Monday, March 14, 2011

Open Face Seafood Bistik

Wah nama...tak tahan..lantakle resepi rekaan sendiri, sendiri la bubuh nama..sejak dua menjak ni mati akai le nak masak apa..ni menu Jumaat lepas. Ingatkan dah x payah masak untuk dinner sebab bila sampai rumah agak lewat secara automatiknya jadi malas nak masak..dok sibuk shot bunga ros..jam dah pun 7.30mlm. Then hajat di hati nak buat cucoq udang ja sekali Che Abang tu nak makan nasik la pulak...adeh....dlm hati sangat malas okeh..tu yg masak pun sgt2 ala2 kadar...(macam la sebelum2 ni menu kami KEBABOOM sangat kan..ceh)

Bahan2:

3sdb tomyam paste cap Life (kalau suka boleh tambah lagi)
2 inci halia
1 btg serai
5 ulas bawang merah
****boleh di blender semuanya
2 ekor sotong
8 ekor udang buang kulit
1 labu bawang besar
1 cwn frozen mix vege
2 bj telur- di pukul sedikit (untuk buat telur dadar)
Garam, gula secukup rasa
Sos cili Life
Kicap manis
sedikit cili padi untuk tambah pedas, tak suka boleh omit

Cara2:
1. Buat dulu telur dadar, mesti nipis tau, kalau tebal tak sedap. Untuk 2 bj telur tu saya guna non stick pan size 8inci. Kalau pan anda kecik pakai 1 bj telur pun dah cukup. Dah masak ketepikan.
2. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Then masukkan tomyam paste, sos cili dan seafood. Masak sampai seafood tu separuh masak then masukkan kicap, bwg besar dan mix vege. Kalau suka boleh tambah daun limau purut. Masak sampai kuah agak pekat dan sedap la, kalau kuah tak cukup masukkan air sikit je....cukup manis, masin dan masam...then padam api. Tuang ke atas telur dadar.

No comments: