Monday, February 16, 2009

Nasi Daging

Semalam, plan nak buat Nasi Daging. Nasi Daging ni memang fames kat Kedah esp dikalangan orang Patanni. My father's side mmg dari Patanni whilst my mother side's asal dari Hadyai. Kalau sesapa pernah p Pekan Rabu kat Alor Setar tu, you all boleh tgk ada rempah peket ready made. See photo below.
Kat kawasan Kpg Pattani, nasi daging ni biasanya dihidangkan ketika kenduri kahwin atau pun ada majlis2 kenduri lain atau pun ketika raya. Kalau time kenduri kahwin kat kampung diorang akan sembelih lembu, so biasanya 2 ekor lembu pasal sedara mara kan ramai. Nak lagi bila buat nasi daging memangla tak cukup kalau sembelih sekor. Cara masakan yg simple tapi sedap. Kalau nak tau kena la try. Sepeket ni boleh buat utk 8-10 orang makan.

Cara masakan seperti tertera kat peket tapi secara sinopsisnya, mula2 kena rebus daging tu supaya empuk so bila masak dgn nasi takla hangit nasi tu sebab nak menunggu daging tu empuk kan. Siapkan bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih dan halia, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Beras perlu dicuci dan ditoskan terlebih dahulu, then tumis bahan tumisan hinga wangi, masukkan tomato sup (spt yg disertakan) then bancuh serbuk rempah tu tumis lagi kemudian masukkan daging yg dah direbus, kacau sebentar masukkan air yg secukupnya untuk masak nasik. Boleh guna air rebusan daging tadi. Bila air mendidih masukkan beras. Then tanak sampai masak.

Daging tu then di hiris nipis dan ketepikan. Kawan utk nasi daging ni ialah air asam, tapi kalau nak tambah sayur boleh buat acar timun ataupun dalca.

3 comments:

lindalyn said...

Cik zaid..nasi daging ni lebih kurang sama ngan nasi beriani gam ka?

che zaid said...

Lain lindalyn. Rempahnye pun lain. Tapi yang sama cuma daging nya diletak sekali dgn nasi. Nasi daging tak pakai saffron.

che zaid said...

Lindlyn, nasi daging ni lebih mudah disediakan berbanding beriani gam