Tuesday, September 30, 2014

Kek Pandan Chiffon with Creamy Coconut Buttercream

Alamak dah ketagih semua nak berblogging. Hari ni nak kongsi resepi dgn kek terbaru saya ni. Kek ni kalau agak2 malas korang boleh je order terus dgn saya. Jengah2 my  FB PAGE ni ye...tq in advance.

Kek Pandan Chiffon.

BahanA:

150gm superfine flour
1tsp baking powder
1tbsp milk powder
100gm gula halus
1/2 tsp salt

Bahan B:

70ml minyak masak
4 bj telur kuning
100ml air (saya guna 70ml santan pekat, 30ml air)
1tsp pewarna dan perasa pandan

Bahan C;

4 putih telur
80gm gula halus
1/4tsp cream of tar tar (saya tak guna)

Cara2:

1. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sikit demi sedikit hingga adunan jadi stiff peak. Kalau terbalikkan bekas pun tak tumpah.

2. Masukkan bahan A 7 B secara berturutan dan mix hingga serata.
3. Ambil 1/3 bahan dari step 1, dan kaup balikkan ke dalam adunan 2. Kemudian masukkan selebihnya sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.
4. Griskan acuan dan masukkan adunan tadi. Kemudian masukkan ke dalam oven yg dah di panaskan pada suhu 180degC selama 30minit.
5. Dah masak...terbalikkan acuan ke atas redai selama beberapa minit utk elakkan kek dari termendap..then terbalikkan dan keluarkan dari acuan. 
6. Biarkan sejuk kemudian divide 3 bahagian dan lepa dgn buttercream tadi. Hias ikut suka hati.


Creamy Coconut Buttercream- guna method Swiss Meringue Buttercream)

6bj putih telur
250gm gula
11/2 ketul Butter
1/3 cwn santan (saya guna santan pekat)

1. Double boil egg whites dan gula hingga gula cair dan bila di sentuh dah xde butiran gula. Kalau nak senang pakai candy termometer dan ukur suhu dlm lingkungan 165deg C. 

2. Kemudian tuang ke dalam mixing bowl dan mix hingga putih telur tadi menjadi kental( stiff) dan sejuk bila di sentuh pada mixing bowl td.

3. Kemudian, masukkan butter sedikit demi sedikit. Masukkan sikit then mix, masukkan lagi butter hingga habis. Then keadaan adunan butter + telur tu akan nampak mcm 'soupy' sikit, tapi teruskan mixing sampai 'bind'. Dah tak cair dah. Then baru masukkan santan sedikit demi sedikit sambil2 mesin mixer tu dok pusing. Keep on mixing sampai adunan butter tadii ready utk di lepa pada cake. Then boleh matikan mesin.



*****SELAMAT MENCUBA****


1 comment:

Nur Zayyani Liman said...

Salam kenal..
Wah cantik frosting awak..berbakat..