Wednesday, November 16, 2011

Tomyam Putih (Ayam)

Semalam niat mmg nak masukkan N3 tapi kalutnya semalam ya Rabbi..hanay Allah yang Maha Mengetahui....kelam kabut..so tak dan nak ambik gambar makanan....hari ni tomyam tu masih ada tapi cuma cukup untuk saya makan sorang2 utk lunch hari ni...hehehhee..

Personally, inilah pertama kali saya buat tomyam without paste. Alhamdulillah menjadi..Saya buat tomyam putih je...tapi masih perlu improvised lagi..bahan2 main taram saja..apa yg pernah saya saya rasa dlm kuah tomyam bila makan kat kedai saya masukkan saja menjadi resepi saya..cuma husband cakap kuah cair sikit yelah saya tak blend kulit udang pun..or maybe terlebih air...

Anyway kepada pembaca blog ni jika ada...kalau nak try cara saya boleh la ikut resepi kat bawah ni ek..kalau tak..hmmm p la beli perencah tomyam ADABI tu hah pilih ja nak hat kuah merah ka, kuah putih ka ataupun tomyam kung......tapi perlu di ingat kalau buat sendiri lebih mantopssssss..malah family kita pun akan impress dgn kita dan masing2 akan pulun makan..best kan???

Okeh saya buat pakai periuk 5 liter saja......bahan2nya:

ayam di potong kecik2 (saya guna 6-7 ketul ayam yg di potong 16, potong lagi kecik)
1 labu Bawang besar Holland di hiris
2 btg serai (ambik yg putih saja, dan tindik)
2 inci lengkuas ( di tindik)
1/2 bj tomato (kat rumah saya kalau letak byk2 membazir sbb kami x makan pun sgt)
kobis bunga secukupnya
Jagung muda
2 btg carrot
cendawan tiram secukupnya (saya tambah ni sebab anak2 suka)
2 helai daun limau purut
6 bj cili padi di tumbuk hancur
air limau kasturi (saya guna yg ready made dan letak dalam 6- 7sdb)
Garam, gula dan sedikit kiub ikan bilis
(Kulit udang di blender dan di tapis)


Cecara:
1. Panaskan periuk, masukkan serai, lengkuas, bawang besar dan ayam..masukkan sedikit air untuk di jadikan stok..boleh juga di masukkan tomato..tapi saya kemudiankan sedikit.
2. Bila dah mendidih, tambahkan secawan air, (bergantung kepada banyak mana kuah yg anda inginkan. Masukkan daun limau purut.
3. Masukkan sayur2an, air kulit udang, garam, gula, kiub ikan bilis dan air limau.
4, Biarkan mendidih dan sambil2 tu rasalah ia mengikut citarasa anda...
5. Dah cukup rasa, haaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah siap la

No comments: