Showing posts with label Weekend Menu. Show all posts
Showing posts with label Weekend Menu. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

My Weekend

ekUrgh lama sungguh tak update blog ni dan dah berzaman jugak tak masak......tiba2..di suatu pagi yg hening hari Sabtu nan lalu aku memulakan pagi dgn memasak nasik lemak.....yippieeee...terasa macam lemah longlai 4 bln lalu serta merta hilang...before this bukannya tak nak masak tapi deria rasa jadi teruk sangat hilang entah ke mana...so bila masak semua benda jadi tak sedap..dah la nak masak pun siksa batin je rasa..sudahnya my hubby kene take over..walaupun dia hanya boleh masak benda2 sempoi saja tapi ehh I makan bertambah you..lalu pulak tu makan nasik..tapi kalau sendiri yg masak mmg ku tak makan....inilah penangan mak buyung...
Anyway, tak dak la special mana pun nasik lemak ku itu, dgn brg2 yg limited, kejut cik abang suruh p kedai liat bebenor..apa yg ada dlm fridge itu je la yg di pakai..telur terpaksa di buat telur dadar sebab stok telur cuma ada 3 bj..kalau eden nak rebus mmg la tak cukup. Punya la lama tak masak, timun utk santapan ngan nasik lemak ni pun aku dah salah potong...potong ala2 style nak buat ulam la pulaknya...tp my hubby cakap okla tu..nak masuk perut jugak...mmg la..tp presentation tak cun arr...Ikan bilis pun ade sejemput saja..nasib bek gegirls 2 org tu jenis tak makan ikan bilis....depa lagi suka telur goreng..so cukupla utk kami 2 org...sambal pulak cuma sambal kosong jek...
Resepi tak yah letak la kot..x de special nyer pun..tp aku punya nasik lemak mesti letak fenugreek- org melayu panggil Halba..buka pape pun nak menambah aroma nasik tu ja....Anyway, bila masak nasik lemak ni secara tak langsung aku telah mencemar duli memetik sehelai daun pandan yg baru gaya2 nak idup hasil pemberian Zafira sempena pindah rumah hari tu...daun dia pun kecik2 lagi..sayang nak pakai byk2..satgi tersentot pulak pertumbuhan pokok tu kanna..biaq la dia...
***Tengokla pokok pandan ni cinonet lagi...dulu nyaris igt dia x nak hidup dah..al maklumla selama ni bela pokok semuanya mcm hidup segan mati mau...tapi hopefully daun pandan ni membiakla dgn jayanya..aminnnnnnn...
Dah siap breakfast, sibuk pulak aku menyiapkan order kek utk delivery hari tu....then pas2 nak p ambik my cousin kt UM and nak singgah kt nursery kat Sg Buloh nak beli rumput, alat2 gardening dan sedikit pokok2 serta baja....ada projek baekkkkk punya!!!..heheheh..tunggu next updates.On Sunday, since dah ada my cousin tu kitorang memprojek kuih raya...bukan utk makan raya tapi utk makan hari tu jugak...saja nak bagi aktiviti sikit kat the "Zarrifas" berdua tu...kalau tak sibuk nak main ja...they really enjoyed the cookie making time tu.- We all buat biskut cornflakes ja tu pun pakai 1 adunan, mana cukup..tapi since cornflakes tu depa dah makan tinggal separuh mana nak buat byk2 kanna. Aku namakan cookies tu "Chicken Little cornflakes cookies" sebab ada stock CHEERIOS kat rumah yg sapa pun tak makan, bila letak 2 ketul nampak la mcm spec Chicken Little tu then letak pulak ceri merah kat bawah tu dah nampak mcm paruh dia...cute..budak2 ni suka tapi tak sempat nak ambik gambaq cookies tu malamnya dah wasalam dah pun..kena buat lagi la pasni.
Sunday morning before that p pasar...beli ayam utk buat nasik ayam and mee kari..suruh la brader ayam tu potong kecik2 utk buat mee kari and sekor lagi biarkan sekor utk buat roasted chicken utk di makan as nasik ayam...then pesan kat dia jap lagi aku ambik sebab nak beli sayur, sekali sampai rumah tgk2 11/2 ekor ayam tu semua dia potong kecik2...UWAAAAA cemana nak wat nasik ayamm..sudahnya tukar la menu, aku masak AYAM MASAK HALIA......
Resepi main ikut sedap hati sahaja, tiada rujukan di mana2...jadi sapa nak try buleh la ambik resepi spt berikut:

1/4 ekor ayam yg di potong kecil
21/2 inci halia..nak lebih pun boleh5 ulas bawang merah..nak lebihkan pun lagi sedap
3 ulas bawang putih
Worchestershire sauce secukup rasa (jgn pakai byk sangat)
Sedikit belacan
10 biji cili padi..di hiris- kalau suka lagi pedas..lebihkan
1 bj cili merah - di hiris
Garam
Gula melaka- di kikir
Kacang panjang- di hirisLobak Merah- di potong
Sedikit kicap jika suka
Minyak utk menumis

***Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus dan perap dgn ayam selama 1/2 jam atau lebih, tambah garam secukup rasa dan Worchestershire sauce.

1. Panaskan minyak dan masukkan ayam yg di perap. Masak hingga ayam agak masak dan masukkan cili padi dan cili merah...gaul rata, kemudian masukkan gula melaka, kacang panjang dan lobak merah..
2. Perasakan secukup rasa, kalau suka boleh tambah kicap, sebab masakan ni nampak agak kurang berseri tu sebab aku tambah kicap.
3. Dah masak ayamnya, tutup api..hidang..sempoikan??!!! dan juga sesuai utk wanita berkerjaya esp time bulan posa nnt..simple!!!
Sesambil masak nasik, aku masak jugak kuah utk mee kari ni...dah berapa hari dah dok kecur teringat kan mee kari nih....jadi kenyataan la jugak akhirnya...mee kari ni menu minum petang we all. Siap sambal kerang lagi tu...ok..itulah permulaan aktiviti masakku di hujung minggu..ADIOS!!!

Wednesday, September 2, 2009

Nasi Ulam dan Sayur Asam Keladi

Wah ini memang menjadi kegemaran kami sefamily. Ini adalah makanan yg cukup fames kala bulan puasa di Kedah (I'm talking about Aloq Staq la, tak tau la daerah lain fames dak dgn nasik ni). Bebahan based from my mother. Sayoq Asam Keladi tu (kami pangge Sayoq Keladi ja) rasanya macam kuah laksa tinggal lagi masuk batang keladi yg dah di rebus dulu. Ulam2an abah petik dari kebun yg sekangkang kera kt tepi rumah. Nak citer ulam apa yg dimasukkan hanya beberapa jenis saja yg saya tau..nanti lain kali dedaunan tu akan saya masukkan satu persatu. Kali ni punya tak sempat coz waktu gambar tu di ambil time nak berbuka tinggal lagi 15 minit...kena berletiaq dgn mak lagi satu hal pasal dok ambik gambaq la...org dah kalut kanna. Anyway nak buat nasik ulam ni nasik tu kena sejuk dulu, ulam2an di hiris halus, then masukkan ikan talang masam yg di bakar dan di tumbuk halus, isi udang kering yg di sangai dan di tumbuk halus, serbuk lada hitam, kelapa goreng dan garam.
Senarai ulam2 yg di gunakan untuk nasik di atas akan di update kendian ye...banyak nak di storykan tapi x cukup time le pulak. Ok see u all in the next n3. Selamat berbuke...

Monday, May 25, 2009

Pajeri Nanas (Pineapple Pacheri)

Lama sungguh tak masak pajeri. Bila dah datang teringin tu wajib la masak. I cooked this yesterday, tak sangka pulak my PIL and husband suka makan pajeri ni. I cooked based on my mom's recipe. I think semua org utara masak macam ni kot, tapi kat area selangor ni style masakan lain sikit kan...tak pakai kerisik.

My ingredients:
1 biji nanas- di hiris bulat atau ikut suka tukang masak
5-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
11/2 inci halia
GENG 3 sekawan- kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Sepeket kecil udang kering- di rendam
* Tumbuk bhn2 diatas EXCEPT nanas hingga lumat.
Daun kari
1 peket kecil serbuk kari daging
Santan dari 1 bj kelapa- 2 kali perah je tau.
2sdb kerisik
Garam & Gula

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan2 yg di tumbuk tadi dgn geng 3 sekawan dan daun kari hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes. Bila dah pecah minyak masukkan santan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan nanas, garam dan gula- gula kene lebih sikit sebab pajeri ni harus manis tp secukup rasa. Then masukkan kerisik. Kalau suka boleh masukkan pati ikan bilis atau ayam.
4. Biar memekat dan tutup api.
Pajeri ni sedap di makan dgn nasi panas, tuang kuah merata ke nasi then bubuh kicap sket padankan dgn ikan masin jeruk mcm pekasam ke, ikan gelama masam ke, ikan talang masam ke, gaul sekali dgn sambal belacan..perghhhhhhh!!!!

Monday, April 6, 2009

Menu di hujung minggu

Sabtu: Breakfast with Pau inti Kelapa Lunch: Otak2 Nyonya Style Lunch: Ikan Talapia Bakar Portugis Style

Ahad:
Lunch: Sambal Goreng Ikan Bilis dgn Kentang

Lunch: Kerang RebusTea- Time/ Medang: Tauhu Sumbat Dwi Cicahan (Sos cili + kuah rojak Mak Bee)

Tuesday, February 10, 2009

Ahad dan Senin

Lagi story mory pasai makanan..cuti panjang keja kt dapoq je la..anyway..Ahad yg baru nan lalu I baked a chicken- jarang2 sekali masakan ini terhidang di meja makanku. Resepi kali ni from my "TAIKO". So, resepi ni since blom ada nama, saya letak disini as AYAM BAKAR DR KAMAL. Tengok la ayam tu super kena sunburnt paling kronik..kesian sungguh. Anyway, sedap, saya buat rempah tu kasi manis sket..yummy!!Bahan2 senang dicari dan mudah didapati. Bahan2:
1 ekor ayam- saya guna ayam kpg
8btg serai- racik dan bubuh dlm blender
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
segenggam biji ketumbar- basuh dan bubuh dlm blender
segenggam jintan manis dan putih- basuh dan bubuh dlm blender- i just used serbuk punya dan tu jintan putih tak dak dlm stok, harus x pakai
seinci lengkuas- bubuh dlm blender
2 inci Kunyit hidup- bubuh dlm blender
Garam dan gula secukup rasa- bubuh dlm blender.
2 helai daun pandan sumbat ke dlm ayam

Cara2:
1. Blend semuanya dan lumur ke tubuh ayam. Perap selama sejam atau overnite.
2. Bakar pada suhu 200deg. selama 11/4 jam.

Sedap di makan dgn nasi & dicicah bersama2 sosnya.
Petangnya pulak p jengok wife my husband's fren. Baru bersalin. Baru tak baru la dah sebln dah kawan tu bersalin..so sempat ambik sekeping je gambar masa tgh dukung baby ni..si Sophie pulak sibuk jugak nak duduk atas mummy sudahnya muka baby x clear sgt, yg clear muka si sofea ni..




Tapi paginya tu kami berempat p lepak kt Tasik Shah Alam. Bawak depa ni p playground kat situ..balik rumah dah 12.30tgh hari.Masa p tgk baby td, my SIL call suruh singgah rumah ibu mertuaku makan nasi carrot dia masak. Masa tu dh pukul 7pm, kitorg mmg tk plan nk tido situ this week, so betul2 singgah makan then balik rumah la. Habih tu ayam bakaq tu ada balance lagi..nak buat apa tu chek?? Hmm hari Sabtu hari tu ada buat roti- Roti Pullman resepi dr Alex Goh..so, buat sandwich la apa lagi...Tapi nak tayang gambar roti tu dulu. Sedap n kenyang sgt walaupun makan roti tu cuma 2 keping.


Menu utk hari Isnin;

Pagi: Baked Chicken Sandwich with Pastrami


Lunch: Nasi n masak lemak cili api babat dgn rebung


Tea time: Kaya Toast


Malam tak dak dinner...sapa nak makan nasi dipersilakan but me, dah tutup buku. Tak makan apa2 dah. Just kudap2 makan buah jek..

Aktiviti sempena cuti Thaipusam

Last weekend was a long weekend. We all tak p mana2 just stay @home. My target nak kemas rumah which not my favourite tapi kena buat la jugak...Kemas rumah bermaksud shift & change everything. Anyway, tengok dulu kronologi event & menu yg ada starting from Friday 6, 2009. Untuk pengetahuan, time ni politik Malaysia mengganas lagi dgn kemelut politik kat Perak...


FRIDAY 6 Feb, 2009
Lepas ambik Ifah kat sekolah, we decided singgah kat Kompleks PKNS (Kompleks is what local people used to call) for lunch and utk cuci2 mata. Kompleks ni tpt dimana tak sah kalau tak singgah bile time raya. Ifah nak makan Kyross Kebab. So, we just ordered kebab 1 set. While waiting for food i captured her pic.


Lepas makan, p beli groceries sikit kat pasaraya kat bawah tu then chow balik office. Iffah ni mummy bawak p ofis up to 5.30pm. Lepas tu balik then fetched adik kat nursery which just 5 minutes drive or jalan kaki.
Hasil dari membeli belah kat kompleks tu, malamnya our dinner just jelato wrap ni..of course yummy kalau tak my husband takkan suruh buat lagi..
The wrap tu pakai tortilla ready made, then grill garing, just letak mayonis, potong daging burger garing, saute bawang n timun, letak salad pastu tuang thousand island n cili sos and mozarella left to melt. Then cut into 1/4 for serving.Best dan kenyang.
SABTU, 7 Feb. 2009
Hari ni my husband not around, just us at home. So malas nak masak complicated just rugged je la. Menu hari ni, Pegedel Daging dan Sambal Oseng dgn petai.
Resepi Pegedel Daging (18 ketul besar duit syiling 5kupang)
3 ketul kentang- di hiris dan di goreng)
300gm daging- dihiris dan digoreng garing)
Sepokok daun bawang- di hiris
Bwg goreng sesudu besarGaram dan serbuk lada hitam/ putih
1 bj Telur
Cara2:

1. Tumbuk kentang dan daging secara berasingan hingga halus.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Bulat2kan sebesar duit 5 kupang, then panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Celup ke dalam telur yg telah dipukul sedikit, then goreng hingga masak. Siap dihidang.







Sambal Oseng dgn Petai

Sambal Oseng maksudnya sambal kosong (dalam bahasa jawa) betul tak org2 jawa sekelian???di perkenalkan oleh birasku. I'm not Jawa ok..tp kawin ngan org Jawa. Masa tu tgh peknen my 2nd, so tak lalu nak makan nasik, tp bila rasa dia punya sambal oseng ni, wahhh makan bertambah2 you!!

Bahan2 simple saje; ikan bilis digoreng garing, bawang merah, bwg putih (dalam 2 ulas) cili padi (wajib banyak, lagi pedas lagi kow), belacan- semua bahan ni ditumbuk agak2 halus, then tumis sampai terbersin2, masukkan gula, garam, air asam jawa dan petai. Tambah air sikit kalau tumisan terlalu kering. Bila cili dah masak masukkan ikan bilis. Sedap di gaul dgn nasik hangat. Lepas tu boleh tgk kt cermin, wajib telinga merah terbakar...Wargh..panjang la pulak entry kali nih..nnt sat lagi sambung lagi.