Thursday, August 26, 2010

Nasi Goreng Cina

Adoila..dah tak tau nak masak apa dah.....petang semalam time berbuka kami 4 beranak p beli jek..sebab Mummy tingin nak makan nasi kerabu. Nak buat belum daya lagi..hopefully long weekend this week boleh la buatkan...kebetulan semlm aku amaaaaaatttt letih...tekak kering betul, dah la turun- naik ofis tak tau bape kali, cuaca semalam pun panas membahang, mlmnya pulak tido pun cuma 11/2jam jek.....Sofea buat perangai lagi....aduhhhhh macam2..so apa pun tak masak la jadinya.

Cuma masak nasik je utk hubby and Ifah sebab diorang beli lauk. So, dah banyak berlebih, sahur aku pun goreng la nasik. Buat yang paling mudah sebab bdn still letih lagi......Nasi Goreng Cina je lah...sgt2 simple....janji dapat makan nasik...aku tak menambah pun sebab Sofea bangun nangis2 nak suruh tido dgn dia, mmg tak senang mak nak sahur.....haih budak ni kan...lagi dekat nak dapat adik lagilah dia rajin dok merengek.......Ya Allah berikan aku lebih kesabaran........Aminnnnn...

Wednesday, August 25, 2010

Kueteow Goreng

Almost everyday kami makan nasik. So, berbuka semlm cuba goreng kueteow pulak, pakai resepi sendiri...apa rasa nak letak...kita letak...kita yg buat dia kan.....semuanya main taram ikut instinct...kali ni lain sikit dr yg selalu2 goreng. Selalunya aku pakai kerang, kali ni tak letak, malas nk beli masa kat pasar hari tu...lagipun Ifah tak suka kueteow letak kerang padahal itu le yg sedap. Selalunya kalau aku masak kueteow mesti letak daging sebab manis air daging tu buat kueteow goreng sedap, kali ni cuma letak udang, fish ball and fish kek saja, tu pun dah meriah..penuh pinggan.

Yg lain kali ni jugak pasal aku guna fish sauce sebagai penambah perisa, dgn kicap lagi, wargh terasa kelainan ler.. Pas2 buat cili api jeruk kow2 punya pedas.....alhamdulillah kenyang........

Tuesday, August 24, 2010

Ayam Goreng Tumis Lengkuas & Halia

Sahur pagi tadi. Ini last kopek raw item in my freezer. Ayam ada la 3 ketul, hati and pedal. So aku hiris kecik2, hiris lengkuas, hiris bawang besar, hiris halia, hiris cili api.

Ayam tu di goreng( lumur garam dgn kunyit dulu) sampai agak garing, lepas tu buang minyak goreng ayam tu sikit then masukkan bahan2 tersebut di atas sampai agak layu. Then angkat. Wah memang best makan dgn nasik panas..even Ifah pun suka.

Cara masakan ni boleh buang angin tau, panas badan, bagus la utk mencergaskan badan time2 lesu di siang hari nanti. Bancuh pulak teh o panas...pergh sedap you olls!!!!
Lagi satu kalau tak suka ayam, boleh masak dgn sotong, udang dan daging. Sotong tu janganla goreng lama sangat satgi gigi palsu pun boleh tercabut. Liat...simple kan.

Mocha Ice Blended

Hmmmm sejak terpandang mocha ice blended kat blog Hana hari tu, hati resah gelisah selagi tak buat sebab semua benda ada kat rumah. Walaupun aku sakit tekak nak jugak buat tu....sekali ni je minum lepaih ni tunggu baik tekak baru minum lagi.

Bebahannya ada di modified sket dari apa yg ada kt blog Hana tu, sebab tetiba teringat masa zaman budak2 dulu masa keja part time kat outlet Famous Amos. Mmg sedap arr ice blended mocha n cappucino dia. So, jom semak bebahannya.

Bahan2:
2 peket kopi 3- 1
2sdb susu pekat
sedikit air
Ice cube secukupnya
2sdb chocolate syrup (optional, ni I tambah)
whipping cream (tambah jugak)
Choc chips (tambah jugak)

Cara2:
Masukkan semua dalam blender except whipping cream and choc chips.
Dah halus masukkan dlm gelas memasing dan letak la whipping cream bersama2 choc chips (nak pakai choc rice pun boleh)

Roti Arab + Kari Daging n sambal Ikan Bilis


Roti Arab tu ready made- beli kat Giant hari tu..berguna jugak masa tgh emergency kan...senang dan sedap. Cuma panaskan dgn margerin sampai dia lembut, then hidangkanlah ikut citarasa anda.

Kari Daging Pekat

Semalam chek perabih saki baki apa2 benda yg boleh di masak dlm freezer tu. Daging ada la seketul agak2 dlm 250gm kot...sejemput ja pun. Pkiaq p, pkiaq mai nak masak apa la gamaknya dgn bhn mentah yg sejemput tu ye...last2 toinggggg..masak kari boleh cicah dgn roti Arab dan sapa nak makan nasik boleh wat lauk..tapi sorang sikit je la...cukup la kot utk 3 org. Lepas tu my hubby request for sambal ikan bilis utk di cicah bersama kari dan roti Arab. Before lebih2 tgk la dulu resepi kari pekat caraku.

Bahan2:

250gm Daging (saya pakai batang pinang)
5 ulas bawang merah****
3 ulas bawang putih****
1sdb lada hitam****
1 inci halia****
Yang bertanda**** di tumbuk lumat.
Separuh hasil tumbukan tu mix dgn pes rempah, setengah lagi wat tumis.

yang di bawah ni, buat pes;
3sdb rempah kari daging
2sdb cili kisar

Bahan menumis:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
bunga cengkih
Daun kari
Bhn2 yg bertanda****

Garam
Asam Jawa
1 cawan santan
3 bj kentang di potong 4

Cara:
1. Panaskan minyak utk menumis, tumis bhn menumis. Dah harum masukkan pes rempah.
2. Kemudian masukkan daging dan tumis hingga pecah minyak.
3. Then masukkan garam, kiub ikan bilis sikit dan asam jawa
4. Dah pecah minyak, masukkan santan cair, dlm 1/2 cawan, then biarkan mendidih. Masukkan kentang.
5. Dah agak empuk masukkan lagi 1/2 cawan santan pekat. Dah cukup rasa dan mendidih boleh la di hidang.

Monday, August 23, 2010

Sandwich Pizza (temporary title)

Sahur pagi tadi cuma buat pizza sandwich ni. Dah tak sempat nak masak nasik pun dan jugak roti yg di beli last week expired hari ni. Sangat simple mudah di cuba oleh sesiapa jua.

Berinspirasikan magazine "MixingBowl.com" tapi saya cuma guna apa yang saya ada..apa yang saya ada ye????hmmm leftover spagetti sauce yg buat Spagetti Bolognaisse hari tu.

So, bahan2nya:

Roti sandwich
Pepperoni (saya tak pakai sebab spagetti sauce saya dah ada daging and mushroom)
Pizza Sauce (Spagetti Sauce; hatta sambal ikan bilis pun boleh guna)
Keju Mozarella parut
Margerin/ Butter

Cara2:
1. Sapu margerin/ butter pada sebelah bahagian roti, kemudian terlungkupkan ke atas non stick pan yg dah panas. Biarkan dia garing di situ.
2. Sapu margerin/ butter pada sekeping roti lagi, terbalikkan dan ratakan pizza sauce/ spagetti sauce/ sambal ikan bilis pada sekeping lagi roti (kalau guna pepperoni, boleh susun atas roti) dan taburkan keju mozarella tadi secukupnya...then roti ni pun di panaskan diatas non stick pan tadi (bhgn yg di sapu margerin di sebelah bawah)
3.Then ambik roti yg (1) tadi terlungkupkan la ke atas bhgn yg berturap pizza sauce tadi dan biarkan seketika hingga cheese tu mencair. terbalikkan jgn sampai hangus, angkat dan potong 2. Sedia utk di hidang.

Buka Puasa@Serambi Pak Engku

Semlm as usual my office organised Majlis Buka Puasa among staff and family. This year semua hotel harga buffet semua mcm da bomb kan..so, I decided tak mau buat kat hotel lagi...tapi tak mau p KL, nak area Shah Alam jugak..entahla malas nak jalan2 KL nak2 time bulan posa ni kan..jem tak hengat!!!!So, I chose Serambi Pak Engku- owned by Pak Engku yg fames ames tu..everyday kat TV3 la ni. Pak Engku pun ada kat sini. Harga pun boleh la tahan; RM55 nett utk Adult, and RM35 utk Children. Lokasi: Tingkat 4, Bangunan PKPS (sebelah Affin Bank, opp Hotel Grand Bluewave)Food........hmmmm so far all my ofismates puas hati dgn lauk pauk kampung yg disediakan..sedap sangat..4 thumbs up (sekali dgn ibu jari kaki aku angkat) memang berbaloi2 lah. The best yg diorang cakap daging dendeng, aku pulak tak sempat nak merasa daging dendeng, tapi I loike the pucuk ubi tempoyak dgn sambal tempoyak...roti boom, apam balik, siput sedut, sayur asam keladi.......ishhhhhh macam2 lah....try le bagi sesapa yg nak berbuka ala buffet. Okey layan pic je lah.......Anak2ku dan suamiku tiada dlm gambar sebab masing2 dok layan Ghazal kat depan..masa tgh ambik gambaq2 ni aku cari diorang tak jumpa.sorry le abah and anak2.......

Popia Goreng, Tomyam Instant, Strawberry Smoothie

Hari Jumaat nan lalu, sempena 10 hari berpuasa aku dah tak tau nak masak apa. Lagi pulak tak p pasar so nak menghabiskan apa yg ada dlm peti ais tu je lah........tengok2 ada ketam ngan fish ball and fish kek.....sayur pun ada carrot ngan baby corn je pun......emph...pas2 ada beli tomyam paste Mak Nyonya in case kalau kemalasan melanda diri.
First time guna paste peket cap Mak Nyonya ni masa p Melaka 2 thn lepas, masa tu I beli Paste kari kepala ikan and Asam Pedas Nyonya Style...sedap!!! masa tgh shopping kat Giant nampak paste tomyam nih..wah tak yah nak p Melaka lagi la...so gave it a try la..not bad jugak rasa tomyam ni cuma rasanya kalau tambah cili padi lagi, buat sambal belacan and telur dadar pas2 tambah la seafood lagi mesti lagi sedap. Kali ni I mix some cili kisar nak kasi pedas sikit tapi tak banyak sangat la..budak2 tu makan beria.....try la sesapa nak try paste Mak Nyonya ni..sila rujuk gambar.Selain tomyam, aku buat popia goreng tapi pakai mix vege je pun...itu je lah yang ada kt freezer tu. Mix dgn isi ayam, udang kering, lada putih, bwg putih and bawang merah..tumis then isi dlm kulit popia segera.......goreng 15 ketul utk berbuka hari tu by no time dah licin.....alhamdulillah..owh ya sedap sekali bila di cicah dgn sos cili Thai.
Last sekali, buat Strawberry Smoothie......dah lama teringin nak buat. Asyik dok tangguh..tapi berjaya di realisasikan hari ni. Lagipun strawberries tu tunggu masa ja nak expired..dari di buang baik aku buat air. Dgn kuantiti 250gm strawberries tu dapat la sorang segelas...tapi kalau tambah strawberry lagi mesti lagi sedap. Resepi ambik kat blog Hana hmmm..kenyang dapat minum segelas smoothie ni..Resepi kat bawah ni ek...

250gm fresh strawberry
2 cwn susu segar
1 tub yogurt strawberry (Hana pakai 1/2 tub saja; tapi kalau kat rumah I 1/2 lagi sure tak de org nak ngabihkan, so baik habihkan je)
1/4 cwn gula
Ice kiub secukupnya (saya sgt suka kalau ice kiub tu banyak sket...)


****Pst: thx Hana for the recipe*****

Masukkan semua sekali dalam blender blitz off sampai sebati....siap utk di minum...Sedap dan mengenyangkan.

Friday, August 20, 2010

Rabbit & tuannya

Si Nottie Nelly.......................grrrrrrrrrrr!!!!!

Igt dak N3 semlm yg membuatkan aku bad mood...hah nak tgk guanne rupa pokok limau kasturi and pokok pandan aku di kerjakan dek 2 bunnies tu.......hah sila la saksikan!!!Dah botak dah!!!!!!! tinggai buah 3 ketul jek!!!!!uwaaaaaNi pulak pokok pandan, tapi aku berjaya selamatkan 2 helai daun tu dari terus menjadi mangsa....
Pagi tadi Fofhie menjamu "ribbitnya" makan carrot. "Ribbit" Kakak pagi2 lagi dah p jalan ke rumah orang...dah pandai keluar masuk pagar tu dah...tinggal la si Nelly ni main sensorang. Harapnya Willy tak di makan anjing.Alaaaaaa..pandai anak Mummy suap carrot kat Nelly..

Udang Goreng Beroat

Sahur pagi tadi badan rasa tak sihat..pesan kat my hubby malam tadi in case Mummy tak bangun tlg goreng udang..tapi mcm tak harap je la dia nak bangun on time kan...(mmg punnnnnn pukul 5.15 baru dia bangun tu pun sebab aku dah kejut)

So, aku tidur pun ala2 ayam la...sat2 jaga..last2 turun tido kat bawah, lagi 5 min nak pukul 5 aku terkejut terus bangun masak. Nasik dah panaskan dah, cuma nak goreng udang jek.... dah berapa hari dah plan nak goreng udang dgn oat nih... tengok resepi kat dapur CMG. mintak izin ye..tapi rasanya udang ni kalau perap bebahannya lama sikit gerenti lagi sedap and juicy, ni aku buat lagi 5 minit nak makan..so rasa kurang menangkap la tapi Ifah asyik ratah ja udang ni..nasik dia tak makan pun...sedap tu sedap la tapi kalau nak umphhh lg better perap. Bahan2 sangat simple. Tak de sukatan2 main taram pun boleh jadi......

Meh tgk bebahannya:

Udang (kupas kulit tapi biarkan bhgn ekornya saja)
Garam
Serbuk lada hitam
Sedikit Lea & Perrins (optional- saya rasa kalau nak lebih berperisa baik letak)
Tpg beras
1 bj telur (pukul sedikit)
Oat secukupnya

1. Perap udang dgn garam dan serbuk lada serta L&P.
2. Lumur dgn tpg beras dan celup dalam telur, kemudian salut dgn oat.
3. Goreng dlm minyak yg panas hingga kekuningan.
4. Siap utk di hidang dgn sos cili thai...makanlah panas2. Yummy!!!

Menu Berbuka Hari ke- 9

Semalam, Mummy Mithali ni masak jugak...kenkonon tak mau masak la kanna, tapi still x de feel nak jengah Bazar Ramadhan....end up buat benda2 yg mudah saja...I dont feel like nak makan nasik...lama dah tak masak spagetti...ptg semlm singgah Giant beli barang2 disamping nak cari sandal baru sebab kakiku dah sakit sangat....hari2 lenguh sampai lutut so kena jugak beli new sandal.Untuk berbuka buat Spagetti Bolognaisse tapi kuahnya bukak botol je la...sebab malass nak masak tapi ditambahbaikan la sos botol tu kan sebab saya tak berapa suka makan spagetti yg semata2 tomato...kena ada pedas2 sket almaklumla I ni bukan kelahiran Itali..jadinya kalau dah Melayu tu soheh nak kena makan cabai gak kan...So, I masukkan lah 2 sdb cili kisar masa menumis bwg tu, then tambah lagi straw mushroom sebab I looooooiiikkkeee spagetti yg byk mushroom....source of protein tu... Emph tak pe lah x yah citer panjang tgk la rupa dan gaya spagetti ku itu.......
Punya la tamak kan..almaklumla posa..mau sepeket aku rebus spagetti semlm...makna kata hari ni menu berbuka ku masih lagi spagetti.....but i loikee..tak kesah nak ulang makan pun..kalau hari ni tak puasa soheh aku bawak bekal makan kat ofis.Ni pulak Cucur Keria yg buat masa sahur semalam, dek tak sempat nak siapkan utk berbuka..tapi budak2 and bapak budak ni tak makan pun..sian Mummy...I sorang jek yg makan...sedih2...sebabnya masa p Giant kat SACC Ifah dah beli ketupat palas. Dia ni mmg hantu ketupat palas tapi mahal seh!!!sebijik 90sen wa cakap lu.......hmmm nak makan puas2 tunggu balik Kedah la na..raya thn ni kalau sempat Mummy buat..kalau tak kena tunggu ketupat tok le nampak gayanya.....Mummy pulak teringin serunding ikan...beli jugak la sikit..tapi kalau beli kat Kedah lagi murah...apa nak buat...redha ja la..dah teringin.....nnt boleh buat pulut sambal..hmmm yummy!!!

Thursday, August 19, 2010

I'm so in bad mood today!!!!!

Arghhh tak tau la nape dr semlm badan ni sgt2 letih...lenguh bahu ni dua2 belah...Balik ptg bila tgk my hubby keluarkan butter nak buat kek pun aku boleh rasa naik hangen........padahal dia tak kacau aku pun...tp aku jadi tension!!!!!!arghhhhh tensionnya tgk butter2 yg tak bersalah tu......apa la kena dgn aku nih..agaknya sebab semalam panas sangat kot..dah tu badan letih sebab kaki dah lenguh2..dah berapa kali cakap ngan my hubby nak beli sandal baru...kaki dah sakit..agaknya sebab baby ni makin membesar kot kan walaupun perut x nampak besaq...Lagi seminggu approaching 6 months. Naik tangga ofis ni pun dah tak boleh panjat in one go...kena stop dulu then baru naik...huh mengah!!!!

Sampai rumah rendam mihun utk buat mihun goreng then naik atas tidoq...nyenyak tak nyenyak la alih2 tgk dh pukul 6.00 lahai lamanya aku dok melepek.....hajat hati nak buat donut tapi shortening pulak tak jumpa, tak igt la ada lagi ka or dah habis.......maklum la tak semua kotak2 aku dah unpacked so bila nak satu2 barang mula la melilau........so tukaq menu; since ada keledek aku pun rebus nak buat kuih keria...sesambil tu goreng mihun. Buat air teh je utk berbuka- yg menjadi air rasmi most of the days during buka puasa..sedap pulak aku rasa air teh panas ni kan... Sudahnya sempat lecek keledek ja la...kuih tak sempat buat dah pun sampai waktu berbuka....

Sorry no pic taken sebab dah kalut nak buka posa...

This morning pun still in bad mood...pasal aku still penat kot..lepas gentel kuih keria di temani si cilik Fofhie, aku pun naik atas..mandi and solat subuh. Then baring kejap, tu pun dah dekat pukoi 7 pg...arghhh set alarm pukul 7. 25pg utk iron baju sekolah Ifah......suddenly nak naik angin pulak aku nih...after that i take a nap then 8.30pg turun bawah sidai kain baju, tgk2 warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bersepahnya kat belakang........with those rabbits yg po-po merata2...dan aku tensi dgn keadaan pokok2 yg aku tanam yg baru gaya2 nak hidup.....semua daun habih dia makan............arggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......AKU HANGEN!!!!mula la bengang dan nak je bagi org 2 ekor bunnies tu..kebetulan Fofhie pun ada..terus aku bagitau
"Mummy nak kasi rabbit ni kat org..mummy tak nak dah jaga..habih pokok mummy, taik dah la bersepah..dgn carrotnya.......geram tau!!!!!!"
Fofhie cakap "jangan la Mummy, kesian ribbit"
Bermula saat itu hatiku meluap2 hangen....dgn abah depa skali aku hangen sebab tak jaga rabbit tu elok2......grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... esok will upload the images of my palnts yg aku dok menatang mcm minyak yg penuh tu.........

Wednesday, August 18, 2010

Menu Berbuka Day 7- everything from leftovers

Aiyark!!! baru seminggu dah pancit blog ni..mana p menu in between?????..Reasons being:

1. Hari ke- 3, tak dapat nak update n3 sebab line internet kat rumah mengong..benci la rasa nak terminate jek "brukben" line tu...
2. Hari ke 4& 5, berbuka kat rumah MIL, lagipun hari ke 4 tu we all cuma ke pasar Ramadhan jek..tak sempat nak masak sebab balik pun dh ptg. Tapi alamek...this time tak lalu la nak makan makanan beli..asyik dok rasa masak sendiri lagi best la walaupun cuma ikan bilis goreng dgn cili padi je pun...Lepas makan aku rasa mual..maybe sebab MSG..pregnancy kali ni mmg alah sangat2 dgn MSG...hari ke 5 aku masak soto tapi tak de pic sebab MIL aku dah standby kt meja makan seawal jam 7..aduhhhhhh takkan aku nk menonggeng2 ambik gambar...kalau mak sendiri ok la kot!!!hehehehe...
3. Sepatutnya semlm pun ada n3 tapi tak jumpa cari card reader nak transfer gambar..

Arghhh banyak la alasan ko.....!!!! oklah..sempena seminggu puasa buat pertama kalinya Mummy mithali ni boleh terbabas bangun sahur...bangun2 jam dah 5.38, kejut Ifah, suruh dia jamah jugak nasik and minum air satu gelas...Sebab kesian kat dia, ye lah baru 7 thn kan...time berbuka ptg semlm dia cuma makan ringan je...1 biji roti john size mini yg aku buat tu and coklat chipsmore 3 peket, and 1/2 bj kiwi...Mummy and Abah cuma teguk air je...Lagipun we all makan nasi time berbuka tu so tahan la lagi kan...lagipun dah tua takkanlah tak tahan...hmmm
So utk berbuka hari ke- 7 ni, aku cuma buat nasik goreng...campur dgn semua leftovers yg ada masa berbuka Day 6 tu...then utk kuih Mummy just goreng cucur jagung, punnnnn leftovers..tpg tu balance masa buka posa hari ke- 3...tapi masih edible...oklah...got to sign off layan la gambar tu yek..

Friday, August 13, 2010

Menu Berbuka Hari Ke- 2


Semalam aku merealisasikan impian Kakak- dah lama mintak nasi tomato..tapi disebabkan Mummy teruk dgn alahan jadi semalam baru dapat penuhkan permintaan dia. So, dah tak de hutang dgn Kakak lagi dah....tapi tak sempat siapkan acar utk lengkapkan hidangan sebab sampai rumah pun dh agak lambat.


Tak larat nak tulih panjang2 la hari ni...meh tengok cemana Mummy Zariffa's ni buat Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

NASI TOMATO

3 cawan beras basmathi- di basuh, di rendam sekejap; di toskan

1/2 labu bawang besar- di mayang
1 inci halia- di hiris
2 helai daun pandan- di simpul
2 sdb mentega
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
kulit kayu manis

**************
1. Cairkan mentega dan tumis bahan2 di atas hinga layu dan mewangi.
2. Kemudian masukkan
- 1/2 tin tomato puree, garam dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan beras Basmathi dan kacau sebati supaya mesra dgn bahan2 tumis tadi.
4. Masukkan air agak2 dah cover beras, then biarkan ia mendidih. Bila air dah hampir kering masukkan lebih kurang 5sdb susu cair atau lebih (ni main agak2 je ni). Kacau sebati (kalau beras masih mentah tambah air lagi).
5. Bila nasik dh kering dan hampir masak taburkan kismis untuk menyedapkan nasi.
6. Dah masak tutup la api dan boleh hidangkan.


Ayam Masak Merah

akunyer resepi ni lebih kurang masak nasi tomato je hah..
cumanya masa menumis tu di tambah dgn cili kisar, tomato puree dan buah tomato yg di potong kiub.
Then masukkan sos cili sikit, garam, gula dan kiub ayam secukup rasa. Jangan lupa ayam tu di goreng dulu...Bila bahan tumisan tu dh pecah minyak dan sedap, masukkan sedikit susu cair (optional) then, masukkan lah ayam goreng tadi...dah boleh di hidang.
Kalau suka taburkanlah kacang peas dlm tin tu sebagai hiasan. Selalunya yg di guna utk hias tu sikit je..tapi lebihnya aku ratah..sedap u...


Untuk di padankan dgn nasi tomato ni selalunya aku buat acar timun dgn nanas, tapi since semalam cuka x de kat rumah dan waktu berbuka dh dekat sangat maka aku just hidangkan Nasi tomato ni dgn Ayam Masak Merah dan Papadom saja.....sahur pun we all habihkan yg ini jugak....

Thursday, August 12, 2010

Sahur Hari Ke- 2

Sahur pagi tadi Mummy cuma panaskan lauk balance berbuka tapi masak la jugak satu lauk fresh.. Ayam Gepuk nama dia. Dah banyak kali jugak buat ayam goreng ni. First time makan masa 4thn dulu kat Bandung.. Teringat2 rasa dia. Tup2 masa dalam pantang lepas lahirkan Fofhie (thn 2007) terjumpa resepi ni kat magazine mana tah..tak ingat pulak. Masa tu dok selongkar magazines lama kat rumah mak salin resepi sebab boring tak tau nak buat apa, bila jumpa tu mak ai happy sesangat, terus tak sabar nak masak...

Since semalam beli ayam kampung terus la rasa nak buat benda nih... Bahan2 pun simple tapi rasa dia gurih sangat. However standard la resepi ayam yg di goreng di Indonesia ni mesti kena rebus dgn rempah2nya, then baru diorang goreng....cuma ayam pop ja yg x payah goreng. Lagi satu yg best makan ayam kt Indonesia ni, semua ayam yg di pakai ayam kampung....sedap kan..manis dan bersari...tapi tak sure la pulak KFC kat sana pakai ayam kampung ke ayam pekan...

Citer banyak pun tak guna, jom tengok resepnya........

Bebahan:

1 ekor ayam kampung- potong 4 boleh, 10 boleh..ikut size you all la tapi tak sesuai kalau potong kecik sangat

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1sdb ketumbar
1/2sdb jintan manis
Garam

****semua bahan di atas di tumbuk lumat dan di sapu pada ayam.

Dalam periuk masukkan ayam yg telah di sapu dgn bahan yg di tumbuk tadi, masukkan
1 biji kelapa parut
3 helai daun selasih/ daun bay
2 btg serai dititik
100ml air

****Rebus ayam tu sampai kering airnya

Then goreng hingga garing..tapi kelapa parut tu goreng last sekali sebab nnt cepat hangit. Sedia di hidang...Hmmm tekstur ayamnya rangup di luar, lembut di dalam...

Menu Hari Pertama Berbuka

Ni dia menu spesel hari pertama berbuka semalam..Punyala grand..kahahaha..lempeng cicah sambal tumis ikan bilis dgn gulai tulang balance sahur semalam. Since gulai tulang tu banyak lagi aku pun maleh le nak buat kuih lain...sayang ke gulai tu..kalau tak habih gak gulai tu gerenti lepas tu masuk tong..jadi bila buat lempeng ni kan hah jalan gak le....

Sapa kata lempeng ni tak spesel...Fofhie makan bertambah2 rasanya habih kot sekeping yg besar tu (ya la nisbah perut dia yg kecik tu kan...kira banyak la yg dia makan tu..) siap cicah sambal lagi...syok tgk dia kejap2 mintak "roti canai"...Puji lagi "Roti Canai Mummy ni sedap la". Kakak pun tak makan nasik..makan lempeng ja...tapi aku harus la makan lempeng dan nasik kan...Al- maklumla baby dlm perut pun posa jugak..heheheh
Ni sayur kacang buncis dgn udang...untuk makan dgn nasik..Buat ni utk Ifah kot dia teringin nak makan, tapi langsung dia tak sentuh nasik time buka...sudahnya Mummy sorang ja yg makan.
Ni pulak sambal ikan bilis. Selalu bila buat sambal aku nervous sikit, takut tak sedap., time boleh rasa pun nervous apatah lagi bila tak boleh merasa kan...tapi Alhamdulillah En. QC kata ok....legaaaaa...

Wednesday, August 11, 2010

Gulai Tulang dgn Rebung


Dah berminggu aku kepingin nak makan rebung. Tetiba last week terasa sangat nak buat gulai tulang dgn rebung. Di pendekkan cerita pesan kat hubby suruh beli tulang 1/2 kg (yelah buat apa byk2 nanti berhari2 baru nak habih) dan daging sket...daging tu malam tadi cuma ada 1/3 bhgn saja, sebab 2 portions lain tu dh di buat benda lain...Jadi menu pertama kitorang utk sahur pagi tadi dan juga utk berbuka ptg nanti adalah.........Gulai Tulang dgn Rebung...Memula risau jugak takut my hubby tak suka sebab dia mmg tak suka bau rebubg tin tu...selalu aku je sorang yg melantak rebung bagai nak rak!!!, tapi dia ni walaupun tak suka akan makan la jugak kanna sebab dia ni jarang demand bab makan2 ni..Prinsip dia janji kenyang.

Aku masak siap2 before masuk tido mlm tadi tu pun dah pukul 11 mlm baru padam api nak biarkan tulang and daging tu lembut. Pagi tadi surprisingly my hubby tanya ni masak apa ni? dah di citerkan nama resepi alhamdulillah dia cakap sedap...!!!! legaaaaa...janji depa suka makan I dah ok dah...tak kesahla korang suka ka dak ka kanna..
Nak matchkan dgn gulai tulang ni, aku tumbuk sambal belacan dan goreng ikan haruan kering and rebus telur masin. Selalunya Ifah suka telur masin tapi pagi tadi masa sahur dia cuma makan gulai tulang jek...tak selera sangat kot pepagi mcm tu nak makan kan..biasala budak2..But she's so excited to fast, nampak mcm dia dah prepare utk puasa la..Alhamdulillah hopefully thn ni dia dpt puasa penuh lagi....BTW hari ni Ifah balik sekolah awal....hmmm Mummy dok terpikir2 cemana nak adjust transport utk dia nih...hopefully Abah dapat ambik cepat hari ni.

Anyway, sesapa yg nak kan resepi tu, tgk kat bawah ni ek...

Bebahan (sukatan ni boleh adjust ikut keperluan keluarga anda ye):

1/2 kg tulang lembu, beli la yg ada isi sket..jgn la tulang semata2
200g daging lembut- hiris agak2 dlm 1/2 cm tebal

****Sila tumbuk bebahan di bawah*****

6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1sdb lada hitam (kalau suka pedas dan panas sila tambah)
1 inci halia
**************************

1 senduk cili kisar -OPTIONAL- saya tak pakai sebab tak nak pedas sangat coz of my kids
3 sdb rempah kari daging- campurkan dgn sebahagian bhn2 yg di tumbuk dan jadikan pes
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga Lawang
Sedikit asam jawa
Garam
Kiub ikan bilis
Rebung tin secukupnya
Santan; 1/4 bhgn santan pekat tu jadikan santan cair.
1sdb kerisik

Cecara:

1. Tumis sebhgn lagi bhn2 yg di tumbuk bersama rempah 3 sekawan; kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga harum mewangi.
2. Then, masukkan pes rempah kari, kalau u olls pakai cili kisar, masukkan sekali dgn rempah kari tadi. Tumis sekejap then masukkan tulang dan daging. Biarkan sampai pecah minyak..tapi jgn hangit dah la naa...
3. Tuang santan cair dan masukkan rebung. Biar mendidih, perasakan dgn garam, 1/2 kiub ikan bilis dan air asam jawa (kalau pakai ASAM JAWA XTRA Adabi tu just masukkan je lebih kurang 1sdt)
4. Dah cukup rasa, masukkan santan pekat dan kerisik dan kacau sebati hingga mendidih dan sedap rasanya. Bila daging n rebung dah lembut padam la api...Setengah org suka kuah pekat, kalau nak pekat u olls masak bagi kering sikit ye..kalau nak berkuah bila dah mendidih tu agak2 la korang dgn kepekatan kuahnya tu...pandai2 la adjust ye...

****Sedap jugak kalau kuah tu buat cicah dgn roti canai, lempeng, cekodok, roti dsb.

Tuesday, August 10, 2010

Ole2 dari Aloq Staq

Hari Ahad baru ni adik mai dari Kedah sebab dia ada kursus kat KL. So, kirim la kat dia rempah nasi daging and ikan haruan kering nak buat stok utk bulan puasa. Adik aku ni- aku panggil dia Daiyo...budak ni kalau suruh beli barang mmg selalu hentam yg banyak skali...
Sekali dia p tempah kat mana tah ikan haruan tu sampai 1/2 kg...aiyok!!!!
Supposed Ahad malam tu dia datang, kesian anak2 aku nak jumpa Alang dia..Alang dia cakap x larat nak datang rumah kitorang. Sudahnya aku suruh dia p jumpa husbandku kat ofis. Ni la ole2 yg dia bawak tu;
Ikan haruan kering ni sangat2 bersih...dah tu bila goreng perghhh ranggupnya..tak masin sgt dan boleh ratah macam tu je...sedap sungguh!!!!..sila goreng dgn cili padi and bawang besar ye...ini kalau makan dgn pulut dan kelapa parut..cicah pulak ngan sambal belacan and minum dgn kopi hitam Koww!!! pergh mmg tak henggat dah habih pulut seperiuk...nak2 time hujan lebat tu kan..pas2 semua zass tdoq...wahhh bangun pas2 tgk bdn semua ngelebeh...tapi igt pulut ni bagus tau kalau makan kulit, jadi licin..tak percaya try la...tapi lepas mkn jgnla p tidoq lak..buat la keja berat sebab pulut ni kan ke high carbo.

Then, ikan puyu pekasam..wa gerenti ni bukan dari Pekan Rabu punya nih..ni mesti order kat org kampung mana2 yg buat nih...sebab nampak ikan ni fresh sangat...and pekasam dia pun tak bau teruk sgt...hmmm...tambah selera time bln posa ni tau...ni pun kalau goreng dgn cili padi n bawang sedap...pas2 perah lak limau kasturi..hmmm yummy!!!!2 thumbs up but my husband and kids tak suka sebab bau dia tu..bagi aku bau tu yg buka selera tu!! nak2 pulak ikan puyu, my faveret kalau ikan puyu basah lagi best..goreng atau buat asam pedas rebus style arwah tok...letak pulak keledek..adoihh..kecoq!!!Ikan pekasam ni aku tak order, di beli atas initiative dia sendiri la kot nih...tak pun atas idea adik iparku or ibuku sendiri...
Yang ni rempah nasi daging. Kalau kat Kedah esp kat belah ramai org Pattani nasi daging ni selalu di hidangkan time kenduri kawin, time ada keramaian lah...So simple yet sooo delicious. Selalu kalau balik Aloq Staq aku just beli kat Pekan Rabu ja yg dah siap pek satu pek lebih kurang RM4 rasanya. Daging di masak sekali dgn nasik then daging tu di hiris makan dgn Air asam, kalau air asam campur kerisik lagi best, then kawan dgn dalca and acar timun dgn nanas...mmg sedap sangat..kalau x de dalca tu pun dh sedap dah..
Tapi rempah kat gambar tu adik saya beli kat kampung, agaknya mak kot yg order dgn Pak Long, Pak Long saya ni mmg pakar buat nasik daging..huih sepeket macam gambar di atas tu boleh tahan 2 thn kot kalau dgn family saya yg kecik nih...kalau guna utk masak time open house lepas raya nanti pun tak luak lagi gamaknya...Anyway rempah ni mmg la harum...nanti I'll update cemana rupanya nasi daging ni ye...kalau compare dgn rempah yg commercial punya rempah ni akan bagi nasik tu kaler gelap sikit, tapi kalau guna rempah commercial warna nasik agak kemerahan sikit. Itu je la bezanya...

Monday, August 9, 2010

Masak Lemak Cili Api Ikan Kurau dgn Nanas

Hari Ahad, I didn't cook for breakfast, lepaih ngemas serba sikit and hubby pun di suruh p market aku mula masak untuk lunch. Time tu pagi lagi dalam pukul 9 lebih gamaknya...since Sabtu dah rest sehari suntuk, mmg tak pegang periuk langsung, so I decided takpa la lunch awal..mesti semua org dah lapar.

So, menu Ahad Masak Lemak Cili Api Ikan Kurau masin dgn Nanas kawan dia Kangkung Goreng Belacan..Kangkung tu pun dah nak expired dah.Masak lemak aku tak cun sangat la..santan tercair sikit almaklumla itu ja pun yg ada, cuma sepeket kecik je...tapi rasa dia boelh tahan la kot ikut akunyer selera...apa2 pun hentam ja lah...pokok pangkalnya petang tu aku sapu licin nasik dalam periuk..yezza!!!!!!

Thursday, August 5, 2010

Menjelang Ramadhan




Alhamdulillah kita akan menyambut Ramadhan tak lama lagi..tak sampai seminggu pun lagi...pejam celik, pejam celik dah nak tengok anak bulan. Harapnya tahun ni kita semua dapat menyambut Ramadhan lebih meriah dari Syawal bukan apa kita dah terbiasa dgn beria2 semasa Syawal tapi cuba buat perubahan tahun ni..kerana Ramadhan yg harus di sambut gilang gemilang bukannya Syawal...Buat stesen2 TV cuba2lah buat turnaround sket kan...semoga kita semua lebih di berkati.

I've started utk ingatkan Ifah that puasa is coming soon.....so kena la siapkan mental dia so that dpt la dia tunggu dgn excitednya...dan supaya dia dpt setkan mind dia yg lepas ni dh tak boleh makan n minum. Alhamdulillah last yr dia cuma tinggal 3 hari itupun sebab kawan dia suruh dia minum air. Being naive dia pun ikut la..sebab kawan dia cakap they were still 6 years old..kecik lagi...haih..bak kata org Penang.."Lagu ni punya kawan pun dok ada ka???"

Anyway, harapnya jugak I managed to complete 30 days fasting sebab my sickness mode dah x dak...unlike last 7yrs and 3 years, masa tu tgh alahan teruk...buka posa muntah, sahur muntah, sudahnya badan letih longlai..tapi elok masuk raya dah ok...sebab dah 4 bln masa tu..melantak sakan aku time raya tu.......ngeeeee......

Now tgh susun jadual cemana Ramadhan nnt, kalau boleh nak banyakkan terawih, recite Quran and etc, then kalau boleh x mau p Pasar Ramadhan, then nak siapkan order kek2 lapis...cemana ye..hope I can manage all together nicely.

Apa2 pun Salam Ramadhan Al- Mubarak to all readers yg singgah kat blog saya yg tak seperti mana ni. Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf serta halalkan lah segala perbuatan, termakan, terminum atau apa2 lah..samada u all nyampah dgn blog ni ke...mintak maaf k.....


Luv from all of us,
Zaida,
Zamri
Zarrifa Hana
Zarrifa Soffiya
& our new coming baby, InsyaAllah

Tuesday, August 3, 2010

Kurma Ayam Kampung

Pagi ni bangun dgn perut yg teramat lapar. Mlm tadi just masak western tapi since lunch semlm lewat sket perut rasa kenyang..so fish n hash brown tak habis makan. Lagipun mulut rasa tak sedap le..mual laks..

Bangun pagi ni dgn semangat berkobar2. lepas solat subuh terus masuk dapur keluarkan ayam, kupas bawang nak masak Kurma Ayam. Sementara tunggu ayam lembut, masak nasik siap2.

Siapkan bekal Ifah, dia cuma bawak watermelon je pun. Lepas tu klentung- klentang tumbuk bawang dgn halia....dah tu pukul 8pg siap semuanya, tak sabar nak makan, so hari ni breakfast aku nasi putih, kurma ayam dan papadom berempah..........Fuhhhhh nikmatnya makan hari ni....

Monday, August 2, 2010

Meat Balls


Sunday, buat meat Balls, dah lama betul tak buat..since dah ada minced beef, buat le sekali...plan asal nak buat spagetti bolognaise, tapi last minute sudah tukar fikiran la....

Keluarkan beef(tak banyak pun- 300gm je), cincang bawang besar, potong sebucu capsicum, masukkan sos lea n perrins, letak garam sket, button mushroom cincang, oregano (selalu tak letak), pecahkan telur sebijik, masukkan bread crump then tpg gandum sesudu besar (actually aku konfius nak letak tpg gandum or tpg jagung- di beratkan hati letak la tpg gandum) then bulat2kan....padah menggunakan tpg gandum, my meatball berderai bila di masak.....arghhhhhhh x rela menengoknya...tapi ada la beberapa bijik yg dpt di selamatkan, I said sorry to my hubby sebab the meatballs x de rupa ball dh pun..hancuss..tp hubby cakap "tak pe rasa dah ada" muahahaha..

I served the meatballs with mushroom soup Cap Campbell, coleslaw homemade and hash brown.