Monday, February 28, 2011

Konyaku Jelly

Last weekend Ifah agak boring. Lepas solat subuh mata dok terkebil2..dia ni kalau dah bangun mmg x boleh nak tido balik dah...so pagi tu dia mintak utk buat breakfast- nak goreng sosej. So pagi tu semua dia buat, i just bancuh air teh..She set up with plates and cups (matching colour lagi obviously bubuh kat atas pinggan plastik...kehehehe) x kesah la kan..tapi lupa lak ak snap gambar..lepas tu while I cooked for lunch dok merengek nak buat jelly. Kejap2 tanya bila nak buat jelly....Mommy dia pun jadi tensioonnnn last2 aku suruh dia ambik periuk..baca instruction kt peket jelly tu, then I helped her to weigh gula and buka can lychee..so dah yg lelain semua dia buat lah..ni dia hasilnya

Friday, February 25, 2011

Pizza for dinner....

Sebelum makan kena nyanyi dulu...so both of the girls bila nampak tray pizza dah datang started to sing "Pizza Mommmmyyyyy" (tune sebijik mcm iklan Pizza Hut ye). Yup bukan Pizza Hut tapi Pizza Mommy, kenapa ye???sebab pizza ni Mummy yg uli tepung, Mummy yg sapu sos, and Mummy yg bakar...mana boleh bagi credit kt org lain ye tak?...

Anyway, mlm tadi malas nak masak dan makan nasik lagi..so since dah lama Mommy depa x buat pizza so mlm td makan pizza la 4 beranak ni..yg beranak sorang lagi x boleh makan lagi sebab sangat kecik dan masih belum mampu menghadam makanan..
Pizza mlm td sempoi je lah...sosej je pun, nak penuhi permintaan mulut2 kecil yg 2 org tu. Habis la satu tray..resepi pun sempoi sangat...u olls kena try resepi ni atas sebab2 berikut:
1. Cuma guna 5 bhn sahaja
2. Doh nyer sangat lembut, lebih lembut dr yg makan kt restoran
3. Sedap..dan boleh di buat frozen
4. Murah, mudah dan cepat siap

Meh tgk resepi utk dohnyer(dari Majalah Sedap)...utk topping tu korang pandai2la adjust ikut citarasa masing2 kan...

Resepi Doh Pizza(saya double the recipe dpt la 4 bj doh bersize 9" tp nipis):
300g tpg gandum (saya tukar guna tpg roti)
1/2sdt yis
150ml air
25ml minyak masak (saya pakai olive oil)
1/4sdt garam

Cara2nya:
1. Gaulkan tpg dgn yis biar serata
2. Masukkan garam (jgn lambak garam atas yis ye..nnt yis tu kiok dulu. sebatikan.
3. Buat lubang kt tgh2 tpg tu, masukkan air dan minyak sedikit demi sedikit sampai la jd doh yg elastik.
4. Perap doh, tutup dgn cling film, selama 30 min/ hingga dh jd 2 kali ganda size.
5. Tumbuk2 buang angin dia then bulat2 kan, seketul lebih kurang 200g.
6. Biarkan dia kembang lagi 10mint, then roll letak kat acuan pembakar (kalau x de pan pizza bubuh kt dulang bakar cookies pun boleh.
7. Pas2 boleh la letak topping sesuka anda, then bakar pada suhu 190C selama 20-25min.

Monday, February 21, 2011

Papparazi


Jadi papparazi jap...ngintai kucing jiran sebelah tgh sedap melepak atas keta tuan dia.

My Garden- Part II

Saya tak pasti spesis cili ini pada mulanya...tunggu punya tunggu tu diaaaaaaaa nala punya panjang..ada kot sejengkai...nampak dak??? jadinya soheh la spesis cili merah ni..tapi kurang gemuk la tak macam kat pasar..apa2 pun bersyukurlah...
Pagi tadi jugak since byk masa coz my little buddies- Luqman and kakak Fofhie tak bangun lagi dapat la buat shooting lebih sket.
Ni pulak pokok limau kasturi yg hari tu daun dia hampir di gondol dek ulat beluncas yg tersangat gemuk..sekarang dah berbunga semula..Alhamdulillah

Japenese Style Sweet Bun Dough

Finally pagi tadi telah menyempurnakan keinginanku utk meroti. Yeay!!!!Resepi ni ambik dr blog Hana yg dia ambik dr CMG. Lembut..itulah yg boleh di kata. Maka cubalah di rumah!!!

Cek uli doh ni dgn tangan lebih cepat dr pakai BM. Dah lama cek tak guna BM. Pagi tadi seperti biasa pukoi 4.30pg cek dah bangun...dgn semangat berkobar, ku bancuh adunan..kasi kembang semuanya pukul 7pg baru boleh bakar. Bagi Ifah 3 ketul utk bekal...ngam2 siap sebelum dia p sekolah.

Below is the recipe:
375g tpg roti
100g tpg gandum
35g susu tpg
80gm gula halus
3/4sdt garam
1 bj telur + 1/2sdt esen vanilla (simpan sikit utk disapu pada roti sebelum di bakar)
150ml + 15ml air suam mix dgn 21/2sdt instant yeast sampai berbuih
40gm mentega
4cmb water roux (250ml air + 50g tpg gandum; masak hingga pekat dgn api perlahan dan sejukkan sebelum di guna)

Cara:
1.Gaul sebati semua bahan2 kering kecuali yis
2. Masukkan yis dan uli hingga menjadi doh.
3. masukkan mentega dan uli hingga elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda.
4. then, tumbukkan doh utk keluarkan angin kemudian bulat2 kan hingga jadi 16 bebola. Sapu dgn baki telur yg di campur sedikit air. masukkan ke dalam acuan yg telah di lengser. Biarkan naik sekali ganda lagi lebih kurang 45min. (saya biarkan sekitar 35min saja sbb takut tak sempat siap sebelum anak ke sekolah)
5. panaskan Oven pada suhu 190C dan bakar doh selama 25min. Dah masak sapukan permukaan roti dgn mentega supaya nampak berkilat. Sedia di makan.

Set Nasi Minyak

Dulu2 aku rajin buat weekend special. Tapi sejak dua menjak ni rasa malas la sangat. Rasa macam nak rest je during weekend tapi apakan daya hajat tak sampai.

Tapi semalam ada sikit kelapangan, jadi saja ja la buat nasik minyak. Tah betul tah tak la nasik minyak yg aku buat ni kan..resepi sendiri, sindri jugak mau makan..janji sedap gerenti habis punya kan...
Nasi Minyak

6 pot kecik beras (di basuh dan di toskan)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga( saya tak letak pun)
Daun pandan
Butter untuk menumis (kalau suka boleh ganti minyak sapi)
1/2 labu Bawang besar (di mayang)
2 inci halia (di mayang)
2 sdb susu cair (saya guna 1sdb whipping cream sbb x de stok susu cair)
Garam secukup rasa
Air

Tumis semua bahan diatas kecuali beras, susu cair dan garam.
Dah wangi masukkan air ikut sukatan beras masing2 tapi kurangkan dalam secawan gitu. Biar mendidih masukkan garam dan beras.
Bila beras dah hampir kering masukkan susu cair. Dan masak la macam biasa.

Daging Masak Hitam

Ini yg paling senang di masak..Resepi dari mak..

Daging dihiris nipis (saya pakai anggaran dalam 1/2kg)
Bahan tumis:
Kulit kayu manis
Bunga Cengkih
Bunga lawang
1 labu bwg besar (di mayang)
Cili besar

Bahan perapan:
Kicap pekat (dalam 10-20 sdb; actually ikut selera masing2, kalau nak banyak kuah tambah lagi)
3sdb rempah kari daging
2sdb sos tiram
3sdb sos cili
2sdb sos tomato
sedikit garam & gula secukup rasa
air asam jawa secukupnya

Perap bahan perapan dgn daging. Kalau nak p kerja tu mlm tu marinate balik nnt boleh masak..lagiii sedap.

Tumis bahan tumis kemudia masukkan daging yg diperap.
Bila daging dah empuk masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa. Kalau daging masih liat, tambah air dan masak sampai kuah agak pekat. Then masukkan cili besar yg di belah 4. Siap untuk di hidang.

Acar Rampai Tok Nah

Ini resepi acar rampai arwah tok..dulu saya tak suka tp dah tua2 ni suka pulak boleh meratah mcm tu je..arwah tok selalu buat kaler kuning sebab dia tak pakai cili kisar. kalau u all suka yg versi kaler merah tu tambah je la cili kisar masa menumis. Sedap juga di makan dgn nasi briyani.
1/2 bj timun
1 btg carrot
kacang panjang secukupnya (tapi semlm x de stok so tak pakailah)
***potong seperti dlm gambar
rendam dalam air kapur kemudian jirus dgn air panas utk meranggupkannya

Bahan tumis:
Halba campur
Halia
Kunyit serbuk

Bahan2 lain
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah di belah 4
Cuka
Garam
Gula
Bijan yg disangrai (saya x de stok)
Kacang tanah yg di goreng tanpa minyak (saya malas goreng nak cepat makan)

Cecara:
Tumis halba campur dgn halia. Kemudian masukkan cuka, garam dan gula, Masukkan bawang dan sayur2an. dah cukup rasa masam, manis dan masin, masukkan bijan dan kacang tanah..masak sebentar then tutup api dan hidang.

Friday, February 18, 2011

Sadin Tumis, Ikan Goreng Cicah cili potong kicap & PakChoy

Our dinner last nite...sedapnyer..kecur air liur. Sempoi tapi yummy..Lama sungguh x makan sadin. Sejak pregnant kat Si Luqman mmg aku x leh pandang sadin..nampak sadin kt kedai makan automatik aku kena keluar kedai muntah kat luar...perghh dasat....High taste sungguh dak Luqman nih.
Sadin tu memula ingat nak buat kari, tengok rempah kari lak x de stok, nak buat masak tumis..sayang pulak nak buang sos sadin tu, last2 aku buat style masak tumis tapi campur sos sadin tu, eh sedap gak le...dah tu goreng ikan selar buat cili potong dgn kicap sebab malas nk blend cili tambah bawang...eh sedap jugak...then goreng Pak choy dgn sos tiram..sayur pertama yg aku terer masak masa sebelum kawen dulu...sebab apa tau; abah aku puji sayur yg aku masak ni sedap masa tu lah..so everytime balik kampung, nak masak sayur masa tu, mesti masak ni le....

Apam Snow White

Soffiyya sekarang ni sangat2 suka bercakap, non- stop. Now kuih favourite dia adalah apam..tapi mesti belang2 putih dgn pink...(budak pompuan dgn kaler pink mmg tak boleh di pisahkan). Hari minggu baru ni, dia ikut abah dia p pasar, sebab mula2 dia dok asyik je mintak Mummy dia buatkan kuih apam...aiyooo mana la ku tahu membuatnya...x penah langsung tgk mak buat penah la..sampai kat pasar abah dia beli 5 bijik apam putih- pink tu...wah habis dia makan...lepas tu bila tanya nak breakfast/ or makan apa mesti dia kata apam...

"Mii..buat apam miii...Offie suke apam, buat la kaler putih- pink tu"
Haih tertekan mak ni...bukan apa suka kalau dia mintak nak makan nih..sebab dia susah sgt nak makan. Tapi kalau sejam sekali dok mai bagitau suruh buat...tak ke Grrrrr....
Nasib baik baru2 ni terjumpa resepi nak buat apam ni...so pagi td berjaya la merealisasikan
impian anakku itu...malangnya kaler terlebih la pulak.......almaklumla Mummy ni first time membuatnya. So bila dia tgk:
****Apam Snow white; utk resipi sila klik SINI

"Bukan macam ni la Mummy..lain...tak sedap la..."
" Sama la, cuma Mummy letak kaler merah je.. cuba rasa dulu sedap..macam kat pasar tu"
"Oklah tapi Offie nak makan kat sekolah dgn kawan2..Mummy bubuh dalam bekal tau"
"Ok"

Fuhhhh...legaaaaa...tp serius apam ni sedap cuma masa pg tadi cari cawan lompang x jumpa coz brg2 dapur yg jarang di pakai aku masih belum unpack..so kalau nak pakai jugak acuan tu kena punggah store lagi..urghh tak kuasa den. Aku cuma jumpa 4 remekin aka cawan teh cina..so, juga jugak la plus acuan mickey mouse (jelly mould) & hello kitty..jadila spt dia atas..

Gambar pagi ni amatlah x cantik sebab tahla..buruk sgt...pendek kata x sesuwai ambik foto time pepagi cenggini sebab AKU KALUT...byk keja nak buat, time tu la nak sidai kain, prepare anak2 nak p neseri, sapu sampah segala..haih KALUUUUTTT..dan sebab KALUT la jugak end up macam kat bawah ni...
Arghhhh benci tengok..comot..tak masak kat dalam.....GRRRR...papehal pun nak try lagi next time...sampai la cun


Thursday, February 17, 2011

Buah Hati Pengarang Jantungku




LOVE U ALL...MUAHHHHHHSSSS

Wednesday, February 16, 2011

Pulut tanak, Ikan Gelama Masam & Air Kopi

Semalam public holiday sempena Maulidur Rasul, perbanyakanlah selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah semoga di akhirat nanti kita bakal mendapat syafaatnya..InsyaAllah. Anyway setelah berzaman2 x de citer masak-memasak, makan hari ni nak buat come backlah balik. ye lah 9 bln u olls tak lalu nak ambik gambar due to pregnancy...masak pun sempoi2 mood x dtg ..
Dalam beberapa hari ni teringin nak makan pulut...ya lah walaupun dah 2 bln bersalin selalunya org masih berpantang lagi kan...org kata kalau makan pulut nanti baby kembung(bagi baby yg menyusu mak dia lah)..adakah ini taboo atau kebenaran yg nyata???

Sebabkan seriau takut baby kembung aku takut jugak nak try makan pulut, tapi keinginan mengatasi segalanya....semlm aku masak jugak walaupun aku sorang je yg makan...kena pulak dgn air kopi kow...perghh mlm tadi pun aku sambung makan lagi...tapi teringin lagi nak pekena pulut dgn durian nih..dapat pulak durian kuning kow punya, makan pulak dgn santan panas..hmmm syoknya...baru la lepas ni x ngences dah..hahahah

From my garden againnnnnn...

Kemaruk gardening belum habis..now would like to show my Japanese Cucumber (adakah sespesis zuchini?? sapa tau tlg bagitau). 5 pokok dah berbunga riang..bestnyer..tapi biasalah sebagai amatur yg tak penah bercucuk tanam aku lupa nak jarakkan from one seedling to another..makanya tumbuh penuh sekelompok. nak pindahkan seriau la pulak satgi mati pulak pokok tu kan...haih..anyway kita tunggu la dia berbuah dulu lepas tu next batch kita buat betul2 punya..sebab yg ni pun tak expect dia nak hidup subur.
Tengok tu bunga2 dia..hopefully semua menjadi buah la..kalau menjadi buah banyak boleh la sedekah sikit sebanyak ye...makan sendiri memang x habis kot...

Yang ni pulak pokok bendi..heran la org cakap bendi senang nak tumbuh, tapi tengokla kurus keding bendi nih..nak kata x bubuh baja mmg semua di bagi sama rata..tak de pilih kasih de...kalau timun tu dapat baja, bendi ni pun dapat baja jugak. Hmmm adakah di sebab kan komposisi tanah yg tak ok ke? haih entah la...kita tengok je lah kesudahannya nanti ek..
Ini pulak my another pokok limau kasturi..ini actually pokok yg pertama sekali aku be
li dan tanam tapi hari tu mcm kena abandon sekejap..now tgk la pucuk2 baru pun dah naik dah...nak jaga dia balik semula la..insyaAllah lepas ni dpt hidup subur

Thursday, February 10, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'


hehehee..ni le first time involve dlm give- menggive away nih..kebetulan saya baru ja mengikuti blog hasue sebelum bersalin hari tu...hari ni tiba2 terasa nak melancong ke blog Hasue lagi..kebetulan pulak ada give away..itu le saja2 saya try.. buat readers yg nak join boleh p SINI

Untuk Info Hasue, saya juga baru melahirkan anak thn lepas..baru je lepas pantang, baru je start keje balik...nak tengok baby saya...jeng..jeng..jeng..sila skroll di bawah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hai Auntie Sue...nama saya Zhariff Luqman Bin Zamri..Anak ke-3 dari 3 adik beradik. Saya ada 2 org kakak. Lahir pada 5 Dec. 2010...Berat masa lahir cuma 2.82kg. Saya lahir kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah. Mummy saya org Kedah tapi residing kat Shah Alam. Sekarang Luqman dah pun 2 bulan. Luqman dah pandai bersembang tau. Hmm..talkative macam kakak2 nya. Gambar diatas ni Ashu (Acu) saya yang ambik masa tu tengah nangis nak susu.

Ok dah la Luqman Mummy pulak nak tulis yer... oklah Hasue....Alhamdulillah my only son ni so far health condition dia baik. Then dia sekarang dah tak banyak kerenah dah pandai nak adapt dgn kesibukan Mummy dia yang hampir 24jam bekerja..Kesian Luqman nak buat macam mana kan sabar je la Luqman yer..

Ok la Sue, itu je la kot cerita ceriti kami...anyway salam perkenalan sebab selama ni I'm just a silent reader..suka tgk kek2 lapis Sue...halalkan resepi Sue yer...


Wednesday, February 9, 2011

Pokok cili

Hai..lama2 blog ni jadi blog bercucuk tanam la pulak kanna. Tapi too excited...heheh..yg di tunggu dah tiba..apa tuuuu.....
Hah ni dia...punya la lama dia dok asyik berbunga tapi tak pernah jadi buah..tapi pagi tadi tiba2...wahhhh dah ada buah..quite a lot jugak..and comel2 pulak tu...yipieeee tengkiu pokok cili, tengkiu pokok cabai...hehehe..menjadi buah jugak akhirnya..alhamdulillah

Monday, February 7, 2011

Rose

2 minggu yang lalu my pink rose mekar kembali....For the first time aku letak kt dlm rumah...comel sikit la meja makan aku tu kan...botol tu recycle dr botol soya bean....beli soya bean tu pun sebab botolnyer tu...bolehla..bestnyer rasa dapat letak fresh flower yg di tanam sendiri.....last Saturday aku beli lagi 2 pokok roses satu kaler merah satu kaler putih....hopefully hidup subur mcm pink rose ni....lepas ni harapnya terhias lah our dining table with roses.....InsyaAllah

Welcome to the world- Zhariff Luqman

Dah lama tak bersiaran....kali ni baru la boleh aktif sket sebabnya kat rumah sangat2lah busynya....
Alhamdulillah our one & only son selamat di lahirkan pada 5 Dec 2010 normal delivery dengan berat 2.82kg. 1st time bersalin kat GH kat Alor Setar. Prior to the delivery date rasa takut2 jugak coz ramai yg kata bersalin kt GH kata GH teruk..tapi Alhamdulillah daripada mula masuk utk pecah ketuban sampai la discharge layanan yg di terima dari Staff2 Hospital Sultanah Bahiyah sangat2 lah ok!!! Thanks to all the nurses, midwive dan jugak doc yg merawat kami 2 beranak sampai la ok......sangat2 mesra.....

Terima kasih jugak untuk mak dan abah yg telah bawak saya ke hospital since my husband not around, (kebetulan seminggu sebelum Zhariff lahir, my mother in law meninggal dunia, so my husband balik semula ke Klang sehari sebelum mak meninggal) dia sempat jumpa
abah dia seminggu je, then abah balik Shah Alam balik sebab kena kerja...

Now Luqman dah pun 2 bulan dan hari ni 1st day dia kena dok kat nursery. The sisters so excited dgn kehadiran adik baru ni. Kak Fofhie tak habis2 dok pesan kat adik dia jangan buat perangai masa kt nursery..ishh2..lawak sungguh. Quite bz nih takleh story mory panjang2..tgk pic je lah