Sejak masuk Ramadhan ni dalam hati teringin nak baking tapi aihhh malasnya nak bergerak..dgn Luqman yg semakin ligat...asai lepas buka ja..dia kecoh2 pastu ajak mommy tido..mommy nk kenkonon nak terawih dah 2-3 malam terlajak haduhai anak...apa2 pun kukis ni mmg dah dekat 2-3 minggu dok telek resepi ni..ish sedap ke tak nih...masak bake kukis ni bau harum..hmmm so bila rasa not bad at all...banyak cashews kat dlm kukis tu..ok..boleh cuba kalau sesiapa suka...try ek...nnt saya nak try resepi cashew yg lain pulak pastu decide mana satu nak di mass production kan...oraittt..semak resepi kat bawah ni ye...
Resepi di adaptasi dari buku Cookies fun and tasty treats by Yasa Boga (Indonesian)
Bahan2:
150g butter (saya guna Anchor)
125g castor sugar
2sdt instant coffee+ 2sdb air panas
1/4sdt garam (saya tak masukkan)
1sdt esen vanilla
225g tpg gandum+ 1/2sdt soda bikarbonat (diayak)
150g cashew nuts yg di panggang (100g di cincang kasar, 50g utk hiasan)
Cara2:
1. Pukul mentega, gula, coffee mixture, garam (if any) dan gula hingga kembang.
2. Tambah tepung dan gaul hingga sebati kemudian masukkan cashew nuts yg telah di cincang kasar.
3. Buat bulat2 dan leperkan sedikit. Kemudian letak sebelah kacang gajus sebagai hiasan. Kalau suka boleh sapu dgn kuning telur.
4. Bakar dlm oven yg telah di panaskan pada suhu 160deg C selama 20min.