgk contoh CD tu boleh tgk gambar kt bwh ni ye
Banyak lagi la design..ni ja yg dapat saya bubuh di sini..barang siapa nak cari design lain yg lebih menarik..silalah search sendiri ye..that's all for today..Thank you

Thursday, October 28, 2010

My kiddos

Dah lama tak update gambar budak ber2 nih...lama sungguh la.. Mummy x larat nak hangkut kamera besaq2 gedabak tu so kurenglah gambar2 depa. Anyway, meh tgk la apa yg ada... Ini time bday party Aqilea last Oct 2010 Ramadhan 2010- tgh buat cookies raya Pagi Raya@Meru2010; tudung sponsored by Teacher Zafira aka Tokey tudung Klang Fofhie & Kakak@Alor Setar masa balik raya 2010

*********the end*************

Wednesday, October 27, 2010

Finally....

Petang tadi pegi check up. Doc dah bagitau dia nk scan and sincerely I really looking forward for this appointment.
Alhamdulillah segala doa dimakbulkan oleh-Nya. So, lepas ni tenang sikit la rasa taklah dok terpk2 lagi. I just started beli kelengkapan untuk baby, survey online and plannya this weekend nak hunting for some clothes. My 2 dotters asyik dok tanya bila nak p shopping...So, nampaknya weekend ni mummy free sikit so maybe weekend ni kita shopping ye nak!!!
Next week Mummy bz the whole week walaupun ramai yg bercuti sakan sempena long weekend due to Deepavali yg jatuh hari Jumaat. Syoknya cuti....
Arghhh keyboard ni buat aku tertekanla...x nak tulih panjang2 kan semua jd huruf rrrr..dia tekan sendiri...so sign off duluan ya...eiiiiii benci la lappyr ni

Monday, October 25, 2010

Tq Frens.....

Sangat teruja and surprised sebenarnya bila kawan2ku organised baby shower for my coming soon baby...la hai..dh nak masuk anak 3 dh pun..hampa ni mmg tau!!! tapi rasa best giler..sebab plan awai igtkan nak buat BBQ kat my house tapi since my hubby takut wife dia ni penat so terpaksala kensel, then Mar cakap x pa..nnt dia yg uruskan whilst aku x payah buat apa2 kalau x larat..Hmmm straight je lah aku ni kan dah org cakap mcm tu...

Last weekend pulak aku sgt2 letih...tetiba jek..asyik nak tido..jarang sgt tengah hari aku tido tp hari Sabtu baru ni sampai 2 jam aku cover, nak pulak time masa tu baru pukul 12.30tgh hari...wahhhh x lunch ker??? Dahhhhh...kitorang sefamily dh brunch...aku x masak breakfast terus masak nasik and we brunched @10.30am..Lepas tu mmg relax habis sambil cari idea utk deco cookie seterusnya...

Hari Ahad, masih keletihan..tah la pesal...sakit belakang mcm x nak hilang2 dari mlm tadinya. Suppose bertolak dari rumah ke tasik yg sangat dekat ngan rumah tu pukul 4ptg, tp mata ni x larat nak bukak, call diorang cakap aku lambat sikit dlm pkl 4.30 baru nk p....i just made choc balls sebab theme kitorang potluck...tp bila sampai nampak cupcakes design baby, diaper kek la..rupa2nya...depa plan buat surprise.....wahhh terharuuuuuuu....Below some pics yg ada dlm kamera aku...utk Mar (ni kepala utk majlis ni nih), Lela Ahmad, Yanie, Soya, Zafira & Delai..thx sebab susah payah buat semuanya..tq..tq..tq..so much...Posing ramai2 sebelum balik dgn anak2 masing2. Eh Soya pegang anak Zafira ok..dia single lagi...Makcik ni mmg sangat rajin memasak.....pagi2 buta dah siap masak utk lunch...Zafira merangkap cikgu tuition math IfahPosing sikit punya maut ker budak 2 org nih; single & available- Yanie & SoyaDari kiri; Lela Ahmad (my classmate masa sekolah menengah) dgn anaknya, Masuhaila (WAHM, my deskmate and teman makan2 time lunch); Yanie & Soya- couple yg cukup lasak melakukan outdoor activitiesDeskmate masa sekolah menengah, Yanie & Delaila..nak buat photoshoot utk sebarang majlis contactlah Delaila. Nak no. fon nnt boleh pm i ye...

Thursday, October 21, 2010

My new additions to my edible garden

Last Sunday, kat Shah Alam ada buat jualan utk orchids and some other plants sempena 10thn Shah Alam jadi bandaraya, well chek ni bukanlah peminat orchids, walaupun mak aku ada berpuluh2 spesis orchids kat kampung tapi x masyuk la dgn naluri aku nih... tapi yg menangkap kalbu pokok roses yg murah gilers walaupun x banyak gerai yg offer tapi nasib baik la aku jumpa yg lebih murah dr yg dok ada......seronok x terkira..ikut hati nk hangkut semua 4 poli beg roses tu tapi sebab aku ni amatur janganlah tamak kanna.......aku beli 2 pokok saja dulu..nak try la sebab rasanya roses ni leceh sikit nak menjaganya. So, 2 pokok yg aku beli tu aku cuma bayar RM10 saja...seronok sebab murah lagipun dh dekat pukul 6 ptg dah time tu, last day pulak tu..tokey nursery tu pun dah nak packing utk balik.
Alhamdulillah rezeki...so pagi tadi aku pun pindahkanlah pokok dr polibeg ke atas tanah..kalau menjadi the whole row tu aku nk tanam dgn roses biar bila depa berbunga bau harum tu masuk kot celah ruang tamu..macam theraphy la jadinya nnt.Hari ni baru sempat ambik gambaq bunga ros yg tgh mengembang tp x tau la nape...aku ni salah fokus ke tgn ketaq ka atau apa sebab yg clear bukan kt bunga tu..apa2 hal pun layan je lah....ada sejenis lagi bunga aku beli tapi supposed kena gantung but since hook dia belum beli lagi landing la dia kt lantai( aku suruh husband mithali ni gantung pakai paku dia cakap tak cantik, so kalau nak tunggu hook yg cantik mau makan masa berzaman kan..tak pe kita tgk la kalau aku dah beli hook tu nnt bila zaman pulak dia nak ambik masa utk gantung) Lepas ni nak hunting utk petunia dan seangkatan dgnnya utk memulakan projek ala2 english.

Wednesday, October 20, 2010

7 weeks to go!!!

Diam tak diam dh tak lama lagi dah nak dapat baby baru....hopefully everything goes well this time just like my 2 previous pregnancies and deliveries. Rasa tak sabar pun ada jugak, coz I just wonder baby in my womb ni boy ke girl...Asyik dok tak nampak ja tiap kali scan...me and my husband have not repeat..HAVE NOT until today shopped for anything for this little one.. the sisters keep bugging me to go shopping for their adik. Maybe both so excited nak beli baju baru. If happen to be a little boy nanti we have to buy a lot of new baju for him sebab the other 2 are girls...so tak boleh la nak menyambung warisan kakak2 coz most of their baju were in pink.......huh!!! sampai la ni asyik dok pilih kaler pink especially kakak, tapi Fofhie suka kaler Purple...apa2 yg dia berkenan mesti ada jugak yg kaler purple......hmmmm..

Anyway, currently masih ada order nak kena siapkan till end of this month. Hopefully by November I can clear myself from any ordering schedule and prepare my mind for the baby. Banyak nak kena punggah balik nih...mana taknya sejak pindah aku tak tau kat mana aku sumbat brg2 baby yg lama2..esp breast pump utk nak simpan susu nanti...aiyorkkk sempat ke nak cari..nak punggah store tu mcm malas je la pulak..bukan malas apa nak simpan balik tu yg malas dan amatlah memenatkan.....kali ni mmg kalau boleh nak stock up susu banyak2 start from day 2 lepas melahirkan...ini azam aku lah...kata org bila dah niat insyaAllah banyak la supply tu nantikan. Tapi masa Fofhie dulu supply kurang, kesian dia tghari ja asyik melalak lapar..tapi nasib baik nursery dia dekat dgn ofis..so everytime lunch hr dpt la aku bagi sebotol.....cuma yg regret sangat masa dlm pantang tak buat stok susu byk2...

This time around kami sefamily akan balik ke Alor Setar, jadinya anak aku yg ke-3 ni jadi org Kedah la nanti.....insyaAllah..sebabnya tarikh jangka bersalin tu jatuh dlm musim cuti sekolah, so rasanya better balik kampung la kot..senang sikit mak tu tak payah nak turun SA nak tinggalkan ayam dia bukannya senang..pokok2 orkid yg tersayang tu lagi...lagipun I just be there dlm 3 minggu then bila sekolah start balik we all akan balik semula la ke SA.

Org cakap dah ada experience 2 kali apa nak di takutkan, apa nak kalut..for me every pregnancy ada kelainannya..dan setiap kelahiran jugak ada kelainannya...i have special blood group so everytime bila nak bersalin saya akan saspen..thats why i opt untuk bersalin kat hospital yg cukup facilities dan pakar2nya sahaja..Masa 1st time bersalin dulu, I've been treated so well by the doc sebab my blood group is very rare...tak ramai Melayu yg sama blood group dgn i. Tambahan pulak this year banyak pengalaman2 rakan terdekat yg meyeramkan aku terjadi ketika proses kelahiran..adusssss!!! harus berfikir banyak kali untuk aku bersalin di klinik atau hospital swasta...anyway itu terserah pada budi bicara masing2...for me aku nak balik kampung kali ni......My final check up kat sini will be this coming 27th Oct. 2010. Hopefully semua berkeadaan baik..insyaAllah

Tuesday, October 12, 2010

American Breakfast

Dah lama tak update soal makan. Bukan tak makan, mmg hari2 makan. Tapinya bz dgn order dan malas nak berfotoan...lagipun dah jarang masak sebab asyik keletihan manjang. takkanlah takat goreng ayam seketul nak masuk blog kan...anyway, pagi ni budak2 tu nak seperti biasa nak bawak bekal. Ifah semlm dah bagitau nak makan spageti. Jadinya aku buat spageti yg amat senang...cepat dan dia suka. Fofhie pulak after about a week asyik nangis ja bila tgh malam and keadaan kesihatan dia pun tak berapa ok..asyik semput ja( yg sekaligus mengheret mummy utk tak boleh tido, I just have 1-2 hrs of sleep, bdn mmg letih sesangat), pg td dia bangun dgn cerianya...malam tadi pun dia slept tight. Alhamdulillah, berkat Ayatul Kursi agaknya.

So, this morning dia bangun awal and terus mandi dgn cerianya tanpa buat perangai. She demanded for sausages as bekal and air sirap sebotol. Layan je lah kan...seronok tgk dia tak buat perangai pagi2...and since she's became such a good girl, Mummy pun kena la puji kan..baru lah semangat dia.After packing semua benda, dia pun terus nk ke nursery. Seawal kakak ke sekolah. Lega jugak Mummy.

Off they go to school, Mummy buat American Breakfast utk kami berdua, sausages, omellete, coleslaw and roti.
Kat bawah ni breakfast Ifah, Spageti Mudah nama di beri.
Apa tak mudahnya I just used mushroom soup campbell, cuma sauteed onion dgn oregano, masukkan sausages, masukkan mushroom soup, then air 1 tin, pas2 susu dan biar dia memekat. Nak sedap tambah black pepper dan parmesan cheese. Cepat la nak masak pagi2..tapi I lebih suka kalau masak guna whipping cream instead of yg dlm tin nih...tp since Ifah mintak yg ni buat apa la susah2 di pagi2 hari ni kan...selamat Mummy.

myEdible Garden- part 1

Sejak duduk rumah 'atas tanah' ni kan..dan walaupun tanah yg ada mmg luas lagi la kangkang si kera tu kalau nak di comparekan dgn available tanah yg ada kat laman depan dan backyard, aku berkobar2 nak bercucuk tanam..tinggal lagi sekarang ni sarat sangat dah untuk nak bertinggung kalau trim rumput or membelek pokok..kalau buat pun tak puas sebab kene duduk atas stool atau pun cuma dapat buang ulat bulu yg suka sgt makan dedaunan yg menghijau tu.

Sebabkan tanah sikit lah jugak, aku decided nak buat edible garden; tanam pokok yg boleh di makan selain di jadikan landscape yg menarik; agreed by Mr Hubby. Berinspirasikan landscape yg MARDI Cameron Highlands buat masa p bercuti kat sana hari tu, aku pun berkobar2 la nak membuatnya..tinggal lagi kat MARDI tu edible garden dia mmg cun sgt sebab they all ada tukang kebun yg bertauliah dan banyak la sayur2an yg sesuai kt tanah tinggi yg depa boleh tanam.
Our collection tak berapa banyak lagi..tunggulah lepas bersalin nanti..hmmm mcm2 nak buat nih.

Anyway, anyhow, masa baru masuk rumah ni dulu, aku ada beli beberapa peket biji benih, tp yg di tanam cuma cili saja..tu pun x igt la cili merah ke cili padi. Kata org susah nak bg cili ni hidup..hmmm agak2 la tangan aku ni serasi dak ngan cili nih....meh tgk pic di bawah.......
Alhamdulillah dah keluar bunga, ni je la sekuntum yg lain masih putik lagi, still malu nak jengoi..tak pa take ur time...hopefully buah la banyak2 no..

Pas2 lepas arwah rabbit 2 ekor dulu tu menguyah habis akunyer pokok limau kasturi kat belakang, aku beli lagi sepokok dr Nursery kt Sg. Buloh. Ngelat sikit, aku ambik yg dh ada buah sebijik, then dh nak masuk 3 minggu baru aku ada feel nak transfer ke tanah, jadinya minggu lepas aku berjaya snap gambar seperti di bawah ini:Wah banyaknya bunga.......pagi tadi sebelum masuk keta, putik2 bunga tu dah pun jadi buah..next time will updates the status ye..excited!!!! syok giler..maklumla first time menanam..excited le bila dah menjadi kan...So pepagi tadi before hantar my hubby p kerja, aku singgah kat kedai hardware beli benih2 sayur pulak...hmmm tgh pikir where to tanam either belakang or depan. Kalau tanam kat depan rumah ni ada la org yg rajin menyiramnya kan...kalau kat belakang tu mcm malas la sikit...tapi tgklah bila nak menanamnya.

Sebelah limau kasturi aku tanam limau purut, beli di nursery yg sama ngan limau kasturi waktu tu hujan lebat. Yg sedihnya pasal pokok limau ni kan, kucing2 my jiran sokmo la menyahtinjakan kat pokok ni..risau aku takut mati, tapi since dapat petua dr my fren utk perah limau or lemon kat hasil nyah tinjaan binatang tu, depa dah x mai lagi dah...selamatla dari menyedut bau2an yg x selera nak bau tu dan lalat pun tak penuh lagi kat sekeliling pokok tu. Masa foto ni di ambik, dia tgh keluar pucuk baru, tapi pagi td pucuk baru tu nampaknya dah jadi daun yg besar dan ada pucuk2 baru lagi yg akan keluar...hmm kalau terus subur dapat la selalu makan tomyam atau paprik..hahhahaha.
Yang bawah ni pulak hasil pemberian my fren, pokok longan. Masa dia bagi tu adala sekaki tinggi dia...now dah tinggi Ifah dah..Alhamdulillah, hopefully berjaya jugakla dia berbuah..yang ini kalau berbuah mmg excited sesangat sebab its one of our favourite fruit. Thank you Fira.

Monday, September 27, 2010

I wish........

to have the item below.......Ya Allah murahkanlah rezekiku...Actually i love to have it in Empire Red, but this one also cute...all these years I only have my hand held Phillips mixer which had done a great job for me....she had served me well but the reason for me to shift is when it comes to heavy duty mixing works,I pity Phillips HHM coz she seems doesn't have enough power to blend. I don't want to stress her out any longer. So, hopefully someone can makes my dream comes true sooner or later but don't worry Ms Phillips, I won't neglect you if I one day have the above, coz she just complement you anyway...for lighter duty I still be with you........

Friday, September 24, 2010

Berkabung........

Tragedy...its a tragedy........al- kisah petang semalam....

Ifah: "Mummy kenapa rabbit ni tido je...."
Mummy: Kenapa badan dia macam lembik...cuba tengok dia gerak tak?
Ifah: Tak gerak..hah cuba tengok ni...
Mummy: Badan dia sejuk tak??
Ifah: Mummy tengokla...
Mummy: Ishh tak nak la..Mummy takut...dah mati kot? Cuba suruh abah check...
Fofhie: Mummy!!!!!Nelly dah meninggal........
Mummy: Betul ke???la kesiannya...awat dia mati???ada darah tak kat mulut dia ke..kat b
adan ke..
Fofhie: Takde...Nelly dah meninggal Mummy.....
Mummy: Tak pa lah nanti suruh abah tanam....kesian rabbit Fofhie...

Jadinya tamatlah riwayat Nelly, so sangkar dia kosong la sekarang ni..punca kematian tak dapat di sahkan.....budak2 dua org tu esp Kakak Ifah sangat2 sedih, tapi yg tak tahan ayat Fofhie tu..Nelly dah meninggal.......aku siap suruh depa baca Ya-sin..kesian kan Nelly.....baru nak masuk 3 bln....ajal dah sampai...kesian dia...sekarang budak2 2 org tu sibuk nak rabbit lagi...arghhhhhhh!!!! ****** Nelly & Willy dalam kenangan*********

Thursday, September 23, 2010

BROWNIE GERT



Morning everyone!!!! ingat dak 2 hari lepas saya habaq nak meroti...alih2 mood swing...malaih...la pulak tp dlm hati ni beriya2 nk baking..lepas sehari ke sehari..agak2 my " little bakery" pun dah clear sket, baru la mai aura nak baking balik. Itu pun kalau ikutkan bisikan si Syaitan durjana tu..aku x baking jugak sebab ye lah nak bangun subuh2 sepie mengadun tpg haih..hanya kecekalan hati saja yg dapat menangkis niat jahat bisikan durjana itu.........

Pagi ni bangun tido pukul 4.30pg..dalam sejuk2 tu nak la tido balik tapi tetiba dengar Kakak Ifah mengigau...
"Mummy...kakak nak bawak bekal tau kek yg Mummy buat tu"
Alamak siap mengigau la budak ni....coz mlm td saya ada bagitau dia
"esok kakak bawak je la brownie, Mummy x tau la nak masak apa lagi..."
So, nak tak nak terus aku bangun...iron baju sekolah and baju keja...then turun bawah utk siapkan brownie..since buat brownie ni simple aku x la terkocoh2 sangat.

Resipi ambik dr myresipi.com; sumbangan kak Jun. Sangat2 sinfully delicious. Moist and yummy!!!! tapi saya modified sket la topping tu, I used my recipe. Tapi mmg la ketagih nak makan lagi dan lagi........Pagi tadi saya buat 2 adunan sekaligus, sebab budak2 ni mmg penggemar kek coklat dan sewaktu dgnnya, even Fofhie pun bwk bekal p nurseryi dia td.

BROWNIE GERT

1/2 cwn butter
1 cwn gula
2 bj telur
1 sdt esen vanilla- saya x letak pun
1sdt instant coffee- saya pakai NESCAFE
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn tpg gandum
1/4 sdt garam
1/4sdt baking powder
1 cwn coklat cip- saya pakai 1/2 peket dr 250gm
1/2 cwn walnut cincang- saya pakai a handfull of hazelnut and half-full of almond flakes

Bhn utk topping:
4sdb butter- saya pakai 5sdb
3sdb serbuk koko- saya pakai 6sdb
3/4 cwn gula icing- saya pakai lebih kurang 3/4 tin susu pekat
1sdb madu- OMITTED
1sdb air suam- pakai air biasa saja

Cara2:
1. Cairkan butter, then tutup api masukkan gula, telur dan esen vanilla.
2. Masukkan semua bahan2 lain, kacau rata, tapi jgn overmix..sebab nanti kalau terlebih kacau dia jd mcm kek la pulak kan...masukkan dlm loyang bergris.
3. Bakar pada suhu 170- 180 depends on oven selama 25- 30 min, Saya baked for 25min saja.
4. Untuk topping saya cairkan butter and mix semua bahan2 yg saya pakai hingga agak pekat/ pekat..then tuang atas brownie yg dah masak.


Tuesday, September 21, 2010

POST RAYA

urghhhhh..i'm still not in blogging mood lagi. Rasa letih lagi la..cuti lama pun x rasa. Penat mem'baking' masih lagi terasa..maybe kena p urut dulu kot..baru segar...now baby in my womb ni dah aktif sangat bergerak..yelah dah 7 bln...macam cepat ja masa berjalan.

A lot of things to do sampai nak nafas pun semput dah ni...manakan barang2 utk sambut my new baby belum beli, belum berjahit lg segala sarung tilam and bantal dia...mesti korang cakap p la beli yg dh siap tak payah nak susah2..well for me i'll try my best utk jahit sendiri benda2 tu semua sebab at least each of them akan ada something yg buat diorang terkenang2 kat mummy depa ni kan..and hopefully budak2 ni dpt extend the same effort to their children nanti. InsyaAllah.

Masa Kakak Ifah dulu the bedsheet kaler pink kotak2......then for Kakak Fofhie kaler hijau with bear and sheep motif which i quilted by hand..masa tu tak de mesin jahit, so nak bagi nampak timbul nak tak nak terpaksala jahit pakai tangan, then bila balik ke rumah mak mentua barula pinjam mesin jahit dia... this time for my new baby i buat kaler merah..boy ke girl ke pakai ja la sapa suruh x nak tunjuk kat Mummy kan...dah 2 kali scan masih tak nampak whether a girl or a boy.....but just hope my instinct come true...tapi tak kesahla...janji nampak comel ja tilam bantal tu semua.....

Perut terasa senak..sebab dok asyik gerak ja baby ni..now dah tak boleh nak angkat benda2 berat, walaupun kederat tu ada, tp everytime angkat benda berat walaupun sekampit tanah hitam (sebab tgh berkebun sekarang nih; maklumla b4 raya tak sempat nak tgk edible garden kitorang tu...rumput pun baru ja trim hari Ahad baru nih) rasa berat ja jadinya...walhalnya kalau nak di ikutkan perut mummy still tak nampak besar pun...

Dah tu lagi satu, mlm tadi, aku dok start buat puzzle pulak dah...puzzle tu pun dah dekat 10 thn( dpt b4 kahwin lg from my hubby- sempena my birthday) baru nak bukak dari kotak, itu pun kalau tak disebabkan Ifah yg p ambik, budak berdua tu tgh kemaruk buat puzzle, dia igt Mummy punya puzzle tu tahap Puzzle Hello Kitty and Mickey depa la kanna, sekali bila dia bukak and tgk all the small 2000 pcs tu baru dia tau susah ke senang.....hehehehe...dah mummy pulak dtg ketagih....dok pulun la mlm tadi sampai dekat pukoi 3pg...haruuuuuuuu......dah tak leh stop ni...craving..tu la sebabnya aku malas nak start buat puzzle nih. Ni hobi sedari belum kawen, so nampak gayanya lepas ni I'll crave for more la nih...nak kena berkunjung ke kedai puzzle lagi la nampaknya.......hmmmmm..mummy2...

Tonite, I'll start baking lagi...rasa mcm nak meroti la, dah lama tak buat roti..tapi rasa mcm nak buat cake jugak nih....hmm mana satu ye...alih2 tgk2 satu pun aku tak buat..hahhahaha banyak no projeknya....kehehehehe

Eh oklah kena put a stop la kot, esok tak dak citer lak..hopefully esok boleh la upload beberapa gambaq yg aku ambik b4, during and after raya......chiow!!!

Friday, September 3, 2010

Biskut Raya

Jenjalan kat blog org lain semua dah tayang biskut2 raya..bestnyer.....tapi bagi aku alhamdulillah thn ni managed to make some cookies walaupun x seindah org lain punya. Dan paling mengujakan aku, thn ni first time aku buat kerepek pisang sendiri, saban thn asyik dok order jek..tetiba thn ni tah aura mana mai pun tak tau...18kg pisang aku bikin kerepek. Itu pun hajat di hati nk buat kerepek keladi tapi masa mcm dh tak mengizinkan sgt la..tempahan kek pun byk lg tak terhabis...mcm kena buat lepas raya je nih...Cookies yg aku buat semuanya senang2 dan yg menjadi faveret anak2 ja...my husband x bape suka cookies, so kerepek tu mmg utk dialah dan utk kitorang sefamily. Nampak gaya mmg x boleh bawak balik kpg pun sebab sikit sgt..tiap2 mlm dok hangkut. Semua yg Mummy buat utk consumption kalau org dtg ada la benda nak menjamu..hehehehe..bukanla utk buat balik kpg ke apa ke........meh tgk apa yg aku dh buat:
I also made some raya packs for Ifah to be distributed among her classmates. Just bagi flower cookies dgn M&Ms, kerepek pisang and NIPS (ni bukan kuih tau, saja ja wat penuh plastik.
Itu pun dia happy sesangat sampai x lelap mata nak tido..seronok sgt la tu...

Wednesday, September 1, 2010

Buka Puasa@Serai

29th August 2010
Buka Puasa
Serai Restaurant, Sek. 3, Shah Alam
Mar & Hubby, Adel & Sarah, Zafira & Auntie, aku, Hana & Soffiyya
We chit- chatting, laughing & enjoyed the food. Alhamdulillah my kids well- behaved. Thanks kiddos for letting Mummy to have fun with my friends. Thanks dude for coming. Lepas raya pulak eh...err open house series maybe????

Sayur Fucuk Masak Bening

Tetiba tingin sangat nak makan sayur fuchuk ni...hajat hati nak buat masak lemak...pekena dgn sambal apa2 ke..tp dlm dok pk2 tu asyik makan benda berlemak je aku nih, so buat bening la pulak. Punya la banyak aku masak...haiiiii terlalu ikut nafsu. Masakan sempoi tapi aku suka, pair dgn sambal belacan yg kow punya pedas dan ikan masin goreng........Bagi aku sedap la

Sup Tulang

Sebelum melalut, nak ucapkan Happy Belated Birthday to...diriku sendiri dan jugak negara Malaysia. Birthday aku and birthday Tanah Malaya ni sebelah menyebelah., so bila aku sambut birthday aku setiap thn, secara automatik esoknya semua masyarakat kat Malaysia ni akan diberi cuti percuma... So, last week aku cuti panjang. Kat rumah pulak tak boleh nak online sebab hmmm brukben aku wat hal lagi...lembap tahap gaban......so dari hilang pahala posa baik aku tak yah online terus. So menu dlm n3 hari ni dh tak igt la menu bila punya...janji boleh je la ek..
Dalam bulan posa ni first time Mummy buat sup..sup tulang lak tu. Amboi En Hubby begitu berselera makan....anak2 pun sama. Kena pair pulak ngan sambal kicap...hari tu aku buat sambal kicap yg kow sket dr biasa, so tak payah tanya dah dia terus puji.....mmg ler ini salah satu lauk faveret dia yg x banyak mana tu. So, mmg puaih hati la tgk depa 3 beranak ni makan. Nak pulak aku goreng ikan haruan kering yg sangat sedap tu (alamak dah last kopek..dh habih dah pun..nk kena order lagi la ni) memang masing2 laju jek makan nasik.