Friday, December 4, 2009

Pepperoni Pizza- Homemade Recipe

After so long tak update blog ni, hari ni nak buat n3 sikit la pasal dinner kami ber3 mlm tadi- Pepperoni Pizza- Homemade Recipe. Sejak dua menjak- yakni sejak oven breadmaker tu ala2 buat perangai aku try menguli roti pakai kederat aku yg tak seberapa ni hah. Lah..rupa2nya tak la susah mana. Lagi cepat as compared to breadmaker. Makanya starting from that day sampai la la ni, tulang 4 kerat ni la yg akak guna untuk menguli doh...happy la sangat2. U all should try tau. Best sangat dan bila kita yg sekali sekala makan pizza ni buat pizza secara tak langsung dapat menerujakan seisi rumah tangga. Tak percaya try la!!!! Ok recipe kat bawah ni adalah copy paste dari recipe from breadmaker tu. So simple, doh pun lembut dan seneng banget.....

Pizza Base/ Doh Pizza untuk 4 keping pizza
41/2 cwn tpg roti
2sdt yis
2sdb susu tepung
2sdb gula
1sdt garam
12/3 air
2sdb minyak (saya pakai olive oil)

Cara2:
Masukkan bahan2 kering ikut turutan, elakkan yis terkena garam, bukan setakat pengsan yis tu terus x hidup. Adukkan supaya semua bebahan tu serata then buat lubang kat tengah2 masukkan air dan olive oil.
Lepas tu guna hujung jari kaiskan tepung keliling air sikit demi sikit sampai la tergaul semuanya, then uli hingga la doh tu tak melekat kat tangan dan bekas adunan. Tutup dgn aluminium foil or cling film selama kira2 1 jam atau hingga double the size.
Then tumbuk2 adunan tu utk keluarkan angin dan bahagikan kepada 2 bhgn, then bahagikan lagi setiap satu bahagian tu kepada 2 lagi. Bulat2kan.
Ambil papan canai taburkan tepung gamdum atau tpg roti dan canaikan doh tu hingga agak2 8- 9 inci, ikut acuan andalah. Tapi kalau pakai tray oven tu pun boleh jugak so pizza anda jadi rectangle lah...
Ratakan sos pizza, mozzarella, topping, mozarella lagi dah siap utk di bakar pada suhu 175C selama 20minit.

Resipi Basic Pizza Sauce ala CheZaid:
1 tin kecil tomato puree (concentrated)
1 tin besar tomato puree yg agak cair
***bezanya satu tin kecil tu sgt2 pekat utk bagi kaler sos tu cantik, manakala tin yg agak besar (mcm size tin susu pekat tu) kaler dia agak cair.
1sdt pizza seasoning- boleh di beli di kedai bakery supplies
1 helai bay leaf
1/2 labu bawang besar- didadukan
1/2sdt black pepper- di tumbuk halus
Garam, gula dan parmesan cheese secukup rasa.
Olive oil utk menumis

1. Tumiskan bawang besar dgn pizza seasoning hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree kedua2nya sekali, masukkan garam, gula, black pepper dan bay leaf. Masak hingga mendidih dan sedia utk digunakan dengan pelbagai topping lain mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba!!!!

No comments: