Wednesday, June 17, 2009

Ziarah to Madinah- Episode 2

Dalam Episode 1 tadi I forgot to tell u all about my perjalanan dr Malaysia. We took Etihad Airways for our journey from KL- Abu Dhabi- Jeddah and return pun same. Transit kat Abu Dhabi. Time below is 12.40am- it was Abu Dhabi's time and we were dalam perjalanan utk naik plane ke Jeddah. Pic below masa dah naik bas kat airport King abd Aziz. Time ni waktu lebih kurang 4.30 pagi, our journey to Madinah which took about 6-7hours.

It was unbelievable journey. Tak sangka boleh sampai ke Saudi Arabia. Tunggu passport yg di collect masa keluar dr airport di cop (pelik sikit I rase pasal passport tu tak di cop masa kita exit dr Immigration, bila dah keluar ke Balai Ketibaan barula Immigration Officer tu collect balik passport tu utk cop), at about 5.30- 6am barula bas gerak ke Madinah. On the way tu, we all stop kat so called R&R la kalau kat Malaysia ni kan, utk collect breakfast. 1st meal of the day, Nasi Putih + ayam masak merah + telur dadar + timun. Sedap jugak.
Makan dalam bas je, then perjalanan di teruskan, susah sungguh nak nampak pokok2 hijau kalau ada pun setompok dua je la, tapi gunung ganang full of rocks. I wonder masa zaman Rasulullah dulu macam mana ye orang2 zaman tu naik unta dr Mekah ke Madinah, Taif dan sebagainya, betulla ustaz yg conduct usrah tu cakap, bila kita menghayati perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya menegakkan Islam barula kita tau betapa susahnya perjuangan mereka dan kita akan sayang agama Islam ni dgn sesungguhnya dan takkan biarkan org lain menghapuskan Islam and I also wondering cemana depa boleh spot tempat ni negeri apa, daerah apa and kampung apa pasal everywhere sama ja unless kalau area tu ada oasis kan.
Since perjalanan di sekeliling cuma ada padang pasir je, so I took my own sweet time utk tidur, sesekali terjaga la jugak then terjumpa la few R&R lagi yg tak la secun kat Malaysia ni. Standardnya kat R&R depa ada stesen minyak, supermarket, kedai makan and coffee station serta mesti ada musolla.

Kami sampai di Madinah around 12noon, so letak beg kat bilik then terus p solat Zuhur kat Masjid Nabawi, just a walking distance, dekat sgt2 just across the road of Perkuburan Baqi'. Madinah for me sungguh tenang, tak kalut tapi very hot and dry. Keluar je dari hotel, angin panas yg kering menyapa pipi, uhhh bulu roma pun rasa panasnya. Tapi masa tu takla nak mention panas3 kan..kita buat as if tak dak mende la...area Masjid Nabawi pun still ada construction works, bina toilet, preparation utk musim haji la ni. They all keja pun sat ja, after asar start sampai malam. Setiap malam lepas Isya' persekitaran masjid jadi meriah, ramai la org dok berjualan. Macam2 patent dok ada, tapi depa ni sepatutnya tak boleh meniaga kt situ, bila depa nampak polis cepat2 bungkuih balik apa hat depa dok juai tu. Lari lintang pukang. Lawak sungguh dok teringat peel peniaga2 ni..yg paling tak tahan tu kalau kita tk mau beli depa kata kita kedekut atau bakhil!!!kureng asam betoi Pak Arab ni kan. One thing, kalau u all tak tau cakap Arab pun ok, coz majoriti peniaga kat sini boleh cakap Melayu. Yang penting kalau tak suka harga yg ditawarkan kata la HARAM, kalau suka kata la HALAL.
The above is Masjid Qiblatain. Masjid dgn 2 kiblat. Selama 16- 17 bulan masa zaman Nabi, kiblat adalah mengarah ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis, tapi Allah telah memerintahkan supaya Kiblat kemudiannya menghala ke Kaabah di MasjidilHaram. Masa sampai kat Masjid ni, memang nampak ramai sangat org. esp perempuan coz tempat solat utk wanita di tingkat atas. Nak naik atas kena pakai eskalator (no tangga). Masa kami nak naik org mmg berpusu2 berebut nak naik sudahnya adala makcik2 dr other continent(bukan dari Malaysia or Asia Tenggara) dgn tudung panjang depa yg meleret2 tu terjatuh...suspen betul la...takut kain depa tu tersepit ja kat celah eskalator tu. Bila nak turun pulak depa pakat buat macam ski. Seriau sungguh. Kesian pun ada jugak coz maybe that was their first time dapat tgk benda alah tu, so, apa yg penting kita kena la bersyukur byk2 coz here, kat Malaysia ni we can see it almost everywhere.

Jemaah wanita kat lobi hotel just before we left Madinah for Mekah utk berumrah. Selama 4 hari berziarah di Madinah, hati rasa berdebar2 bila fikirkan pasal Kaabah and Masjidil Haram, tak tau la apesal. Lepas ni kami akan berniat umrah di Miqat yg terdekat iaitu di Bir Ali sejurus selepas keluar dari Tanah Haram Madinah.
Semasa di Madinah, org berebut2 utk mengerjakan solat dan berdoa di Raudhah. As for women susah sikit pasal time allocated for women tak lama sangat, sekitar 2-3 jam saja per session. Raudhah ni adalah sekeping tanah dari syurga diantara mimbar dan mihraj berdekatan dgn Makam Rasulullah. Tempat yg paling mustajab doanya di dalam Masjid Nabawi. Kalau dapat solat 2 rakaat kt sini pun dah besar sgt rahmatnya.
Selepas berniat umrah, kami continue our journey to Mekah, then we stopped at one of the R&R pasal driver bas tu nak isi minyak. Since dah masuk Zohor, kitorang bersolat then makan kat satu restaurant yg ada kt situ. We ate Grilled Chicken Rice. They served dalam dulang, with half cut chicken utk 2 org makan. Mak aii sedap tak terkata nasi dia tu, ayam tu pun sedap sangat. Sempoi je hidangannya, ayam panggang yg diperah dgn lemon dan makan ayam tu dgn bawang besar mentah. Memang habis..semua org cakap sedap; 4 thumbs up!!!!. Gambar kedai tu n the nasi as below:
Few hours later, kami pun sampai di Mekah dgn perasaan yg berdebar2. Pic bawah ni masa baru sampai kat hotel yg cuma sbrg jalan ja dgn Masjidil Haram. Syukur sangat sebab dekat. Pic bawah ni masa masing2 tgh tunggu kunci bilik. Lepas dpt kunci and simpan beg kami terus ke Masjidil Haram utk melakukan umrah wajib kami yg pertama.To be continued....











No comments: